BTC USD 57,336.5 Gold USD 1,788.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemelut Darurat - usul undi percaya pada 7/9 sidang parlimen, bukan 18/8

Siapakah yg bakal menjadi PM/PM Interim jika kerajaan PN dibubar

  • 1.TSMY

    Votes: 46 31.3%
  • 2.Ismail Sabri

    Votes: 35 23.8%
  • 3.Zahid Hamidi

    Votes: 1 0.7%
  • 4.Tun Mahathir

    Votes: 7 4.8%
  • 5.Anwar Ibrahim

    Votes: 21 14.3%
  • 6.Mat Sabu

    Votes: 38 25.9%
  • 7.Najib Razak

    Votes: 12 8.2%
  • 8.Tg Razaleigh Hamzah

    Votes: 7 4.8%

  • Total voters
    147
  • Poll closed .

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
94,906
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
94,906
Reaction score
15,381
Points
1,906

Ismail Sabri, Tuan Ibrahim antara pemimpin bermesyuarat di rumah Muhyiddin ketika ini​


August 3, 2021 9:45 PM

kereta-Hamzah-zainudin-fmt-030821-2.jpg


Beberapa pemimpin parti politik dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) dilihat memasuki kediaman Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin termasuk Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dilihat memasuki kediaman Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, malam ini.
Selain Ismail yang juga Naib Presiden Umno, Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu dan Naib Presiden Bersatu Ronald Kiandee juga tiba di kediaman Muhyidin sekitar jam 8.40 malam.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Presiden MIC, S A Vigneswaran pula tiba sekitar jam 8.50 malam.

Peguam Negara Idrus Harun tiba lebih awal sebelum itu, iaitu sekitar jam 8.20 malam.



Terdahulu, Umno mengumum menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Muhyiddin.

Presidennya Ahmad Zahid Hamidi menggesa Muhyiddin meletak jawatan secara terhormat selepas keingkaran kerajaan pimpinan beliau terhadap titah Agong supaya Ordinan Darurat dibahas dan diungkaikan.

Selaras dengan keputusan Umno itu, Ahli Parlimen Lenggong Shamsul Anuar Nasarah meletak jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli.

Keputusan Umno itu, menurut Zahid, menyebabkan kerajaan pimpinan Muhyiddin hilang majoriti di Dewan Rakyat.

 
1628757062425.png


Undi percaya pada PM dijadual pada 7 September​

Diterbitkan 12 Aug 2021, 1:36 pm

Dikemaskini 2:11 pm



Undian bagi menguji kepercayaan Dewan Rakyat terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dijadual berlangsung pada 7 Sept ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah.

Katanya perkara itu berdasarkan aturan mesyuarat parlimen.

“Buat masa sekarang, ini tarikhnya, dan notis telah dikeluarkan oleh speaker Dewan Rakyat supaya ia diadakan pada 7 Sept,” kata Saifuddin dalam sidang media maya hari ini.

a1b201eb1f278105dc93b2a145284143.jpg
Muhyiddin Yassin


Dewan Rakyat dijangka akan bersidang semula pada 6 Sept ini dan seperti biasa hari pertama akan diisi dengan titah diraja oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Bagaimanapun tarikh itu menarik perhatian ramai apabila ada sumber memberitahu, Muhyiddin sedang berdepan gesaan agar sidang parlimen diawalkan, termasuk daripada pihak istana.

Apabila didesak berkenaan isu pandangan Istana Negara yang mahu sidang itu diawalkan, Saifuddin enggan menjawab sama ada ia ada disebut Muhyiddin atau tidak.

Kata ahli parlimen Indera Mahkota itu, dia terikat dengan undang-undang yang melindungi rahsia-rahsia rasmi.

"Saya akan melakukan kesalahan mengikut Akta Rahsia Rasmi jika saya menjawab soalan anda. Malangnya, saya tak boleh menjawab soalan itu," katanya.

Ketika Saifuddin juga enggan mengesahkan bahawa kabinet turut membincangkan isu tarikh sidang yang akan dipercekatkan, dia berkata, dalam politik ada banyak kemungkinan boleh berlaku.

"Ada banyak kemungkinan dalam politik, namun secara rasminya tarikh yang ada ialah pada 7 Sept," katanya.

