Covid-19 Kemaskini Semua PKP & PKP Lanjutan 31 Disember 2020

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,448
Reaction score
3,672
Points
236
PKPD Plaza Hentian Kajang - Bantuan Bakul Makanan Bersasar Bakal Di Agih

29.10.2020 - Shah Alam, Bantuan bakul makanan bersasar akan diagih dalam masa terdekat kepada penduduk di kawasan Plaza Hentian Kajang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Hulu Langat, Najmuddin Jemain berkata pihaknya mengumpul maklumat mereka yang layak menerima bantuan makanan kering dianggarkan bernilai RM100.

“Kerajaan Negeri minta senarai (maklumat penerima) selewat-lewatnya esok dan pengagihan akan terus dibuat kepada mereka yang berkenaan selepas tarikh tersebut. Bantuan ini terhad kepada keluarga berpendapatan rendah (B40) dan warganegara Malaysia sahaja memandangkan kedai runcit masih beroperasi seperti biasa yang membolehkan penduduk membeli sendiri keperluan harian masing-masing,” katanya ketika dihubungi.

Beliau yang juga pegawai daerah Hulu Langat mengingatkan penduduk tidak bimbang dan tidak melakukan pembelian panik sepanjang arahan itu dikuatkuasakan. Menurutnya, penduduk diminta mematuhi semua tatacara operasi piawai (SOP) bagi memastikan rangkaian Covid-19 dapat diputuskan.

“Sebarang pemakluman akan dimaklumkan kepada penduduk menggunakan hebahan pembesar suara daripada Jabatan Penerangan Hulu Langat,” katanya.

PKPD di Plaza Hentian Kajang berkuat kuasa semalam sehingga 10 November membabitkan 7,500 penduduk.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/10/pkp...-bantuan-bakul-makanan-bersasar-bakal-diagih/
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,448
Reaction score
3,672
Points
236
Beberapa Pejabat, Kaunter LHDN Kembali Operasi Mulai Esok

29.10.2020 - Shah Alam, Beberapa pejabat dan kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di Selangor akan kembali beroperasi mulai esok, namun dengan waktu operasi terhad sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). LHDNM dalam satu kenyataan hari ini berkata antara yang dibuka semula mulai esok ialah perkhidmatan kaunter setempat dan duti setem pejabat LHDN cawangan Shah Alam dari jam 8 pagi hingga 5 petang setiap Isnin hingga Jumaat.

Selain itu semua kaunter LHDN di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Selangor akan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 5 petang setiap Isnin hingga Jumaat dan dari jam 9 pagi hingga 1.30 petang setiap hari Sabtu dan Ahad. Sementara itu bermula Isnin pula semua pejabat LHDNM di Menara Hasil Bangi akan dibuka, dengan perkhidmatan kaunter setempat dan kaunter penerimaan borang di bangunan berkenaan akan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 1 petang setiap Isnin hingga Jumaat.

Turut akan dibuka semula ialah operasi Hasil Care Line dari jam 9 pagi sehingga 5 petang setiap Isnin hingga Jumaat. Orang ramai boleh melayari portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut, dan sebarang pertanyaan serta maklum balas boleh dimajukan melalui Hasil Care Line (HCL) di 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara) dan HASiL Live Chat.

LHDN juga boleh dihubungi melalui borang maklum balas di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/ .

Berita asal https://selangorkini.my/2020/10/pkp...-bantuan-bakul-makanan-bersasar-bakal-diagih/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,448
Reaction score
3,672
Points
236
MSN Selangor - Alet Di Saran Terus Ikuti Modul Latihan Sepanjang PKPB

29.10.2020 - Shah Alam, Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor menggesa semua atlet mengikuti modul latihan disediakan jurulatih masing-masing selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) disambung hingga 9 November. Pengarah eksekutifnya berkata disiplin memainkan peranan penting untuk atlet kekal cergas ketika ini dengan pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) bagi mengelakkan jangkitan Covid-19.

“Dengan penyambungan PKPB, atlet disarankan terus mengekalkan disiplin dengan patuh SOP dan menjaga kecergasan masing-masing di samping mengikuti program latihan individu ditetapkan jurulatih,” kata Mohamad Nizam Marjugi ketika dihubungi.

