Kenderaan lesap, hutang ditagih

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KUALA LUMPUR: “Saya hairan bagaimana nombor kenderaan pacuan empat roda boleh bertukar didaftarkan kepada motosikal,” kata pengarah Sireh Emas Marketing Sdn Bhd, Husin Misnan, 40, yang mendakwa nombor kenderaan syarikatnya direkodkan untuk sebuah motosikal.

Dia yang mengesyaki menjadi mangsa sindiket penipuan jual beli kenderaan, berkata syarikatnya memiliki sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Harrier bernilai kira-kira RM90,000 yang dibeli dua tahun lalu.

Katanya, syarikat berkenaan bercadang menukar kenderaan itu kepada sebuah kenderaan lain yang lebih murah harganya.

“Saya diperkenalkan dengan ejen kenderaan yang dikenali sebagai Rashid berusia 40-an yang mengaku boleh menguruskan proses tukar beli kenderaan sedia ada kepada jenis lain.

“Saya menyerahkan Toyota Harrier itu kepadanya pada Ogos lalu selepas bersetuju membeli kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Cherry.

“Pertuturannya yang selalu berbicara mengenai hal agama menarik minat saya untuk melakukan urusan dengannya,” katanya.

Bagaimanapun, dia hanya menyedari diperdaya selepas pihak bank menghubunginya memberitahu dia gagal menjelaskan ansuran Toyota Harrier terbabit.

Lanjutan itu, dia membuat pemeriksaan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan di Setapak, dekat sini, sebelum mendapat tahu tiada rekod jual beli dilakukan membabitkan kenderaan itu.

Lebih mengejutkan katanya, rekod JPJ mendapati nombor pendaftaran kenderaan empat roda itu kini didaftarkan untuk motosikal.

“Saya pergi semula mencari Rashid di rumahnya tetapi dia memberikan pelbagai alasan untuk mengelak termasuk sudah menjualnya kepada satu pihak di Johor mengikut prosedur biasa.

“Saya kini buntu kerana bukan saja terpaksa membayar ansuran sebanyak RM900 sebulan untuk kereta baru, malah perlu menjelaskan ansuran Toyota Harrier sebanyak RM1,400 sebulan selama empat tahun tanpa mengetahui di mana kenderaan itu lesap.

“Dua hal pelik dalam kes ini yang belum terungkai ialah bagaimana cukai jalan Toyota Harrier itu boleh diperbaharui November lalu sedangkan gerannya ada pada saya. Seperkara lagi bagaimana nombor pendaftarannya boleh bertukar kepada motosikal?,” katanya yang membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
 
Sponsored Post

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
Main sentiment agama yg tak tahan tu
 

orga21

Active Member
Joined
Mar 22, 2007
Messages
1,506
Reaction score
7
Points
25
cari balik kereta tu..pastu jual kat tempat lain..tu je caranya sebab aku dah pernah kena...he he he
 

zinedine

Banned
Joined
Jan 11, 2007
Messages
5,741
Reaction score
22
Points
65
Ini pegawai dalam JPJ dah makan rasuah la ni. Perut pegawai JPJ dah buncit dgn rezeki haram rasuah!
 

zamreda

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Sep 1, 2008
Messages
31,388
Reaction score
51
Points
120
bagi ceramah agama utk kepentingan duniawi...
 

persada

Account locked as requested by owner
Joined
Jul 16, 2009
Messages
4,776
Reaction score
54
Points
35
tipu kanan tipu kiri la nih......
 
Sponsored Post
Top
Log in Register