kenapa kalau azan Subuh jer anjing2 kat sekitar tempat aku tinggal meraung-raung???

CG Sponsors




ArrLee

Fun Poster
Joined
May 7, 2008
Messages
909
Reaction score
91
Points
25
Dia makhluk ciptaan Allah juga. Dia pun ada hak juga.
Hanya Allah yang Lebih Mengetahui.

Kalau ada pandangan atau sumber sebagai rujukan boleh sama2 kongsi.

p/s Kat tempat saya waktu subuh dgn insya, anjing2 mesti menyalak berbeza dari salakan biasa, seolah2 salakan serigala.
Dia nampak sesuatu yg bertempiaran lari di alam ghaib atau dia menyahut kebesaran kepada Yang Maha Esa yang menciptanya, hanya Yang Maha Pencipta yang mengetahui.
* Saya rasa mcm dia kata kat manusia dalam bahasa dia, solat solat jgn lena lagi di waktu subuh dan jangan leka di waktu insya.:):):)



http://www.youtube.com/watch?v=zTJQ7P8Z3bI

Ada pelbagai pendapat dan pandangan dari tempat lain yg boleh dikongsi

Anjing Sahut Seruan Azan Subuh di Senawang
Pada subuh Jumaat 14 September 2007 bersamaan 2 Ramadhan 1428 Hijrah di Surau Alamanda, Senawang terdapat beberapa ekor anjing liar sedang lepak di padang bersebelahan dengan surau tersebut.

Ketika muazzin sedang melaungkan azan, saya kedengaran salah seekor anjing tersebut menyalak dalam nada yang berlainan. Setiap kali muazzin menghabiskan satu lafaz azan, anjing tadi akan menyahut dengan nada yang ganjil. Bukan nada salakan ketika bulan purnama, bukan nada salakan anjing yang nampak penceroboh, bukan nada salakan anjing sedang memikat, bukan nada salakan anjing yang sedang bergaduh. Dan lebih menariknya bila lafaz azan yang ada kalimah Allah, anjing tadi akan menyalak dengan salakan yang lebih panjang dan lebih sayup.

Memang setiap makhluk di muka bumi ini sentiasa berzikir , memuji kebesaran Allah swt , kecuali manusia yang ingkar. Kalau anjing pun sahut seruan azan , takkan orang Islam tak nak sahut seruan azan, lebih-lebih lagi azan Subuh.

Kebelakangan ini memang terdapat banyak anjing di taman ini. Dan mereka ini setakat ini tidak mengganggu penduduk, cuma menyelongkar tong sampah yang tidak ditutup rapat. Walaupun aduan telah dibuat kepada Majlis Perbandaran untuk mengawal anjing-anjing yang berkeliaran, kita tidaklah mahu anjing tersebut dibunuh atau diseksa. Walaupun anjing untuk kita mazhab Syafie ini adalah merupakan najis mughallazah (berat), tidaklah patut untuk kita menghina dan menganiaya anjing kerana mereka ini makhluk Allah.

Malah anjing ada disebutkan dalam Kisah Ashabul Kahfi di dalam Al Quran , dimana anjing dalam cerita pemuda-pemuda Islam yang melarikan diri dari pemerintah yang zalim dan kejam telah menjadi sahabat setia pemuda-pemuda tersebut. Begitu juga kisah zaman silam bagaimana seorang perempuan pelacur yang hanya membantu memberikan air kepada seekor anjing yang sangat dahaga telah bertaubat dan dijanjikan ganjaran pahala yang besar.

Kalau binatang seperti anjing pun kita disuruh melayaninya dengan penuh kasih sayang apatah lagi manusia yang datang dari bapa yang sama iaitu Nabi Adam as, manusia yang seagama dengan kita, manusia yang sebangsa dengan kita, manusia yang senegeri dengan kita, manusia yang sekampung dengan kita.

