BTC USD 65,047.0 Gold USD 1,783.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kenapa subsidi syarikat IPP tidak dipotong?

hafizan78

Legendary Member
Paid Membership
Joined
Apr 2, 2009
Messages
12,818
Reaction score
155
Points
123
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyelar kerajaan kerana terus menaikkan harga barangan keperluan seperti petrol dan gula tetapi pada masa yang sama enggan mengurangkan subsidi untuk syarikat-syarikat kroni.

Katanya, syarikat-syarikat penjana tenaga persendirian atau IPP umpamanya terus menikmati subsidi gas yang tinggi manakala rakyat dipaksa menanggung kenaikan harga petrol RON95 untuk kali kedua dalam tempoh enam bulan.

“Walaupun kerajaan sebelum ini berjanji untuk memotong subsidi yang diberikan kepada syarikat-syarikat IPP milik kroni, ia tidak di lakukan.

“Anehnya, setiap pemotongan subsidi yang dilakukan oleh kerajaan setakat ini hanya membabitkan barang keperluan asas yang menambah beban kewangan rakyat,” kata Anwar.

Selain petrol, turut dinaikan harga, hari ini adalah gula (20 sen) diesel dan petroleum gas cecair, masing-masing lima sen.

Anwar berkata amalan Umno-BN melindungi syarikat-syarikat korporat besar yang diberi lesen IPP amat merugikan rakyat.

Menurut Anwar yang juga ketua umum PKR, tren kenaikan harga petrol jelas menunjukkan bahawa kerajaan berhasrat mengurangkan subsidi setiap enam bulan, sekali gus meningkatkan harga petrol kepada RM2.10 seliter dalam tempoh setahun dari RM1.90 sekarang.

Beliau kesal kerana kerajaan memotong subisidi untuk rakyat dan bukannya kemudahan yang diberikan kepada syarikat IPP dan sektor-sektor lain.

“Perdana Menteri dan kerajaan pimpinannya harus menjelaskan kenapa ia amat tekun untuk menarik balik subsidi bagi petrol, gula dan LPG yang tentunya memberi tekanan kepada rakyat berpendapatan rendah, namun syarikat korporat yang kaya-raya dikecualikan dari tindakan sedemikian,” tegas Anwar.

Sebelum ini, Perdana Menteri Najib Razak berkata agensi PEMANDU yang ditubuhkan dirinya sendiri menjangka kerajaan dapat menjimatkan RM1.12 bilion ringgit tahun ini jika subsidi untuk IPP dan sektor lain dikurangkan.

Pada masa sekarang, kerajaan, menerusi Petronas menghulurkan subsidi RM19 bilion kepada IPP dan syarikat berkenaan setiap tahun.

Menurut Anwar, apa yang dikesali ialah kerajaan Umno-BN begitu ghairah menjimat RM126 juta hasil pemotongan subsidi terbaru rakyat tetapi sanggup membayar RM131 juta ringgit kepada perunding-perunding asing.

Bayaran lumayan itu dibuat untuk menubuhkan agensi PEMANDU dan sebagai kos operasi setahun agensi berkenaan.

“Apakah kewibawaan yang ada pada kerajaan untuk mengambil RM126 juta dari rakyat miskin untuk membayar perunding asing RM66 juta bagi menubuhkan sebuah unit kerajaan dan sebanyak RM65 juta lagi sebagai kos operasi,” katanya.

sumber http://www.malaysiakini.com/news/150009
 
Last edited:
Sponsored Post

hafizan78

Legendary Member
Paid Membership
Joined
Apr 2, 2009
Messages
12,818
Reaction score
155
Points
123
Aku sokong jika mereka potong / penyelarasan subsidi pada Syarikat nie dahulu berbanding rakyat...
 

saigonz

Active+ Member
Joined
Nov 12, 2007
Messages
2,562
Reaction score
46
Points
30
potong duit IPP bermakna potong duit kocek dorang r... merungut le mak2 datin aka bini tercinta.
 

zamreda

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Sep 1, 2008
Messages
31,388
Reaction score
51
Points
120
bongkar jgn tak bongkar.....
 

hafizan78

Legendary Member
Paid Membership
Joined
Apr 2, 2009
Messages
12,818
Reaction score
155
Points
123
potong duit IPP bermakna potong duit kocek dorang r... merungut le mak2 datin aka bini tercinta.

Syarikat2 dah mengaut untung yg banyak nie la yg harus diturunkan subsidi... Golongan marhaen macam kita nie last sekali...
 

atlantis

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
majoriti pengundi rela ubah gaya hidup dari ubah kerajaan..:))
 

anoone

Legendary Member
Joined
Mar 26, 2008
Messages
12,410
Reaction score
60
Points
120
jgn salah paham..kan IPP ni utk ketuanan melayu...:D

kan IPP ni dapat subsudi pastu bagi sumbangan yg sgtttttt banyakkkk kt org susah...:D

konsep ni bagus..bagi bantuan utk org kaya......:D

bantu VIP..:D
buat kobor vip utk VIP...:D
ketuanan VIP...:D

baru masyukk tabung utk next PRU...:D
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register