BTC USD 92,069.7 Gold USD 3,335.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kena Rasuk Puteri Ulek Mayang - “Jangan pasang lagu tu!”

lempeng

Fun Poster
Messages
338
Joined
Dec 16, 2005
Messages
338
Reaction score
76
Points
20

Memang aku baru nak berforum balik. Tapi dalam jangkamasa yang amat singkat aku dah tau...aku dah tau segelintir orang2 yg masuk baca kat forum ni niat dan hati dia buruk...korang just masuk sini sebab nak ambik idea cerita, gaya bahasa lepas tu instead of sumbang apa2 kat dalam forum ni korang cedok/create, letak cerita kat tempat korang kan... contoh macamm...fiksyen shasha kan...tu baru satu aku sebut..



Gadis Kolej Dirasuk Puteri Ulek Mayang - “Jangan pasang lagu tu!”
1742355955262.png

MUNGKIN
ramai yang tidak mengambil serius tentang 'roh' yang dikatakan wujud dalam lagu rakyat Ulek Mayang.

Bagi seorang penari tradisional ini, dia rela diherdik rakan-rakan hanya kerana ketegasannya untuk tidak membenarkan lagu 'berhantu' itu dimainkan ketika sesi latihan.

Niat gadis berkenaan hanya satu, keselamatan mereka adalah yang utama.

"Sehari selepas kejadian itu, salah seorang rakan aku WhatsApp dalam pukul 1 pagi dan menyatakan dia memahami kenapa lagu tersebut tidak boleh dimainkan semasa latihan.

"Aku pun tanyalah, kenapa? Ada apa-apa jadi ke? Dia tak balas WhatsApp aku.

"Esoknya, rakan aku yang WhatsApp semalam tu tak datang kelas," cerita gadis berkenaan memulakan bicara.


1742356040627.png

Ulek Mayang ditarikan secara beramai-ramai antara 10 hingga 15 orang dalam bentuk bulatan untuk memuja Tuan Puteri Tujuh beradik.



Pada sebelah malam hari yang sama, latihan diadakan sekali lagi dan kesemua 12 ahli datang dengan memakai baju kemeja-T bersama seluar trek.

Bagaimanapun rakannya yang menghantar mesej pada awal pagi itu datang dengan berbaju kurung bersama bunga merah yang diselitkan di celah telinga.

Dia yang merasakan perkara aneh berlaku hanya mendiamkan diri sedangkan rakan-rakan lain mencebik.

Selesai berlatih dua atau tiga lagu, tiba-tiba rakannya itu mencapai kaset dari rak studio dan terus memasang lagu Ulek Mayang.

"Rakan-rakan yang lain terujalah kerana memang dari mula mereka nak sangat menari diiringi lagu Ulek Mayang.

"Jam dah menunjukkan pukul 10:30 malam dan hati aku mula berkata mungkin tak ada apa-apa... awal lagi," ujarnya yang tidak menyertai tarian tersebut dengan alasan migrain.

Apa yang pelik, gerak tari yang dilakukan rakan berbaju kurung berbeza dengan langkah-langkah yang dipelajari malah lebih lemah gemalai.

"Kalau korang semua nak tahu, tarian asli yang kami belajar ni, langkah-langkah dia boleh masuk dengan kebanyakan lagu-lagu asli. Langkahnya sama saja.

"Tapi apabila aku perhati rakan aku yang berbaju kurung ni, dia menari dengan langkah lain. Lemah gemalai, aku tak pernah tengok tarian seindah tu," katanya.

Tambah gadis itu lagi, situasi pada ketika itu kelihatan cukup pelik dan membimbangkan.

"Aku tak pernah tengok tarian seindah itu tapi disebabkan dia menari di belakang, rakan-rakan lain tidak memerhatikan gerak tariannya.

"Matanya melirik-lirik seperti orang yang menari tarian Jawa.

"Tengah mereka asyik menari, aku tengok rakan aku yang berbaju kurung berhenti tiba-tiba dan berdiri tegak... dia berjalan keluar dari studio," ujarnya yang terus menggenggam telefon.

Entah macam mana, tiba-tiba studio tarian menjadi gelap gelita sehingga rakan-rakan yang lain menjerit ketakutan.

Kesemuanya duduk berhimpit di belakang studio.

Radio yang terpadam kerana black out tadi, kembali berbunyi lagu Ulek Mayang.

"Kali ini tanpa muzik, hanya nyanyian sahaja... suara pula berbeza dengan kaset dan lebih mendayu-dayu.

"Beberapa rangkap sebelum lagu tamat, kami terdengar bunyi lantai kayu dan suara nyanyian semakin dekat.

"Aku rasa lengan aku disentuh tangan yang sejuk. Padahal suhu badan masing-masing waktu tu semua dah panas berkuap," katanya yang kemudian menjerit sekuat hati.

Cerita gadis itu, dia menggenggam erat baju rakan-rakannya supaya tidak terus ditarik.

Tangan dengan tenaga luar biasa itu seolah-olah meminta dia untuk bangun dan menari bersama dengan iringan lagu Ulek Mayang.

"Rakan-rakan mula membaca ayat-ayat suci al-Quran dan tak sampai beberapa saat selepas itu, terdengar bunyi enjin motosikal dihidupkan di luar studio.

"Aku dengan pantas menjerit sekuat hati supaya individu tersebut menyedari kewujudan kami semua di dalam studio. Seketika selepas itu genggaman tangan sejuk tadi semakin hilang.

"Lampu dan penghawa dingin kembali dipasang dan keadaan kembali seperti sedia kala melainkan rakan yang berbaju kurung... dia tidak kembali selepas keluar," ceritanya lagi.

Keesokan harinya, kisah yang berlaku di studio heboh di kolej.

Namun kisah yang diceritakan berbeza dengan apa yang dialami kerana yang didengari rakan-rakan penari lain adalah suara mengilai dan bukanlah lagu Ulek Mayang.

Rakan yang memakai baju kurung pula dijumpai terbaring di tandas aras lima studio tersebut dengan keadaan calar yang banyak, malah dia mengakui tidak menyedari apa yang berlaku.



::::::::::::::::::::::sumber: mstar
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register