BTC USD 95,261.9 Gold USD 2,900.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemelut KADA, krisis NAFAS manifestasi kelemahan PH

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
57,586
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
57,586
Reaction score
6,733
Points
881
Awards
1
Kemelut KADA, krisis NAFAS manifestasi kelemahan PH

AZMI YUSOFNovember 8, 2024

Mohamad Kamal Mohamed
KOTA BHARU: Kemelut pengurusan KADA dan krisis Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menggambarkan manifestasi kelemahan kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan (PH).

- -
Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan Mohamad Kamal Mohamed berkata, ketika penggantungan pengurusan KADA baru-baru ini menyebabkan golongan pesawah menjadi mangsa.

Katanya, pesawah bergelut dengan kemarau pada Mac lepas sehingga merosakkan tanaman padi ekoran kegagalan operasi stesen pam KADA di Kemubu.

“Ada pihak mencanang kononnya masalah itu berlaku kerana kelemahan kerajaan negeri sedangkan hakikatnya pengurusan KADA berdepan krisis dalaman.

“Begitu pula dengan NAFAS sehingga terpaksa digantung perlembagaannya, nampaknya ada usaha meletak kesalahan kepada pengurusan KADA terdahulu dan pihak ketiga,” katanya di sini.

Sebahagian besar pesawah di Kelantan berdepan dengan kesukaran mengusahakan tanaman padi kerana masalah pengairan ekoran kemarau panjang Mac lepas.

Bendang di kawasan jelapang di Kota Bharu, Pasir Puteh dan Bachok mendapat sumber air dari Stesen Pam KADA di Kemubu.

Mohamad Kamal juga berkata, krisis dalaman yang melanda KADA dan Nafas jika tidak ditangani dengan baik akan menjejaskan nasib peladang dan pesawah.

“Krisis dalaman itu perlu diurus secara amanah dan bertanggungjawab kerana kesannya akan dirasai rakyat. Pemimpin PH tidak seharusnya bermain wayang.

“Bangkai sebesar gajah mungkin boleh ditutup dengan segala kuasa dan upahan yang ada, namun busuknya pasti terhidu jua,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 8/11/2024
 
Back
Top
Log in Register