Santai Kenali 10 buah-buahan ‘rare’ di Malaysia

Recommended Brokers


Poll : CariGold new board 2019

  • Fonts terlampau besar, boleh kecilkan sedikit

    Votes: 17 19.8%
  • Warna terlampau terang

    Votes: 8 9.3%
  • Sidebar besar agak mengganggu

    Votes: 38 44.2%
  • Sangat berminat dengan theme baru ini

    Votes: 24 27.9%
  • Serius, tak minat langsung

    Votes: 25 29.1%

Latest Threads

Jering

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2019
Messages
288
Reaction score
24
Points
18
Pernah dengar buah rokam? Kenali 10 buah-buahan ‘rare’ yang ada di Malaysia​

Khamis, 8 Ogos 2019 1:00 PM


Antara buah-buahan tempatan yang kini sukar dicari. Foto AZMAN GHANI

DIANGGARKAN terdapat lebih dari 100 spesis buah-buahan di Malaysia manakala 70 daripadanya dikategorikan sebagai jarang ditemui atau rare.

Ada antara buah-buahan tersebut mudah didapati di kampung, hutan mahupun halaman rumah suatu ketika dahulu namun kini kebanyakannya sudah sukar dicari.

Lebih malang, generasi muda sudah tidak mengenali buah-buahan ini apatah lagi mengetahui rasanya. Star2 menyenaraikan 10 buah-buahan yang kini termasuk dalam kategori rare!



1. Mentega

Berasal dari Filipina, pokok mentega atau dikenali sebagai mabolo atau selarat - ia sangat jarang ditanam di Malaysia kecuali sebagai pokok penyangga.

Terdapat dua jenis buah dihasilkan pokok ini; berwarna coklat dan merah yang mempunyai rasa manis, berbau harum dan boleh dimakan segar.



2. Melinjau

Buah ini popular di negeri pantai timur Malaysia terutamanya Terengganu. Buah berbentuk bujur ini berwarna hijau sebelum bertukar kekuningan dan kemudian bertukar merah gelap yang menandakan ia sudah ranum.

Menurut penulis buku Buah-Buahan Nadir Semenanjung Malaysia iaitu Ruqayah Aman, pokoknya mempunyai daun yang lebat selain buahnya dimakan selepas ia direbus terlebih dahulu.

Biji dan buahnya juga sering dijadikan kerepek yang sangat popular di Indonesia.



3. Telur kuning

Juga dikenali sebagai kanistel, telur kuning berasal dari Amerika Tengah namun jarang ditanam di Semenanjung Malaysia.

Buahnya mempunyai tekstur berserat selain mempunyai rasa yang manis.



4. Bacang

Bacang adalah adik-beradik buah mangga dan banyak ditanam di selatan tanah air. Apabila masak, Bacang mempunyai bau yang kuat dan biasanya ia dijadikan sebagai jeruk atau dicampur dalam sambal.



5. Nam nam

Pokok ini pada awalnya ditanam di Borneo sebelum dibawa ke Indonesia dan menjelajah ke Melak dan Pulau Pinang.

Ia boleh tumbuh meliar namun agak sukar dicari. Di pantai timur, ia dipanggil buah katak puru kerana luarannya yang menyerupai haiwan itu.

Rasanya yang masam biasanya sesuai dijadikan hidangan sampingan bersama kuah rojak.



6. Sentul

Sentul banyak ditanam di kepulauan Melayu seperti Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand.

Menurut Pensyarah Universiti Putra Malaysia, Dr Abdul Aziz Zakaria, Pasar Sentul di Kuala Lumpur dinamakan sempena buah tersebut kerana terdapat sebatang pokok sentul tumbuh di kawasan itu.

Di Kelantan, buah sentul ini biasanya digunakan sebagai ulam atau pun membuat acar.



7. Salak

Ada juga yang memanggil ia sebagai buah kulit ular dan menariknya Salak Selatan di Kuala Lumpur juga dinamakan sempena buah ini.

Ia biasanya tumbuh liar dalam hutan dan menjadi makanan oleh masyarakat Orang Asli terutamanya di Terengganu.

Rasanya yang kelat dan manis - dan banyak juga dijadikan sebagai jeruk.



8. Mundu

Buahnya sangat masam seperti asam jawa dan perlu menambah perasa seperti garam dan gula untuk memakannya.



9. Ceri Terengganu

Rasanya manis namun tidak seperti ceri biasa. Paling menarik ia berbuah sepanjang tahun dan menjadi kegemaran burung.



10. Rokam manis

Juga dikenali sebagai kerkup, rokam manis bukan sahaja boleh didapati di Malaysia tetapi banyak negara lain kerana haiwan dan burung gemar akan buah ini dan menyebarkan benihnya.

Ia boleh tumbuh segar di dalam hutan serta halaman rumah selain ia mempunyai rasa yang manis.

Sumber:https://www.mstar.com.my/xpose/isuke/2019/08/08/buah-rare
 
Sponsored Post
Sponsored Post

Jering

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2019
Messages
288
Reaction score
24
Points
18








Remia vs Kundang vs Setar

Mana satu?

Dan ada tempat panggil kat bawah ni buah setar...setar beza pulak dengan setol

Tuan blh rujuk post tuan Lobey ni mungkin blh bezakan

buah gemior dan kundang spisis sama. gemior pokok kampung buah bujur kecil, kundang siam buah besar dan manis. satu lagi buah setar yg lebih bulat, setangkai lebat nampak mcm buah anggur tapi rasa masam purik jugak.
 
Sponsored Post

Jering

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2019
Messages
288
Reaction score
24
Points
18
Macang ngan salak rare ke?...rasanya mudah je nak dpt
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
39,955
Reaction score
828
Points
113
buah kiak lg rare... kecik rasa masam manis... tp kalo makan byk leh mabuk
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
30,104
Reaction score
1,073
Points
168
Location
-- .- ...
Bandar baru salak tinggi dapat nama dari buah ni la kot.
Bacang tu first time nampak rupa buah dia macam mana.
 

noblegold

Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
1,674
Reaction score
14
Points
0
Lamanya tak makan mentega dan nam nam .. dan dah lama tak jumpa
 

Jering

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2019
Messages
288
Reaction score
24
Points
18
Bandar baru salak tinggi dapat nama dari buah ni la kot.
Bacang tu first time nampak rupa buah dia macam mana.
Kat tmpt aku pnggl buah Macang mcm buah Kuini...tp isi dia byk mcm serat2 bila mkn lekat celah gigi...sedap buah Kuini lg
 

hellspermaster

Active+ Member
Joined
Aug 23, 2013
Messages
2,938
Reaction score
73
Points
41
Kat tmpt aku pnggl buah Macang mcm buah Kuini...tp isi dia byk mcm serat2 bila mkn lekat celah gigi...sedap buah Kuini lg
Org luar susah nak bezakan macang ngan konen. Rumah aku dlu ada 2 pokok ni, tp da kena tebang. Tapi aku sndiri x makan. Hahaha.
 

hellspermaster

Active+ Member
Joined
Aug 23, 2013
Messages
2,938
Reaction score
73
Points
41
rare..

jambu arang..
@ nama macho dia keriang dot..
Buah qiang dot ngan qiang mmg lejen. Aku lg suka buah qiang dr qiang dot. Qiang dot x brapa manis. Dulu pizza hut ada letak buah qiang dot jd topping pizza.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register