BTC USD 38,008.9 Gold USD 1,830.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Kenapa Guna Tikus Untuk Eksperimen Makmal ?

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,935
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,935
Reaction score
4,387
Points
296
Awards
1
Pernah tak kita terfikir mengapa tikus selalu dijadikan subjek utama untuk mana-mana ujian makmal yang dijalankan oleh pengkaji? Adakah saiz tubuh badannya yang kecil itu telah menarik perhatian para pengkaji? Atau mungkin kerana genetiknya yang cepat memberi tindak balas yang menyebabkan tikus tersebut dijadikan sebagai bahan ujian? Mungkin juga kerana ujian eksperimen makmal selalunya tidak berakhir dengan keputusan ujian yang pengkaji ingini atau jangkakan.

Disebabkan itu, kebiasaanya para pengkaji selalunya memilih tikus sebagai subjek bagi menjalankan eksperimen kerana ianya murah dan mudah untuk didapati. Jangan risau, menerusi perkongsian video ini, ada menerangkan sebab mengapa tikus selalunya dipilih sebagai subjek utama dalam ujian makmal.

1. Tikus sangat kecil dan mudah untuk diuruskan.
Fizikal tikus yang lebih kecil telah memudahkan para pengkaji untuk menjalankan ujian ke atas haiwan tersebut. Bayangkan jika pengkaji menggunakan kuda atau mana-mana haiwan lain yang lebih besar berbanding tikus, sudah pasti menyukarkan pengkaji untuk menguruskan haiwan tersebut kerana begitu besar.

2. Tikus tidak membahayakan
Selalunya ujian makmal melibatkan pelbagai jenis ujian yang mungkin boleh mengancam haiwan itu. Oleh itu, dengan menggunakan tikus sebagai bahan uji kaji, benda paling sakit yang tikus itu boleh buat hanyalah mengigit tangan manusia. Jika haiwan yang lebih besar dan ganas digunakan sudah tentu para pengkaji berada dalam keadaan yang tidak selamat dan membahayakan kerana bimbang digigit oleh haiwan ganas tersebut.

3. Tikus senang membiak
Tikus amat mudah untuk dikendalikan dan senang untuk membiak. Oleh itu para pengkaji memilih tikus sebagai subjek utama bagi eksperimen mereka. Bukan itu sahaja, tempoh jangka masa hidup bagi seekor tikus juga adalah tidak lama. Disebabkan itu pengkaji memilih untuk menggunakan tikus berbanding haiwan-haiwan lain.

4. Persamaan dengan manusia
Tikus dikatakan lebih disukai oleh para pengkaji kerana mempunyai persamaan yang sangat serupa dengan manusia dari segi genetik, biologi serta tingkah laku. Tikus mempunyai 90% gen yang sama dengan manusia. Oleh itu tikus mewakili sifat terbaik dari segi ujian genetik.

5. Boleh diubah secara genetik
Tikus boleh diubah secara genetik iaitu pengkaji boleh menghidupkan dan mematikan gen tertentu dalam seekor tikus bagi melihat bagaimana perubahan itu dapat mempengaruhi tikus tersebut.
 
Sponsored Post

fadl

Fun Poster
Messages
705
Joined
Feb 3, 2013
Messages
705
Reaction score
111
Points
33
Kita sering menyangka bahawa haiwan yang paling hampir menyamai manusia adalah spesis beruk, macam monyet, orang utan, cimpanzi dll. Tapi sebenarnya haiwan yang paling hampir dengan manusia dari segi saiz, anatomi, genome, and physiology adalah babi. Yes, babi, aka oink oink. Pasal tu la penyakit dari babi paling mudah melompat kepada manusia, kerana memang dah dekat dah. Kemungkinan besar faktor ni juga kenapa babi haram dimakan menurut Islam dan lain-lain agama Abrahamic.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register