Kemunculan harimau..bukan di Ulu Yam

CG Sponsors




hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
1,870
Reaction score
139
Points
33
RAKAMAN menunjukkan seekor harimau dewasa muncul di bahu jalan raya sebelum ia disahkan berlaku di India.


Kuala Lumpur: Warga netizen cemas susulan tular video berhubung kemunculan seekor harimau Malaya dewasa yang didakwa berkeliaran di Ulu Yam, Gombak sejak kelmarin.

Berdasarkan video berdurasi 43 saat itu, harimau dewasa dianggarkan seberat lebih 100 kilogram didakwa muncul dari kawasan belukar berhampiran jalan raya.

Individu yang menaiki kereta dan melalui kawasan itu bertindak merakam kelibat harimau Malaya itu dalam jarak kurang 20 meter dari dalam kenderaan berkenaan.

Harimau itu yang merenung ke arah kenderaan bagaimanapun enggan beredar sebaliknya duduk di bawah sebatang pokok sebelum kenderaan itu berlalu pergi.

Bagaimanapun ada individu sengaja menyebarkan maklumat kononnya harimau Malaya itu ditemui sekumpulan anggota polis yang melakukan operasi di sekitar lokasi berkenaan kelmarin.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim yang dihubungi tadi bagaimanapun menafikan kehadiran harimau di lokasi berkenaan berikutan tiada laporan khas dibuat kepada pihaknya.

Beliau berkata, siasatan dilakukan pihaknya bagaimanapun mendapati maklumat tular itu adalah palsu dan sengaja mahu menakut-nakutkan orang ramai.

"Semakan dilakukan mendapati rakaman video itu diambil di Pambra, Utara India dan disebarkan badan hidupan liar 'Wayanad Wildlife Sanctuary' pada 3 September lalu.

"Orang ramai tidak seharusnya panik dan menyebarkan maklumat tidak tepat. Rujuk dahulu dengan pihak Perhilitan untuk pengesahan," katanya,

Beliau berkata, tindakan seumpama ini acap kali berlaku termasuk rakaman video harimau Malaya didakwa berkeliaran di sebuah ladang kelapa sawit di Selangor.

"Bagaimanapun apabila siasatan dilakukan, video itu dikesan dirakam pekerja ladang kelapa sawit di Sumatera, Indonesia," katanya.

Beliau berkata, fizikal harimau Malaya dan Harimau Benggala yang mendiami Bangladesh serta India tidak jauh bezanya menyebabkan ramai yang keliru.


== hmetro
 
Sponsored Post

faeyzul

Active Member
Joined
Feb 2, 2010
Messages
2,109
Reaction score
115
Points
43
xde keje dok sebar berita palsu..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register