Kenapa Korang Sokong Umno/BN?

CG Sponsors




murasame_85

Active Member
Joined
Mar 12, 2009
Messages
1,758
Reaction score
71
Points
30
Berpandukan konsep yg eboss dan abg_x guna, aku cuba bawa skit pembaharuan dari segi info.

apa yg dilihat dari pandangan personal aku dan kawan2. Umno terbahagi kepada 3 jenis:

Umno warisan - "Bapak aku Umno, aku pon kena Umno"
Umno Busines - "Aku Umno utk business aku"
Umno Old School - Otai2 Umno zaman dahulu, ni susah nk kikis smgt Umno dlm diri derang ni (Warga Emas).
Atuk aku pon dlm golongan ni. haha:D tp x mustahil utk derang berubah :">

ni dari pandangan personal sahaja, jd x adil la kalo x dpt jawapan yg telus dari ahli Umno sendiri. kena gak tanya korang kenapa sokong Umno?
baru la seimbang dacing pemikiran aku ni. huhu:)

Ahli2 Umno sila kasi respon, ahli PR sila tnang dgn jawapan derang..

sbg sesi berkenalan ngan ahli2 Umno :">

thank u for asking bro. terasa begitu berhikmah skali kita berforum kali ni hehe.

tak tau aku nak start dari mana. tapi for sure, apabila ada pemimpin UMNO kutuk islam, memang aku tak sokong. kalau ada pemimpin UMNO hina islam , memang aku reject.

aku cintakan Allah dan rasulNya lebih dari segala galanya...
cume aku rasa kita perlu objektif dalam menilai sesuatu, daya penaakulan setiap manusia berbeza, tu sudah pasti.

cume aku lihat UMNO masih lagi sebuah parti yg majoritinya masih melayu ada di dalamnya. UMNO dengan gabungan parti lain, MCA dan MIC sekurang2 nya aku tengok UMNO jadik bos dan parti lain akur dengan ketuanan tersebut.

bukan aku terlalu hendakkan ketuanan melayu dan tolak ketuanan rakyat. cuma aku yakin, sememangnya :-

-NEGARA stabil datang dari interaksi BANGSA yg stabil
-BANGSA stabil dapat membentuk politik/kuasa yg stabil

bila kesemua ni stabil, dapat kita memerintah negara mengikut acuan kita sendiri, sekaligus agama, maruah bangsa, keluarga terpelihara.

kita dijajah 446 tahun, kita baru merdeka lebey kurang 51 tahun. dulu kita dijajah, mejid ditukar jadik gereja, apa mampu kita bersuara? bila tok janggut , dato bahaman n the geng , rentap, mat kilau, tok gajah mati dibunuh penjajah... apa kita mampu bersuara? kita dipecah dan diperintah, kita diperintah dan semakin dipecah pecahkan... siapa corak ekonomi kita, siapa corak agama kita? bukan kita tapi die(portugis, belanda, inggeris)

malayan union meletakkan kuasa sultan di bawah gabenor inggeris, siapa sultan?(sultan simbol penaung agama), nasib baik kita tentang malayan union.

aku melihat begini, antara 2 mudarat, ambillah mudarat yg lebih kecil. UMNO aku yakin ada kerosakan didalamnya, cume kerosakan gabungan parti lain lebih besar(itu persepsi aku).

UMNO dengan segala kebobrokan, u name it u got it, gila kuasa, kuasa gila, pecah amanah, amanah pecah, pempuan tertonggeng, tertonggeng pempuan, tamak haloba, haloba tamak,...bla bla

tapi aku pulak melihat satu lagi aspek, DAP membawa kerosakan yg lagi dahsat. antara pemimpin DAP lim kit siang, dulunya setiausaha kepada people action party(PAP) di singapore dengan idea negara republic nya MALAYSIAN MALAYSIA. one for all and all for one.

aku tak melihat rakyat malaysia itu perlu di samaratakan dari segenap segi. sama rata itu bukan adil, adil itu yg dikehendaki ISLAM. samarata bermaksud kuil 10, tok kong 10, masjid 10. itu bukan adil, itu sama rata. adil dalam islam itu meletakkan sesuatu pada tempatnya. adil itu pada aku ada dalam perkara 153 perlembagaan persekutuan(bukan bermaksud federal constituion tu aku sanjung lebih dari al-quran ,,bukan . bukan dan bukan. tapi perlembagaan persekutuan itu adalah terjemahan dari arahan dari Al-quran agar berlaku adil kepada sesama manusia. perkara 153 menyatakan tentang hak istimewa orang melayu.