Tambah Saifuddin lagi usul percaya itu akan dibawa sama ada oleh Muhyiddin sendiri, timbalannya Ismail Sabri Yaakob atau menteri lain yang diarahkan kabinet.

Katanya kabinet juga masih membincangkan bagaimana usul itu akan dikendalikan, termasuk kemungkinan Muhyiddin akan diberi peluang berucap sebelum pengundian dijalankan.


MP sources confirm special parliamentary session to be held earlier, are prepared for any eventuality.

Muhyiddin plans August 18 for confidence vote​


Updated 10 minutes ago · Published on 11 Aug 2021 4:05PM · 0 Comments

istana_negara_040821_tmiseth_03__full.jpg
Party sources say PM Muhyiddin Yassin plans to request an earlier confidence vote next week. – The Malaysian Insight file pic, August 11, 2021.

PRIME Minister Muhyiddin Yassin will not resign but plans to request an earlier confidence vote that could be held next week, political party sources said.

One source told The Malaysian Insight that there are plans for the confidence vote to be held at a special sitting of Parliament to be called on August 18.



1628498044059.png


Umno dedah surat MP Umno tarik sokongan pada Muhyiddin​

Diterbitkan 9 Aug 2021, 4:03 pm

Dikemaskini 4:06 pm



Umno mendedahkan 13 surat membabitkan ahli parlimen termasuk Timbalan Ketua Menteri Sabah Bung Moktar Radin dan Ahli Parlimen Kimanis, Mohamadin Alamin yang tidak lagi menyokong Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Surat berkenaan telah diutuskan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Surat berkenaan disahkan oleh peguam Santhra Segaran, bertarikh antara 29 Julai dan 3 Ogos.
Surat-surat terbabit disiarkan secara ringkas di akaun media sosial parti itu.
Ahli Parlimen yang menandatangani surat berkenaan ialah:

Najib Abdul Razak (Pekan)
Azalina Othman Said (Pengerang)
Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk)
Ahmad Nazlan Idris (Jerantut)
Ahmad Jazlan Yaakub (Machang)
Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang)
Ramli Mohd Nor (Tanah Tinggi Cameron)
Ahmad Maslan (Pontian)
Mohd Nizar Zakaria (Parit)
Noh Omar (Tanjong Karang)
Azeez Abdul Rahim (Baling)
Shamsul Anuar Nasara (Lenggong)
Bung Moktar Radin (Kinabatangan)
Mohamad Alamin (Kimanis)

Bung Moktar dan Mohamad adalah dua ahli Parlimen terbaru yang menyertai senarai Ahli Parlimen Umno yang menarik sokongan terhadap Muhyiddin, menjadikan jumlah keseluruhan 14 ahli parlimen.

Bung Moktar adalah yang paling awal menandatangani surat itu pada 29 Julai.

Umno juga telah memuat naik dua surat yang ditandatangani oleh presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Yang pertama, bertarikh 30 Julai, di mana Zahid menyampaikan warkah kepada Agong untuk mempersembahkan tandatangan surat pertama yang ditandatangani oleh ahli parlimen Umno.

Dalam surat kedua, bertarikh 4 Ogos, Zahid menyerahkan senarai lengkap 14 ahli parlimen yang menarik sokongan terhadap Muhyiddin dan tidak ada mana-mana anggota parlimen yang menandatangani surat pertama menarik sokongan mereka.

Pada 3 Ogos lalu, Malaysiakini melaporkan sekurang-kurangnya 14 ahli parlimen sudah menarik balik sokongan mereka kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata beberapa sumber dalaman parti itu.

Menurut mereka, selain 11 ahli parlimen yang hadir bersama Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi semasa membuat pengumuman isu berkenaan di Kuala Lumpur, ada tiga yang lain sudah menurunkan tandatangan untuk memaklumkan pendirian mereka kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Antara mereka yang tidak hadir bersama presiden Umno hari ini tetapi sudah menandatangani surat penarikan balik sokongan kepada PN ialah ahli parlimen Lenggong, dan seorang (ahli parlimen Sabah)," kata sumber yang dekat dengan Ahmad Zahid.

Untuk rekod ahli parlimen Lenggong ialah Shamsul Annuar Nasarah yang meletakkan jawatannya sebagai menteri tenaga dan sumber asli.


Raziq Michael

35m ·

UMNO mengesahkan bahawa dua (2) warkah telah diutus kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong.

