Covid-19 Kemaskini Semua PKP & PKP Lanjutan 31 Disember 2020

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,441
Reaction score
3,672
Points
236
Muzium Sultan Alam Shah & 5 Lagi Di Tutup Sehingga 27 Oktober

17.10.2020 - Shah Alam, Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor (PADAT) menutup muzium di bawah pentadbirannya bermula Rabu lalu hingga 27 Oktober bagi mengekang penularan Covid-19. Penutupan melibatkan Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam; Muzium Sejarah Kuala Selangor; Muzium Insitu Jugra, Banting; Muzium Pertanian dan Perikanan Sabak Bernam; Istana Bandar, Kuala Langat serta Gedung Raja Abdullah, Klang.

“Tindakan ini sebagai langkah keselamatan kesihatan awam susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Patuh tatacara operasi piawai (SOP) dan jaga penjarakan sosial,” katanya menerusi Facebook hari ini.

PKPB dilaksana di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mulai 14 hingga 27 Oktober. Semalam negeri ini merekodkan 50 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 3,014 kes.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/10/muzium-sultan-alam-shah-dan-lima-lagi-ditutup-sehingga-27-oktober/
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,441
Reaction score
3,672
Points
236
Kita Nasihat Dulu Sebelum Keluar Kompaun Ingkar PKPB - Nik Ezanee

17.10.2020 - Petaling Jaya, Pasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya melaksanakan konsep menasihati orang ramai menghormati Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebelum mengenakan kompaun. Kali ini kawasan pemantauan tertumpu di perumahan PPR Sri Kayu Ara Damansara yang membabitkan kepadatan penduduk an risiko penularan Covid-17 tinggi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal sendiri hari ini melawat setiap premis di kawasan itu secara bersemuka dengan penduduk. Beliau juga menasihatkan setiap individu di lokasi supaya tidak mengabaikan SOP antaranya memakai pelitup muka, sentiasa sanitasi tangan dan menjaga penjarakan fizikal.

“Kebanyakan pemantauan kami menyasarkan kawasan perumahan flat yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi di Sri Kayu Ara Damansara ini. Mereka cukup baik dan memberi kerjasama mendengar nasihat polis mematuhi SOP walaupun terdapat satu dua orang didapati mengabaikannya. Kita mendidik mereka dulu dan kemudian akan kembali dengan tindakan kompaun nanti jika ada yang melanggar pematuhan SOP Covid-19 PKPB,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Dalam operasi sama, sekatan jalan raya dijalankan di beberapa laluan di kawasan perumahan itu iaitu di Jalan Anggerik, Lorog Masjid yang kebanyakannya perumahan kampung berlot dan laluan sempit. Kedai serbaneka Speedmart sehinggalah restoran makanan dan kedai gunting rambut hampir setiap premis dikunjung oleh Nik Ezanee sebelum memeriksa sama ada pelanggan di dalam supaya memakai pelitup muka dan melaksanakan penjarakan fizikal yang selamat. Malah MPV polis turut membuat hebahan maklumat pematuhan SOP bahawa PKPB masih berkuatkuasa ekoran kenaikan semula kes Covid-19 dan mewajibkan masyarakat setempat hanya keluar dari rumah jika ada urusan penting melainkan duduk di dalam selain menjaga penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka di luar.

“Kita nasihatkan mereka mengikuti SOP oleh pasukan pertama kita manakala pasukan kedua akan kembali memantau lokasi sama setengah jam kemudian pasukan kedua akan turun memantau semula dengan disusuli kompaun sekiranya masyarakat didapati ingkar nasihat kami. Kami fokus kawasan perumahan di Kayu Ara Damansara ini sebab kadar pematuhan SOP agak rendah ini berdasarkan pemantauan kami beberapa hari lepas di kawasan sama. Kalau kita perlu buat pantau dua kali sehari pun kita buat, kalau perlu tiga kali atau setiap jam pun kita sanggup demi keselamatan masyarakat di daerah saya. Kita turunkan 32 anggota termasuk tentera dan empat pegawai polis dengan lima kenderaan MPV dan enam unit bermotosikal,” tegasnya.

Ditanya kenapa memilih kompaun sebagai tindakan kedua sebagai penyelesaian, beliau menjelaskan, pihaknya memahami masyarakat berada dalam keadaan tertekan akibat Covid-19 dan hanya mahu menggunakan pendekatan tegas secara berhemah dan itu pun kepada mereka yang betul-betul tidak mahu mematuhi PKPB.

Screenshot-3001.jpg


Berita asal https://malaysiagazette.com/2020/10...ebelum-keluar-kompaun-ingkar-pkpb-nik-ezanee/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,441
Reaction score
3,672
Points
236
Peniaga Naik Kereta Lebih 2 Orang Perlu Surat Kebenaran

17.10.2020 - Kuala Lumpur, Peniaga yang menaiki kenderaan melebihi dua orang perlu mendapatkan surat kebenaran perjalanan bagi mengelak mereka dikompaun polis di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mana-mana individu terbabit dalam perniagaan yang memerlukan mereka menaiki kenderaan melebihi dua orang perlu melaporkannya di balai polis berhampiran.

"Saya difahamkan ada peniaga yang menaiki kereta empat orang termasuk pemandu daripada keluarga sama dan keluar berniaga (jarak) kira-kira 30 kilometer daripada kediaman dikompaun oleh polis. Kita telah mendapatkan nasihat daripada polis berhubung isu ini dan dinasihatkan supaya mereka mendapatkan surat kebenaran perjalanan melebihi dua orang dalam satu kenderaan supaya tidak dikenakan kompaun," katanya dalam sidang media harian hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan kini memberi lebih perhatian kepada Sabah berikutan situasi semasa Covid-19 di negeri itu meningkat agak tinggi berbanding negeri lain.

"Demografi Sabah yang luas serta jumlah penduduk ramai memerlukan kerajaan memberi fokus khusus kepada negeri ini," katanya.

Menurutnya, pelbagai bantuan dihulurkan kerajaan termasuk kewangan, meningkatkan keperluan kesihatan dan mewujudkan Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta menambah kekuatan anggota dan aset keselamatan bagi kawalan keselamatan di sempadan serta sekatan jalan raya di negeri itu.

"Begitu juga di Sarawak yang memiliki perairan yang panjang memerlukan kawalan pertahanan dan keselamatan yang tinggi daripada sebarang pencerobohan," katanya.

Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/...ik-kereta-lebih-2-orang-perlu-surat-kebenaran
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,441
Reaction score
3,672
Points
236
Tahap Patuh Warga Kajang 95%, Dua PBT Lain Pergiat Rondaan

18.10.2020 - Shah Alam, Kadar pematuhan penduduk dan peniaga di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) terhadap tatacara operasi piawai (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mencapai 95 peratus setakat ini. Pegawai Perhubungan Awamnya Kamarul Izlan Sulaiman berkata statistik itu berdasarkan pemantauan anggota penguat kuasa dan polis membabitkan mukim Cheras, Kajang, Semenyih, Bangi dan Hulu Langat.

“Kita percaya semua pihak akur dengan arahan PKPB bagi mengelak dikenakan tindakan malah rata-ratanya sedar bahawa jangkitan Covid-19 di Selangor semakin meningkat. Tiada premis dikesan beroperasi melebihi had masa cuma ada beberapa kes terpencil yang tidak mematuhi penggunaan aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) dan hanya menggunakan sistem MySejahtera. Pengusaha terbabit diarah sediakan SELangkah dengan kadar segera,” katanya kepada Media Selangor.

Sementara itu, ketua bahagian korporat dan perhubungan awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berkata ketika ini pihaknya meningkatkan pemantauan dan kawalan di pasar awam Seksyen 6 dan Seksyen 16, di sini sepanjang tempoh berkenaan. Menurut Shahrin Ahmad, anggota penguat kuasanya turut membuat rondaan di premis seperti restoran, kedai runcit, kedai serbaneka, warung dan stesen minyak selain pemantauan daripada aspek pelesenan, kesihatan serta halangan awam.

“Kita akan terus mengadakan rondaan dan pemantauan terhadap kawasan MBSA secara berkala bagi memastikan orang ramai mematuhi SOP sekali gus memastikan rantaian Covid-19 dapat diputuskan,” katanya.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) Dato’ Abd Hamid Hussain pula berkata pihaknya tidak menerima sebarang aduan berhubung pelanggaran SOP PKPB dalam kalangan masyarakat mahupun peniaga. Bagaimanapun, jelas beliau, Jabatan Pelesenan dan Penguat kuasa dengan kerjasama polis menjalankan pemeriksaan sepanjang masa khususnya di tempat tumpuan umum seperti pasar awam dan pasar raya.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/10/baik-pulih-paip-pecah-siap-bekalan-disalur-bermula-2-petang/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,441
Reaction score
3,672
Points
236
Fasiliti Sukan Komersial Di Benar Operasi 19 Okt, Patuhi SOP - KBS

18.10.2020 - Shah Alam, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengeluarkan garis panduan tatacara operasi piawai (SOP), membabitkan fasiliti sukan komersial dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), yang dibenarkan beroperasi semula bermula Isnin ini. KBS dalam kenyataan media menyatakan, fasiliti tersebut perlu mematuhi arahan termasuk tiada sentuhan badan dengan penjarakan fizikal satu hingga tiga meter bagi aktiviti statik, manakala tiga hingga lima meter bagi aktiviti dinamik.

