Covid-19 Kemaskini Semua PKP & PKP Lanjutan 31 Disember 2020

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,441
Reaction score
3,672
Points
236
Imigresen Tahan 141 PATI Di PKPD Hentian Kajang

24.11.2020 - Kuala Lumpur, Enam kanak-kanak adalah antara 141 pendatang tanpa izin yang ditahan dalam Operasi Penguatkuasaan Bersepadu Jabatan Imigresen di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Hentian Kajang, di sini hari ini. Timbalan Ketua Pengarah Operasi Imigresen Mohamad Fauzi Md Isa berkata dalam operasi selama empat jam bermula pukul 8 pagi itu, pendatang haram yang ditahan berusia antara setahun hingga 50 tahun yang terdiri daripada 77 lelaki, 58 wanita dan bakinya adalah kanak-kanak.

“Seramai 65 warga Indonesia; 59 Myanmar; sembilan Nepal serta lapan warganegara lain ditahan dalam operasi di PKPD Hentian Kajang yang akan berakhir tengah malam ini. Seramai 2,600 orang diperiksa dan daripada jumlah itu seramai 1,900 adalah warga asing,” katanya ketika ditemui di lokasi PKPD Hentian Kajang hari ini.

Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 6 (1)(c) dan Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen kerana tinggal lebih masa dan menyalahgunakan pas lawatan akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Semenyih. PKPD Hentian Kajang dilaksanakan pada 28 Okt hingga 10 Nov dan tempoh itu dilanjutkan 14 hari lagi bermula 11 Nov dan dijadual berakhir tengah malam ini.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/11/imigresen-tahan-141-pendatang-tanpa-izin-di-pkpd-hentian-kajang/
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,441
Reaction score
3,672
Points
236
Pusat Khidmat Hasil Hulu Langat Di Buka Semula Esok

24.11.2020 - Kuala Lumpur, Pusat Khidmat Hasil (PKH) Hulu Langat di Pusat Hentian Kajang yang ditutup sejak 21 Oktober lalu kembali beroperasi mulai esok dengan waktu operasi terhad sepanjang Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB). Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan waktu operasi semua jenis perkhidmatan iaitu kaunter percukaian, kaunter duti setem dan kaunter Bantuan Sara Hidup (BSH) serta Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dibuka dibuka setiap Isnin hingga Jumaat, dari 8 pagi hingga 1 tengah hari.

“Namun, penerimaan bayaran bagi kaunter duti setem adalah hingga 12 tengah hari sahaja,” menurut kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas boleh dilakukan melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (Luar Negara); HASiL Live Chat atau melalui https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/MS-MY/ .

Berita asal https://selangorkini.my/2020/11/pusat-khidmat-hasil-hulu-langat-dibuka-semula-esok/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,441
Reaction score
3,672
Points
236
Top Glove Tutup Sementara 16 Kilang

24.11.2020 - Kuala Lumpur, Top Glove Corporation Bhd menutup sementara operasi 16 daripada 28 kilangnya di Klang, Selangor sejak 17 November lalu. Penutupan itu dibuat pada hari sama kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di asrama pekerja kilang berkenaan. Dalam satu kenyataan petang tadi, pengeluar sarung tangan getah terbesar di dunia itu berjanji akan membantu mengekang wabak yang menular di kalangan pekerjanya.

Ini selepas kerajaan mengarahkan syarikat itu menutup semua 28 kilangnya di Klang secara berperingkat setelah 1,067 pekerjanya diuji positif Covid-19 semalam. Kluster Teratai yang dikaitkan dengan Top Glove menyaksikan 1,511 kes baru hari ini, menjadikan Selangor negeri dengan jumlah kes Covid-19 tertinggi.

"Top Glove ingin meyakinkan pihak berkepentingan bahawa kami komited untuk melakukan peranan kami bagi membantu mencegah penyebaran Covid-19 di samping menyokong keperluan pelanggan, pekerja, rakan niaga dan komuniti. Kami bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa yang berkaitan berhubung kilang kami di Meru, Klang dan juga melakukan ujian saringan terhadap tenaga kerja di kilang kami di sana," kata pembuat sarung tangan itu.

Selain menghentikan sementara pengeluaran di 16 kilang di Meru, syarikat itu berkata 12 lagi kilangnya beroperasi dengan kapasiti yang jauh lebih rendah.

"Kami menjangkakan kelewatan dalam beberapa penghantaran sekitar dua hingga empat minggu dan juga jangka masa yang lebih lama untuk pesanan," katanya.

Top Glove menjaka ia akan memberi kesan tiga peratus terhadap jualan tahunan bagi tahun kewangan 2021. Syarikat itu juga mahu meminimumkan impak kepada pelanggannya dengan menghantar pesanan jualan ke kilang-kilang yang tidak terjejas dan menjadualkan semula penghantaran.

