BTC USD 61,270.2 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Kemaskini & Update Berita Terkini Kebenaran Bersukan di Musim PKP3.0

akecema

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 26, 2007
Messages
23,567
Reaction score
2,916
Points
206
tn akecema kena tekan kat 'watch on Facebook'
nanti vid appear
oo ok dah tgk
thx
xramai pun, normal pada saya yg beberapa kali pergi
mmg view cantik sbb lepak atas batu
boleh la weekend ni bawak anak2 kite
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,360
Reaction score
15,062
Points
1,906
oo ok dah tgk
thx
xramai pun, normal pada saya yg beberapa kali pergi
mmg view cantik sbb lepak atas batu
boleh la weekend ni bawak anak2 kite

oh vid dia dah ada ke, saya dah share ke sebelum ni?
tengok tn akecema ni, 'anak anak kita tu' perlu diperbetulkan :D
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,360
Reaction score
15,062
Points
1,906
#BHnasional Polis pandang serius kesesakan pusat rekreasi dan pelanggaran SOP apabila dibuka kepada orang ramai
https://bit.ly/3tCLQYU

Tak teragak-agak cadang tutup pusat rekreasi


September 13, 2021 @ 11:19am

1631504194548.png


Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Polis tidak teragak-agak untuk mencadangkan kepada pihak berkuasa berkaitan supaya pusat rekreasi ditutup jika terlalu sesak dengan kehadiran orang awam yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terutama penjarakan fizikal.

Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Mastor Mohd Ariff, berkata ketika ini, pihaknya akan membuat pemantauan pematuhan SOP dari semasa ke semasa terutama di Lembah Klang yang beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), Jumaat lalu.

"Polis menyedari keghairahan orang ramai beriadah di sungai, padang dan pantai terutama membabitkan warga Selangor, Kuala Lumpur serta Putrajaya.

"Justeru, polis membuat pemantauan dan hebahan dengan memberi nasihat supaya mereka mematuhi SOP seperti penjarakan fizikal.



"Bagaimanapun, jika keadaan tidak dapat dikawal akibat kesesakan dan pengunjung terlalu ramai, polis tidak teragak-agak untuk mencadangkan supaya pusat rekreasi ditutup," katanya kepada BH, hari ini.

Semalam, BH melaporkan kelonggaran merentas daerah selepas Lembah Klang mula beralih ke Fasa 2 PPN, membuatkan orang ramai mengambil kesempatan melakukan pelbagai aktiviti riadah dan rekreasi.

Tinjauan di Taman Tasik Titiwangsa mendapati golongan kanak-kanak sehingga warga emas mula melakukan pelbagai aktiviti riadah termasuk joging, berbasikal, bermain kasut roda dan ada juga yang bermain badminton bersama anak-anak.

Selain itu, peniaga makanan juga mula berniaga pelbagai jenis makanan kepada orang ramai di tepi jalan, bagi memenuhi permintaan.
Ditanya tindakan kompaun kepada pengunjung, Mastor berkata, ia pilihan terakhir jika mereka menghiraukan nasihat polis supaya mematuhi SOP.

"Kita mengambil pendekatan berhemah dahulu dengan memberi nasihat.
"Kalau mereka masih berdegil, pilihan terakhir ialah dengan memberi kompaun," katanya.


 

akecema

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 26, 2007
Messages
23,567
Reaction score
2,916
Points
206
oh vid dia dah ada ke, saya dah share ke sebelum ni?
tengok tn akecema ni, 'anak anak kita tu' perlu diperbetulkan :D
hmm
betul la tu
then lepas p pantai sini, makan kat aroma ikan bakar
restoren ni tepi pantai, cantik gak view laut
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,360
Reaction score
15,062
Points
1,906

JUMPAKATMAHKAMAH.com

· 13m ·

Pengunjung membanjiri Sg. Pisang selepas pengumuman fasa 2 ke atas negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya & Kuala Lumpur semalam.


