Info Kenali Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah - Wira Kesihatan Malaysia

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
16,316
Reaction score
3,057
Points
236
Wabak COVID-19 dilihatkan seolah-olah tidak mahu berhenti menjangkiti manusia di seluruh dunia. Sehingga 26 Mac 2020, sebanyak 475,176 kes dilaporkan dengan 339,031 kes yang masih aktif dan 21,358 kematian. Malaysia merupakan antara negara yang paling terkesan di kedudukan ke-22 dunia dengan 2,031 kes dan 23 kematian.



Dan dalam kekacauan yang sangat menakutkan ini, terdapat satu watak yang sentiasa kelihatan tenang mengawal situasi dengan sebaik-baiknya. Beliau yang dimaksudkan tak lain dan tak bukan Ketua Pengarah Kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia, Dato' Dr. Noor Hisham bin Abdullah.

Di kala kakitangan kesihatan Malaysia bergelut dengan wabak ini, Dr. Noor Hisham menjadi pendukung mereka yang tidak pernah mengenal erti penat dan lelah. Beliau bukan sahaja berada terlibat secara langsung menangani masalah ini tetapi juga bertanggungjawab dalam sidang media hampir setiap hari. Segala penerangan dan jawapan yang diberikan disusun dengan teratur dan berhemah, membuatkan semua lapisan memahaminya. Tanpa jasa dan pengorbanan beliau kita mungkin sukar untuk memerangi wabak ini.

Dilahirkan di Sepang, Selangor pada tahun 21 April 1963, Dr Noor Hisham Abdullah mempunyai ijazah Sarjana dalam Pembedahan dan ijazah Kedoktoran Perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau menyertai perkhidmatan awam sebagai pegawai perubatan semula pada Ogos 1988.

Dr Noor Hisham kemudiannya menjadi pakar dalam pembedahan endokrin dan melakukan latihannya di pelbagai universiti di Adelaide dan Sydney Australia. Beliau merupakan Pakar Bedah Umum pada 1994 dan juga Pegawai Perubatan Pakar Bedah Umum Hospital Putrajaya pada tahun 2004.

Selain itu, Dr. Noor Hisham juga memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) sejak 1 Februari 2008 dan merupakan Ketua Jabatan Pembedahan Payudara Endokrin dan Pembedahan Am Hospital Putrajaya serta Pakar Perunding Bedah Kanan Hospital Putrajaya pada tahun 2007.

Pada 1 Mac 2013, beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan bagi menggantikan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman. Beliau menyumbangkan banyak buah fikiran dalam jurnal tempatan dan antarabangsa dan menulis banyak bab buku teks tentang pembedahan endokrin.




Kepakarannya adalah dalam kanser endokrin payudara dan telah memberikan kepemimpinan dalam pelbagai pembelajaran serta program jangkauan kesihatan yang inovatif di seluruh Malaysia.

Pada Ogos 2017, beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi Jawatankuasa Eksekutif Komuniti Pakar Bedah Antarabangsa (ISS) untuk lima tahun iaitu dari tahun 2017 hingga 2019 dan tahun 2019 hingga 2021.

Beliau juga merupakan Presiden Majlis Perubatan Malaysia. Pada 2020, beliau dan Menteri Kesihatan Dato' Seri Dr. Adham Baba bertanggungjawab dalam menangani wabak COVID-19 yang menular di Malaysia.


Pencapaian & Anugerah



Anugerah

  1. Kesatria Mangku Negara (K.M.N) - 5 Jun 2004
  2. Panglima Jasa Negara (P.J.N.) - 2 Jun 2007
  3. Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perlis (D.P.M.P.) - 17 Mei 2010
  4. Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (S.P.M.P.) - 17 Mei 2013
  5. Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri Pulau Pinang (D.M.P.N.) - 26 Ogos 2013
  6. Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) - 5 April 2014
Anugerah lain
  1. Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2000 - Hospital Kuala Lumpur (HKL)
  2. Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2004 -Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL)
Kelulusan
  1. Medical Doctor M.D (UKM) - 1988
  2. Master of Surgery M.S (UKM) - 1994
  3. Royal Australasian College Of Surgeons Fellowship Training in Breast Endocrine Surgery - 1997
  4. Academy of Medicine Malaysia (A.M.) - 1998
  5. Fellow Academy of Medicine Malaysia (F.A.M.M) - 2004
  6. Advanced Management Program, Oxford Business School, UK - 2008
Lantikan khas
  1. Royal Australasian College of Surgeons foundation visitor in Hong Kong - 2008
  2. Tetamu khas Sri Lanka College of Surgeon di Colombo - 2010
  3. British J Surgery Lecture (Birmingham) 2010
  4. 23rd Japanese Association of Endocrine Surgeons Lecture, Tokyo, Japan - 2011
  5. Indian College of Surgeons S Vittal Oration, Kodaikanal, India 2011
  6. 13th Congress of Asian Association of Endocrine Surgeon Plenary Lecture, Singapore 2012
  7. Royal Australasian College of Surgeons International Visitor, Kuala Lumpur - 2012
  8. General Surgeons of Australia International Guest, Hobart, Tasmania 2012
  9. Fellow of the Royal College of Physicians London, UK 2012
  10. Goatcher Surgeon in Residence 2013, Royal Perth Hospital 2013


