Kembara Tehran - Yazd - Shiraz - Esfahan - Kashan - Mazandaran , Iran

Recommended Brokers


vedder9

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Sep 25, 2006
Messages
15,293
Reaction score
123
Points
123
Waktu pun dah tengahari, kami meminta driver taxi membawa ke restoran untuk Lunch dulu...beliau membawa ke restoran yg agak mewah...nampak lawa bangunan kedainya dari luar...

Boleh tengok menu kat bawah...harga makanan bermula dari RM12 hingga RM40 bergantung kepada jenis makanan yang kita order..kami mempelawa pemandu taxi untuk makan bersama kami tetapi beliau menolak bersungguh-sungguh..






 
Sponsored Post

vedder9

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Sep 25, 2006
Messages
15,293
Reaction score
123
Points
123
Kami memesan makanan seperti dibawah, harga sepinggan RM15 kalau x silap...mostly nasi di Iran akan dimasukkan saffron ( warna kuning ) pada nasi. Saffron merupakan antara makanan termahal di dunia, ianya mengandungi pelbagai khasiat kesihatan.




 

eeiihh

Active+ Member
Joined
Nov 23, 2010
Messages
2,523
Reaction score
13
Points
40
terbaekk..... mmg seronok baca rasa mcm kita pulak ada kt sana..
saya pernah sampai tehran sekali shj... mmg tempat dia cantik..
tapi cuma sesetengh org tu dia sensitif dlm hal sunni/syiah...
 

vedder9

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Sep 25, 2006
Messages
15,293
Reaction score
123
Points
123
Selesai lunch...kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Pigeon House...tempat ni dulu merupakan rumah untuk burung merpati, maybe dulu2 local people suka pelihara burung lalu membina rumah khas untuk burung2 merpati ini...or maybe digunakan sebagai medium perhubungan ! seperti kita lihat dalam filem2 lama dulu..

Besar rumahnya....dan amat cantik binaan yang dibuat, boleh dikatakan seni orang2 Iran sangat bagus dan teliti pertukangannya...Lihat gambar dibawah :-







Agak lama juga kami dalam bangunan ni untuk mengambil gambar...pengunjung agak ramai jadi nak dpt gambar yg clean tanpa pngunjung agak susah....so kami menunggu org keluar/ tak ramai baru lah dpt capture sekeping dua gambar yang clean :)



 

vedder9

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Sep 25, 2006
Messages
15,293
Reaction score
123
Points
123
Untuk makluman pembaca,...sebelum kedatangan islam ke bumi Persia/Parsi/Iran...mereka menyembah api sebagai tuhan mereka sejak ribuan tahun dahulu.

Walaupun selepas kedatangan Islam, golongan menyembah api masih ada di Iran hingga ke hari ini...dan Yazd merupakan sebuah kota yg memiliki ramai penganut Zoroastrian ini...

Selepas selepas di Pigeon House...kami bergerak menuju ke salah satu Kuil Zoroastrian yang terletak agak jauh dari bandar Yazd...perjalanan dengan kereta mengambil masa sekitar 1 jam merentasi gunung ganang dan kawasan gurun...

Selepas 1 jam, taxi pun berhenti di kawasan parking dan meminta kami berjalan kaki menuju ke temple...rupa rupanya temple terletak di puncak gunung, maka terpaksalah kami mendaki ratusan anak2 tangga untuk ke atas....banyak kali juga lah berhenti untuk minum air dan mintak nyawa :)) :))



Gambar : Laluan merentasi gurun untuk ke Temple Zoroastrian




Gambar : View dari gunung yang kami panjat...ni baru separuh pendakian untuk ke temple.



Follow je tangga ni untuk ke atas....orang pun x ramai kat sini



 

vedder9

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Sep 25, 2006
Messages
15,293
Reaction score
123
Points
123
Sampai kat atas gunung...sebelum enter Temple, ada sorang pakcik tua menunggu kat tepi pintu masuk...kat sini dia akan minta entrance fees...dalam RM10 / pax kalau x silap...once buat bayaran barulah dibenarkan masuk...

Kena tanggalkan kasut dan pakai selipar yang dibekalkan oleh pihak kuil.





 

vedder9

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Sep 25, 2006
Messages
15,293
Reaction score
123
Points
123
Bahagian dalam tempat penyembahan api seperti gambar di bawah...api ini dikatakan tidak pernah padam sejak ribuan tahun dahulu lagi..kecil shj apinya... dan lantai kuil ini basah sebab ada air menitik dari bumbung gua...ada pengunjung yg minum air yg menitik dari bumbung gua...mungkin mereka beranggapan air ni berkat sebab berada di dalam kuil.






 

vedder9

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Sep 25, 2006
Messages
15,293
Reaction score
123
Points
123
Puas melepak lepak dalam ni, kami pun bergerak turun semula ke bawah..mencari pemandu teksi kami....ada last stop yg kami akan singgah iaitu di Karanagh...sebuah perkampungan tradisional di Yazd.

Tiba di bawah...driver taxi bising2 ..katanya kami mengambil masa terlalu lama disetiap tempat yg dilawat dan tidak cukup masa untuk ke Karanagh....beliau menggesa untuk pulang ke Bandar Yazd kerana telah lewat petang.

Kami bertiga setuju sahaja untuk pulang...malas nak gaduh2..kang ada yg kena bakar ngan api Zoroastrian nanti :)) :))


So..kami pun bertolak pulang semula ke Yazd....sampai di Hostel sekitar jam 5 petang...kami masih ada byk masa lagi nih....


Kebetulan En hamid pun baru balik dari Mahkamah...beliau mengajak kami ronda2 di bandar yazd dengan berjalan kaki...kami pun setuju dan terus berjalan keluar dari hostel menuju ke lorong2 sekitar pekan Yazd..


Singgah di satu gerai, En Hamid mempelawa kami untuk mencuba Faloodeh..sejenih makanan khas Iran...kalau kat Msia ni lebih kurang minuman petang kita...but Faloodeh ni manis..ada sarbat dalm tu..quite special...ramai Iranian yg singgah di gerai tersebut...yang best lagi...En. Hamid belanja kami semua :)


 

vedder9

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Sep 25, 2006
Messages
15,293
Reaction score
123
Points
123
Selepas itu, kami terus bergerak ke hadapan...menghala ke bangunan Amir Chak Makh...amir chakmakh ni ala2 Kompleks pekan Rabu di Kedah...menempatkan pelbagai kedai menjual macam2 barangan daripada makanan yang dikeringkan, pakaian dan rempah ratus...sebelah Amir Chak makh, ada masjid...

Kami melepak sekitar kompleks ini sambil menunggu sunset...En Hamid bersembang sembang dengan orang awam situ dan membiarkan kami melakukan aktiviti masing2.


Gambar : Kompleks Amir Chakmakh




 
Sponsored Post
Top
Log in Register