BTC USD 86,788.8 Gold USD 3,050.04
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kenapa hanya kaum bukan Islam Kelantan tahu batasan agama?

Sponsored Post

Teruja dapat masuk masjid, buka puasa ramai-ramai​

Oleh Siti Rohana Idris
Mac 10, 2025 @ 12:23pm

1741636326186.jpeg

Peserta program mahabbah 'Masjid Tour Guide' (MTG) yang terdiri daripada kaum Cina dan India diberi peluang berbuka puasa beramai-ramai di perkarangan Masjid Jamek Muhammadi. Foto NSTP/SITI ROHANA IDRIS

KOTA BHARU: Peluang berbuka puasa beramai-ramai di masjid selain didedahkan mengenai Islam menjadi pengalaman berharga buat 80 masyarakat Cina dan India di negeri ini yang mengikuti program mahabbah 'Masjid Tour Guide' (MTG) yang dianjurkan Masjid Jamek Muhammadi semalam.

Peserta diberikan kefahaman jelas mengenai amalan berpuasa serta sedikit sebanyak berkaitan aktiviti dalam masjid terbabit.

Meskipun hanya kira-kira dua jam saja berlangsung, peluang itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua peserta untuk meneroka kawasan masjid, diberikan penerangan mengenai puasa selain diperdengarkan laungan azan secara langsung seterusnya berbuka puasa beramai-ramai.

Bagi Jayden Leong, 20, dia sangat teruja apabila diajak rakan menghadiri program itu yang baginya satu pengalaman luar biasa dengan pembabitan ramai masyarakat bukan Islam untuk datang ke masjid bagi mendalami perkara berkaitan ajaran Islam.

"Sebaik diajak rakan, saya terus setuju untuk hadir tanpa berfikir panjang kerana bagi saya pengalaman sebegini bukan selalu datang walaupun tidak lama, tapi apa yang dipamer kepada kami orang bukan Islam, sangat bermanfaat dalam konteks mengetahui mengenai agama lain seterusnya saling menghormati pegangan masing-masing.

"Paling seronok apabila tiba waktu berbuka puasa kerana dapat makan beramai-ramai dengan duduk bersila sebaik azan Maghrib berkumandang seolah-olah kami semua juga berpuasa," katanya ketika ditemui di sini, malam tadi.

Jayden yang juga penuntut Tahun Pertama Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, berkata, dia sudah biasa berpuasa meskipun tidak penuh sepanjang Ramadan, dia melihat amalan berpuasa sangat baik untuk mendisiplinkan diri serta kesihatan.

Meskipun sudah mula berpuasa sejak usia 14 tahun lagi, untuk Ramadan kali ini dia baru berpuasa tiga hari namun sangat menghormati rakan-rakannya yang beragama Islam dengan tidak makan atau minum air di hadapan mereka.

"Selain berbuka (puasa), waktu sahur juga sangat menyeronokkan kerana kami beramai-ramai akan ke tempat makan untuk menikmati hidangan yang disediakan, walau mengantuk tapi seronok," katanya yang berasal dari Subang Jaya, Selangor.

Sementara itu, penyelaras program, Suriati Abdul Halim, berkata, MTG adalah program kerjasama antara Islamic Outreach ABIM Centre, Masjid Jamek Muhammadi dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang dianjurkan sejak 2017 lagi.

Menurutnya, program itu bertujuan memberi peluang kepada tetamu bukan Islam untuk merasai suasana umat Islam berbuka puasa di masjid di samping menyampaikan maklumat mengenai masjid dan Islam kepada mereka.

"Program ini sentiasa mendapat sambutan dan kali ini peserta meningkat daripada 50 pada tahun lalu menjadi 80 orang kali ini dan mereka adalah terdiri daripada wakil persatuan, parti politik serta individu," katanya.

 
bila ramai jadi tahi.. simple.. bila jadi minoriti dia behave.. sama cam melayu bila masuk negara orang..
Minority yg mmg kecil, kalau minority yg significant baru keluar warna sebenar. Mmg semua bangsa pun sama.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register