Covid-19 Kemaskini & Update Berita Terkini Kebenaran Bersukan di Musim PKPB-PKPP

CG Sponsors




dloanman

Legendary Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
19,625
Reaction score
1,472
Points
206
MFL beri kebenaran NS berlatih esok
https://www.facebook.com/sharer/sharer.php?u=https://www.hmetro.com.my/arena/2020/06/590136/mfl-beri-kebenaran-ns-berlatih-esok

PEMAIN Negeri Sembilan menunggu menjalani ujian calitan atau Swab Test Jumaat lalu. FOTO Ihsan PBNS

PEMAIN Negeri Sembilan menunggu menjalani ujian calitan atau Swab Test Jumaat lalu. FOTO Ihsan PBNS
Mohd Amin Jalil
[email protected]

SELEPAS hasrat untuk memulakan latihan hari ini tertangguh disebabkan masalah teknikal, kini skuad Liga Perdana, Negeri Sembilan sudah mendapat kebenaran daripada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk memulakan latihan, esok.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Satwant Singh, mengesahkan pihaknya sudah menerima surat daripada MFL yang memberi kebenaran bagi pasukan Negeri Sembilan memulakan latihan esok.

"Kita sudah terima surat daripada MFL yang menyatakan tentang kebenaran buat pasukan Negeri Sembilan untuk memulakan latihan, esok," katanya di sini, hari ini.

Pada peringkat awal, skuad Hobin Jang Hobin merancang untuk memulakan latihan hari ini tetapi hasrat mereka itu tidak menjadi selepas MFL mengeluarkan arahan mengenai perkara berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan, dalam laporan media menjelaskan larangan itu susulan PBNS masih belum mengemukakan empat perkara penting kepada badan pengelola Liga Malaysia (Liga M) seperti yang diminta terhadap semua pasukan.

Empat perkara itu adalah setiap pasukan perlu menyerahkan keputusan ujian calitan pemain dan pegawai terbabit selain melantik seorang pegawai penyelaras untuk memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di peringkat pasukan.

Selain itu, pasukan juga wajib menamakan pusat latihan yang diadakan di kawasan tertutup dan venue latihan perlu didaftarkan melalui pautan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI).

Kebenaran latihan itu pastinya melegakan semua pemain skuad berkenaan selepas tidak dapat melakukan latihan penuh sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan bagi menangani penularan wabak Covid-19, 18 Mac lalu.

Ketua Jurulatih Negeri Sembilan, Sazali Saidon, akui lega dengan kelulusan menjalani latihan yang diberikan MFL itu.
Katanya, kebenaran itu membolehkan beliau mempersiapkan skuad bimbingannya itu bagi menghadapi kempen Liga M, yang dijadualkan akan kembali bersambung awal September depan.

"Saya lega apabila kebenaran pasukan menjalani latihan sudah diperoleh daripada MFL dan kita akan mematuhi semua SOP yang ditetapkan sepanjang latihan yang bermula esok.

"Saya berharap ianya dapat berjalan lancar sepertimana dirancangkan untuk kita kembali fokus kepada usaha mempersiapkan pasukan bagi menghadapi baki saingan Liga Perdana musim ini," katanya

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Jun 2020 @ 8:38 PM
 
Sponsored Post

dloanman

Legendary Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
19,625
Reaction score
1,472
Points
206
Sarawak buka kolam renang untuk atlet SUKMA
https://www.facebook.com/sharer/sharer.php?u=https://www.hmetro.com.my/arena/2020/06/590127/sarawak-buka-kolam-renang-untuk-atlet-sukma

ABDUL Karim Rahman berkata hanya atlet menggunakan kolam renang bagi menjalani latihan secukupnya sebelum menyertai SUKMA. FOTO NADIM BOKHARI

ABDUL Karim Rahman berkata hanya atlet menggunakan kolam renang bagi menjalani latihan secukupnya sebelum menyertai SUKMA. FOTO NADIM BOKHARI
Mohd Roji Kawi
[email protected]

SARAWAK membenarkan fasiliti sukan seperti kolam renang dibuka kepada atlet untuk menjalani latihan mulai 17 Jun ini sebagai persiapan untuk menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Johor, tahun depan.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, walaupun Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) belum membenarkan kolam renang dibuka kepada orang ramai berikutan kebimbangan penularan Covid-19, namun bagi atlet negeri, kelonggaran diberi bagi membolehkan mereka menjalani latihan dengan lebih sempurna.