Menurut kenyataan itu, aktiviti di padang bola sepak dan gelanggang futsal hanya untuk tujuan latihan sahaja dan terhad kepada maksimum 10 peserta pada satu-satu masa, dan setiap pengusaha perlu menjadualkan pelaksanaan latihan sekiranya terdapat ramai peserta, dengan mengehadkan jumlah tidak melebihi jumlah maksimum itu. KBS memaklumkan bahawa pelaksanaan operasi di gimnasium dan dewan badminton pula, perlu mengikut SOP sebelum ini khususnya mengenai larangan perkongsian peralatan, sanitasi peralatan yang kerap dan penjadualan slot untuk memastikan kawalan bilangan pengguna pada satu-satu masa.

Sementara permainan dan kejohanan yang melibatkan sentuhan badan masih dilarang buat masa ini.

“Bagi memastikan pematuhan terhadap SOP ini tidak diambil mudah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri akan sentiasa melaksanakan pemantauan dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara semalam memutuskan pemilik dan pengusaha fasiliti sukan komersial dalam kawasan PKPB iaitu padang bola sepak komersial, gimnasium dan gelanggang futsal, termasuk dewan badminton komersial, dibenar beroperasi semula mulai 19 Oktober.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/10/pkpb-fasiliti-sukan-komersial-dibenar-operasi-19-okt-patuhi-sop-kbs/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,441
Reaction score
3,672
Points
236
Rentas Negeri, Mohon Jika Perlu, Usah Beri Alasan Remeh - Polis

18.10.2020 - Shah Alam, Orang ramai yang ingin membuat permohonan rentas negeri diingatkan supaya tidak memberi alasan remeh dan hanya melakukannya jika ada keperluan mendesak. Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata dalam tempoh empat hari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 14 Okt, sebanyak 1,587 permohonan rentas negeri diterima dan daripada jumlah itu, 1,555 permohonan diluluskan manakala bakinya ditolak.

“Kebanyakan permohonan merentas negeri untuk tujuan perubatan, kematian, urusan kecemasan dan keperluan lain yang kita rasa perlu dibenarkan. Bagi permohonan yang ditolak kerana mereka mengemukakan alasan remeh seperti ingin bercuti atau melancong di negeri lain, menghadiri kenduri kahwin selain menggunakan alasan mahu menghantar anak pulang ke kampung tanpa tujuan atau bukan kecemasan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas operasi khas pematuhan PKPB di kawasan Selayang Baru dan Sri Gombak, dengan tujuh individu dikompaun serta dua warga asing ditahan dekat sini, tengah malam tadi. Arifai, bagaimanapun berkata pihaknya akan mempertimbangkan permohonan rentas negeri yang membabitkan ahli keluarga yang sakit tenat dan alasan lain yang dianggap munasabah.

Khamis lepas, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata borang permohonan permit pergerakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dilaksanakan PKPB boleh diperoleh di balai polis atau dimuat turun melalui Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM). Borang yang lengkap diisi perlu diserahkan kepada balai polis berdekatan bagi mendapatkan tanda tangan ketua balai dan dicap bagi kegunaan sewaktu melalui sekatan jalan raya.

Pada 12 Oktober, Ismail Sabri mengumumkan pelaksanaan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula 14 hingga 27 Oktober, selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan dan mengambil kira peningkatan kes dan penularan Covid-19 seperti di Klang, Daerah Petaling serta Gombak.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/10/rentas-negeri-mohon-jika-perlu-usah-beri-alasan-remeh-polis/
 

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
20,770
Reaction score
2,054
Points
201
Rentas Negeri, Mohon Jika Perlu, Usah Beri Alasan Remeh - Polis

18.10.2020 - Shah Alam, Orang ramai yang ingin membuat permohonan rentas negeri diingatkan supaya tidak memberi alasan remeh dan hanya melakukannya jika ada keperluan mendesak. Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata dalam tempoh empat hari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 14 Okt, sebanyak 1,587 permohonan rentas negeri diterima dan daripada jumlah itu, 1,555 permohonan diluluskan manakala bakinya ditolak.

