Kenapa cerita melayu mesti macam ni?

Recommended Brokers


Sponsored Post

exboy

Super Active Member
Joined
Oct 18, 2013
Messages
5,515
Reaction score
111
Points
73
Semua salahku mcm logik sikit..ala yg fasha berlakon tu..

Tinggal flat, kete viva
 

Fabs Gunns

Super Active Member
Joined
Feb 7, 2011
Messages
6,291
Reaction score
51
Points
70
kena la tunjuk skit taraf kehidupan org2 melayu di mata dunia
bisnesman jela cara senang nk tunjuk kaya
 

Penbiru

Legendary Member
Joined
Jan 12, 2008
Messages
17,590
Reaction score
919
Points
161
sekarang ni pula ada drama pasal askar yang duk sibuk dengan cinta macam budak2 sekolah rendah.

macam ni je lah level siri tv melayu, sampai kiamat memang tak akan maju punya.
macam mana nak maju penulis skrip dan penerbit pemalas...ambil novel sampah ..adjust sikit dan buat drama...nak tulis skrip sendiri malas...pastu paling tidak tiru drama / movie luar negara..tapi apa pun salah penonton juga...bila siar penonton bagi sambutan...berbual kat media sosial ..siap gaduh lagi...so tulah level mentaliti penonton malaysia...patut tgk yg kualiti shj...nak buat mcm mana ..jiwa kering dan haus dgn hiburan...ibarat kata kalau buata drama tikus jatuh cinta dgn kuda pun ramai tepuk tangan...
 

exboy

Super Active Member
Joined
Oct 18, 2013
Messages
5,515
Reaction score
111
Points
73
Haha..nak masuk 2020, masih ditakuk tu jugak
 

SmileAlways

Super Active Member
Joined
Aug 11, 2014
Messages
9,108
Reaction score
378
Points
81
Bagi mereka yang tertanya tanya kenapa drama pukul 7 slot Akasia TV3 mesti pasal anak orang kaya, datuk datuk, rumah besar, kereta mewah, projek juta juta, berikut adalah antara faktornya.

Bajet drama yang TV3 bagi ke produksi adalah besar, 12 episod tu sampai RM500 ribu lebih. Banyak kan? Aah memang banyak, sebab rate untuk iklan pukul 7 memang tinggi. Masyuk TV3 buat duit, tapi kena bagi umpan la. Umpannya adalah drama yang kosnya mencecah RM500 ribu.

Ok, produksi ni bila banyak bajet dapat, mereka banyak habiskan untuk bayar gaji pelakon popular, sewa banglo, sewa kereta mewah, lagu sound track, terbang oversea sana sini,.. Haa banyakkan. Tapi itu guna duit bajet dari TV3 je, yang dapat tajaan tu? Contoh, pakaian ada butik yang taja, pemaju perumahan taja rumah, transport pun ada yang taja.. Haaa kan dah banyak jimat tu.

Dengan bajet yang banyak tu, habiskan je la untuk material yang mewah mewah, senang cerita. Benda benda yang cantik dalam TV je. Orang pun suka tengok kan. Sebab penonton, jenis penonton yang dah letih balik dari kerja, tak nak la drama yang berat berat perlukan tahap berfikir sangat.
Lagipun produksi kena buat drama dengan cepat, tak ada masa nak hire penulis skrip yang gaji mahal mahal, storyline pun yang simple je. Lagi senang adaptasi je dari novel, bayar royalti ke penulis je. Haaa senang kan.
Pendek kata, mereka KURANG belanjakan duit untuk perkara yang betul betul seni, dengan kata lain, untuk berkarya. Tiada penulisan skrip yang bagus. Tak nak bayar skrip yang berkualiti, skrip yang ada research dan terperinci. Sebab itulah kita kurang drama yang berkualiti. Yup kalau kat TV3 tu ada juga karya yang berkualiti, biasanya kat slot Samarinda dan Cerekarama.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register