Kembalikan Selangor Kepada BN Untuk Selesaikan Masalah Tanah Penduduk Sungai Buaya

CG Sponsors




drumah.com

Fun Poster
Joined
Mar 22, 2009
Messages
391
Reaction score
54
Points
20
BUKIT BERUNTUNG (Selangor), 15 April (Bernama) -- Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata Kerajaan BN akan membantu bekas peneroka Felda Sungai Buaya menyelesaikan masalah tanah mereka yang dirampas kerajaan negeri pakatan pembangkang, jika parti gabungan itu kembali berkuasa di negeri itu.

Beliau menyifatkan tindakan Kerajaan Selangor sekarang sebagai kejam terhadap para penduduk terbabit.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata demikian selepas menyampaikan saguhati RM5,000 tiap seorang kepada 363 bekas peneroka Felda Sungai Buaya di kampung itu, dekat sini Isnin.

Saguhati berjumlah RM1.82 juta itu disumbangkan oleh Felda sebagai mengenang sumbangan bekas peneroka itu membangunkan kawasan tanah rancangan Felda Sungai Buaya.

Tanah mereka yang semuanya berkeluasan 419.57 hektar sepatutnya dibangunkan sebuah syarikat pemaju hartanah pada 1996, namun projek itu terbengkalai pada 1998 disebabkan kemelesetan ekonomi.

Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor 2010, BN telah cuba membantu menyelesaikan masalah itu apabila sebuah syarikat pemaju sanggup meneruskan projek perumahan di situ.

Pemaju itu, katanya sanggup membayar RM160,000 bagi setiap ekar tanah bekas peneroka yang hendak dibangunkan dan setiap seorang telah dibayar wang pendahuluan RM50,000.

Malangnya, pemaju itu dimaklumkan oleh Pejabat Tanah dan Galian Selangor bahawa tanah berkenaan telah dirampas oleh kerajaan negeri kerana pemaju sebelum itu didakwa tidak membayar cukai tanah selama sembilan tahun berjumlah RM7 juta, katanya.

Seorang bekas peneroka Felda Sungai Buaya Mat Som Moh, 76, yang ditemui Bernama berkata beliau sangat berharap agar kerajaan BN akan dapat mengembalikan tanah miliknya itu.

Beliau juga berterima kasih kepada Felda yang menyumbangkan saguhati kepada penduduk kampung itu yang telah menetap di sana selama lebih 40 tahun.

-- BERNAMA


p/s: wow.. langsi.. komen anda?
 
Sponsored Post

shop onlines

Fun Poster
Joined
Apr 11, 2013
Messages
279
Reaction score
0
Points
10
siapa yg percaya ckp bn ni mmg banggang sgt la woii kata mat sabu.
 

drumah.com

Fun Poster
Joined
Mar 22, 2009
Messages
391
Reaction score
54
Points
20
kes zaman mat taib.. sampai ke la x settle.. kesian kt peneroka..
 

syah99

Super Active Member
Joined
Sep 22, 2006
Messages
6,069
Reaction score
62
Points
70
dah berapa kali org sg buaya ni bagi peluang kat umno,
yg terbaru masa PRK Hulu Selangor tahun 2010.

BN dah menang balik kerusi parlimen Hulu Selangor.
pun tak boleh setel jugak masalah,
malah takde buat apa2 pun.
dah ramai penduduk yg dah arwah pun tunggu janji palsu BN.
tiap kali bila dah nak dekat PRU baru nak tabur duit pancing.
 

rochie

Active Member
Joined
Oct 27, 2011
Messages
1,539
Reaction score
0
Points
20
dah bagi perintah punya lama pun tak boleh selesai.... PRK menang tempoh hari kata nak bagi selesai.... makan capati lagi baik ler.....
 

sawang

Active+ Member
Joined
Nov 27, 2007
Messages
4,764
Reaction score
27
Points
30
dr zaman UMNO lg isu nie...

ada hati nk selesaikan..

mmg singkat akal la klu percaya... :))
 

dhaniel

Active+ Member
Joined
Jun 27, 2012
Messages
2,688
Reaction score
3
Points
35
porahhhhh....pigi jahanam la..dari dulu janji nak settle..klu settle pon dpt kat kroni..mmg takleh pcaya dah UMNO nie..
 

dEEn74

Active Member
Joined
Sep 2, 2009
Messages
1,650
Reaction score
0
Points
20
yg akalnya singkat umno je..
 

irsaffy

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2007
Messages
42,957
Reaction score
268
Points
131
Bila masa Noh jd menteri ni..parlimen dah bubar..masih tidor lg ke apa ni??
 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
22,119
Reaction score
2,082
Points
201
melayu lagi kena tipu..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register