Warkah-warkah berkenaan telah diutus bertarikh 30 Julai dan 4 Ogos 2021 oleh Presiden UMNO, YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
https://umno-online.my/.../umno-sahkan-dua-warkah-telah.../
#KitaSteady
#umnobersamarakyat

1628496057686.png

1628496065879.png

1628496073621.png

1628496084388.png

1628496104457.png

1628496113974.png

1628496130215.png

1628496140681.png

1628496149619.png

1628496157513.png

1628496164857.png

1628496176019.png

1628496183986.png

1628496192528.png

1628496200460.png

1628496212803.png

1628496221442.png

1628496230419.png

IMG_20210806_130949_677.jpg

Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak boleh keluarkan arahan secara tiba-tiba tanpa berjumpa mereka, ahli-ahli Parlimen.

Dalam masa sama, kata beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri, berhubung surat yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung UMNO yang memberi tempoh 48 jam sahaja, ia dilihat bertentangan dengan perundangan.

#PolitikMalaysia #AWANInews

31 Ahli Parlimen UMNO, BN terus sokong Kerajaan pimpinan Muhyiddin - Ismail Sabri​


Ogos 6, 2021 12:23 MYT
31 Ahli Parlimen UMNO, BN terus sokong Kerajaan pimpinan Muhyiddin - Ismail Sabri

Menurut Ismail Sabri, sokongan dan pendirian mereka adalah selaras dengan apa Titah dan Perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Mustaffa BIllah Shah. - foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

KUALA LUMPUR: Sebanyak 31 Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) menyatakan pendirian untuk terus menyokong Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain itu kesemua Ahli Parlimen tersenarai bersetuju agar usul percaya dibentang dan dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat, September ini.

Jelas Ahli Parlimen Bera itu lagi, sokongan dan pendirian mereka adalah selaras dengan apa Titah dan Perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustaffa BIllah Shah.


“Kami berpandangan, perkara lain adalah perkara yang diluar perkenan Agong..seperti menghantar surat akuan bersumpah (SD), termasuk untuk melakukan tindakan yang boleh meruntuhkan kerajaan sebelum sidang Parlimen diadakan.

“Jika (kita meneruskan) tindakan merruntuhkan kerajaan, kitalah yang sebenarnya menggagalkan hasrat dan titah Agong supaya Parlimen bersidang, dan keabsahan ditentukan di dalam Parlimen,” katanya dalam sidang media khas di ibu negara, hari ini.

Dalam sidang media tersebut, sebanyak 21 Ahli Parlimen dari UMNO dan BN bersama-sama dengan Ismail Sabri, termasuk Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong (Ayer Hitam), dan Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M Saravanan (Tapah).

Selain itu, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, terdapat 10 lagi Ahli Parlimen BN yang menyatakan pendirian yang sama, termasuk empat Menteri Persekutuan iaitu Khairy Jamaluddin (Rembau), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Sembrong), Datuk Seri Reezal Merican Naina (Kepala Batas), dan Datuk Seri Dr Adham Baba (Tenggara).

Bagaimanpun beliau berkata, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad (Parit Sulong), yang juga Ketua Wanita UMNO, telah mematikan telefon, dan tidak dapat dihubungi sehingga kini.

Selain itu beliau berkata, pendirian dan sokongan Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah (Lenggong) juga belum dapat dipastikan biarpun Shamsul telah meletak jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli baru-baru ini.

Ini senarai penuh Ahli Parllimen UMNO, BN yang menyokong Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin: -
HADIR DAN SOKONG
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Bera)
Datuk Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap)
Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau)
Datuk Hasan Arifin (Rompin)
Tan Sri Annuar Musa (Ketereh)
Datuk Seri Halimah Sadique (Kota Tinggi)
Datuk Seri Ismail Said (Kuala Krau)
Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad (Lipis)
Datuk Seri Ismail Mutallib (Maran)
Mohd Shahar Abdullah (Paya Besar)
Datuk Mastura Yazid (Kuala Kangsar)
Datuk Seri Ahmad Hamzah (Jasin)
Datuk Seri Nazri Aziz (Padang Rengas)
Datuk Seri Jalaluddin Alias (Jelebu)
Datuk Salim Sharif (Jempol)
Datuk Seri Wee Ka Siong (Ayer Hitam)
Datuk Seri M Saravanan (Tapah)
Datuk Seri Idris Jusoh (Besut)
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak)
Datuk Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar)