 

akecema

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 26, 2007
Messages
23,567
Reaction score
2,916
Points
206

JUMPAKATMAHKAMAH.com

· 13m ·

Pengunjung membanjiri Sg. Pisang selepas pengumuman fasa 2 ke atas negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya & Kuala Lumpur semalam.


betul ke sg pinang
seingat saya la, sg pisang ni xley masuk
kene permit
DAN
skrg masih belum boleh kluarkan permit,

kecuali pengunjung datang naik excavator
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,360
Reaction score
15,062
Points
1,906
"Pastu kes naik salahkan kerajaan"
#sinarplus #dominasigayahidup #kisahmasyarakat

VIDEO]’Macam Pesta Air…’ – Netizen Bengang Sungai Pisang Sesak​


01-6.jpg



September 14, 2021

Oleh Faezah Muda

KELONGGARAN merentas daerah selepas Lembah Klang mula beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), membuatkan orang ramai mengambil kesempatan melakukan pelbagai aktiviti riadah dan rekreasi.
Nampaknya hujung minggu lepas ramai yang ambil kesempatan untuk berekreasi bersama keluarga.
Ramai yang teruja nak ke sungai, pantai, air terjun dan kawasan riadah lain di sekitar Lembah Klang.
Namun, kelihatan ada yang sanggup berkerumun ramai-ramai di satu-satu tempat seolah-olah tidak takut langsung dengan jangkitan Covid-19! Sangat teruja sehinggakan melanggar prosedur operasi standard (SOP)?
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Begitulah yang terjadi di kawasan air terjun di Sungai Pisang, Gombak.
Menerusi perkongsian video tular di aplikasi TikTok, orang ramai dilihat berpusu-pusu mengunjungi kawasan tersebut.



Dapat dilihat mereka seperti tidak mengendahkan lagi SOP yang ditetapkan kerajaan.
[VIDEO]'Macam pesta air...' - Netizen bengang Sungai Pisang sesak



Tenyata rata-rata warga maya bengang dan gusar melihat situasi seperti itu.



Ujar mereka;
“Bila kerajaan bagi kelonggaran, bersiap sedialah menghadapi kehidupan yang lebih mencabar lepas ni.”
“Macam pesta air dekat India dulu-dulu. Nauzubillahiminzalik… semoga kita semua dilindungi dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH SWT.”
“Kalau macam ni gaya, tak ada Covid-19 pun aku tak pergi. Penuh orang, nak mandi pun susah!”
“Pastu kes naik salahkan kerajaan. Kau yang bengap, sendiri cari penyakit!”
“Kes pun duk tinggi maaf bercakap… hati sakit tengok. Sebab Covid-19 ni. Bukan main-main bila kes nak turun?”
Sementara itu, portal tempatan melaporkan polis tidak teragak-agak untuk mencadangkan kepada pihak berkuasa berkaitan supaya pusat rekreasi ditutup jika terlalu sesak dengan kehadiran orang awam yang tidak mematuhi SOP terutama penjarakan fizikal.
Baca juga Lari 367km sebulan, berbasikal 1,300km seminggu, ‘terlebih’ bersukan lelaki hampir maut, perut terpaksa dibedah
Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Mastor Mohd Ariff, berkata ketika ini, pihaknya akan membuat pemantauan pematuhan SOP dari semasa ke semasa terutama di Lembah Klang yang beralih ke Fasa 2 PPN, Jumaat lalu.
Apapun tak salah nak berekreasi bersama rakan atau keluarga tapi pastikan korang jaga SOP sebaiknya untuk elak perkara tak diingini berlaku. Ingat! Kita belum menang melawan Covid-19.

 

akecema

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 26, 2007
Messages
23,567
Reaction score
2,916
Points
206
IMG-20210913-WA0007.jpg

IMG-20210914-WA0010.jpg



Patutnya sg pisang dan sg kanching belum boleh masuk lagi
Mcm mane bleh ade kenduri pulak ni?
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register