"Kami ingin menyatakan kepada pelanggan bahawa kami bekerjasama dengan pihak berkuasa sepanjang tempoh ini untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan berterusan pekerja dan masyarakat setempat, yang tetap menjadi keutamaan kami," katanya lagi.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/552369
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,441
Reaction score
3,672
Points
236
Petugas PKPD Medan 88 Jalani Saringan Covid-19

24.11.2020 - Kuala Lumpur, Kesemua 138 petugas daripada pelbagai agensi yang terlibat dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi dekat Sepang, menjalani saringan COVID-19 hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof dalam kenyataan berkata daripada jumlah keseluruhan petugas yang menjalani saringan COVID-19 itu, 67 daripadanya adalah anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata mereka yang turut menjalani saringan COVID-19 terdiri daripada 19 petugas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), 16 petugas Jabatan Sukarelawanan Malaysia (RELA), Pejabat Daerah Sepang (13 orang), Jabatan Kebajikan Masyarakat (18) dan Jabatan Penerangan (lima).

Dalam pada itu, Wan Kamarul Azran berkata Medan 88 masih berada di bawah PKPD dan pelaksanaan arahan berkenaan akan ditamatkan pada tengah malam Rabu.

Katanya, sejak PKPD dilaksanakan pada 12 Nov, seramai 43 penduduk Medan 88 yang tidak pulang ke kediaman masing-masing sejurus mendapat maklumat kawasan itu dikenakan PKPD tampil menyerah diri.

Jumlah berkenaan membabitkan 32 lelaki dan 11 wanita, terdiri daripada 14 warga tempatan (11 lelaki dan tiga wanita); 19 warga Indonesia (15 lelaki dan empat wanita); tujuh Thailand (tiga lelaki dan empat wanita) dan masing-masing satu (Myanmar, India dan Nepal).

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/552362
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,441
Reaction score
3,672
Points
236
PKM Bandar Utama Di Tutup 14 Hari, Seorang Pegawai Positif Covid-19

25.11.2020 - Kuala Lumpur, Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Bandar Utama ditutup dua minggu bermula semalam susulan terdapat kes positif Covid-19 membabitkan seorang pegawainya. Ahli dewan negerinya berkata pegawai yang juga ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Zon 7, Leong Chee Cheng (John Leong) disyaki positif selepas mengalami gejala demam. Jamaliah Jamaluddin berkata pegawai terbabit membuat saringan Covid-19 kelmarin telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan lanjut.

“Kami sedang mengesan individu yang pernah berurusan rapat dengan John Leong dalam tempoh dua minggu ini. Pihak kami akan membuat pemakluman terkini dari semasa ke semasa sekiranya terdapat apa-apa perkembangan terbaharu,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau menjelaskan pusat khidmat tersebut mengamalkan tatacara operasi piawai (SOP) sewajarnya sepanjang tempoh pengoperasian malah tidak dibuka kepada orang awam sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 14 Oktober lalu kecuali melalui janji temu bagi urusan penting.

“Pekerja kami yang lain akan menjalankan saringan dan kami akan mengaturkan kerja disinfenksi di kawasan PKM. Buat masa ini segala urusan melibatkan PKM ditangguhkan sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kemudian,” katanya.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/11/pkm-bandar-utama-ditutup-14-hari-seorang-pegawai-positif-covid-19/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,441
Reaction score
3,672
Points
236
7 Kilang Top Glove Di Jalan Teratai Di Arah Tutup 2 Minggu

25.11.2020 - Kuala Lumpur, Tujuh kilang Top Glove di Jalan Teratai di sini diarah tutup mulai hari ini sehingga 8 Disember. Arahan itu dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengikut Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988). Pegawai Kesihatan Daerah Klang, Dr Masitah Mohamed berkata penutupan itu susulan peningkatan mendadak wabak Covid-19 dalam kalangan pekerja kilang berkenaan.

“Penutupan hari ini adalah bagi fasa pertama dan akan ada kilang-kilang lain lagi yang akan ditutup. Terdapat empat fasa penutupan secara keseluruhannya. Dalam tempoh 14 hari penutupan ini, pihak pengurusan kilang perlu melakukan saringan Covid-19 kepada pekerja, nyah kuman serta mematuhi tatacara operasi piawai (SOP),” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas menampal notis di Kilang F4 Top Glove Jalan Teratai, di sini, hari ini. Hadir sama Pegawai Daerah Klang, Mohd Zainal Mohd Nor; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang, Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin; Pengarah Urusan Top Glove, Dato’ Lee Kim Meow dan Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh.

Sebanyak 2,524 kes positif Covid-19 bagi kluster Teratai dikesan membabitkan pekerja di kilang berkenaan setakat Isnin lalu. Jumlah disaring ialah 5,767 dan masih meninggu keputusan ialah 1,913.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/11/tujuh-kilang-top-glove-di-jalan-teratai-diarah-tutup-dua-minggu
 
Sponsored Post
Top
Log in Register