Rujukan;
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
270,265
Reaction score
10,014
Points
2,376
Terima kasih Dr atas sumbangan dan dedikasi dalam menangani COVID-19 di negara kita
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
16,316
Reaction score
3,057
Points
236
Noor Hisham Enggan Endah Gelaran Wira Negara

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah boleh dianggap sebagai individu utama dalam 'perang' melawan wabak Covid-19 di Malaysia.

Namun baginya, gelaran 'wira negara' yang diberikan sejumlah pihak terhadapnya bukanlah perkara utama, apatah lagi di tengah-tengah krisis yang melanda seluruh dunia.

Apa yang penting buat masa ini, katanya, adalah mencari jalan mengekang wabak itu daripada terus menular.

"Sekarang ini bukan tentang saya, tetapi apa kami boleh lakukan terhadap Covid-19.

"Jadi pada saya tak penting (gelaran wira negara), yang penting adalah perkhidmatan," katanya dalam sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Sejak bermulanya Covid-19 di Malaysia, ramai yang memuji Noor Hisham ekoran tindakan dan langkah tuntas yang diambil Kementerian Kesihatan (KMM) dalam menanganinya.

KKM antara lain berjaya mengesan, dan seterusnya merawat mereka yang telah dijangkiti wabak itu. Pada masa sama, kementerian itu juga berjaya menyediakan 19,200 katil sebagai langkah persediaan menampung pesakit pada masa akan datang.

Selain itu, lebih 1,000 doktor dan jururawat yang telah bersara juga telah kembali berkhidmat di barisan depan, selepas beliau menyuarakan permintaan KKM agar mereka berbuat demikian.

Setakat ini, antara langkah utama Malaysia dalam membendung wabak itu adalah dengan menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan yang bertujuan memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Ia pada asalnya dikuatkuasakan bermula 18 hingga 31 Mac, tetapi setakat ini telah dilanjutkan sehingga 14 April.

Kluster baru jangkitan

Dalam sidang media hari ini, Noor Hisham turut memaklumkan kluster baru dalam sebahagian daripada 150 kes baru hari ini termasuklah kluster generasi keempat dan kelimat daripada perhimpunan Tabligh Masjid Sri Petaling Kuala Lumpur.

Daripada 150 kes tersebut, sebanyak 61 kes mempunyai kaitan dengan kluster perhimpunan itu.

"Kluster baru secara tidak langsung berkaitan dengan (perhimpunan itu), sama ada generasi keempat atau kelima.

"Oleh itu kita dapat melihat penyebarannya, terutama kerana mereka (daripada kluster perhimpunan itu) pergi ke masjid, dan orang (lain) yang ke masjid juga dijangkiti," katanya.

"Bilangan yang kita lihat sekarang dari kumpulan Sri Petaling telah masuk ke generasi kelima, bukan lagi generasi pertama," katanya lagi.

Jangkitan generasi keempat dan kelimat bermakna individu yang dijangkiti Covid-19 mendapatnya daripada individu yang dijangkiti daripada individu lain, yan dijangkiti daripada indvividu yang dijangkiti mereka yang hadir ke perhimpunan itu.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata berdasarkan status terkini kluster Sri Petaling, seramai 17,965 telah menjalani ujian saringan dan 12,842 sampel telah diambil, dengan 1,254 orang daripadanya disahkan positif.

Ini bermakna 7,084 yang menjalani pemeriksaan disahkan negatif, manakala 4,504 orang lagi masih menunggu keputusan.

seramai 5,123 orang lagi masih belum menjalani ujian saringan, kata Noor Hisham lagi.





Rujukan https://www.malaysiakini.com/news/517562
 
Sponsored Post
Top
Log in Register