BTC USD 54,357.1 Gold USD 1,792.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kenderaan hilang kawalan masuk laluan bertentangan

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
KOTA TINGGI: Seorang pengusaha syarikat habuk papan dan pekerjanya maut apabila kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan lori membawa simen di sini petang kelmarin.

Pengusaha syarikat itu, Liew Hock Lai, 29, dan Zulkefli Abdullah, 29, mati di tempat kejadian dalam kemalangan jam 3.30 petang, di Kilometer 54.3 Jalan Johor Bahru-Mersing di sini.

Mayat kedua-dua mereka tersepit dalam kereta Perodua Viva yang remuk. Pemandu lori, Husaini Kamdir, 53, tidak cedera.

Liew ialah pengusaha habuk papan di Kilometer 14, Jalan Mawai di sini, manakala Zulkefli yang berasal dari Sarawak menetap di Felda Papan Timur di sini.

Ketua Polis Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot, berkata jentera bomba dari sini di ketuai Pegawai Operasi, Jallaluddin Jazali dan sebuah ambulans dikejarkan ke tempat kejadian, selain dua kereta peronda polis untuk mengawal lalu-lintas.

Katanya, siasatan awal, mendapati kenderaan dipandu Liew yang dalam perjalanan menghala ke Kota Tinggi hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori pembawa simen bancuh dari arah Kota Tinggi. Kereta mangsa diseret kira-kira 20 meter.

"Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk proses pengecaman, dokumentasi dan bedah siasat sebelum dituntut waris," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Husaini berkata, beliau dalam perjalanan ke arah Sedili untuk menghantar simen dan ketika melalui laluan bukit di tempat kejadian, beliau ternampak kereta dari arah Mersing memasuki laluan bertentangan dalam keadaan seolah-olah hilang kawalan.

Katanya, sebuah lori balak tanpa muatan di hadapan lorinya sempat mengelak daripada merempuh kereta berkenaan dan beliau menekan brek tetapi tidak sempat memberhentikan lori kerana semuanya berlaku terlalu pantas.
 
Sponsored Post

bazsh

Super Active Member
Messages
7,020
Joined
Jul 8, 2008
Messages
7,020
Reaction score
12
Points
65
Hilang kawalan biasanya sebab bawak laju
Tp x berkemungkinan masalah teknikal
Nauzubillah
 

mokhaini

Active+ Member
Messages
3,094
Joined
Sep 24, 2009
Messages
3,094
Reaction score
13
Points
25
Hilang kawalan biasanya sebab bawak laju
Tp x berkemungkinan masalah teknikal
Nauzubillah

faktor memandu hilang kawalan ....

1) terlalu laju
2) hujan dan jalan licin --- kenderaan dipandu laju
3) tak tumpu perhatian dan bergurau senda semasa memandu
4) mengantuk dan hayal ...
 

mimie813

Super Active Member
Messages
6,531
Joined
Nov 26, 2009
Messages
6,531
Reaction score
290
Points
81
jangan lah bwk laju-laju....taku nanti hilang kawalan
 

mtx_69

Super Active Member
Messages
8,190
Joined
Aug 9, 2009
Messages
8,190
Reaction score
1,406
Points
141
ish kesian nya bos ngan perkerja pi sekali..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register