BTC USD 23,643.0 Gold USD 1,769.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Kembar cantik jual tudung idam jadi jutawan

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,738
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
28,738
Reaction score
3,839
Points
261
Awards
1
Kembar cantik jual tudung idam jadi jutawan

Kembar cantik ini sudah menunjukkan minat dalam dunia perniagaan dengan menjual pelbagai barang kepada rakan-rakan sekolahnya sehingga berjaya mengeluarkan jenama tudung sendiri ketika masih muda.

Nur Aliah Liyana Kamarul, 23, bersama kakak kembarnya, Nur Aliah Diyana, 23, sering melakukan aktiviti berniaga bersama-sama dan menjadikan antara satu sama lain sebagai penguat semangat untuk berjaya.

Menurut Liyana, bermula di sekolah rendah, mereka akan mempromosikan alat tulis kepada rakan kelas sehingga digelar ‘koperasi bergerak’.
Ikuti temu bual Kosmo! Ahad bersama Aliah Liyana yang berkongsi serba sedikit mengenai dirinya dan kakak kembarnya serta pengalaman mereka dalam dunia perniagaan.

Kosmo! Ahad: Boleh ceritakan serba sedikit mengenai latar belakang Liyana dan kembar?
Saya mempunyai kakak kembar iaitu Diyana dan kami memang dari kecil selalu melakukan aktiviti bersama-sama sehingga minat dan sasaran hidup kami juga hampir sama. Kami berdua merupakan graduan diploma daripada MAHSA University.

Bagaimana boleh menceburi minat dalam dunia perniagaan?
Sejak dari umur lapan tahun, kami berniaga di sekolah dan sambutan dari rakan-rakan sangat memberangsangkan sehingga kami berjaya mempunyai duit simpanan hasil dari usaha berniaga. Masa di universiti, saya mengambil bidang perniagaan sebagai langkah memantapkan ilmu perniagaan kami selain pengalaman.



Kenapa digelar ‘koperasi bergerak’?
Sebab kami jual macam-macam barang seperti alat tulis dan makanan yang lain daripada koperasi seperti pensil warna-warni yang ada patung di atasnya.

Pengalaman menarik sepanjang berniaga?
Berniaga secara senyap di sekolah kerana risau cikgu dapat tahu. Tapi bila cikgu tahu, mereka pula jadi pelanggan kami terutamanya bila ada menu nasi kerabu, nasi dagang dan lain-lain.

Antara kejayaan besar Liyana dan kembar dalam dunia perniagaan?
Kami berjaya mengeluarkan jenama tudung sendiri pada tahun 2020 dan dapat membayar hutang dan menampung perbelanjaan keluarga secara bulanan.

Bagaimana anda mengembangkan perniagaan?
Mengumpul sebanyak mungkin pengikut di laman sosial dan Instagram serta pasarkan di Shopee. Kini kami mula aktif di TikTok.

Ada buat aktiviti lain selain berniaga?
Jadi model sambilan kerana kami akan lakukan apa sahaja berdua.

Sasaran untuk masa akan datang?
Pastinya kami berdua menginginkan sebuah rumah dan kereta idaman sendiri dari usaha kami dalam perniagaan. Jika dahulu kami hanya untung sekitar RM200 sebulan, pasti impian untuk bergelar jutawan suatu hari nanti akan kami lakukan sehingga berjaya.
 
Sponsored Post

reezn

Mutiple ID - Jedi / soybean
Messages
4,943
Joined
May 1, 2022
Messages
4,943
Reaction score
398
Points
41
pernah nampak kat tiktok




Persona-ahadd.jpeg
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
112,930
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
112,930
Reaction score
18,261
Points
2,566
Awards
1
selamat maju jaya dlm bisnes yg diceburi
semoga yg terbaik utk bisneswomen 2 beradik ni
 

reezn

Mutiple ID - Jedi / soybean
Messages
4,943
Joined
May 1, 2022
Messages
4,943
Reaction score
398
Points
41
review jam yg leh buat call.

 
Last edited:
Sponsored Post

Top
Log in Register