"Atlet renang dan terjun tidak boleh menjalani latihan di padang atau tempat lain. Mereka hanya boleh meningkatkan keupayaan dengan berlatih di kolam renang.

"Sebab itu, kita membenarkan hanya atlet menggunakan kolam renang kerana kita mahu mereka menjalani latihan secukupnya sebelum menyertai SUKMA tahun depan," katanya pada sidang media di Pusat Akuatik Pandelela Rinong, di sini, hari ini.

Abdul Karim berkata, bagi sukan bola sepak, hoki dan ragbi juga, kebenaran diberikan kepada pasukan untuk menjalani latihan dengan prosedur standard operasi (SOP) ketat perlu diperolehi.

"Kita hanya membenarkan atlet untuk sukan yang memerlukan kontak rapat itu menjalani latihan tetapi tidak untuk pertandingan seperti kejohanan atau liga bola sepak," katanya SUKMA Johor pada asalnya dijadualkan berlangsung dari 11 hingga 19 Julai ini, namun penularan pandemik Covid-19 memaksa temasya dwitahunan itu ditukar ke tarikh baharu, 6 hingga 14 Mac tahun depan.

Abdul Karim berkata, penetapan tarikh baharu itu memberi banyak manfaat kepada semua negeri kerana memberi lebih masa kepada atlet untuk mempersiapkan diri.

"Sarawak menetapkan sasaran untuk menjadi juara SUKMA di Johor nanti dan mulai sekarang, kita harus menetapkan fokus ke arah itu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Jun 2020 @ 8:14 PM
 

dloanman

Legendary Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
19,625
Reaction score
1,472
Points
206
Isnin, 15 Jun 2020 | 8:07pm


TINJAUAN_GIMNASIUM_SEKITAR_SENTUL_1592222866.jpg

Orang ramai mula mengunjungi pusat gimnasium yang mula operasi hari ini mengikuti SOP COVID-19 pada tinjauan hari pertama pusat gimnasium beroperasi susulan Perintah Kawalan Pergerakan Permulihan (PKPP) di Sentul. - GAMBAR ASWADI ALIAS.
Jangan langgar SOP
https://www.facebook.com/sharer/sharer.php?u=https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2020/06/700671/jangan-langgar-sop
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia sudah membenarkan aktiviti sukan dan rekreasi termasuk bola sepak dan sukan tempur memulakan latihan bermula, hari ini.

Bagaimanapun, kebenaran yang diberikan itu hanya membabitkan latihan tanpa sentuhan dan tetap tertakluk kepada beberapa prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi.

Antara SOP yang perlu dipatuhi termasuk mengamalkan penjarakan sosial antara satu hingga tiga meter bagi aktiviti statik dan tiga hingga lima meter untuk latihan membabitkan pergerakan seperti latihan bola sepak.

Penggunaan aplikasi Mysejahtera dan saringan terhadap suhu badan juga perlu dilakukan sebelum mana-mana individu memasuki tempat latihan seperti gimnasium dan dewan latihan sebagai langkah berjaga-jaga.

