Kempen sepanduk royalti minyak tanda Pas terdesak

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
JELI: Pemasangan sepanduk berhubung isu royalti minyak di seluruh Kelantan oleh Pas ketika ini menunjukkan perbuatan terdesak Pas untuk menutup hakikat sebenar berhubung isu terbabit.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Mustapa Mohamed, berkata Pas semakin tertekan apabila isu royalti minyak yang mencetuskan kontroversi dalam kalangan rakyat itu terbongkar dan mula disedari kebenarannya.

"Hakikatnya, Kelantan tidak berhak menerima royaliti minyak kerana hasilnya terletak 200 batu nautika dari pantai mengikut Akta Pembangunan Petroleum 1974.

"Rakyat kini semakin sedar dan memahami kebenaran isu terbabit selepas menerima penjelasan daripada kerajaan Pusat menyebabkan Pas semakin terdesak dan tertekan," katanya ketika berucap melancarkan gerak kerja penerangan Badan Perhubungan UMNO negeri Kelantan, di Kompleks Umno Bahagian Jeli.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, bagi menutup kelemahan pihaknya itu, Pas menggunakan pelbagai cara untuk mengekalkan kuasa mereka di negeri ini termasuk memasang pelbagai sepanduk di seluruh Kelantan untuk memutarbelitkan isu royalti minyak.

Bagaimanapun, Mustapa berkata, kerajaan Pusat masih bersikap adil dan prihatin terhadap rakyat Kelantan melalui pemberian wang ihsan.

"Keprihatinan itu dapat dilihat apabila kerajaan pusat memberikan wang ihsan kepada Kelantan yang disalurkan menerusi program dan projek untuk negeri ini," katanya.

Mustapa berkata, kelemahan Pas dalam mentadbir Kelantan juga semakin ketara apabila pelbagai isu timbul sejak kebelakangan ini dan gagal diselesaikan.

Menurutnya, isu yang timbul itu membuktikan Pas lemah dalam mentadbir urus negeri ini.

"Tanda-tanda itu jelas menunjukkan bahawa Umno lebih berkeupayaan merampas semula negeri ini setelah 20 tahun diperintah Pas," katanya. - Bernama
 
Sponsored Post

Pak Wan

Super Active Member
Joined
Jul 9, 2008
Messages
5,753
Reaction score
408
Points
81
mengigau di siang hari dato' ni... biarkan dia dgn labu2nya...
 

shane

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,001
Reaction score
208
Points
133
Aku nampak Tok Pa yg terdesak, hingga Ku Li pun sanggup join program 28 January ni kot..... Sebab tu nampak gerun dengan sepanduk2 tu & penjelasan sebenar isu minyak ni...
 

papayaomela

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
6,244
Reaction score
26
Points
70
Aku teringat kenyataan Dato' Pa dalam DUN Kelantan yg mana Dato' Pa akui yg dia menyekat peruntukan kepada negeri Kelantan semasa dia menjadi menteri pada penggal lepas. Mmg hati busuk Dato' Pa ni. Rakyat menjadi mangsa. Ini ke pemimpin yg harus dipilih rakyat? Rakyat Jeli patut bagi pengajaran kat Dato' Pa ni.
 

mamaimran

Super Active Member
Joined
Jun 14, 2009
Messages
6,048
Reaction score
146
Points
73
Bengong punyer pemimpin..suruh dia dok kat pelantar minyak tue lg baguh..:(scam
 

SOUL86F

Legendary Member
Joined
Jan 22, 2008
Messages
10,969
Reaction score
115
Points
123
Aku teringat kenyataan Dato' Pa dalam DUN Kelantan yg mana Dato' Pa akui yg dia menyekat peruntukan kepada negeri Kelantan semasa dia menjadi menteri pada penggal lepas. Mmg hati busuk Dato' Pa ni. Rakyat menjadi mangsa. Ini ke pemimpin yg harus dipilih rakyat? Rakyat Jeli patut bagi pengajaran kat Dato' Pa ni.
http://www.youtube.com/watch?v=OmQ0FJYOrcY
 

Rambaldi

Fun Poster
Joined
Dec 14, 2007
Messages
109
Reaction score
0
Points
10
tt pun sama jee dgn tok pa. mengigau tampa fakta disiang hari pagi2 buta ni
 

daus79

Fun Poster
Joined
Aug 10, 2009
Messages
578
Reaction score
0
Points
10
UMNO Lagi Terdesak sanggup ibarat Desparado Najib yang buat Juara Rakyat la ape ke stupit thing lagi...memang demit la UMNO no...rabish
 

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
tersesak atau mendesak ?

kalau aku pun aku wat camtu biar orang nampak tiap2 kali lalu. malas nak sebut tiap2 kali ceramah
 
Sponsored Post
Top
Log in Register