BTC USD 54,465.6 Gold USD 2,497.31
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kenaikan harga diesel Malaysia menghimpit pengusaha pelancongan Singapura

Isu penarikan subsidi pukal, isu penghapusan skim pencen, isu pemansuhan elaun kritikal dll tu bukan idea dari PM mana2 pun. Ianya adalah hasil kajian badan kerajaan, cuma nak jumpa PM mana yg ada political will utk execute saja.
Penghapusan skim pencen dan elaun kritikal saya tak setuju.....sebab, duit pencen dan elaun kritikal tu antara salah satu kaedah bagaimana duit dari federal diserakkan ke kawasan pendalaman/luar bandar.

Lagipun, duit pencen tu akan kembali semula ke kerajaan dalam bentuk cukai.

Berbeza dengan subsidi diesel, kalau berjaya diseludup keluar, ia ibarat belanja hangus.
 
Sponsored Post

Dlm keadaan skrg ni, nampak pmx yg berani execute.
2 lg perkara besar - pencen & GST, nak x nak, kena ada someone yg execute.

Sblm ni GST dah on, tapi buat masa orang tengah marah pasal isu 1MDB & FL yg control disebalik tabir, so apa yg DSN buat nampak semuanya xbetul.

Siapa yg berani execute berkaitan mansuh pencen & hidupkan semula GST lepas ni, dia boleh jadi Bapa Revamp Malaysia.

Malaysia ni negara serba serbi kaya dgn hasil bumi, lokasi tiptop, tapi entah kenapa kat situ je tahapnya.
 
Elaun kritikal tu bkn elaun pedalaman tuan. Elaun kritikal tu elaun yg diberikan kpd sektor2 yg kekurangan tenaga kerja mssa dulu, contohnya perubatan.

So bila berlaku lambakan doktor pelatih, maka elaun tu bagi hemat SPA, ada kewajaran utk dimansuhkan.
 
Dlm keadaan skrg ni, nampak pmx yg berani execute.
2 lg perkara besar - pencen & GST, nak x nak, kena ada someone yg execute.

Sblm ni GST dah on, tapi buat masa orang tengah marah pasal isu 1MDB & FL yg control disebalik tabir, so apa yg DSN buat nampak semuanya xbetul.

Siapa yg berani execute berkaitan mansuh pencen & hidupkan semula GST lepas ni, dia boleh jadi Bapa Revamp Malaysia.

Malaysia ni negara serba serbi kaya dgn hasil bumi, lokasi tiptop, tapi entah kenapa kat situ je tahapnya.
Isu pencen tu rasanya mmg dah diimplement kan, mmg lantikan baru dh x ada pencen.

Itulah, DSNR tu mmg faktor FL tu. Kalau dia x overshsdow, bersederhana mcm Tun Siti Hasmah mmg ok sgt.
 
Kenaikan tambang agensi pelancongan Singapura bukti penyasaran subsidi diesel wajar diteruskan​

sg10-17062024-pm_4276420_20240618155224.jpg

BUKIT MERTAJAM: Kenaikan harga tambang pengangkutan yang dikenakan agensi pelancongan dan bas penumpang Singapura serta beberapa siri penangkapan sindiket penyelewengan diesel di sempadan negara membuktikan penyasaran subsidi bahan api itu wajar diteruskan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penyasaran subsidi diesel amat penting untuk negara bagi menyelamatkan dana yang bocor dan disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Semua bas pelancong dan syarikat pelancongan dari Singapura nak naik harga kerana katanya tidak dapat subsidi diesel, maknanya selama ini berpuluh tahun, subsidi kita pergi ke syarikat Singapura, pergi ke kapal-kapal nelayan Siam. Bocor (dana) banyak.

“Subsidi dimanfaatkan oleh 3.8 juta orang asing, dibawa keluar ke Siam, dia bagi hantar kepada kapal nelayan Siam ... yang bayar cukai rakyat Malaysia tetapi yang dapat manfaat orang asing,” katanya pada Majlis Korban Perdana Bersama Perdana Menteri di Masjid Jamek Cherok Tok Kun Bawah di sini hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata jumlah pengeluaran kereta dari 2012 hingga 2020 sedikit berbanding peningkatan melambung diesel yang dikeluarkan kerana bahan api terbabit dinikmati warga asing.

Perdana Menteri bagaimanapun tidak menafikan terdapat beberapa masalah berikutan langkah penyasaran subsidi diesel yang dilaksanakan buat julung kali di Malaysia, namun berjanji akan memperbaik kelemahan berkenaan.

Beliau juga mengakui bersikap terbuka menerima sebarang cadangan mengenai penyasaran subsidi diesel yang dilaksanakan.

“Saya ambil sikap terbuka, kalau ada beberapa kelemahan, maklum, kita betulkan. Ini percubaan awal yang tentunya menghadapi sedikit sebanyak masalah, saya tidak nafikan tetapi cerca seolah-olah kerajaan zalim, itu tidak boleh,” kata beliau.

Beliau berkata kerajaan dan pemimpin-pemimpin sebelum ini juga bersetuju dengan penyasaran subsidi diesel kerana ia merupakan langkah yang betul bagi mengelakkan pembaziran subsidi, sekali gus memulangkan penjimatan kepada rakyat.

Menyentuh mengenai penurunan harga runcit telur ayam, Anwar berkata ia langkah awal bagi mengembalikan hasil penjimatan penyasaran subsidi kepada rakyat kerana ia merupakan makanan yang paling banyak digunakan oleh rakyat di peringkat bawah.

“Kita buat kajian (didapati) keluarga paling banyak gunakan ialah telur, keluarga sederhana, miskin ambil telur empat biji sehari. Oleh itu, kita bincang dengan syarikat dan tanya untung serta turunkan sedikit harga telur tetapi tak rugi (bagi syarikat) dan kalau ada cara-cara yang lain, saya boleh ikhtiarkan,” katanya.

Semalam, Anwar mengumumkan harga runcit telur ayam gred A, B dan C di seluruh negara diturunkan 3 sen sebiji.

Terdahulu, beliau dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meluangkan masa bersama masyarakat setempat dan mengagihkan daging korban Aidiladha kepada golongan yang memerlukan.

Pengguna pickup melayu nak kuota diesel subsidi 5000 liter sebulan. Boleh bagi tak bangnon?
 
Harga RON97, diesel turun 5 sen

Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak 5 sen seliter bermula Khamis sehingga 4 September depan.
PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak 5 sen seliter bermula Khamis sehingga 4 September depan.

Kementerian Kewangan menerusi kenyataan memaklumkan, penurunan itu menjadikan harga baharu RON97 adalah RM3.42 manakala diesel RM3.18 setiap liter.

Keputusan itu katanya seiring dengan penurunan harga pasaran minyak dunia.

"Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit minyak dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga," menurut Kementerian Kewangan pada Rabu.

Menurut kementerian itu, harga runcit petrol RON95 kekal pada RM2.05 seliter dan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan pula kekal pada paras RM2.15 seliter.

"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," jelas kenyataan itu.

Pada 10 Jun lalu, kerajaan melaksanakan pelarasan subsidi diesel yang menyaksikan harga sebelum itu RM2.15 naik kepada RM3.35 seliter.

Bagaimanapun, harga bahan bakar itu turun sebanyak 17 sen secara berperingkat setiap minggu sejak 7 Ogos lalu.

Ia didorong kedudukan kukuh ringgit berbanding dolar AS selain penurunan harga minyak global.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register