TIDAK HADIR DAN SOKONG
Khairy Jamaluddin (Rembau)
Datuk Seri Reezal Merican Naina (Kepala Batas)
Datuk Seri Dr Adham Baba (Tenggara)
Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein (Sembrong)
Datuk Mohamad Alamin (Kimanis)
Datuk Mohd Nizar Zakaria (Parit)
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya)
Tan Sri Noh Omar (Tanjung Karang)
Datuk Seri Wee Jeck Seng (Tanjung Piai)
Datuk Arthur Joseph Kurup (Pensiangan)
Datuk Seri Azeez Rahim (Baling)



Sidang Media Ahli-Ahli Parlimen UMNO Berkaitan Sokongan Terhadap Kerajaan Perikatan Nasional

The Ahmad Maslan

59m ·

*KENYATAAN MEDIA*

*UMNO TEGASKAN PERIKATAN NASIONAL TELAH TIADA MAJORITI*

Kenyataan Perdana Menteri dalam Perutusan Khas mendakwa Kerajaan masih mempunyai majoriti adalah tidak benar.
Sebelum ini Perikatan Nasional hanya mempunyai 114 Ahli Parlimen yang menyokong.

Saya telah mempersembahkan warkah yang melampirkan lapan (
1f60e.png
Surat Akuan Ahli-Ahli Parlimen UMNO kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 30 Julai 2021, bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri. Ini cukup untuk menunjukkan kepimpinan beliau sudah hilang majoriti, biarpun sebenarnya jumlah berkenaan melebihi daripada itu.

Setelah Majlis Kerja Tertinggi membuat ketetapan mutakhir pada 3 Ogos 2021, bagi menarik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana Menteri, atas asas mahu berpihak kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong, jumlah Surat Akuan Ahli-Ahli Parlimen UMNO telah bertambah lagi.

Pada hari ini saya telah mengutus warkah kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan Surat Akuan tambahan sebagai lanjutan warkah terdahulu.

UMNO mencabar Kerajaan untuk *segera memanggil Sidang Khas Parlimen* untuk membuktikan Perdana Menteri masih mempunyai majoriti tanpa menunggu sehingga Persidangan Parlimen pada bulan September.

*AHMAD ZAHID BIN HAMIDI*
*4 Ogos 2021*

1628078518719.png

Tidak menderhaka kepada Agong: saya sebenarnya pertahankan inst raja raja dan perlembagaan







semalam terima Agong, terdapat 8 ahli UMNO, yg mereka tarik sokongan

Agong petik 2 peruntukan
perkara 43 2 A

perkara 43 4

saya terima sejumlah surat akuan yg saya masih terima sokongan majoriti

jadi perletakan jawatan saya adalah tak berbangkit

lalu saya akan menentukan validity saya di parlimen, satu usul akan sibuat vote of confidence di parlimen dlm bulan sept

Agong perkenan permohonan saya

Tidak menderhaka kepada Agong: saya sebenarnya pertahankan inst raja raja dan perlembagaan

[LANGSUNG] - Perutusan Khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin | 4 Ogos 2021



Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang menghadiri mesyuarat bersama Ketua Setiausaha Negara di bangunan Perdana Putra.

KPN, PAT bermesyuarat dengan KSN

04 Ogos 2021


1628048943906.png

Kereta yang membawa Acryl Sani memasuki pekarangan Kompleks Perdana Putra hari ini. - FOTO SINAR HARIAN/HALIM WAHID

PUTRAJAYA - Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani tiba di bangunan Perdana Putra pada pagi Rabu.

Kenderaan yang membawa beliau dilihat memasuki bangunan itu melalui Pagar A pada jam 9.15 pagi.
Difahamkan ia bagi menghadiri mesyuarat bersama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Sekitar jam 9.31 pagi pula, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang turut tiba dengan memasuki pintu protokol bangunan Perdana Putra.

Kenderaan membawa Affendi memasuki melalui pintu Protokol Perdana Putra. - FOTO SINAR HARIAN/HALIM WAHID
Affendi juga dipercayai menyertai mesyuarat berkenaan.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di hadapan pintu masuk bangunan Perdana Putra mendapati keadaan sekitar berjalan seperti biasa dan kakitangan kerajaan memasuki pejabat seawal jam 8 pagi.

