akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 56,541
Top Poster #3
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 56,541
- Reaction score
- 6,645
- Points
- 881
- Awards
- 1
Kemenangan Trump: PAS harap agenda keamanan diutamakan
Yusman AwangNovember 7, 2024
Ahmad Fadhli Shaari
KUALA LUMPUR: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menggesa Presiden Donald Trump agar tidak tunduk kepada tuntutan Israel di Timur Tengah, kerana ia boleh memupuk kebencian terhadap Amerika Syarikat dalam kalangan umat Islam, dan menyebabkan negara itu dilihat sebagai boneka kepentingan Israel.
- Advertisement -
Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, dengan kemenangan Trump dalam pilihan raya presiden 2024 untuk menduduki kerusi Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47, dunia akan mengalami tempoh yang bebas daripada konflik global, terutamanya ketika dalam penggal kedua Presiden Trump, bermatlamat bagi memupuk kestabilan dan persefahaman di peringkat antarabangsa.
“Bagi pihak PAS, sebagai parti pembangkang di Malaysia, kami mengakui tidak mempunyai kaitan langsung dengan kempen presiden AS.
“Bagaimanapun, kami berharap Presiden yang baru dilantik akan mengutamakan agenda berorientasikan keamanan, seperti yang ditekankan semasa kempen,” katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, media antarabangsa melaporkan bahawa Trump, 78, yang memenangi pilihan raya presiden AS kali ini dan dipilih sebagai Presiden ke-47 sebagai kemunculan semula yang luar biasa bagi mantan yang dikatakan enggan menerima kekalahannya empat tahun lalu, mencetuskan pemberontakan ganas di Capitol AS, disabitkan dengan tuduhan jenayah, dan terselamat dalam dua percubaan bunuh.
Trump sebelum ini menjadi presiden pertama dalam tempoh lebih daripada 120 tahun yang kehilangan tempat di Rumah Putih, dan kemudian kembali memenanginya semula, selepas perkara yang sama dialami Presiden Grover Cleveland pada 1892.
Agensi berita AP melaporkan bahawa Trump telah memenangi 295 undi (50.9 peratus) manakala lawannya, Kamala Harris meraih 226 undi (47.6 peratus) daripada 270 undi iaitu ‘magic number’ yang diperlukan untuk diisytiharkan sebagai pemenang pilihan raya presiden AS 2024. – HARAKAHDAILY 7/11/2024