Beliau berkata atlet turut dinasihatkan kekal di rumah dan hanya keluar jika ada urusan penting sepanjang tempoh PKPB. Kementerian Belia dan Sukan sebelum ini mengarahkan semua fasiliti sukan dan rekreasi ditutup sementara susulan perintah kawalan tersebut. Bagaimanapun Majlis Keselamatan Negara memaklumkan aktiviti sukan tidak bersentuhan dan dijalankan secara individu tidak melebihi 10 orang serta di kawasan terbuka masih dibenarkan.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/10/msn-selangor-atlet-disaran-terus-ikuti-modul-latihan-sepanjang-pkpb/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,448
Reaction score
3,672
Points
236
Perpustakaan MBSA Di Tutup Hingga 9 November

29.10.2020 - Shah Alam, Semua perpustakaan kelolaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ditutup sehingga 9 November ini susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Majlis itu memaklumkan proses tersebut antaranya membabitkan Perpustakaan Anggerik Vanilla Kota Kemuning, Perpustakaan Anggerik Mokara Seksyen U5 dan Perpustakaan Anggerik Aranda Seksyen 19.

“Pemulangan buku boleh dilakukan selepas perpustakaan dibuka semula dan tiada caj denda lewat dikenakan. Orang ramai dinasihatkan terus mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) dan melakukan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka serta menjaga kebersihan agar rantaian Covid-19 dapat diputuskan,” katanya menerusi kenyataan.



Berita asal https://selangorkini.my/2020/10/pkpb-perpustakaan-mbsa-ditutup-hingga-9-november/
 

dloanman

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 15, 2012
Messages
22,001
Reaction score
1,647
Points
206
'Ramai penduduk sudah kehabisan makanan'
ASYIKIN ASMIN | | 29 Oktober 2020

867386.jpg

Sebahagian penduduk Taman Semarak di Tawau hari ini berkumpul di kawasan pagar berkawat untuk meluahkan perasaan berhubung kesukaran mereka mendapatkan bekalan makanan di kawasan PKPD.

TAWAU - Sebahagian penduduk di Taman Semarak di sini yang sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) hari ini meluahkan perasaan berikutan kekurangan bekalan makanan di kawasan mereka sejak dikuatkuasakan pada Isnin lalu.

Perkara itu diluahkan menerusi satu video berdurasi 1 minit 17 saat yang tular membabitkan sekumpulan individu dipercayai penduduk Taman Semarak yang berkumpul dan menunjukkan tulisan di kad manila berhubung kesukaran mendapatkan bekalan makanan.

Mereka merayu supaya dibenarkan membeli bekalan makanan di kedai berhampiran iaitu di kawasan bawah Taman Semarak.

Menurut seorang penduduk, Johny Garakit Goran, 45, ramai penduduk di Taman Semarak mengalami masalah kehabisan bekalan makanan selepas memasuki hari keempat dikenakan PKPD di kawasan terbabit.

867385.jpg

Penduduk Taman Semarak di Tawau hari ini menunjukkan tulisan pada kad manila bahawa mereka memerlukan bantuan sepanjang PKPD di kawasan itu dilaksanakan.
"Masalah kami sekarang ialah sukar untuk mendapatkan bekalan makanan dan kedai yang berhampiran tidak jauh dari kawasan yang dikenakan pagar berkawat.

"Kami cuma mahu keluar untuk membeli barang bekalan makanan yang tidak jauh dari kawasan ini kerana ramai penduduk sudah kehabisan bekalan makanan. Ada juga yang sudah kehabisan bekalan gas untuk memasak," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

867387.jpg

Penduduk merayu supaya dibenarkan membeli bekalan makanan di kedai berhampiran iaitu di kawasan bawah Taman Semarak.
Johny berkata, ada juga pihak yang membantu untuk membelikan bekalan makanan jenis barang basah kepada penduduk tetapi ia tidak diserahkan terus sebaik selesai pembelian.

"Mereka kumpul barangan itu dan hanya diserahkan kepada penduduk pada sebelah malam. Sudah tentu barang basah seperti ikan, daging ayam dan sayur rosak.

"Jadi sukar penduduk berharap pada orang lain melainkan ketua isi rumah perlu keluar sendiri untuk membeli barang keperluan terutama barangan basah," katanya.

Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merotai, Sarifuddin Hata ada mencadangkan supaya Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di kawasan itu membenarkan penduduk keluar membeli barang keperluan di pasar basah terdekat atau membawa masuk kedai runcit bergerak ke kawasan itu secara berkala.

Cadangan itu perlu dilaksanakan bagi membantu penduduk di kawasan itu mudah untuk mendapatkan bekalan makanan sepanjang PKPD dilaksanakan di kawasan itu.

Difahamkan, terdapat lebih 4,000 keluarga menetap di kawasan itu terjejas selepas PKPD dikuatkuasakan.

