Kematian Marilyn Monroe Yang Menjadi Konspirasi Sehingga Kini

Recommended Brokers


Latest Threads

Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
9,505
Reaction score
2,027
Points
176
Marilyn Monroe adalah satu wajah yang mudah dikenali walaupun anda tidak pernah melihat sebarang filem lakonannya. Monroe mempunyai segala-galanya yang diimpikan oleh kebanyakan orang seperti kekayaan, glamor, rakan-rakan hebat dan banyak lagi.

Itulah sebabnya berita kematian Marilyn Monroe yang hanya berusia 36 tahun pada 5 Ogos 1962 mengejutkan dunia. Walaupun laporan asal mengatakan dia mati akibat lebihan dos ubat-ubatan, banyak khabar angin masih berkeliaran mengatakan itu bukanlah apa yang berlaku. Namun, apakah sebenarnya yang menjadi punca kematian Marilyn Monroe?


Kematian Marilyn Monroe

Pembantu rumah Monroe, Eunice Murray, tidur di rumah bintang filem itu di Los Angeles pada malam 5 Ogos 1962. Murray menjadi curiga apabila dia terjaga pada pukul tiga pagi dan mendapati lampu bilik Monroe masih terpasang. Selepas gagal membuka pintu bilik yang berkunci, Murray mula mengetuk sambil memanggil nama majikannya.

Apabila tiada respon, Murray menelefon Dr. Ralph Greenson, pakar psikiatri Monroe. Dr. Greenson bergegas ke rumah Monroe dan berjaya memecah tingkap bilik tidurnya. Doktor itu kemudian mendapati bintang terbesar Hollywood itu sudah terbaring kaku di bawah selimut sambil memegang ganggang telefon.

https://*************/img/upload/bilik-di-mana-mayat-monroe-ditemui.jpg

Bilik di mana mayat Monroe ditemui

Meja sisi katil Monroe dipenuhi dengan botol ubat-ubatan. Dr. Greenson kemudian memanggil doktor perubatan pelakon itu, Dr Hyman Engelberg, yang kemudian mengumumkan Monroe meninggal dunia. Dr. Engelberg kemudian menelefon polis yang kemudian tiba pada jam 4.30 pagi. Pada waktu matahari terbit, halaman rumah pelakon itu dipenuhi dengan wartawan.

Pada hari yang sama, mayat Marilyn Monroe kemudian dibawa ke pejabat bedah siasat Los Angeles. Laporan toksikologi menunjukkan bahawa darah pelakon itu mengandungi bahan pil tidur kloral hidrat manakala hati menunjukkan kehadiran Nembutal barbiturat (sebatian kimia yang digunakan sebagai depresan sistem saraf pusat).


Kehidupan peribadi Marilyn Monroe yang bermasalah

https://*************/img/upload/norma-jean-mortenson.jpg

Norma Jean Mortenson

Dilahirkan sebagai Norma Jean Mortenson di California pada tahun 1925, Monroe banyak menghabiskan zaman kanak-kanak di rumah anak yatim. Walaupun dia membesar sebagai seorang yang kaya dan terkenal, kenangan pahit semasa kecil masih berakar umbi dalam diri Monroe.

Menjelang tahun 1950-an, Marilyn Monroe merupakan salah seorang bintang Hollywood terbesar dan filem-filemnya telah menghasilkan kutipan bersamaan USD 2 billion pada hari ini. Namun, bagaimana kekayaan dan kemahsyuran ini Monroe masih dibelenggu masalah?

Masalah yang dihadapinya jauh lebih tinggi daripada dos ubat-ubatan yang diambilnya dalam masa begitu singkat. Walaupun laporan awal polis menyatakan kematian pelakon itu adalah kemalangan yang tidak disengajakan, pakar bedah berpendapat ia berkemungkinan besar adalah "bunuh diri".

https://*************/img/upload/marilyn-monroe-2.jpg

Monroe mengalami kebimbangan dan kemurungan. Dia sering menggunakan ubat-ubatan dan alkohol sebagai bantuan. Salah seorang rakan rapat Monroe, James Bacon, memberitahu bagaimana dia melihat sendiri pelakon itu menghancurkan dirinya.

