BTC USD 52,301.0 Gold USD 1,783.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Kena Covid-19 selepas ceroboh wad ICU cari isteri

hiduprakyat

Super Active Member
Messages
6,087
Joined
Dec 6, 2010
Messages
6,087
Reaction score
435
Points
91
Kena Covid-19 selepas ceroboh wad ICU cari isteri
FB_IMG_1634440202540.jpg

Kangar: Seorang bekas operator radio pelantar minyak ditahan polis hari ini sebaik sembuh selepas dijangkiti Covid-19 gara-gara menceroboh masuk wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Covid-19 sebuah hospital di sini 29 September lalu.

Difahamkan suspek berusia 46 tahun itu bertindak demikian tanpa memakai pelitup muka atau sebarang pakaian perlindungan diri (PPE) dengan alasan untuk mencari isterinya yang sarat mengandung bertugas di wad berkenaan.

Suspek ditahan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar pada jam 1 pagi hari ini di kediamannya di Jalan Ngulang, Mata Ayer di sini susulan laporan polis dibuat oleh kakitangan hospital berkenaan.

Sumber berkata, suspek didakwa memasuki wad berkenaan sekitar jam 4.30 pagi dan ketika kejadian terdapat empat pesakit Covid-19 dirawat di situ.

"Lelaki itu kemudian keluar melalui ruang lobi ICU dan kejadian berkenaan mempunyai risiko tinggi jangkitan Covid-19 terhadap suspek serta orang yang berada di sekitarnya.

"Malah kejadian itu juga boleh mengakibatkan wad itu terpaksa ditutup dan boleh menjejaskan perkhidmatan di hospital berkenaan.

"Selain itu juga, suspek difahamkan pernah beberapa kali menceroboh masuk ke kawasan ICU dengan alasan mencari isterinya," katanya.

Sementara itu, suspek dibawa ke Mahkamah Kangar oleh polis untuk permohonan reman dan suspek turut diwakili peguam, Zuhair Ahmad Zakuan dan peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Siti Hajar Ahmad.

Permohonan polis untuk menahan reman suspek untuk tujuan siasatan bagaimanapun ditolak Penolong Pegawai Undang-Undang Mahkamah Kangar, Suazira Mohd Surat serta membenarkan permohonan peguam suspek untuk diberi jaminan polis sementara menunggu tarikh pertuduhan di mahkamah.

Zuhair ketika ditemui berkata, tindakan anak guamnya itu didakwa hanya untuk memastikan isterinya yang sedang sarat mengandung anak kembar pada ketika itu berada dalam keadaan baik kerana terpaksa bertugas di hospital itu meskipun dalam keadaan mengandung.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan kes disiasat mengikut Seksyen 269 dan 448 Kanun Keseksaan kerana melakukan pencerobohan dan Peraturan 11(1) Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

@hmetro.com.my
 
Sponsored Post

jaih

Legendary Member
Messages
10,165
Joined
Jan 14, 2006
Messages
10,165
Reaction score
532
Points
171
Baser jenih tok faham keja bini... main ceroboh jaa... tpt keja org... wad covid plop tuh...
mujur masuk statistik sembuh... kalu masuk statistik sebaliknya.. mmg balik ke alam sana laa

pas sembuh.. hadap pulop ngan polis.... semoga berbahagia laa
 

Penbiru

CG Top Poster Club
Messages
23,899
Joined
Jan 12, 2008
Messages
23,899
Reaction score
3,797
Points
201
Baser jenih tok faham keja bini... main ceroboh jaa... tpt keja org... wad covid plop tuh...
mujur masuk statistik sembuh... kalu masuk statistik sebaliknya.. mmg balik ke alam sana laa

pas sembuh.. hadap pulop ngan polis.... semoga berbahagia laa

Jenis rasa besar sebab bini dia.....ini jenis kalau kat sekolah selamba je masuk bilik guru.....dok bual dgn cikgu lain....gi makan kat kantin cikgu...al maklum laki kpd cikgu....sama lah kat spital.....cuma kalau kem askar tak dengar lagi laki nak gi cari bini.....rasa kena sekeh kat guard lagi...hahaha
 

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,809
Top Poster #5
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,809
Reaction score
22,056
Points
1,671
Bini mesti jenis payah nk contact ni. Serbu terus dia masuk wad. Insecure betol
 

jaih

Legendary Member
Messages
10,165
Joined
Jan 14, 2006
Messages
10,165
Reaction score
532
Points
171
Bini mesti jenis payah nk contact ni. Serbu terus dia masuk wad. Insecure betol
betul bos... mmg xleh kontek kalu dah masuk icu covid n pakai PPE.. plg kurang diaorg akan dok dlm tu 4-5jam.. utk setelkan urusan pesakit..
gitulerr org umoh kawe... kalu daa masuk keja.mmg dia xkan angkat pone.. bila dia kuar dr covid area baru dia pickup pone...atau balas wassap

dlm kes ni bini dia pregnant... biasanya sister takkan assign utk covid patient.. sebab bahaya..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register