KPN, Panglima Angkatan Tentera tiba di Perdana Putra​


August 4, 2021 11:06 AM

Kereta-Idrus-Harun-Istana-Bernama-040821.jpg


Kenderaan yang membawa Peguam Negara, Idrus Harun dilihat memasuki Pintu 2, Istana Negara pada 9.30 pagi. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani dilihat memasuki Perdana Putra, Putrajaya pada 9.20 pagi tadi.

Tidak lama selepas itu, kenderaan membawa Panglima Angkatan Tentera, Affendi Buang pula dilihat memasuki pintu utama bangunan Pejabat Perdana Menteri berkenaan pada jam 9.31 pagi.

Dalam perkembangan sama, kenderaan yang membawa Peguam Negara, Idrus Harun juga dilihat memasuki Pintu 2, Istana Negara pada 9.30 pagi ini.

Petugas media mula berkumpul di beberapa lokasi di sekitar ibu negara termasuk Istana Negara dan kediaman Muhyiddin Yassin sejak awal pagi tadi, selain pintu masuk utama bangunan Pejabat Perdana Menteri bagi meninjau lebih dekat perkembangan terkini politik tanah air.



Kedudukan Muhyiddin sebagai perdana menteri dipersoalkan apabila Umno semalam membuat ketetapan menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Muhyiddin. Keabsahan pentadbiran Muhyiddin juga menjadi tanda tanya apabila Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Shamsul Nasarah meletak jawatan serta-merta.

Pergolakan politik tanah air terus memuncak apabila sekurang-kurangnya 11 Ahli Parlimen Umno difahamkan menghantar akuan menarik sokongan terhadap perdana menteri untuk diserah kepada Yang di-Pertuan Agong.

Difahamkan, Ahli Parlimen berkenaan ialah Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk), Ahmad Maslan (Pontian) yang juga Setiausaha Agung Umno, Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang), Najib Razak (Pekan), Azalina Othman Said (Pengerang), Mohd Nizar Zakaria (Parit), Azeez Abdul Rahim (Baling) dan Noh Omar (Tanjung Karang).

Ahli Parlimen lain adalah Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands), Ahmad Nazlan Idris (Jerantut) dan Ahmad Jazlan Yaakub (Machang).



Bagaimanapun tidak diketahui tujuan pertemuan itu dilakukan.

Muhyiddin, Peguam Negara menghadap Agong pagi ini
04 Ogos 2021


1628045981890.png

Muhyiddin

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada pagi ini.

Difahamkan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun juga akan turut sama dalam pertemuan tersebut.
Bagaimanapun, tidak diketahui tujuan pertemuan itu dilakukan.

Pada kebiasaannya Muhyiddin akan melakukan sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan kertas kabinet.
Selepas pertemuan itu, Muhyiddin dijadualkan untuk mengadakan Mesyuarat Kabinet di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

Pada Selasa, Majlis Kerja Tertinggi UMNO memutuskan untuk berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak akan mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan pimpinan Muhyiddin ternyata gagal di mata rakyat dan keputusan itu selaras dengan Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO.

Antara pemimpin UMNO yang menyertai sidang akhbar itu ialah Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang); Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak (Pekan); Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian) serta Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said (Pengerang).



Pada sidang akhbar itu juga, Ahmad Zahid mengesahkan surat Akuan ahli-ahli Parlimen UMNO yang mencukupi angka bagi menzahirkan penarikan sokongan Perdana Menteri telahpun dipersembahkan kepada Agong, sekali gus menunjukkan kepimpinan Muhyiddin sudah hilang majoriti dan keabsahan selaku ketua kerajaan.

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah sebelum itu mengumumkan meletak jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli, selaras dengan kehendak parti.

Selain itu, beberapa lagi menteri dijangka mengikut tindakan beliau dalam masa terdekat.




Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
94,906
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
94,906
Reaction score
15,381
Points
1,906

BERNAMA

· 25m ·

8.35 pm : Kenderaan membawa Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memasuki kediaman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
8.40 pm : Kenderaan membawa Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee memasuki kediaman Perdana Menteri
8.50 pm : Kenderaan membawa Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memasuki kediaman Perdana Menteri
8:55 pm : Kenderaan membawa Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran memasuki kediaman Perdana Menteri
8.55 pm : Kenderaan membawa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memasuki kawasan kediaman Perdana Menteri

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
94,906
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
94,906
Reaction score
15,381
Points
1,906

The Malaysian Insight

4m ·

Government aligned parties appear to be waiting for chips to fall, before deciding who to side with.