Sempena Ramadhan ini, pereratkanlah persaudaraan dan kasih sayang sesama manusia. Jauhilah sikap hasad dengki, zalim menzalimi, dendam berdendam, tamak haloba sehingga menidakkan kepentingan orang ramai.
http://waghih.blogspot.com/2007/09/anjing-sahut-seruan-azan-subuh-di.html
ini apa yg ana peroleh sewaktu berguru dengan anak murid Ustadz Dr Haron Din tatkala Subuh hari, sebelum subuh.. Ayam Jantan akan berkokok kerana 'golongan' ayam ni Allah bukakkan hijab dengan kelebihan yg mereka ni nampak Malaikat..*masyaAllah Oleh itu, kalau terjaga tatkala dinihari [sebelum subuh] khususnya bila terkejut dengar sang ayam kampung belaan kita berkokok.. Bangunlah.. Sebaik2nya. Solat sunat tahajjud 2 rakaat, hajat 2 rakaat dan witir [angka ganjil] Difahamkan, malaikat yg turun diwaktu ini adalah Malaikat Rahmat yg Allah swt hantar utk mengaminkan do'a orang-orang yg bangun malam [tahajjud].. Khususnya golongan yg sentiasa rindu pada Allah swt.. Ada juga pendapat, yg mengatakan Malaikat Maut = Izrael[kalau silap betulkan ana] yg Allah swt perintahkan setiap minit menjenguk kita [ada yg kata setiap jam] datang menjalankan tugasnya.. Andainya saat dan detik itu Allah perintahkan dia mencabut nyawa kita.. Tidak ada kelengahan sedikitpun baginya utk kita.. seiring dengan hadith yg akhi leo kongsi utk kita semua;
1236. Abu Hurayra reported that the Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, said, "When you hear the crowing of a cock in the night, it has seen an angel. Ask Allah for its blessing. If you hear the braying of a donkey in the night, it has seen a shaytan, so seek refuge with Allah from shaytan." (Al-Adab al-Mufrad Al-Bukhari)
itu tentang Si Jalak - Ayam Jantan - Dikun dalam bahasa arabnya kalau tak silap~ tentang si anjing menyalak tatkala azan DAN bagi yg selalu jadi Muazzin, Bilal, Noje, dan saling berkaitan dengan golongan yg melaungkan Azan. Korang perasan? Bagi yg selalu azan la.. Akan ada satu deruan angin.. Menderu merempuh kita.. Kadang2.. Dari belakang kita.. Mula2 dulu.. Seram gak.. Tapi Muazzin yg berpengalaman cam ayah ana gtau.. Ia adalah deruan angin dari syaitan dan jin-jin kafir yg bertempiaran lari tatkala azan berkumandang.. Dan ada kalanya.. Dari pengalaman ana sendiri.. Deruan angin itu seolah-olah menyahut seruan suci yg keluar dari mulut muazzin.. Dalam hal ni.. Ana sendiri alaminya waktu melaungkan azan subuh.. Percaya atau tidak? Wallahua'alam.. Ini lah antara kemanisan melaungkan azan yg ana rasa.. Walau tak nampak siapa yg menyahutnya.. Namun ana yakin.. Yang beriman pada Allah itu bukan hanya Manusia.. Dalam waktu yg sama.. Akan kedengaran suara sahutan anjing.. Sayup kedengaran.. Seolah-olah.. Mereka ini seakan faham dan turut sama menyahut seruan suci yg menyeru agar segera tunduk sujud pada ilahi.. Selain menyeranah syaitan laknatullah yg bertempiaran lari..
1233. Jabir ibn 'Abdullah reported that the Prophet, may Allah bless him and grant him peace, said "Do not go out often after the night is still. Allah has animals which he sends out. Anyone who hears the barking of a dog or the braying of a donkey should seek refuge with Allah from the Accursed Shaytan. They see what you do not see." (Al-Adab al-Mufrad Al-Bukhari ) 1234. Jabir ibn 'Abdullah reported that the Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, said, "When you hear a dog barking or a donkey braying in the night, seek refuge with Allah. They see what you do not see. Shut the doors and mention the Name of Allah over them. Shaytan will not open a door which has been shut and had the name of Allah mentioned over it. Then cover the pots, tie the water-skins and cover the vessels." (Al-Adab al-Mufrad Al-Bukhari)
Sekali lagi.. Wallahua'lam bissowab..
http://komuniti.iluvislam.com/topic/14219-kenapa-anjing-menyalak-ketika-azan-berkumandang/
 
Sponsored Post

Megat Al Fateh

Fun Poster
Joined
May 6, 2019
Messages
975
Reaction score
443
Points
41
dekat area rumah aku ni ada org bela anjing.. tapi jenis elok terkurunglah.. tak kacau orang pun..