Pada 24 Oktober lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob mengumumkan pelaksanaan PKPD di Taman Semarak bermula Isnin lalu sehingga 8 November depan bagi membendung peningkatan kes koronavirus (Covid-19) di kawasan berkenaan.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...avirus/Ramai-penduduk-sudah-kehabisan-makanan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

redcloud

Active Member
Joined
Mar 13, 2009
Messages
2,459
Reaction score
197
Points
33
'Ramai penduduk sudah kehabisan makanan'
ASYIKIN ASMIN | | 29 Oktober 2020

View attachment 303582
Sebahagian penduduk Taman Semarak di Tawau hari ini berkumpul di kawasan pagar berkawat untuk meluahkan perasaan berhubung kesukaran mereka mendapatkan bekalan makanan di kawasan PKPD.

TAWAU - Sebahagian penduduk di Taman Semarak di sini yang sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) hari ini meluahkan perasaan berikutan kekurangan bekalan makanan di kawasan mereka sejak dikuatkuasakan pada Isnin lalu.

Perkara itu diluahkan menerusi satu video berdurasi 1 minit 17 saat yang tular membabitkan sekumpulan individu dipercayai penduduk Taman Semarak yang berkumpul dan menunjukkan tulisan di kad manila berhubung kesukaran mendapatkan bekalan makanan.

Mereka merayu supaya dibenarkan membeli bekalan makanan di kedai berhampiran iaitu di kawasan bawah Taman Semarak.

Menurut seorang penduduk, Johny Garakit Goran, 45, ramai penduduk di Taman Semarak mengalami masalah kehabisan bekalan makanan selepas memasuki hari keempat dikenakan PKPD di kawasan terbabit.

View attachment 303583
Penduduk Taman Semarak di Tawau hari ini menunjukkan tulisan pada kad manila bahawa mereka memerlukan bantuan sepanjang PKPD di kawasan itu dilaksanakan.
"Masalah kami sekarang ialah sukar untuk mendapatkan bekalan makanan dan kedai yang berhampiran tidak jauh dari kawasan yang dikenakan pagar berkawat.

"Kami cuma mahu keluar untuk membeli barang bekalan makanan yang tidak jauh dari kawasan ini kerana ramai penduduk sudah kehabisan bekalan makanan. Ada juga yang sudah kehabisan bekalan gas untuk memasak," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

View attachment 303584
Penduduk merayu supaya dibenarkan membeli bekalan makanan di kedai berhampiran iaitu di kawasan bawah Taman Semarak.
Johny berkata, ada juga pihak yang membantu untuk membelikan bekalan makanan jenis barang basah kepada penduduk tetapi ia tidak diserahkan terus sebaik selesai pembelian.

"Mereka kumpul barangan itu dan hanya diserahkan kepada penduduk pada sebelah malam. Sudah tentu barang basah seperti ikan, daging ayam dan sayur rosak.

"Jadi sukar penduduk berharap pada orang lain melainkan ketua isi rumah perlu keluar sendiri untuk membeli barang keperluan terutama barangan basah," katanya.

Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merotai, Sarifuddin Hata ada mencadangkan supaya Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di kawasan itu membenarkan penduduk keluar membeli barang keperluan di pasar basah terdekat atau membawa masuk kedai runcit bergerak ke kawasan itu secara berkala.

Cadangan itu perlu dilaksanakan bagi membantu penduduk di kawasan itu mudah untuk mendapatkan bekalan makanan sepanjang PKPD dilaksanakan di kawasan itu.

Difahamkan, terdapat lebih 4,000 keluarga menetap di kawasan itu terjejas selepas PKPD dikuatkuasakan.

Pada 24 Oktober lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob mengumumkan pelaksanaan PKPD di Taman Semarak bermula Isnin lalu sehingga 8 November depan bagi membendung peningkatan kes koronavirus (Covid-19) di kawasan berkenaan.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...avirus/Ramai-penduduk-sudah-kehabisan-makanan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Sabah ni something wrong in somewhere..
PaTi ramai
stateless ramai
mobilasi bantuan makanan penduduk pun tak cukup

nasib baik la kawasan rumah adik red bukan dlm kawasan PKPD kat Semporna
video viral ade kg air tercicir bantuan tu pun kesian gak
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,448
Reaction score
3,672
Points
236
JAKESS Jadualkan Semula Kes Di Mahkamah Syariah

30.10.2020 - Shah Alam, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (Jakess) akan menjadualkan semula semua kes ditetapkan di mahkamah syariah negeri ini bermula Rabu lalu hingga 9 November.

Unit komunikasi korporatnya berkata penjadualan semula itu susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi memastikan penjarakan fizikal di semua premis mahkamah syariah.

“Mahkamah akan menghubungi pihak terlibat dengan kes dikenal pasti untuk diteruskan pendengarannya sepanjang tempoh PKPB berkuat kuasa.

“(Proses) wakalah, afidavit, majlis sulh, perbicaraan dan sebutan kes boleh dibuat melalui sidang video dengan permohonan serta persetujuan bersama plaintif dan defendan. Perkhidmatan runding cara dilaksanakan secara dalam talian telefon,” kata jabatan itu menerusi kenyataan semalam.