Gabungan Parti Sarawak mum after Umno pullout​


Updated 11 minutes ago · Published on 3 Aug 2021 10:02PM · 0 Comments
alexander_nanta_linggi_tmikamal_02__full.jpg
GPS secretary-general Alexander Nanta Linggi is currently unavailable, as are his colleagues in the Sarawak ruling coalition, as political developments unfold on the Peninsula. – The Malaysian Insight file pic, August 3, 2021.

LEADERS of Gabungan Parti Sarawak (GPS) are keeping mum on the latest national political development but supporters of the Perikatan Nasional (PN) government have said the government of Prime Minister Muhyiddin Yassin has “not fallen as is being widely assumed”.

The leaders of the four-party GPS coalition have not responded to phone calls or text messages seeking comments on Umno’s withdrawal of support for Muhyiddin.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
94,906
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
94,906
Reaction score
15,381
Points
1,906
Turut kelihatan tiba di kediaman presiden Bersatu itu di Bukit Damansara ialah Peguam Negara. -BeritaMkini

1628000627990.png


TPM, menteri kanan berkumpul di rumah Muhyiddin​

Diterbitkan 3 Aug 2021, 10:16 pm



Beberapa jam selepas sejumlah ahli parlimen Umno menyatakan pendirian mereka untuk tidak lagi menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri, kediaman presiden Bersatu itu dikunjungi sejumlah tokoh berprofil tinggi.

Terletak di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, tinjauan Malaysiakini mendapati antara individu yang datang ke situ termasuklah Naib Presiden Umno merangkap Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Turut dilihat ialah kenderaan membawa Peguam Negara Idrus Harun.

Pemimpin lain ialah Menteri Dalam Negeri yang juga Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali dan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Tidak ketinggalan Menteri Pendidikan merangkap Naib Presiden Bersatu Radzi Jidin, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Ketua Wanita Bersatu Rina Harun, Presiden MIC SA Vignewswaran and Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu.

Pertemuan lewat malam itu diadakan selepas Presiden Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan dia sudah menyerahkan bukti kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai kedudukan Muhyiddin yang didakwanya tidak lagi mendapat sokongan majoriti di parlimen.

Petang tadi Ahli Parlimen Lenggong, Shamsul Anuar Nasarah, menjadi anggota kabinet pertama menyahut gesaan Umno agar melepaskan jawatan daripada kerajaan seperti diputuskan parti.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
94,906
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
94,906
Reaction score
15,381
Points
1,906
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berpandangan penarikan Umno hanya di atas kertas.

Umno sekadar “acah-acah”, kata Naib Presiden PBB​





August 3, 2021 10:19 PM


ABDUL-KARIM-ABDUL-RAHMAN-MOTAC-TOURISM-SARAWAK-01.jpg


Naib Presiden PBB Abdul Karim Rahman Hamzah menyifatkan tindakan acah-acah menarik diri tidak menunjukkan semangat setiakawan yang jitu.

PETALING JAYA: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) “memandang remeh” tindakan Umno menarik sokongan bukan sahaja kepada Perdana Menteri, malah kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata Naib Presidennya Abdul Karim Rahman Hamzah.

PBB yang menjadi induk kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) mempunyai 19 Ahli Parlimen.

Keseluruhannya, GPS menerusi PBB menguasai 13 kerusi Parlimen, diikuti Parti Rakyat Sarawak (PRS) dengan tiga kerusi; Parti Demokratik Progresif (PDP) dua kerusi; dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) satu kerusi.
Di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pula, GPS menguasai 72 kerusi, dengan 45 daripadanya milik PBB.



Abdul Karim berkata, ungkapan tarik diri daripada Umno sudah kerap kedengaran, tetapi secara realitinya tidak berlaku seperti dijangka.
“Penarikan Umno ini hanyalah atas kertas sahaja. Bagaimanapun, sama ada PM mempunyai majoriti sokongan dalam Parlimen untuk memimpi hanya boleh diketahui bila ada usul sedemikian (undi percaya atau undi tidak percaya) dan pengiraan dibuat.

