BTC USD 27,150.9 Gold USD 1,948.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kenapa nak halang Dr. M bercakap pasal Melayu?

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
40,219
Top Poster #6
Joined
Jun 17, 2007
Messages
40,219
Reaction score
5,210
Points
481
Awards
1
Kenapa nak halang Dr. M bercakap pasal Melayu?


DR. Mahathir Mohamad menandatangani borang Proklamasi Orang Melayu di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Putra Malaysia pada 19 Mac lalu. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
SAUDARA PENGARANG,

SEMUA pihak yang tidak bertanggungjawab harus berhenti memfitnah dan mencemarkan reputasi Tun Dr. Mahathir Mohamad kononnya bekas Perdana Menteri itu hendak menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) apabila bercakap secara proaktif mengenai masa depan orang Melayu.

Tiada masalah bercakap atau berbincang mengenai kedudukan anak bangsa Melayu tanpa menyentuh sensitiviti agama, raja-raja Melayu dan mempertikaikan hak kaum-kaum lain di negara ini.

Malah Perlembagaan Persekutuan termaktub secara jelas mengenai hak-hak orang Melayu untuk dibincang atau mempertahankan pada setiap masa tanpa sebarang elemen provokasi.

Mengapa pada pemikiran kerajaan madani mentohmah tindakan bekas perdana menteri itu sebagai satu gerakan untuk menganjurkan kacau-bilau ke arah hendak menumbangkan kerajaan sedangkan hakikatnya, Dr. Mahathir seringkali mengingatkan serta memberi arahan kepada kami agar tidak terlibat dengan mana-mana gerakan untuk menjatuhkan kerajaan selain harus meletakkan kepentingan bangsa dan negara di atas kepentingan politik?

Sebenarnya, terdapat segelintir pihak cuba mencemarkan reputasi Dr. Mahathir secara membuat satu ‘jenama’ seolah-olah beliau gemar mengganggu-gugat kestabilan landskap politik tanah air kita sekali gus memberi gambaran bekas perdana menteri itu seorang tokoh yang tidak bertanggungjawab, berniat jahat dan hanya mementingkan legasi peribadi semata-mata tanpa memikirkan kepentingan bangsa serta negara.

Ramai orang Melayu menyokong niat Dr. Mahathir menganjurkan majlis Proklamasi Orang Melayu secara tertutup berlandaskan perjumpaan golongan ‘tidak berparti’ dengan jemputan terhad 350 orang sahaja untuk mencari satu formula menyelesaikan segala polemik bangsa Melayu yang belum selesai selaras dengan perlembagaan negara tetapi dibatalkan atas arahan pihak tertentu.

Kita hanya ingin mencari satu kaedah bagi menjamin kesejahteraan masa depan orang melayu tanpa menyalahi atau menyentuh hak kaum-kaum lain.

Berpuluh tahun pemimpin-pemimpin kerajaan madani bercakap mengenai reformasi, kebebasan bersuara dan demokrasi tetapi malangnya hari ini mereka semua kelihatan hanya ‘beretorika’ semata-mata.

Sungguh memalukan di alaf moden dengan kerajaan yang kononnya ditunjang oleh tokoh reformasi menyekat serta menghalang atau menafikan hak-hak orang lain dalam sebuah negara yang mengamalkan amalan demokrasi.-UTUSAN

KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Sekretariat Proklamasi Orang Melayu

 
Sponsored Post

SMI6

Super Active Member
gem
Messages
6,545
Joined
Jan 3, 2016
Messages
6,545
Reaction score
1,730
Points
156
Khairudin abu Hasan ni la dulu pelobi pada pemaju yg dpt tanah 2 lot master title kat ijok tak abis convert Dari pertanian ke bangunan + mix development.

Guna saluran wak jemin MB selangor PKR dan atok bagi jual pada ecowolrd jual dgn nilai tanah pertanian RM 1 bilion.

Penat2 arwah tan sri Khalid rampas tanah Dan masukkan caveat pejabat pendaftar tanah.nak halang pemaju ambil semula tanah ijok.

Org mcm ni nak sembang pasal melayu. Sembang pasal duit je pandai.

P.S caveat pejabat pendaftar ni caveat yg tak ad had tahun selagi ad caveat pejabat pendaftar tu tak dikeluarkan 30 tahun 100 thn pun restrictions nk jual ttp ad. Tak mcm caveat persendirian, lien atau trustee restrictions utk 6 thn. Lepas 6 thn expired kene masuk kan caveat baru lg utk 6 thn.
 

g-man

Legendary Member
gem
Messages
11,177
Joined
Jan 16, 2011
Messages
11,177
Reaction score
1,976
Points
201
Khairudin abu Hasan ni la dulu pelobi pada pemaju yg dpt tanah 2 lot master title kat ijok tak abis convert Dari pertanian ke bangunan + mix development.

Guna saluran wak jemin MB selangor PKR dan atok bagi jual pada ecowolrd jual dgn nilai tanah pertanian RM 1 bilion.

Penat2 arwah tan sri Khalid rampas tanah Dan masukkan caveat pejabat pendaftar tanah.nak halang pemaju ambil semula tanah ijok.

Org mcm ni nak sembang pasal melayu. Sembang pasal duit je pandai.

P.S caveat pejabat pendaftar ni caveat yg tak ad had tahun selagi ad caveat pejabat pendaftar tu tak dikeluarkan 30 tahun 100 thn pun restrictions nk jual ttp ad. Tak mcm caveat persendirian, lien atau trustee restrictions utk 6 thn. Lepas 6 thn expired kene masuk kan caveat baru lg utk 6 thn.
Arwah Tan Sri Khalid bagus orgnye...Langkah Kajang pelingkup
 

logammaut

Legendary Member
gem
Messages
16,449
Joined
Dec 12, 2009
Messages
16,449
Reaction score
3,794
Points
261
Awards
1
- Anwar nak Khalid bagi RM100j duit kerajaan negeri kpd parti dan anugerahkan projek2 kerajaan negeri kpd geng parti
- Khalid tak setuju menyebabkan Anwar marah
- Anwar jatuhkan Khalid drpd jawatan MB dgn bantuan DAP, tapi PAS tak setuju sbb sultan suka Khalid jadi MB
- Sultan titah persembahkan sekurang2 2 nama calon MB baru
- Anwar & DAP hanya persembahkan 1 nama iaitu Wan Azizah, tapi PAS tak bersetuju dgn 1 nama shj sbb ingkari titah sultan
- Anwar beri alasan itu ialah amalan UMNO utk melantik MB sejak sekian lama
- Sultan keciwa & dukacita dgn kedegilan Anwar & DAP
- Anwar & LGE terpaksa mohon ampun kpd sultan
- DAP marah kpd PAS sbb tak ikut kata dlm isu MB selangor
- DAP bubarkan Pakatan Rakyat utk singkirkan PAS
- Bbrp org PAS yg sayangkan DAP keluar dari PAS dan tubuhkan parti Amanah utk terus berkhidmat kpd DAP
- DAP tubuhkan Pakatan Harapan tanpa PAS

Arwah Tan Sri Khalid bagus orgnye...Langkah Kajang pelingkup

 
Sponsored Post

Top
Log in Register