Agensi itu berkata perkhidmatan pendaftaran kes baharu tanpa janji temu di kaunter mahkamah terhad kepada pendaftaran kes mendesak.

Jelasnya, kes mendesak membabitkan keganasan rumah tangga, penderaan, pengesahan lafaz cerai di luar mahkamah, permohonan wali raja atau merekodkan persetujuan selain kes mempunyai tempoh had masa seperti pemfailan notis rayuan dan semakan.

Orang ramai boleh merujuk garis panduan operasi Jakess melalui laman sesawang www.jakess.gov.my .

Berita asal https://selangorkini.my/2020/10/pkpb-jakess-jadualkan-semula-kes-di-mahkamah-syariah/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,448
Reaction score
3,672
Points
236
3 Kuil, 6 Gereja Di Tutup - PKPB Zon Nilai

30.10.2020 - Kuala Lumpur, Sebanyak sembilan rumah ibadat bukan Islam meliputi kuil dan gereja yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Zon Nilai ditutup, mulai Rabu lepas. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Sembilan J. Arul Kumar berkata ia membabitkan tiga kuil di Desa Jasmin, Desa Cempaka dan Desa Melati serta enam gereja yang beroperasi di rumah kedai di sekitar Bandar Baru Nilai.

"Selain itu, semua rumah ibadat kecil yang tidak berdaftar dengan kerajaan negeri perlu juga ditutup bagi membendung penularan Covid-19," katanya dalam sidang media khas mengenai PKPB Zon Nilai di Nilai, hari ini.

Sebanyak 35 lokaliti dan taman terlibat dalam pelaksanaan PKPB Zon Nilai.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 26 Okt lepas dilapor sebagai berkata Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana di Putra Point Nilai bermula 28 Okt lepas hingga 10 Nov, membabitkan dua lokaliti tempat tinggal pekerja (asrama) di kawasan itu, yang dikesan menyumbang kepada peningkatan kes positif Covid-19 iaitu Jalan BBN 1/7B dan Jalan BBN 1/7F serta Jalan BBN 1/2E.

Bagi tempoh yang sama juga, Ismail Sabri berkata kerajaan turut bersetuju melaksanakan PKPB di Zon Nilai berikutan peningkatan kes positif Covid-19 warga asing di zon berkenaan. Setakat semalam, Negeri Sembilan merekodkan 43 kes baru Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 1,559 kes.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/548677
 

ViperX

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
4,494
Reaction score
527
Points
71
Sabah ni something wrong in somewhere..
PaTi ramai
stateless ramai
mobilasi bantuan makanan penduduk pun tak cukup

nasib baik la kawasan rumah adik red bukan dlm kawasan PKPD kat Semporna
video viral ade kg air tercicir bantuan tu pun kesian gak
politics.. what can i say.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,448
Reaction score
3,672
Points
236
Operasi Pawagam Di Seluruh Malaysia Di Gantung

30.10.2020 - Kuala Lumpur, Pawagam-pawagam di Malaysia akan menggantung operasi mereka bermula November ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKBB) di beberapa negeri selain kekurangan filem-filem baharu. Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) dalam satu kenyataan hari ini berkata, keputusan untuk menggantung sementara operasi semua panggung wayang di negara ini dibuat secara kolektif.

“Bermula November 2020, semua panggung wayang akan menangguhkan penayangan filem dan/atau menggantung operasi mereka. Mereka bagaimanapun akan terus memantau situasi semasa dan akan bertindak mengikut perubahan pasaran sekiranya keadaan semakin pulih,” katanya.

Menurut MAFE, industri wayang di negara ini terjejas teruk akibat pandemik dan terpaksa menghadapi kerugian pendapatan yang teruk kerana kehadiran penonton ke pawagam merundum sehingga 90 peratus berbanding tahun lepas. Pada masa yang sama, pengendali pawagam pula terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi memastikan keselamatan pelanggan ketika menonton wayang.

“Walaupun keputusan ini tidk mudah namun ini adalah cara kami bertindak di dalam menghadapi cabaran yang semakin berat dan sebagai sebuah industri, kami percaya ini merupakan langkah perlu di dalam memastikan kewujudan pawagam di Malaysia dapat diteruskan pada jangka masa panjang. Ini bagi membolehkan kami terus memainkan peranan dalam menyumbang kepada pembangunan sosial, ekonomi dan kebudayaan negara pada jangka masa panjang,” katanya.

Berita asal https://malaysiagazette.com/2020/10/30/operasi-pawagam-di-seluruh-malaysia-digantung/
 
Sponsored Post
Top
Log in Register