aku selalu perasan anjing ni akan mula berbunyi bila azan subuh dan asar, tp subuh tu mmg clear sbb yelah pagi kan.. suasana sunyi lagi, yg lain mungkin aku tak dengar sangat sbb tak clear

aku dah lama terfikir bab ni lagi, pasal cakap2 org ni ade mcm2.. aku anggap benda ni cam cerita dlm cerita jelah .. kalau nak ambik iktibar silakan, tak nak sudah..

tapi aku ade jumpa post dlm satu forum ni, rumah dia agak dkt dgn masjid, member ni cina dia cerita / tanya, kenapa setiap kali azan je dia perasan on the spot angin macam menderu area tu.. aku no komen lah.. sr je pun.. dah berbulan / bertahun gak dia perasan tu .. dia pun tak dapat jawapan yg elok dkt situ sampai ke sudah

tp betul smlm, 5/10/2020.. nak dijadikan cerita, surau area rumah aku tu tukar sound system .. so dlm pkol 2.35 ptg dia dia ade buat announce nak test suara.. pastu siap test azan tp tak habis lah.. takut keliru plak org azan apa time camtu

aku perasan, yg bila masjid tu test sound, laung test azan pun.. takde pun bunyi anjing tu melolong ke menyalak ke.. tp betul bila masuk time azan asar smlm tu, anjing2 tu melolong balik.. termenung aku jap.. nak hadam balik

maksud aku mmg betul lah anjing ni menyalak sebab azan yg betul2 time azan tu.. yg ada "maksud" dia ... yg test smlm dia tak response pun.. senyap je

so, personally, aku secara peribadi skrg percayalah, kalau anjing berbunyi time azan tu, mungkin.. mungkin dia nampak sesuatu yg kita tak nampak..

apa dia.. ntahlah, aku tak tau.. tp mungkin ni rezki masing2 lah kan nak jumpa

mungkin ade org berpandangan sinis yg konon anjing tu response dkt any high frequency voice .. konon mcm serigala dgr bunyi serigala lain melolong, takpelah.. pendapat masing2 lah kan..

ni saje je aku nak share dgn korang, allahulam..
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,487
Reaction score
2,008
Points
201
Ini jwpan nya
1602053281944.jpeg


abis tu ayam berkokok sbb apa plak?
Nampak malaikat plak ke
Tanya je
 

Megat Al Fateh

Fun Poster
Joined
May 6, 2019
Messages
975
Reaction score
443
Points
41
Ini jwpan nya
View attachment 293579

abis tu ayam berkokok sbb apa plak?
Nampak malaikat plak ke
Tanya je
haha.. gigih nak counter

tu pasal tabiat dia bro.. kejadian tuhan

dia mungkin berkokok pkol 4 atau 5 pagi.. tak kira masa sangat

tp thread ni pasal kenapa anjing ni selalu berbunyi masa azan esp subuh etc..

ade beza focus tajuk kejadian dekat sini.. stick to the topic je

pasal ayam tu no komen, maybe sbb bangsa burung ni mmg suka berkicau waktu pagi

pengalaman masing2.. kalau ko tak percaya ke tak kisah.. aku takde hal bro ;)
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,487
Reaction score
2,008
Points
201
haha.. gigih nak counter

tu pasal tabiat dia bro.. kejadian tuhan

dia mungkin berkokok pkol 4 atau 5 pagi.. tak kira masa sangat

tp thread ni pasal kenapa anjing ni selalu berbunyi masa azan esp subuh etc..

ade beza focus tajuk kejadian dekat sini.. stick to the topic je

pasal ayam tu no komen, maybe sbb bangsa burung ni mmg suka berkicau waktu pagi

pengalaman masing2.. kalau ko tak percaya ke tak kisah.. aku takde hal bro ;)
sy ikut hadis bro
1602080221315.jpeg

Blom jumpa lg dalil anjing menyalak pagi sebab2 tertentu ;)

keldai je menyalak nampak setan
Anjing takde plak jumpa
 

fuhrer_69

Active Member
Joined
Sep 18, 2013
Messages
2,026
Reaction score
220
Points
43
ade je anjing menyalak time dgr azan, aku kene time azan maghrib, bukan dengar cerita orang, sendiri dengar dan nampak.

mungkin kebetulan pun ye.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register