Pengambilan ubat berlebihan membuatkan Monroe sering lewat ke tapak penggambaran dan lupa pada skripnya. Keadaan ini membuatkan Monroe dipecat daripada filem terakhir lakonannya, Something's Got to Give.

https://*************/img/upload/marilyn-monroe-3.jpg

Memandangkan Monroe mempunyai sejarah kemurungan dan penyalahgunaan ubat yang panjang, mudah untuk dipercayai bahawa kematiannya adalah disebabkan bunuh diri.

Namun, ada sebahagian orang yang mengesyaki bunuh diri bukanlah penyebab kematiannya. Mereka mengesyaki bahawa kematian Monroe telah dirancang.


Kematian yang mencurigakan

Ramai rakan-rakan Monroe mula mendakwa laporan rasmi 'bunuh diri' pelakon itu adalah penipuan. Ia direka bagi menutup kisah sebenar kononnya pelakon itu telah dibunuh.

https://*************/img/upload/mayat-monroe-dibawa-keluar-dari-kediamannya.jpg

Mayat Monroe dibawa keluar dari kediamannya

Beberapa orang rakan-rakannya yang berjumpa dengan Monroe sebelum dia ditemui mati mengatakan bahawa pelakon itu ceria dan bersemangat. Monroe malah tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda kemurungan langsung.

Monroe juga dilihat teruja apabila dikatakan intim semula dengan bekas suaminya Joe DiMaggio dan menerima beberapa tawaran projek baru selain dipanggil semula membintangi filem Something's Got to Give.

Wartawan juga sangsi dengan laporan bunuh diri. Mereka sering menemui Monroe yang selalu ceria dan bersemangat. Pihak polis juga tidak menjumpai sebarang nota bunuh diri ketika mereka memeriksa kediaman pelakon itu.

https://*************/img/upload/ubat-ubatan-dalam-bilik-marilyn-monroe.jpg

Ubat-ubatan dalam bilik Marilyn Monroe

Laporan bedah siasat juga amat mencurigakan kononnya Monroe meninggal dunia setelah memakan sejumlah pil tetapi tiada tanda ubat-ubatan itu sebenarnya wujud dalam perut pelakon itu. Timbalan pakar bedah siasat akhirnya mengaku bahawa dia menandatangani sijil kematian Monroe ketika 'berada di bawah tekanan'.

Banyak lagi sebab-sebab lain yang meyakinkan kematian Marilyn Monroe adalah disebabkan pembunuhan. Sepanjang dekad yang berikutnya, banyak teori konspirasi mengenai kematian selebriti itu timbul. Pada tahun 1982, Pejabat Peguam Los Angeles mengarahkan siasatan baru dibuka atas kematian Marilyn Monroe.

Laporan penyiasatan 1982 menyimpulkan bahawa bukti yang ada tidak menyokong sebarang teori jenayah. Namun, laporan itu juga mengakui bahawa siasatan yang dijalankan menimbulkan beberapa soalan yang tidak dapat dijawab.


Teori konspirasi kematian Marilyn Monroe

https://*************/img/upload/berita-kematian-marilyn-monroe.jpg

Jika Marilyn Monroe mati akibat dibunuh, siapakah yang bertanggungjawab melakukannya? Walaupun terdapat pelbagai pendapat, ahli teori konspirasi bersetuju dengan satu perkara. Satu-satunya orang yang mempunyai kuasa dan sumber untuk menutup kematian bintang filem terbesar dunia adalah Presiden Amerika Syarikat Sendiri.

John F. Kennedy dan adiknya Robert F. Kennedy didakwa mempunyai hubungan sulit dengan Monroe. Perkara itu diberitahu sendiri oleh Monroe kepada teman rapat dan pakar psikiatrinya.

Mengikut beberapa teori, Kennedy bersaudara itu menjadi risau apabila Monroe semakin tidak stabil dan mungkin mendedahkan rahsia mereka. Oleh itu, pelakon itu perlu "didiamkan".

https://*************/img/upload/robert-f-kennedy.jpg

Robert F. Kennedy

Ramai percaya pembunuhan itu dilakukan melalui suntikan barbiturat. Ia disokong oleh kekurangan pil yang terdapat dalam perut Monroe tetapi tinggi dengan bahan itu. Satu lagi adalah kesan lebam seakan-akan suntikan pada bahagian bawah badan pelakon itu.

Walaupun kes itu sudah berlaku selama hampir enam dekad, saksi-saksi dan bukti baru masih muncul sehingga hari ini.


Rujukan;
 
Top
Log in Register