“Tindakan acah-acah nak tarik diri apabila kita berada dalam satu ikatan persaudaraan tidak menunjukkan semangat setiakawan yang jitu,” katanya kepada FMT.

Katanya, tidak seperti PAS yang akan mengadakan mesyuarat tergempar segera susulan penarikan sokongan Umno daripada kerajaan PN, Abdul Karim, secara sinis berkata, “tak ada dan tak perlu”.

Terdahulu, Umno mengumumkan menarik balik sokongan terhadap kerajaan dan Muhyiddin Yassin.

Presiden Ahmad Zahid Hamidi, berkata susulan itu Umno menggesa Muhyiddin meletakkan jawatan secara terhormat selepas kegagalannya serta keingkaran kerajaan pimpinan beliau terhadap titah Agong supaya Ordinan Darurat dibahas dan diungkaikan.

Sementara itu, Shamsul Anuar Nasarah daripada Umno turut mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli.
Ia menyaksikan kedudukan kerajaan Muhyiddin semakin rapuh dan bakal tumbang bila-bila masa jika tiada majoriti.

umno-sekadar-acah-acah-kata-naib-presiden-pbb
 

apoeki

Super Active Member
Messages
7,596
Joined
Aug 7, 2012
Messages
7,596
Reaction score
792
Points
121
Jemin x dtg rumah midin ke
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
94,906
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
94,906
Reaction score
15,381
Points
1,906
#BHnasional UMNO sudah tiga kali umum menarik sokongan terhadap PN dan Perdana Menteri
https://bit.ly/3C9CrMz

PN belum terkubur, UMNO perlu kemuka bukti


Ogos 3, 2021 @ 9:12pm

1628001210414.png


Mohd Azizuddin dan Sivamurugan. FOTO NSTP

KUALA LUMPUR: Kedudukan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin tergugat sekiranya lebih ramai Ahli Parlimen daripada UMNO menarik balik sokongan kepadanya.

Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, bagaimanapun berkata keadaan ketika ini belum jelas walaupun Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO membuat pendirian hari ini.

"Ini bukan kali pertama, sudah tiga kali MKT UMNO mengumumkan menarik balik sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri.

"Keadaan sekarang pun tidak jelas kecuali jika ramai Ahli Parlimen UMNO yang keluar (PN), ia menunjukkan kerajaan hilang majoriti. Jika ini berlaku, memang jelas hilang sokongan dan Muhyiddin perlu lepaskan jawatan.



"Mengikut sistem demokrasi, PM akan minta Parlimen dibubarkan untuk adakan Pilihan Raya Umum (PRU)," katanya kepada BH, hari ini.
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO petang ini ini sebulat suara menarik sokongan kepada kerajaan PN dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata MKT UMNO membuat pendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah dan tidak akan mempertahankan kerajaan PN yang didakwa gagal di mata rakyat selaras Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO.

Mohd Azizuddin berkata, bagi memastikan PN dapat terus menjadi kerajaan, gabungan itu perlu meraih sokongan daripada parti lain seperti Parti Warisan Sabah (WARISAN), Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) dan parti dalam Pakatan Harapan (PH).

"Perkara ini terpulang kepada Perdana Menteri. Beliau boleh cuba raih sokongan dari parti lain untuk kekalkan kedudukan.

"Tetapi keadaan ini mungkin agak sukar kerana semalam, Ahli Parlimen pembangkang melakukan protes sekali gus memperlihatkan sukar untuk kemungkinan ini berlaku," katanya.

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr P Sivamurugan berkata, PN masih belum terkubur walaupun MKT UMNO mengumumkan menarik sokongan sepenuhnya.

"Jika strategi UMNO kali ini betul, mungkin boleh dilakukan rundingan untuk Ahli Parlimen mereka dilantik menjadi PM.

"Sebagaimana kita ketahui, UMNO tidak mahu Perdana Menteri dilantik daripada BERSATU.
"Maka, jika kali ini dapat dibuat rundingan dan tawar menawar, mungkin UMNO boleh naik (jadi Perdana Menteri), sekali gus menyelamatkan PN," katanya.

pn-belum-terkubur-umno-perlu-kemuka-bukti
 

tokputih

CG Top Poster Club
Messages
27,260
Joined
Apr 24, 2008
Messages
27,260
Reaction score
862
Points
176
Huyyo.. memang saspen.. team umno sdg sibuk yang mana kawan yang mana lawan
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register