Kenduri kosong tanpa hidangan

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
GEOEGETOWN: “Saya dan keluarga malu serta tidak sangka mereka sanggup buat begini sehingga tergamak mengaibkan kami,” kata Syed Mohd Hisham Syed Gereld Jalil, wakil keluarga pengantin perempuan selepas kegagalan pihak katering menyediakan juadah makan malam untuk 500 tetamu di Kompleks Masyarakat Penyayang di Jalan Utama di sini, kelmarin.

Lebih memalukan, tempahan dan bayaran sudah dibuat, malah rekod tempahan turut dipaparkan di papan kenyataan sebaliknya wakil pengurusan katering dipercayai ke Kuala Lumpur, kononnya ada urusan penting dengan membiarkan tetamu yang hadir kelaparan.

Syed Mohd Hisham, 39, dari Jalan Kelawei di sini berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam ketika majlis makan malam sempena persandingan adik bongsunya, Sharifah Norliza, 20-an dengan Shaiful Nizam Mohamed, 27, yang sudah diijabkabulkan 18 Disember lalu.

Menurutnya, keluarganya membuat tempahan makan malam untuk 500 tetamu dengan bayaran RM5,500 sejak sebulan lalu, dan Rabu lalu, membuat bayaran tunai kepada pengurusan kompleks itu.

Katanya, keluarganya tidak mengesyaki perkara seperti itu akan berlaku kerana syarikat berkenaan sudah beroperasi sejak beberapa tahun lalu di bawah kendalian dan kelolaan agensi kerajaan negeri.

“Pada jam 7 malam kelmarin, seorang saudara tiba awal di kompleks berkenaan dan menghubungi saya menyatakan tiada sebarang persediaan makanan dilakukan untuk majlis persandingan malam itu.

“Saya tidak mengesyaki apa-apa kerana menyangka mungkin mereka terlewat. Namun, sehingga jam 8 malam, mereka tidak muncul malah tetamu semakin ramai sehingga menyebabkan mereka termasuk keluarga pengantin lelaki kelaparan,” katanya.

Syed Mohd Hisham berkata, dia terkejut dengan kejadian itu dan usaha menemui pengurus syarikat katering berkenaan gagal apabila dimaklumkan berada di Kuala Lumpur, malah berjanji membayar ganti rugi menerusi panggilan telefon.

Menurutnya, kejadian berkenaan mengaibkan keluarganya terutama Sharifah Norliza yang menitiskan air mata apabila tetamu yang hadir pada majlis bersejarahnya terpaksa berlapar.

“Malah, ahli keluarga marah dan malu dengan apa yang berlaku. Saya tidak tahu apa tujuan mereka buat begini dan kami tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang selepas mengalami kerugian hampir RM20,000 untuk penyediaan majlis makan malam itu,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, mereka bernasib baik kerana ada seorang membantu mendapatkan makanan dari sebuah restoran nasi kandar untuk menyediakan hidangan kepada tetamu pada saat akhir.

“Kami akan menuntut hak dan akan membuat aduan termasuk kepada polis selain menuntut di Tribunal Tuntutan Pengguna,” katanya.

Sementara itu, pengantin lelaki, Shaiful Nizam berkata, dia turut malu dengan kejadian itu malah, menyelar sikap tidak profesional syarikat katering berkenaan.

“Saya kecewa dan malu dengan apa yang berlaku. Mereka hendak duit segera, tetapi tidak buat kerja sepatutnya sehingga menyusahkan keluarga mentua dan kami tidak teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,253
Reaction score
21,042
Points
1,671
banned je katering tu..ape da..makan nasi tapau jla
 

Eldar

Active Member
Joined
Dec 4, 2008
Messages
1,804
Reaction score
5
Points
25
De jgk jd kes mcm ni ek..kesian kt dieorg..yg xsedapnye salah katering tu tp mesti mereka yg kena tuduh wat kenduri bajet ke..kedekut ke ek...haru2
 

achoy76

Active+ Member
Joined
Feb 27, 2008
Messages
2,706
Reaction score
70
Points
35
tersilap hari bulan kut. tak paham katering bawah kendalian kerajaan negeri?
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
Boleh senang2 janji nak kasi balik duit lagu tu saja ke...maruah tuan rumah macam mana...elok saman 2-3 juta ajer
 

persada

Account locked as requested by owner
Joined
Jul 16, 2009
Messages
4,776
Reaction score
54
Points
35
Ha komplek ni pnh ku keje dlu....
 

aKuLaH

Active+ Member
Joined
Jan 13, 2008
Messages
2,648
Reaction score
5
Points
30
saman jer katerer tu...huh buat malu & sakit ati jer...:mad::mad:
 

azanney

CG Top Poster Club
Joined
Oct 18, 2008
Messages
48,937
Reaction score
351
Points
131
kesian tetamu lapar...nasib baik ada restoran mamak...
mmm..saman je...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register