Malah, orang ramai digalakkan untuk mengelak daripada melakukan aktiviti di tempat orang ramai dan membersihkan alatan sukan selepas digunakan serta meninggalkan premis atau pusat latihan dengan kadar segera sebaik selesai latihan.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,824
Reaction score
11,459
Points
2,376
FB_IMG_1592452536806.jpg

Sekiranya anda bersenam, berlari & berbasikal, anda TIDAK perlu memakai topeng muka. Paling penting pastikan ada jarak sosial, jangan rapat rapat antara satu sama lain
 

dloanman

Legendary Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
19,625
Reaction score
1,472
Points
206
Khamis, 18 Jun 2020 | 2:36pm


SP290619AC003_1592462160.jpg

Setiausaha Agung PESAKA, Datuk Megat Zulkarnain Omardin. - Foto NSTP

PESAKA pilih 2 lokasi latihan pusat pesilat kebangsaan
KONGSI ARTIKEL

Share

https://twitter.com/intent/tweet?ref_src=twsrc%5Etfw&text=PESAKA%20pilih%202%20lokasi%20latihan%20pusat%20pesilat%20kebangsaan&tw_p=tweetbutton&url=https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2020/06/701601/pesaka-pilih-2-lokasi-latihan-pusat-pesilat-kebangsaan
KUALA LUMPUR: Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) mengenal pasti dua lokasi di Pahang yang bakal menjadi tempat latihan pusat skuad kebangsaan pada Julai ini sebagai persediaan beberapa kejohanan antarabangsa tahun hadapan.

Setiausaha Agung PESAKA, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata badan induk itu akan menyerahkan surat permohonan kebenaran menjalani latihan pada minggu ini kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara untuk proses kelulusan.

Dua lokasi dipilih itu adalah Cameron Highlands dan Bukit Fraser.

"Mereka (pesilat terbabit) mesti dipanggil dengan seberapa segera untuk menjalani latihan. Kalau tidak saya khuatir persembahan mereka akan menurun kerana sudah lama tidak menjalani latihan.

"Kita hendak berhadapan dengan Kejuaraan Silat Dunia (di Kuching), selain Kejuaraan Sukan Asia Dalam Dewan pertama Mac 2021 di Pattaya, (Thailand) setelah silat diterima sebagai acara rasmi," katanya kepada Bernama, hari ini.

Mengulas lanjut, Megat Zulkarnain menegaskan latihan pusat berkenaan bukan saja bertujuan memastikan pesilat kebangsaan berada dalam prestasi terbaik namun dilihat sebagai medan terbaik memburu kilauan emas pada Kejuaraan Dunia yang menyaksikan Malaysia dipilih selaku tuan rumah.

Beliau berkata, 40 atlet termasuk jurulatih dan pegawai akan menjalani ujian saringan COVID-19 terlebih dahulu, sebelum dibenarkan untuk mengikuti sesi latihan pusat berkenaan.

Beberapa kejohanan silat tempatan dan antarabangsa pada tahun ini termasuk Kejuaraan Silat Dunia yang dijadualkan pada Ogos ini di Kuching terpaksa ditunda pada tahun hadapan susulan penularan pandemik COVID-19. - BERNAMA

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,824
Reaction score
11,459
Points
2,376
LIGA MALAYSIA | Buktikan Latihan Bola Sepak Boleh Dilakukan Dengan Baik

Latihan fasa 1 bakal menjadi penanda aras penting buat pasukan sebelum pengendali liga tempatan itu, melanjutkan proses kepada fasa 2.

Jika kesemua pasukan patuh serta disiplin mengikuti SOP ketika menjalani sesi latihan dalam fasa 1 tanpa ‘body contact’, baharulah ianya boleh ditingkatkan kepada program latihan yang lebih luas.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,824
Reaction score
11,459
Points
2,376
OLAHRAGA | KOM Beri Pelepasan Kepada Jackie Wong

Sekiranya skuad olahraga kebangsaan dapat memulakan latihan penuh bermula 1 Julai ini Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), merancang untuk memanggil semua atlet naungan mereka berlatih di Majlis Sukan Negara (MSN).

 
Sponsored Post
Top
Log in Register