bila kita nak merdeka, kita orang melayu dengan lembut hati, hati lembut memberikan hak kerakyatan kepada bukan melayu melalui prinsip jus soli. apa tu jus soli? konsep pemberian hak kewarganegaraan mengikut di mana dia dilahirkan. dari orang2 cina dan india ketika itu automatik menjadik warganegara malaysia. di waktu yg sama bukan melayu ni mengakui tentang
-hak istimewa orang melayu
-kedaulatan raja2 melayu
-bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan
-agama islam sebagai agama rasmi/persekutuan

kita bagi cina melayu warganegara, cina india akur tentang 4 perkara ni tadi. kontrak sosial termaktub, maka kita orak langkah ke arah kemerdekaan. mencapai kemerdekaan bermaksud kita punya negara kita punya kuasa,,, kita yg perintah ikut acuan kita. tentang kita perjuang bangsa atau agama, jangan lah perbezaan ideologi seperti ni memisah misahkan kita, mempetak petakkan kita, meng ANWAR ANWAR kan kita, men NAJIB NAJIB kan kita, men NIK AZIZ AZIZ kan kita... kita satu umat, bahasa yg sama, makan sambal belacan juga adanya, pakai kain pelekat dan berselipar jepun ke solat jumaat adanya, kita beri salam semuanya sama "assalaamualaikum" juga bunyinya...

iraq, antara sunnah dan sunni semua ada pegangannya cuma alangkah baik kalau mereka hormat menghormati, hargai perbezaan, jadik taklah berlaku saddam bersembunyi dilubang dalam, hilang maruah negara masa depan bangsa suram, yg ada hanya wajah2 kusam menanti bila negaranya akan terbela, ditambah pulak minyak mentah kene rembat dengan amerika...

bila kita nakkan negara yg bersih dari rasuah, nepotisme, kronisme apakah kita yakin ia tak berlaku di dalam PKR? DAP?
kita jangan jadik pak kadok, menang sorak kampung terdagai...

adakah kita bersedia menggadai kemakmuran negara?
 
Last edited:
Sponsored Post

murasame_85

Active Member
Joined
Mar 12, 2009
Messages
1,758
Reaction score
71
Points
30
UMNO pembela nasib org melayu :">:">
aku sokong parti yg wat kebajikan kat kawasan aku jer...x kesah la parti mana pun coz aku pangkah kat situ...samada kebajikan tu ikhlas atau tak tu terpulang...tu antara dia ngan TUHAN....
aku umno,bapak aku umno.. atuk2 aku pun umno... so aku terima TT punya kenyataan yang dikatakan umno warisan... so aku adalah warisan umno... aku xleh nyatakan disini nape aku sebelah pada umno...sebab apa... klu aku beri apa jua sebab.. tetap ada di bangkang... nama pun pem bangkang kan.... klu x membangkang bukan pembangkang laaa namanya.. walaupun diri sendiri ada silapnya.....so aku leh nyatakan aku adalah umno dan itu hak aku.... aku ckp terus terang aku ni seorang racist dan prejudis... aku rasa korang faham nape aku sebelah pada umno :D :Dterima kasih
Terima kasihlah ya terlepas pandang lak thread yang bagus camni.

UMNO bagi saya membantu wanita cukup banyak. Antara yang kita boleh nampak kesan langsung wanita dibawah UMNO ialah

seperti berikut.
1.Menubuhkan kementerian wanita.
2.Mengangkat wanita jadi berpelajaran bila 90% pelajar University awam ialah golongan wanita. Beza tahun 60an dulu wanita ermm..duduk dapur jerlah.
3.Mengambil wanita menjadi staff kakitangan awam yang teramai.
4.Membantu ibu tunggal dan janda2 dalam program2 kementerian wanita dan masyarakat
5.Mengangkat wanita menjadi Gabenor bank negara, Panglima tentera, pengarah dan jawatan2 tinggi awam.
6.Dikampung-kampung wanita diberi banyak peruntukan untuk membangnkan projek2 kemasyarakatan wanita.
7.Cukuplah yang tu banyak lagi..UMNO memang relevant untuk wanita Melayu dulu kini dan selamanya. :)
napa list aku byk ilang? hmmm
 
