BTC USD 47,103.7 Gold USD 1,752.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kenderaan Elektrik Jauh Lebih Bersih Berbanding Petrol

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,375
Reaction score
4,150
Points
236
Kajian Jangka Masa Panjang Memperlihatkan Bahawa Kenderaan Elektrik Jauh Lebih Bersih Berbanding Kenderaan Petrol;

Sejak ia diperkenalkan dahulu, kereta, motorsikal, kapal laut, kapal terbang dan sebagainya semua menggunakan petrol ataupun diesel untuk menguasakan kenderaan-kenderaan ini, yang mana ia memperlihatkan kadar pencemaran yang sangat tinggi.

Dengan pengenalan kenderaan elektrik, ia dilihat bahawa teknologi enjin elektrik akan menjadi masa hadapan kenderaan yang bukan sahaja cekap penggunaan tenaganya, tetapi juga pengurangan pencemaran yang diharap dapat membantu dalam memperbaiki keadaan alam sekitar supaya ia boleh bertahan dengan lebih lama.

Terkini, sebuah kajian jangka-masa panjang yang telah dijalankan oleh International Council on Clean Transportation yang mengambil kira pengeluaran gas rumah hijau (greenhouse gas) kedua-dua kenderaan ini. Kajian ini dilakukan di negara-negara yang memperlihatkan penjualan kereta elektrik yang tinggi, termasuklah Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, India dan China untuk perbezaan pengeluaran gas rumah hijau di negara-negara ini.

Menurut ICCT, kenderaan elektrik yang dibangunkan dan dibeli di pasaran-pasaran ini pada tahun 2020/21 akan mengeluarkan gas rumah hijau yang jauh lebih rendah berbanding dengan kereta petrol pada kadar berikut sepanjang hayat kenderaan-kenderaan tersebut:
  • Amerika Syarikat – 60-68 peratus
  • Kesatuan Eropah – 66-69 peratus
  • China – 37-45 peratus
  • India – 19-34 peratus
Ia juga dijangka bahawa menjelang 2030, kenderaan elektrik akan hadir dengan kadar pengeluaran gas rumah hijau yang jauh lebih rendah berbanding apa yang diperlihatkan sekarang apabila teknologi enjin elektrik menjadi lebih cekap berbanding dengan apa yang ditawarkan sekarang.

Akan tetapi, kajian ini juga memperlihatkan bahawa kenderaan-kenderaan ini akan digunakan untuk satu jangkamasa yang sangat lama, sehingga 18 tahun di jalan raya. Secara lazimnya, kenderaan-kenderaan jalan raya biasanya akan diganti dalam masa 7-9 tahun, jadi dari segi penjimatan dan pengurangan gas rumah hijau dalam penggunaan sebenar, nilai ini mungkin lebih rendah berbanding apa yang diperlihatkan.

1626929386003.png

Sumber asal The ICCT
 

CG Sponsors




Top
Log in Register