BTC USD 48,126.7 Gold USD 1,780.07
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kenaikan gaji pekerja swasta dijangka rendah

alonso

CG Hardcore Club
Messages
62,520
Paid Membership
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,520
Reaction score
426
Points
531
Kemerosotan ekonomi global beri kesan kepada syarikat

KUALA LUMPUR: Pekerja sektor swasta dijangka menerima kenaikan gaji yang rendah tahun depan berikutan kemerosotan ekonomi global.

Kaji selidik Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) bermula Jun lalu mendapati kira-kira 69 peratus daripada 202 syarikat responden menjangkakan kenaikan gaji jawatan eksekutif dan bukan eksekutif hampir sama dengan kadar dinikmati tahun ini.

Presiden MEF, Datuk Azman Shah Haron, berkata syarikat daripada pelbagai sektor mengambil langkah mengatur semula jangkaan kenaikan selepas mengambil kira faktor ekonomi global dengan menjangkakan purata kenaikan gaji 5.53 peratus bagi jawatan eksekutif dan 5.59 peratus bukan eksekutif.

"Purata kenaikan sebenar bagi jawatan eksekutif tahun ini adalah 6.09 peratus, lebih rendah daripada 2007, iaitu 6.25 peratus.

"Bagi jawatan bukan eksekutif, peratus kenaikan pada 2008 adalah 5.69 peratus iaitu lebih rendah daripada tahun sebelumnya 5.77 peratus

"Sebelum kejatuhan ekonomi, syarikat meramalkan purata kenaikan gaji lebih tinggi tahun depan iaitu 5.78 peratus bagi eksekutif dan 5.85 peratus bagi bukan eksekutif.

"Secara umumnya, majikan masih perlu mengekalkan kakitangan dan berjimat dalam aspek lain bagi mengekalkan prestasi syarikat walaupun suasana ekonomi perlahan melainkan tiada pilihan lain," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai Kaji Selidik Gaji oleh MEF Bagi Eksekutif dan Bukan Eksekutif 2008 di sini, semalam.

Azman Shah berkata, jangkaan kenaikan gaji tahun depan bagi kakitangan eksekutif dalam sektor pekilangan juga rendah, iaitu 5.50 peratus berbanding kenaikan sebenar pada 2008 iaitu 6.34 peratus sektor.

"Ramalan kenaikan gaji bagi eksekutif dalam sektor selain pekilangan lebih tinggi iaitu 5.56 peratus. Kenaikan sebenar tahun ini pula 5.84 peratus," katanya.

Sementara itu, Azman Shah berkata, purata jumlah pengambilan cuti sakit membabitkan pesakit luar yang bekerja dalam pelbagai industri pada 2007 adalah 3.95 hari.

Jumlah itu diperoleh melalui kaji selidik Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) bagi Januari hingga Disember 2007 membabitkan 146 syarikat selepas mengambil kira jumlah keseluruhan 329,119 cuti sakit yang diambil 83,336 pekerja syarikat berkenaan.

Katanya, purata jumlah pengambilan cuti sakit pesakit luar oleh pekerja tempatan tinggi dan dikhuatiri akan menjejaskan produktiviti industri dan negara secara keseluruhan.

"Jumlah pengambilan cuti sakit di Malaysia sangat tinggi berbanding United Kingdom yang mencatatkan purata pengambilan cuti sakit pekerjanya 0.92 hari setahun," katanya.

Secara keseluruhan pengambilan cuti sakit oleh pekerja tempatan dianggarkan 19.18 juta hari setahun.

"Keadaan ini mungkin menjadi punca tahap produktiviti yang rendah di kalangan pekerja tempatan," katanya.
 
Last edited:
Sponsored Post

badrush

Super Active Member
Messages
5,520
Joined
Sep 4, 2008
Messages
5,520
Reaction score
19
Points
65
6.09 je????

sikitnye..

camna aku nak kawin nih???
 

edagangnetwork

Active Member
Messages
2,097
Joined
Jun 25, 2008
Messages
2,097
Reaction score
15
Points
25
Nasib baik dh kalo ada kenaikan..... kebanyakan Company swasta ni.... tak naik2...maintain tang tu gak... Lagi kalo ada isu2 pasal kemelesetan ni... tu la dia org canang.... kompani tak untung la... mcm2 lagi...
 

ezis2u

Super Active Member
Messages
9,747
Joined
Aug 1, 2008
Messages
9,747
Reaction score
22
Points
75
jangankan rendah, langsung tak naik-naik dah nih...

nak turun adalah nasib baik dia takleh nak bagi turun...
 

aqua84

Active+ Member
Messages
2,942
Joined
Jun 27, 2008
Messages
2,942
Reaction score
82
Points
30
try la apply...

susah gilos nak masuk gomen kalo tak pakai kabel besor longkang..

betul2.....kalo kabel...tinggi bangunan br leh dpt kot...:)):))
cam hampeh jerk...
 

badrush

Super Active Member
Messages
5,520
Joined
Sep 4, 2008
Messages
5,520
Reaction score
19
Points
65
betul2.....kalo kabel...tinggi bangunan br leh dpt kot...:)):))
cam hampeh jerk...

aku cakap betul ar...

memang susah nak cucuk gomen..

untung rezki je kalo dapat..

byk kali aku g interview..semua tanya "ada kenalan tak kat sini"..

songal...
 

aqua84

Active+ Member
Messages
2,942
Joined
Jun 27, 2008
Messages
2,942
Reaction score
82
Points
30
aku cakap betul ar...

memang susah nak cucuk gomen..

untung rezki je kalo dapat..

byk kali aku g interview..semua tanya "ada kenalan tak kat sini"..

songal...

aku pun ckp betul ar...aku pun sll interview gov...under SPA...yg br2 ni just dpt simpanan jerk 1 thn....:(:)((
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register