“Kebanyakan permohonan merentas negeri untuk tujuan perubatan, kematian, urusan kecemasan dan keperluan lain yang kita rasa perlu dibenarkan. Bagi permohonan yang ditolak kerana mereka mengemukakan alasan remeh seperti ingin bercuti atau melancong di negeri lain, menghadiri kenduri kahwin selain menggunakan alasan mahu menghantar anak pulang ke kampung tanpa tujuan atau bukan kecemasan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas operasi khas pematuhan PKPB di kawasan Selayang Baru dan Sri Gombak, dengan tujuh individu dikompaun serta dua warga asing ditahan dekat sini, tengah malam tadi. Arifai, bagaimanapun berkata pihaknya akan mempertimbangkan permohonan rentas negeri yang membabitkan ahli keluarga yang sakit tenat dan alasan lain yang dianggap munasabah.

Khamis lepas, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata borang permohonan permit pergerakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dilaksanakan PKPB boleh diperoleh di balai polis atau dimuat turun melalui Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM). Borang yang lengkap diisi perlu diserahkan kepada balai polis berdekatan bagi mendapatkan tanda tangan ketua balai dan dicap bagi kegunaan sewaktu melalui sekatan jalan raya.

Pada 12 Oktober, Ismail Sabri mengumumkan pelaksanaan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula 14 hingga 27 Oktober, selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan dan mengambil kira peningkatan kes dan penularan Covid-19 seperti di Klang, Daerah Petaling serta Gombak.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/10/rentas-negeri-mohon-jika-perlu-usah-beri-alasan-remeh-polis/
org malaysia ni cukup cerdik bagi alasan boswdoh....
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,441
Reaction score
3,672
Points
236
Alasan Bercuti, Hantar Anak Balik Kampung Antara Permohonan Rentas Negeri Di Tolak

18.10.2020 - Kuala Lumpur, Polis Daerah Gombak menolak 32 permohonan permit merentas negeri yang dikemukakan oleh penduduk setempat dalam tempoh empat hari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kerana alasan remeh. Ketuanya, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, antara alasan yang dikemukakan ialah mahu bercuti di negeri lain, selain mahu menghantar pulang anak ke kampung.

“Itu kita tidak dibenarkan dan tidak dibolehkan untuk bercuti atau melancong di luar kawasan PKPB ini. Ada yang mahu menghantar anak balik kampung tanpa tujuan, tanpa kecemasan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan operasi pemantauan Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPB malam tadi.

Seramai 16 pegawai dan 40 anggota terlibat dalam operasi penguatkuasaan dan pemeriksaan di kawasan perniagaan. Menurut Arifai, polis hanya membenarkan orang ramai merentas negeri untuk tujuan kecemasan dan disebabkan keperluan mendesak sahaja. Pihaknya sedia untuk memberi pertimbangan jika alasan sanak saudara terdekat sakit tenat. Menurut beliau, sejak PKPB dilaksanakan di daerah itu pada 14 Oktober lalu, pihaknya menerima 1,587 permohonan rentas negeri.
Daripada jumlah itu, sebanyak 1,555 atau 99.78 peratus permohonan telah diluluskan.

“Kebanyakan permohonan yang diluluskan adalah permohonan merentas negeri untuk tujuan perubatan, kematian, urusan kecemasan dan keperluan lain yang kita rasa perlu dibenarkan.

Menurut Arifai, mereka yang melanggar PKPB akan diambil tindakan di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan atau Seksyen 22(b) Akta 342 dan dibaca bersama peraturan 11 PKPB 2020. Katanya, sepanjang tempoh pelaksanaan PKPB pihaknya telah mengeluarkan 524 kompaun. Dalam operasi yang dilakukan malam tadi, Arifai turut memeriksa penumpang bas ekspres ke pantai timur bagi memastikan mereka mempunyai permit rentas negeri.

Berita asal https://malaysiagazette.com/2020/10...pung-antara-permohonan-rentas-negeri-ditolak/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,441
Reaction score
3,672
Points
236
PKPD Penjara Alor Setar Di Lanjutkan Sehingga 1 Nov

18.10.2020 - Kuala Lumpur, Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi Penjara Alor Setar, Kedah yang sepatutnya berakhir hari ini, dilanjutkan lagi selama 14 hari sehingga 1 Nov. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia susulan kes baharu yang masih direkodkan di penjara berkenaan, selain mengambil kira permohonan Majlis Keselamatan Negara negeri Kedah dan nasihat Kementerian Kesihatan.