Last edited:

murasame_85

Active Member
Joined
Mar 12, 2009
Messages
1,758
Reaction score
71
Points
30
list bawah ni, list2 yg x dpt di klaskan sebagai ahli Umno or x. aku list kan je asal ada yg nk bersuara :)

Salam tgh ari...aku pun tak tau nak sokong sapa...kalo nak tahu last election aku confius then aku tak mengundi, baik aku keja....

aku suka mengkaji....ni antara hasil aku....aku akan pilih parti yang tidak memberikan "Mudarat" pada aku dan agama...kalo parti tu memberi aku mudarat aku xakan memangkah dia walaupun parti itu kata dia parti Islam...Bagi aku ada dua parti Islam kat Malaysia iaitu Umno dan Pas...

Kenapa aku xsokong pas, cos parti tu bersengkongkol dgn Anwar....Anwar ni mencurigakan aku ja...Dari apa yang aku kaji anwar ni byk sgt "connection" dgn org luar(nak tau cari sendiri supaya korang lebih paham dan bersifat terbuka)...aku xnak bagi tau cos kat sini ada org yang tak bersifat terbuka...yang aku nampak ada la sorang dua....
Sebab yang kedua adalah DAP...yang ni pun satu aku tak yakin cos aku tak nampak kejujuran dia...Dia nak org patuh tapi dia sendiri tak nak patuh..ni pun korang kena cari sendiri...Dia ni memperjunagkan kesamarataan tapi adakah kita telah bersedia dgn kesamarataan?....najib baru umumkan pemansuah 30% tapi kita dah mula melenting...adakah kita telah bersedia....?erm....
Korang ada igt tak apa karpal kata tentang hukum hudud(Hukum Islam)...dia ada cakap LANGKAH MAYAT DIA DULU if nak buat hukum Islam....Sampai skrg benda ni dia tak tarik balik.....Kalo ada pls let me know....

Tentang Umno plak kenapa aku tak sokong dia kerana cos kesalahan dia adalah kuat sgt rasuah....Pastu takut...kes menghunus keris tu pun senyap jer.....Pastu dia macam tak nak cuba untuk melaksanakan hukum hudud..even sikit pun depa xnak buat....

so undi aku setakat ni

50 % PAS
50 % UMNO

maybe akan berubah dari semasa ke semasa.....
nak sokong sape ek....apa yg aku nak rakyat malaysia leh idup aman damai....:p:p yang x bagusnya ada segelintir manusia yg x reti-reti puas dengan kekayaan dunia nie....aku pun x tau nak cakap apa....:)):))
adek aku pangkah amno sbb nak keje gomen...tapi dah 7 kali g temuduga...still x dapat2...insyallah dah dapat akan pangkah PAS...
ada orang sokong umno sebab pakcik/pak menakan/sedara2/bapak tiri adalah wakil rakyat umno atau paling tidak ketua cawangan umno
aku setuju! dia mmg bleh check ...tp apa2 pun rezeki datang daripada allah.... kebanyakan orang pangkah umno sbb nak dpt projek jer... itu ikhtiar diaorang nak cari rezeki... sama mcm bapak aku laa... satu family register ahli umno...tapi pangkah bulan:D:D:D
nak tahu ker..o.k ler,
suka UMNO sbb dgn adanya UMNO,kita dapat melihat perbezaan antara parti sekular dgn parti islam...
maknanya kita dapat buat perbandingan untuk belajar...

sbb umno pejuang kroni
senang nak kaya pada sape yg ske jilat bontot
atas permintaan abOo sendiri :))
 
Last edited:

ameant

Super Active Member
Joined
Mar 27, 2007
Messages
6,332
Reaction score
143
Points
73
thread yg akan jadi panas kalau tak di pantau oleh tuan mod..
 

BlueDream

Legendary Member
Joined
Apr 11, 2007
Messages
12,909
Reaction score
59
Points
120
aiii... apasal org umno malu mengaku sbg ahli umno...
mana korang.... kuarlah
 

abOo

Account Locked as requested
Joined
Mar 2, 2009
Messages
622
Reaction score
0
Points
10
sbb umno pejuang kroni
senang nak kaya pada sape yg ske jilat bontot
 

protozuaqs

Super Active Member
Joined
Oct 11, 2007
Messages
9,734
Reaction score
116
Points
73
orang PAS boleh kasi komen tak kat thread nih?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register