Info Kenapa Kerajaan Singapura Membayar Suami Isteri RM9,000 Untuk Berasmara ?

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,011
Reaction score
3,798
Points
236
Berbanding dengan negara-negara Asia Tenggara lain, sistem kesihatan dan kelahiran bayi baru lahir di Singapura merupakan antara yang terbaik, bukan saja daripada segi fasiliti malahan daripada segi faedah yang diperolehi. Sistem berbentuk komprehensif telah berjaya dibentuk kerajaan Singapura sebagai jaringan keselamatan sosial semua kelahiran warga tempatan di situ, bagi melindungi aset generasi baru mereka sejak awal. Walaupun begitu, dengan banyak tawaran dana berbentuk wang ringgit yang disalurkan secara subsidi kepada mereka - warga Singapura dilihat tetap enggan untuk menimang cahaya mata disebabkan oleh banyak faktor. Kenapa?

Screenshot-3572.jpg


Sistem komprehensif perlindungan generasi masa depan

Pada tahun 1993, kerajaan Singapura memperkenalkan akta The Education Endowment Scheme Act of 1993, memulakan skim simpanan yang dikenali dengan nama Edusave bagi membantu warga Singapura menampung kos pendidikan anak-anak mereka. Bermula seawal usia 7 tahun, setiap warga Singapura akan dibukakan secara automatik akaun Edusave di mana kerajaan Singapura akan menyumbang geran secara tahunan ke dalam setiap akaun secara percuma. Pada tahun 2019 jumlah geran tahunan setiap individu bernilai SGD230 dan SGD290 untuk pelajar rendah dan menengah. Dana terkumpul ini dijamin kadar dividen 2.5% setiap tahun dan boleh digunakan hanya untuk kegunaan pendidikan. Lebihan dana dalam akaun seandainya berbaki akan dibawa ke hadapan bagi pendidikan tertiari. Sinambungan daripada Edusave, pada tahun 2001 kerajaan Singapura melancarkan Child Development Co-Savings Act bagi menggalakkan lebih ramai rakyat Singapura melahirkan anak, yang bersifat tidak mandatori. Lebih dikenali sebagai CDA atau 'Child Development Accounts', skim simpanan dalam CDA memperkenalkan kepada warga Singapura insentif yang sangat besar untuk memiliki anak; di mana kerajaan Singapura akan memberikan geran pemula minima $3,000 untuk anak pertama dan kedua. Apa yang menarik, sekiranya ibu bapa menyimpan wang dalam akaun CDA anak-anak mereka, kerajaan Singapura sendiri akan menambah simpanan mengikut nilai yang telah didepositkan oleh ibu bapa sehingga nilai maksima SGD3,000. Menarik bukan? Lebih menarik, di bawah sistem CDA ini semua ibu bapa warga Singapura akan menerima geran bantuan penjagaan anak berjumlah $8,000 untuk anak pertama dan kedua dan $10,000 untuk anak berikutnya setiap seorang, dibayar selepas 3 minggu tarikh kelahiran dalam 5 kali bayaran sehinggalah anak berusia 18 bulan. Bagaimanapun semua dana bantuan dan geran ini tetap tidak mampu menggalakkan pasangan Singapura berjimak bagi melahirkan anak.


Singapura berdepan ancaman masyarakat tua

Dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini, Singapura telah mencatatkan kadar kelahiran bayi yang terlalu rendah, dengan tahun 2018 mencatatkan rekod paling buruk. Kadar kelahiran tahunan di Singapura ketika ini adalah 1.14 yang diramalkan tidak mampu menampung keperluan populasi negara kecil itu di masa hadapan. Negara Jepun yang seringkali disebut sebagai negara paling berisiko mengalami masalah 'masyarakat tua' pun mempunyai kadar kelahiran 1.43 secara tahunan. Penurunan ini berlaku secara konsisten dengan kadar tertinggi pernah dicapai adalah 1.96 kelahiran pada tahun 1988 sebelum mula menurun, yang menyebabkan kerajaan Singapura memperkenalkan akta-akta di atas demi menggalakkan rakyat mereka memiliki cahaya mata. Namun tiada sebarang perubahan drastik dapat dilihat walaupun sistem sokongan komprehensif daripada segi kewangan dan kesihatan telah diperkenalkan, dengan kadar kelahiran rakyat Singapura menurun sehingga ke tahap yang membimbangkan. Dengan bermacam geran dan bantuan diberikan persoalan utamanya adalah - kenapa warga Singapura cukup takut nak berasmara tanpa perlindungan bersama pasangan masing-masing?