“Pelanjutan ini bagi membolehkan pelaksanaan pemantauan dan saringan berterusan, dalam usaha memastikan rantaian COVID-19 diputuskan sepenuhnya, di dalam Penjara Alor Setar terutamanya dalam kalangan kakitangan,” katanya.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian pada sidang media secara maya menerusi Facebook Kementerian Pertahanan, hari ini. Sebagai rekod, menurutnya sehingga semalam, terdapat 1,178 kes positif COVID-19 melibatkan 1,137 tahanan dan 41 kakitangan penjara berkenaan.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1891159
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,441
Reaction score
3,672
Points
236
Usaha Rakyat "Pujuk" Dua Kerajaan Buka Sempadan

18.10.2020 - Singapura, Hari ini, tujuh bulan yang lalu sempadan negara mula ditutup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak COVID-19 yang kini meragut lebih satu juta nyawa di seluruh dunia. Dalam tempoh tersebut pintu sempadan kekal ditutup rapat, malah diumumkan awal September bahawa kerajaan tidak akan menerima warga asing dari negara yang merekodkan lebih 150,000 kes positif COVID-19.

Setakat berita ini ditulis, data terkini menunjukkan lebih 30 negara telah mencatatkan kes positif melebihi 150,000 dengan didahului Amerika Syarikat, India, Brazil dan Rusia. Bagi negara-negara ASEAN, hanya Indonesia dan Filipina mencatat angka tersebut manakala tujuh lagi masih di bawah 150,000. Namun, kerana hubungan yang agak unik, satu persetujuan antara Malaysia dan jiran selatannya, Singapura, telah membuka sedikit pintu sempadan masing-masing pada 17 Ogos lepas.

Tertakluk kepada syarat-syarat yang dipersetujui, dua skim diperkenalkan iaitu skim Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA). Setelah dua bulan dilaksanakan, ternyata ia memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara terutama pemegang pas imigresen jangka panjang bagi tujuan perniagaan dan pekerjaan memasuki negara terbabit untuk bekerja. Bagaimanapun ada juga yang tidak dapat menikmati kelonggaran itu atas alasan tertentu termasuk tidak dapat pelepasan daripada pihak majikan.

Laman Facebook Malaysia-Singapore Border Crossers antara “kumpulan awam” yang begitu aktif memaparkan kisah suka duka ahli-ahlinya yang kini sudah mencecah hampir 64,000 orang. Ia menjadi medan luahan rasa setiap ahlinya yang terdiri daripada rakyat kedua-dua negara dan antara topik yang hangat diperkatakan adalah berkaitan pembukaan sempadan. Melalui pemerhatian, jumlah ahli laman Facebook itu telah mencecah tiga kali ganda semenjak Mei 2020 dan terdapat usaha untuk meningkatkan keahlian sehingga 300,000.

Ia bertujuan bagi “memujuk” pihak kerajaan antara lain untuk membuka pintu sempadan dan membenarkan mereka yang terlibat berulang-alik secara harian. Kumpulan kami terlalu kecil sehingga rungutan kami tidak dapat didengar oleh para pemimpin. Agar rungutan kita didengar dan dipandang serius, kita memerlukan sekurang-kurangnya 300,000 orang. Mari mulai mengembangkan kumpulan kita hari ini! "Jemput" keluarga dan rakan untuk menyertai kumpulan kita sekarang! Perpaduan adalah kekuatan!,” catat salah seorang dari dua pentadbir laman tersebut, Dominicka Portet.

Tidak saja keahliannya dalam kalangan rakyat kedua-dua negara, ia juga menjadi sumber pihak media kedua-dua negara untuk mendapatkan maklumat. Akhir-akhir ini tajuk-tajuk berita berkisar tentang perkongsian dalam kalangan rakyat kedua-dua negara di laman Facebook tersebut yang memilih Woodlands Waterfront Park Jetty untuk “bertemu”. Dengan jarak kurang 1,000 meter dan dipisahkan oleh perairan kedua-dua negara, mereka hanya mampu menjerit dan melambai-lambai kepada ahli keluarga yang menunggu di seberang tambak.

Sejak beberapa hari lepas, ahli-ahlinya turut mezahirkan rasa sedih atas kematian seorang rakan mereka di republik ini yang didakwa terjun dari apartmen tempat tinggalnya kerana tekanan perasaan. Persoalannya adakah laman-laman Facebook seperti Malaysia-Singapore Border Crossers ini disedari kewujudannya dan mampukah ia “memujuk” pihak kerajaan kedua-dua negara membuka sempadan. Dunia maklum Malaysia kini sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Dis, 2020 manakala Singapura berada pada fasa kedua pembukaan ekonomi dan aktivitinya sejak Jun 19, lepas.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1891158
 
Sponsored Post
Top
Log in Register