BTC USD 17,241.3 Gold USD 1,800.93
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kenapa Kedai Aceh Jadi Pilihan Rakyat Malaysia

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,309
Top Poster #6
Joined
Nov 23, 2012
Messages
39,309
Reaction score
4,938
Points
296
Awards
1
1664686944114.png


02.10.2022 - Kuala Lumpur, Tidak dinafikan, kedai Aceh yang diusahakan warga asing Indonesia sudah bercambah bukan sahaja di sekitar Lembah Klang, tetapi juga melibatkan beberapa kawasan lain seluruh Malaysia. Persoalan bagaimana kedai Aceh boleh beroperasi tanpa sebarang dokumen yang sah menimbulkan pertanyaan dalam kalangan masyarakat tempatan. Satu ketika dahulu kedai Aceh, hanyalah sebuah kedai kecil, tetapi kini sudah bercambah menjadi besar dan ada yang sudah memiliki tiga lot kedai.

Majoriti yang melakukan tinjauan turut sempat bertemu dengan beberapa individu dan mereka menyatakan sebab mengapa kedai Aceh menjadi pilihan mereka sejak sekian lama. Berikut merupakan lima sebab mengapa kedai Aceh boleh kekal dalam komuniti dan semakin berkembang hari demi hari. Kedai Aceh menjual barangan basah yang segar.


Barangan basah segar

Tidak hanya menjual barangan kering, kedai Aceh juga menjual barangan basah seperti ikan, sayur dan sebagainya. Malah, kedai Aceh seakan mempunyai link (bekalan) untuk mendapatkan barangan basah yang segar. Daripada pergi ke pasar besar, lebih baik orang ramai memilih untuk pergi ke kedai Aceh yang lebih dekat dengan rumah mereka.

Boleh dapat diskaun

Satu kelebihan yang dimiliki oleh kedai Aceh ialah mereka tidak mempunyai sistem jual beli yang ketat melibatkan pembeli. Sebagai contoh, jika pembeli tidak mempunyai wang kecil terutamanya syiling, peniaga kedai Aceh boleh 'menghalalkan' duit yang tidak cukup itu. Perkara itu menurut pengguna menjadi satu daripada daya tarikan untuk mereka pergi ke kedai Aceh kerana tidak perlu berhadapan hal remeh seperti tidak mempunyai wang kecil dan sebagainya.

Mudah dan cepat

Kebanyakan kedai Aceh mensasarkan kawasan perumahan sebagai ruang untuk mereka beroperasi. Ini menjadikan komuniti terdekat akan menjadikan kedai Aceh sebagai penyelesaian segera mereka untuk mendapatkan barangan daripada pergi ke pasar raya yang besar. Malah, ada pengguna motosikal yang tidak turun daripada kenderaan mereka dan sekadar memesan apa barangan yang diinginkan.

Harga munasabah

Seorang pelanggan mengakui ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, harga barangan termasuk di kedai Aceh juga naik. Namun, perkara itu dianggap normal dan kini, harga yang ditawarkan sudah jauh lebih rendah berbanding ketika PKP. Walaupun ada barangan yang boleh dikatakan sedikit tinggi berbanding pasar raya besar, tapi bila kedai Aceh yang dekat tetap menjadi pilihan berbanding terpaksa pergi jauh untuk mendapatkan harga murah.

Jual barangan seludup

Perkara ini banyak dinyatakan oleh pengguna kerana kebanyakan kedai Aceh menjual barangan seludup terutamanya rokok. Perkara ini membuatkan ramai perokok tegar menjadikan kedai Aceh sebagai sasaran untuk mendapatkan rokok seludup. Selain itu, banyak barangan Indonesia juga dijual di kedai Aceh yang menjadi daya tarikan pelanggan khususnya kaum Melayu untuk ke sana. Pada masa sama, penguatkuasaan yang longgar juga dilihat antara faktor mengapa kedai Aceh semakin berleluasa ibarat 'cendawan tumbuh selepas hujan'.

Berita asal https://majoriti.com.my/berita/2022/10/02/ini-5-sebab-kenapa-kedai-aceh-jadi-pilihan-rakyat-malaysia
Topik sebelum https://carigold.com/forum/threads/warga-aceh-kuasai-sektor-peruncitan.696006/
 
Sponsored Post

a b c d e f

Super Active Member
gem
Messages
8,942
Joined
Oct 28, 2010
Messages
8,942
Reaction score
1,240
Points
151
Kalau ye pun bendera tu tukar lah. Macam menghina pulak....
 

orang2

Active Member
Messages
1,997
Joined
Aug 28, 2013
Messages
1,997
Reaction score
530
Points
81
Rokok tarikan utama barang mcm ada buah ...pisang pun byk bkn melayu je pergi cina dgn india pun pergi kedai biasa tepi jln je jadi senang
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
121,878
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
121,878
Reaction score
20,424
Points
2,866
Awards
1
kedai Acheh ni samalah dengan kedai yg org Pakistan buka kat sesetengah tempat

dah kedai runcit jual pelbagai barang keperluan rumah sehingga kepada keperluan barang basah, jadi tu yg jadi tumpuan.
orang malas nak pegi ke supermarket nak beli barang

jadi dah ada kedai mcm ni, mudah dan accessible pada segenap lapisan masyarakat
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
388,761
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
388,761
Reaction score
25,696
Points
2,836
Awards
1
Geng Acheh ni ada persatuan kuat kat sini
Siapa yang nak berniaga mereka bagi dulu modal
Nanti dah ada untung boleh lah mula bayar secara ansurans
Tu antara kunci kejayaan mereka
 

jasonbournekillspy

Active Member
Messages
1,983
Joined
Mar 3, 2007
Messages
1,983
Reaction score
326
Points
41
Dari kedai sepet baik pilih kedai aceh walaupon supplier dorang sepet gak ... Kikiki
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
121,878
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
121,878
Reaction score
20,424
Points
2,866
Awards
1
Geng Acheh ni ada persatuan kuat kat sini
Siapa yang nak berniaga mereka bagi dulu modal
Nanti dah ada untung boleh lah mula bayar secara ansurans
Tu antara kunci kejayaan mereka
sama mcm cina dan mamak kan
kuat berpersatuan dan dlm persatuan tu tolong each other
 

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,485
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,485
Reaction score
2,584
Points
251
Awards
1
Kedai dekat.
Senang sikit
 
Sponsored Post

Top
Log in Register