Wanita yang mengutamakan kerjaya

Perubahan cara hidup khasnya melibatkan golongan wanita, memberikan impak terbesar kepada kadar kelahiran negara republik tersebut. Pada dekad 1980-an, usia wanita yang menjadi ibu majoritinya tergolong dalam kelompok 25 ke 29 tahun tetapi kini majoritinya terletak dalam usia 30 ke 34 tahun. Dalam tempoh 10 tahun, usia median wanita bergelar ibu kali pertama meningkat daripada 29.8 pada tahun 2010 kepada 30.8 dalam tahun 2019. Perbezaan ini menunjukkan majoriti wanita Singapura selesa memilih untuk melambatkan kelahiran anak pertama mereka, atas beberapa faktor yang telah dikenalpasti. Faktor kerjaya dan karier menjadi punca utama kenapa ramai wanita enggan mengandung lebih awal, disebabkan tekanan yang wujud untuk memperkembang dan menstabilkan potensi mereka di tempat kerja. Ramai wanita takut cuti bersalin yang perlu diambil akan menjejaskan kenaikan pangkat serta enggan dilihat sebagai satu kelemahan yang perlu diberikan perhatian oleh majikan. Beberapa kajian yang dijalankan juga menyebutkan dasar jangka masa panjang yang diperkenalkan oleh kerajaan Singapura sendiri, sebenarnya banyak mempengaruhi mentaliti warga Singapura terhadap kelahiran. Warga Singapura dilaporkan memiliki cara pandang yang agak moden terhadap keperluan mempunyai anak, berbeza dengan negara Asia Tenggara lain - mereka melihat anak hanya sebagai satu bentuk keperluan emosi berbanding kepentingan kepada keperluan jaminan kewangan masa depan. Polisi-polisi yang dibentuk kerajaan Singapura diyakini mampu melindungi seseorang individu sejak lahir daripada segi faktor kewangan, membuatkan ramai rakyat Singapura tidak nampak keperluan untuk mereka memiliki anak yang ramai; yang seringkali dikatakan mampu mengubah nasib keluarga. Kos penjagaan anak yang tinggi juga dibimbangi oleh pasangan, khasnya wanita yang takut mereka tidak mampu untuk menampung atau menyediakan dana perbelanjaan yang diperlukan walaupun dengan sistem sokongan yang lengkap disediakan. Kita juga belum mengambil kira faktor perkahwinan, apabila Singapura mencatatkan kenaikan peratusan perceraian lebih tinggi (+3.8%) berbanding perkahwinan (-5.8%) bagi tahun 2019 berbanding tahun sebelumnya. Lebih memburukkan keadaan, kadar perceraian juga dilihat mempunyai pola meningkat yang konsisten setiap tahun.


Generasi baru Singapura yang bakal berubah

Cabaran terbesar kerajaan Singapura dalam menangani masalah ini, adalah disebabkan wujudnya ketidak seimbangan yang sangat ketara dalam kadar kelahiran berlainan etnik. Walaupun secara puratanya Singapura mempunyai kadar kelahiran 1.14 secara tahunan, jika dibandingkan dalam kategori etnik secara spesifik, warga etnik Cina Singapura merupakan kumpulan paling rendah kadar kelahirannya; hanya 0.98. Ini bermakna kadar kelahiran etnik Cina di Singapura tidak memadai untuk menampung kadar kematian. Etnik Melayu tahun ke tahun dilihat semakin meningkat kadar kelahiran mereka, dengan 14 kelahiran untuk setiap 1,000 orang, berbanding 8.7 untuk India dan 7.6 untuk Cina untuk tahun 2019. Besar kemungkinan itu adalah masalah yang paling dibimbangi kerajaan Singapura, yang selama ini dilihat berusaha keras mempertahankan sistem pentadbiran berorientasikan masyarakat berbilang kaum didominasi etnik Cina. Diramalkan seandainya tiada perubahan berjaya dilakukan terhadap kadar kelahiran, akan berlaku perubahan besar dalam komposisi masyarakat Singapura. Yang akhirnya akan meningkatkan pengaruh orang Melayu di Singapura berikutan pertambahan mereka dalam populasi. Langkah terbaru kerajaan Singapura menangani masalah kadar kelahiran ini adalah mengumumkan sumbangan geran tambahan SGD3,000, kepada mana-mana pasangan yang menimang cahaya mata daripada 1 Oktober 2020 sehinggalah 30 September 2022. Kerajaan Singapura akan membayar 3,000 ringgit untuk memastikan pasangan suami isteri nak berasmara.

Kita di Malaysia rasanya tak perlu bayaran pun 'on' je. Kalau kerajaan nak bagi duit, kami ambil. Anak pula adalah anugerah kepada keluarga.


Rujukan;
 
Sponsored Post

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
9,757
Reaction score
1,188
Points
151
Elok la tu, asal Singapore pun tanah org melayu....dia apa pun mesti blk ke asal nanti
 

biomedik2

Active+ Member
Joined
Jan 19, 2020
Messages
4,082
Reaction score
1,264
Points
111
Elok la tu, asal Singapore pun tanah org melayu....dia apa pun mesti blk ke asal nanti
Jgn naive. Nanti pm dia offer taraf citizen utk warga China masuk SG. Supaya demografik tak berubah, cina tetap majoriti. Mereka dah pernah buat dulu. Tahun 80an dulu camni jugak. Pastu berbondong rakyat tanah besar masuk SG, selesai masalah mereka. Jangan buat buat terkejut
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,487
Reaction score
2,008
Points
201
Malaysia lain sket
Dgn anak sendiri pun depa on :D
Siap buang sepah2 lg ada
 
Sponsored Post
Top
Log in Register