BTC USD 61,912.7 Gold USD 1,766.01
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemungkinan wujud 'superbug' dalam ternakan dipantau

zack2terer

Legendary Member
Joined
Dec 11, 2007
Messages
13,627
Reaction score
193
Points
123
Kemungkinan wujud 'superbug' dalam ternakan dipantau: Liow


2010/12/08

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan akan mengadakan rangka kerja menyeluruh bagi mengawal kemungkinan wujud Antimicrobial Resistant Organsims (AMR) atau "superbug" dalam haiwan ternakan.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata sepertimana manusia, superbug juga boleh muncul dalam haiwan ternakan apabila haiwan tersebut diberikan pelbagai ubat, melebihi kadar yang sepatutnya.

"Kementerian akan memantau keadaan itu dengan kerjasama semua kementerian dan agensi yang terbabit dalam proses rantaian pengeluaran makanan," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan Kesembilan di sini hari ini.

Liow berkata, walaupun masih belum ada kes seperti itu dikesan setakat ini, namum tindakan pencegahan awal perlu dirancang dan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan akan bertindak sebagai peneraju kerjasama tersebut.

Katanya, semua agensi yang terbabit dalam rantaian makanan perlu mengkaji semula perundangan dan garis panduan berkaitan kelulusan dan penggunaan ubat veterinar.

Katanya, perlu wujud kerjasama antara kementerian kerana ia membabitkan 10 akta dan lebih 10 jabatan dalam keseluruhan rantaian makanan di negara ini.

Liow menjelaskan adalah sukar untuk mengesan superbug dengan awal sekiranya tidak ada kerjasama antara setiap jabatan terbabit.

Dalam perkembangan lain, katanya, mesyuarat itu turut membincangkan cara mengatasi trend obesiti yang kian membimbangkan di negara ini.

Mengikut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Liow berkata, Malaysia menduduki tangga keenam dari segi jumlah penduduk obes tertinggi selepas Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Kuwait dan Jordan di rantau Asia.

Beliau juga berkata, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di kementerian tersebut telah dinaiktaraf pada 1 Julai lalu dengan pengarah bahagian dilantik di setiap negeri bagi memastikan pemantauan keselamatan makanan yang lebih baik.

Mesyuarat itu dihadiri oleh 48 peserta dari pelbagai agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan berkaitan dengan keselamatan makanan. - BERNAMA


Superbug
 

CG Sponsors




Top
Log in Register