majapahit
Active Member
- Messages
- 1,604
- Joined
- Jul 1, 2008
- Messages
- 1,604
- Reaction score
- 33
- Points
- 30
Periksa dara sebelum kahwin
NEW DELHI: Dua wanita dilaporkan telah diperiksa dara mereka sebelum menyertai majlis perkahwinan beramai-ramai anjuran kerajaan negeri di negeri Madhya Pradesh, tengah India.
Mereka memberitahu Suruhanjaya Wanita Kebangsaan India yang menyiasat dakwaan tersebut di kampung Sohagpur, bahawa beberapa wanita telah diarahkan untuk menjalani ujian dara sebagai prasyarat untuk menyertai majlis perkahwinan percuma itu.
Salah seorang daripada mereka mendakwa seorang pegawai penganjur meminta 500 rupee (RM37) sebelum mengisytiharkannya masih mempunyai dara dan layak menyertai majlis perkahwinan tersebut, lapor stesen televisyen IBN7.
Pemeriksaan dara itu mencetuskan perbahasan di India akhir bulan lalu apabila seorang wanita yang menghadiri majlis perkahwinan beramai-ramai diminta menjalani pemeriksaan perubatan, selepas seorang bakal pengantin didakwa telah melahirkan anak di venue majlis tersebut.
Pihak penganjur kemudiannya mengarahkan pemeriksaan dara dan kehamilan diadakan kepada bakal pengantin wanita bagi menghalang mereka daripada mengambil kesempatan untuk berkahwin menerusi skim kahwin percuma itu.
Daripada 168 wanita yang menghadiri majlis tersebut, sekurang-kurangnya 14 daripada mereka didapati hamil apabila pemeriksaan perubatan dibuat sebelum majlis berlangsung.
Di bawah skim kahwin percuma berkenaan, semua perbelanjaan ditanggung oleh pihak penganjur dan pasangan turut diberi 6,000 rupee (RM450) selepas berkahwin.
Ahli politik dan aktivis hak asasi manusia mengisytiharkan ujian dara tersebut sebagai memalukan, melanggari hak asasi manusia dan menggesa pihak berkuasa menyisat insiden tersebut, yang membawa kepada siasatan Suruhanjaya Wanita Kebangsaan berkenaan.
- Bernama

Last edited: