Covid-19 Kemaskini Semua PKP & PKP Lanjutan 31 Disember 2020

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,433
Reaction score
3,672
Points
236
Perkhidmatan Pengangkutan Laut Dari & Le Labuan Beroperasi Seperti Biasa

18.10.2020 - Labuan, Perkhidmatan Pengangkutan Laut Labuan-Menumbok-Labuan-Kota Kinabalu-Labuan beroperasi seperti biasa untuk perkhidmatan perlu ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kata Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Labuan Nurzaliza Kartika Abdullah.

“Labuan berbeza dengan negeri lain, kerana pengangkutan laut masih digunakan secara meluas oleh mereka terlibat dalam perkhidmatan perlu, kakitangan dalam industri minyak dan gas dan krew perkapalan, atau oleh pekerja tinggal berhampiran sempadan tanah besar Sabah dan bekerja di Labuan dan mereka berulang-alik hari-hari. Dalam kami menguatkuasakan PKPB, kami juga perlu memastikan kegiatan ekonomi yang menjadi pergantungan orang ramai tidak akan terjejas dengan banyak,” katanya kepada Bernama hari ini.

Perkhidmatan pengangkutan laut Menumbok dan Sipitang dari dan ke Labuan menggunakan bot laju atau feri bermuatan 14 dan 40 tempat duduk, dan MKN mengingatkan mereka untuk memastikan operasi sentiasa perlu mengikut operasi prosedur standard (SOP) penjarakan fizikal. Nurzaliza Kartika berkata, operasi feri ro-ro, Labuan-Menumbok-Labuan, beroperasi seperti biasa dengan membawa lebih banyak barangan perlu dari tanah besar Sabah ke Labuan.

Pada ketika ini sejumlah empat buah feri menjalankan operasi ulang alik ke Menumbok dan Labuan. Namun beliau berkata, aktiviti perkhidmatan kapal bukan konvensional seperti kapal kayu atau dikenali sebagai ‘Kumpit’ yang biasanya digunakan untuk aktiviti barter, adalah tidak dibenarkan.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1891127
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,433
Reaction score
3,672
Points
236
Jangan Pandang Ringan SOP, PKPP Masih Berkuatkuasa Seluruh Negara - Ismail Sabri

18.10.2020 - Kuala Lumpur, Orang ramai diingatkan tidak memandang ringan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 terutama dari segi pemakaian pelitup muka kerana Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih berkuat kuasa di seluruh negara. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata walaupun beberapa lokaliti dikenakan PKP Diperketatkan (PKPD) dan Bersyarat (PKPB), ini tidak bermakna kawasan lain bebas daripada undang-undang.

Katanya Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) masih berkuat kuasa selagi PKPP dilaksanakan di seluruh negara dan tindakan boleh diambil jika berlaku pelanggaran perintah.

“Walaupun kita isytiharkan PKPB dan PKPD di beberapa lokasi atau lokaliti, seluruh Malaysia masih lagi dalam PKP, tapi dalam keadaan yang agak longgar apabila kita memperkenalkan PKPP. Selagi PKP, sama ada Bersyarat, Diperketatkan atau Pemulihan, ia masih lagi tertakluk di bawah Akta 342. Kesalahan yang disenaraikan di bawah akta tersebut boleh dikuatkuasakan dan tindakan undang-undang boleh dikenakan,” katanya pada sidang media secara maya menerusi Facebook Kementerian Pertahanan, hari ini.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata undang-undang itu bukan hanya terpakai kepada individu yang ingkar tetapi juga premis perniagaan yang boleh dikenakan tindakan seperti dikompaun ataupun diarah tutup. Sementara itu, beliau berkata polis menahan 661 individu atas kesalahan ingkar PKPP semalam dengan 632 dikompaun, 27 direman dan dua orang dijamin.

“Jumlah 661 orang (yang ditahan semalam) bermakna meningkat hampir sekali ganda daripada tangkapan atau penahanan hari sebelumnya (467 orang),” katanya.

Katanya daripada jumlah itu, tidak memakai pelitup muka menjadi kesalahan tertinggi dengan 223 individu, manakala gagal mematuhi penjarakan fizikal seramai 191 orang, gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (112), langgar syarat atau perintah di kawasan PKPB (75), aktiviti di pusat hiburan (45) dan lain-lain (15). Operasi Benteng (Op Benteng) pula menyaksikan 72 pendatang tanpa izin ditahan semalam selain rampasan 35 kenderaan darat.

Ismail Sabri berkata sejak pelaksanaan Op Benteng pada Mei lalu, seramai 497 pendatang tanpa izin dan 28 tekong telah ditangkap di Sarawak. Dalam pada itu, beliau berkata seramai 50,254 individu pulang ke tanah air bagi tempoh 24 Julai hingga semalam, dan daripada jumlah itu, seramai 8,151 orang sedang menjalani kuarantin wajib dan 381 lagi dibawa ke hospital untuk rawatan, manakala 41,722 individu didiscaj dan dibenarkan pulang.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1891179
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,433
Reaction score
3,672
Points
236
KKM Mahu Kerajaan Ketatkan PKPB, Hanya Sektor Ekonomi Di Benarkan

18.10.2020 - Kuala Lumpur, Kementerian Kesihatan akan mencadangkan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengetatkan sekatan di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) dengan hanya kegiatan ekonomi dibenarkan, kata Ketua Pengarahnya Dr Noor Hisham Abdullah.

"Kementerian Kesihatan ingin mencadangkan untuk mengetatkan PKPB, kita hanya akan benarkan sektor ekonomi," katanya semasa sidang media di Kementerian Kesihatan di Putrajaya hari ini.

Noor Hisham berkata, ini merupakan sebahagian pendekatan untuk meratakan lengkungan kes Covid-19 berikutan jumlah kes terus meningkat setiap hari. Katanya terdapat keperluan untuk mengawal sektor pendidikan, sukan dan sosial di kawasan yang disasarkan seperti di Sabah dan Lembah Klang.

"Kita akan bincangkan hal ini dalam mesyuarat MKN mengenai pelaksanaannya dan seterusnya," kata Noor Hisham.

Semalam, Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob memaklumkan keputusan kerajaan untuk membenarkan gimnasium, padang bola sepak komersial dan pusat futsal dibuka semula di kawasan PKPB. Katanya, kerajaan membuat keputusan itu selepas mempertimbangkan permohonan dari Kementerian Belia dan Sukan.

"Memandangkan aktiviti di gimnasium dilaksanakan secara individu dengan penjarakan fizikal, maka sidang khas hari ini bersetuju untuk membenarkan gimnasium beroperasi seperti biasa dengan SOP ketat yang telah ditetapkan sebelum ini, Sabah dan Lembah Klang diletakkan di bawah PKPB sejak Selasa lalu (13 Okt) dan Rabu (14 Okt)," kata Ismail semalam.

Terdahulu, Noor Hisham memaklumkan sebanyak 871 kes baru Covid-19 direkodkan setakat tengah hari ini, dengan Sabah terus merekodkan angka tertinggi iaitu sebanyak 702 kes.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/547091
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,433
Reaction score
3,672
Points
236
Isu Bekerja Dari Rumah Akan Di Bincang Pada Mesyuarat MKN - Ismail Sabri

18.10.2020 - Kuala Lumpur, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membawa isu membenarkan pekerja bekerja di rumah dalam mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN). Beliau berkata, meskipun pergerakan bekerja masih dibenarkan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun majikan dimohon membenarkan pekerja bekerja dari rumah.

“Saya akan bawa dalam mesyuarat MKN yang dipengerusikan Perdana Menteri yang bersidang setiap hari bagi apakah tindakan seterusnya bagi pekerja-pekerja yang terus bekerja di pejabat atau syarikat-syarikat perniagaan. Cuma saya harap supaya majikan benarkan pekerja-pekerja bekerja daripada rumah ini bagi menjaga keselamatan bukan hanya pekerja tersebut tetapi semua pekerja lain di dalam syarikat-syarikat berkaitan,” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) secara langsung menrusi laman Facebook hari ini.

Kerajaan membenarkan pergerakan untuk bekerja dan sektor ekonomi bagi kawasan di bawah PKPB.

Berita asal https://malaysiagazette.com/2020/10...an-dibincang-pada-mesyuarat-mkn-ismail-sabri/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,433
Reaction score
3,672
Points
236
Dua Individu Dalam Satu Kenderaan Dikompaun Tidak Benar

18.01.2020 - Kota Kinabalu, Polis hari ini mengesahkan gambar kompaun yang tular di media sosial semalam berkaitan kegagalan pesalah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Penjelasan itu sekali gus menafikan kompaun berkenaan membabitkan penguatkuasaan SOP kedudukan individu dalam kenderaan iaitu penumpang perlu duduk di belakang.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, IPD Penampang terkesan dengan mesej yang ditularkan dan menegaskan maklumat tersebut tidak tepat dan tiada kaitan dengan imej kompaun.

“Imej kompaun itu membabitkan kesalahan dikenakan terhadap tiga individu menaiki sebuah kenderaan dari satu lokasi pada 16 Oktober lalu. “Kompaun dikeluarkan kerana tidak patuh kepada SOP PKPB iaitu hanya dua orang sahaja dibenarkan dalam kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya lagi, ketiga-tiga individu itu dikenakan kompaun di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

“Polis memandang berat perkara ini dan memberi amaran keras kepada orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat palsu yang boleh menimbulkan kekeliruan masyarakat. Individu yang ingkar bakal berdepan tindakan undang-undang,” katanya.

Terdahulu, gambar tiga individu yang dikenakan kompaun tular di media sosial bersama satu mesej yang mendakwa jika kereta dinaiki dua individu, penumpang perlu berada tempat duduk belakang kenderaan dan bukan di kerusi penumpang hadapan atau belakang pemandu.

Mesej itu turut menyebut bahawa SOP itu sudah mula dikuatkuasakan.

saman.jpg


saman2.jpg


Berita asal https://www.sabahpost.net/2020/10/18/pkpb-dua-individu-dalam-satu-kenderaan-dikompaun-tidak-benar/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,433
Reaction score
3,672
Points
236
Selangor Syor PKPD Di PJ Utara, Bukannya PKPB Seluruh Negeri

19.10.2020 - Shah Alam, Pasukan Petugas Covid-19 Selangor (STFC) sebelum ini menyarankan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) dikuatkuasakan di Petaling Jaya Utara, bukannya perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di seluruh negeri, menurut sumber. PKPD adalah penguatkuasaan yang lebih ketat dengan semua isi rumah dilarang keluar dengan bekalan makanan diberikan dan semua perniagaan ditutup untuk satu tempoh masa bagi pelaksanaan pengesanan kontak. Ia biasanya ditamatkan setelah semua penduduk menjalani ujian.

Sumber berkata, STFC mencadangkan PKPD di sana susulan peningkatan kes di kawasan Bandar UTama dan Tropicana - kedua-duanya dalam Petaling Jaya Utara. Setakat semalam, kluster Bah Tropicana dan Utama masing-masing mencatatkan 42 dan 183 kes positif. Cadangan PKPD adlaah untuk mengekang penularan di sana dan menyaring seramai mungkin penduduk, kata sumber itu lagi.

Bagaimanapun Majlis Keselamatan Negara (MKN) melaksanakan PKPNB - yang lebih longgar - di seluruh negeri bermula 14 hingga 27 Oktober. Mereka yang bekerja masih dibenarkan merentas daerah. MKN turut menguatkuasakan PKPD di asrama pekerja Tropicana Golf and Country Resort tetapi membenarkan penduduk di kawasan kejiranan mewah itu untuk bergerak di dalam daerah.


Hidup Dengan Musuh Halimunan

Ketika dihubungi, Pengerusi STFC Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan berkenaan cadangan PKPD di Petaling Jaya Utara dan menyuarakan kekecewaan dengan keputusan kerajaan. Katanya, sekatan pergerakan perlu dibuat mengikut daerah, bukannya menerusi penguatkuasaan terhadap seluruh negeri.

"Jepun kini memutuskan untuk 'hidup bersama' (coexist) dengan virus. Ini kerana selagi tiada vaksin, virus ini akan tetap ada di persekitaran kita. Jadi apa yang perlu dibuat? Virus ini bermutasi...Satu-satunya kaedah saintifik yang wajar ialah untuk patuh SOP, termasuk penjarakan fizikal, pakai pelitup muka dan bersihkan tangan.

"Selagi tiada vaksin, kita terpaksa kongsi persekitaran kita dengan musuh halimunan ini," katanya.

Terdahulu, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menyatakan "terkejut" dengan keputusan MKN untuk menguatkuasakan PKPB di seluruh Selangor - termasuk di daerah Sabak Bernam yang sifar kes sejak beberapa bulan.

Sejak pengumuman PKPB di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, pihak berkuasa telah beberapa kali melonggarkan SOP. Misalnya penduduk dibenarkan duduk lima orang semeja - berbanding dua orang - di restoran dan taman awam juga telah dibuka. Penduduk Kuala Lumpur dan Putrajaya juga dibenarkan bergerak dalam wilayah masing-masing, bukannya kekal di daerah tempat tinggal sahaja.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/547178
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,433
Reaction score
3,672
Points
236
PKPD Di Penjara Kepayan, Kuarters Kakitangan

19.10.2020 - Kuala Lumpur, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Penjara Kepayan dan kuarters kakitangan penjara itu di Kampung Matambai, Kota Kinabalu, Sabah mulai esok hingga 2 Nov depan. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksanaan PKPD selama 14 hari itu melibatkan 3,511 individu merangkumi 2,914 banduan dan 597 kakitangan penjara. Beliau berkata keputusan itu dibuat oleh Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini berikutan peningkatan kes Covid-19 di kawasan berkenaan.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/547199
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,433
Reaction score
3,672
Points
236
Tak Perlu PKPD Di Seluruh Lembah Klang

19.10.2020 - Kuala Lumpur, Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata tiada keperluan untuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) secara menyeluruh di seluruh Lembah Klang. Ismail berkata demikian meskipun terdapat kritikan yang mengatakan PKP bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan ketika dilihat tidak begitu berkesan.

"Seperti kita tahu, jika PKPD dilaksanakan, bermakna setiap individu tidak boleh keluar rumah masing-masing, makanan mesti dihantar ke setiap rumah. Kedua, sektor ekonomi juga ditutup, peniaga-peniaga tidak boleh berniaga. Apabila kita sebut peniaga, orang ingat kita lindungi taukey besar. Tapi ada peniaga yang kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang, yang terpaksa bergantung jualan harian.

"Ada yang bergantung gaji harian. Kalau sektor ekonomi ditutup maknanya mereka tidak ada pendapatan. Ya, lebih mudah kalau kita nak kawal dari segi penularan, tutup semua, tapi kita juga kena lihat kesan. Bukan saja kesan ekonomi terhadap negara tapi juga kesan ekonomi terhadap setiap individu,” kata Ismail dalam sidang akhbarnya hari ini.

Ismail berkata demikian ketika menjawab pertanyaan wartawan berhubung keperluan untuk melaksanakan PKPD di seluruh Lembah Klang kerana ada yang mengatakan PKPB tidak berkesan. Dia memberikan jawapan yang serupa untuk pertanyaan lain mengenai apakah ada keperluan untuk melaksanakan PKPD di seluruh negeri Sabah susulan lonjakan kes di negeri itu.

Kata Ismail, ada banyak kawasan di Sabah yang sudah berada di bawah PKPD, kerana kementerian menggunakan pendekatan bersasar.

"Kita tidak menutup seluruh daerah. Di Sabah, satu daerah boleh sebesar negeri, ”katanya.

Dengan melaksanakan PKPD di seluruh daerah hanya kerana beberapa kawasan mempunyai jumlah kes akan menjejaskan kawasan lain yang tiada kes atau hanya sedikit kes, kata Ismail.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/547203
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,433
Reaction score
3,672
Points
236
Kerajaan Pertimbang Banyak Perkara Sebelum Kuatkuasa PKPD

19.10.2020 - Shah Alam, Pelbagai perkara perlu dipertimbangkan kerajaan sebelum melaksana Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata asas pertimbangan meliputi kesan ekonomi kepada negara dan individu yang bekerja dalam sektor tertentu.

“Saya terima banyak pandangan (penguatkuasaan PKPD) memandangkan terlampau banyak kes Covid-19, namun jika dilaksana bermakna setiap individu tidak boleh keluar rumah dan makanan mesti dihantar. Sektor ekonomi akan ditutup dan peniaga tidak dibenar meneruskan perniagaan. Ini juga menjejaskan mereka yang bergantung hidup dengan jualan atau gaji harian,” katanya pada sidang media hari ini.

Ismail Sabri mengulas dakwaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika ini seolah-olah longgar dan tidak berkesan dalam mengekang penularan Covid-19. Bagaimanapun, beliau berkata Kementerian Kesihatan Malaysia sedang membuat penilaian terperinci sebelum menetapkan sebarang keputusan.

“Kita juga mendapatkan pandangan daripada kementerian berkaitan sektor ekonomi dan akan membuat keputusan selepas rumusan (kementerian berkaitan) diperoleh,” katanya lagi.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/10/kerajaan-pertimbang-banyak-perkara-sebelum-kuat-kuasa-pkpd/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,433
Reaction score
3,672
Points
236
Tak Perlu Lagi PKPD Di Seluruh Sabah

19.10.2020 - Kuala Lumpur, Tiada keperluan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di seluruh Sabah, setakat ini. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ketika ini, PKPD hanya dilaksanakan di kawasan tertentu di negeri itu, manakala Sabah secara keseluruhannya dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan memantau setiap hari perkembangan kes COVID-19 di negeri itu. Setakat ini, tiada keperluan untuk melaksanakan PKPD (di seluruh Sabah) tapi pada masa akan datang kita tidak tahu lagi,” katanya pada sidang media mengenai PKP di sini, hari ini.

Berita asal https://www.sabahpost.net/2020/10/19/tak-perlu-lagi-pkpd-di-seluruh-sabah/
 
Sponsored Post
Top
Log in Register