Covid-19 Kemaskini Semua PKP & PKP Lanjutan 31 Disember 2020

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,430
Reaction score
3,672
Points
236

Kerajaan Memutuskan PKPP Dilanjutkan Sehinga 31 Disember 2020

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi telah mengumumkan fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula pada 10 Jun lalu dan dijadualkan berakhir pada 31 Ogos bakal dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020. Keputusan ini dibuat berikutan adanya kluster yang tidak dijangka seperti Kluster Sivagangga, Tawar dan Sala di Kedah yang sekaligus memberi ancaman kepada orang ramai. Dalam pada itu, pihak kerajaan juga mengumumkan sedia untuk memperketatkan lagi sempadan bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19. Mengulas mengenai kadar kompaun, pihak kerajaan mempertimbangkan untuk menaikkan kadar kompuan dua atau tiga kali ganda. Dalam pada itu, akta ini masih lagi akan diperhalusi begitu juga dengan Akta 234.
 
Last edited:
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,430
Reaction score
3,672
Points
236
Pemakaian Pelitup Muka Di Tempat Awam Di Wajibkan Bermula 1 Ogos 2020

Umum tahu pada 20 Jun lalu pihak kerajaan telah meluahkan kegusaran mengenai peningkatan kes COVID-19 kepada dua angka dan 13 kluster baharu sejak PKPP diumumkan. Hal ini turut membuatkan pihak kerajaan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan peningkatan semula kes ini. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan pada hari ini sedia untuk mewajibkan pemakain pelitup muka buat orang ramai di tempat awam yang sesak serta pengangkutan awam bermula 1 Ogos ini.

Selain itu, pihak kerajaan turut membenarkan pemakaian pelitup muka buatan sendiri namun perlulah mengikuti SOP yang ditetapkan WHO. Pihak kerajaan juga sedia mengambil tindakan yang lebih tegas pada kali ini dalam usaha untuk memutuskan rantaian COVID-19 dengan mendenda sebanyak RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) kepada individu yang mengingkarinya.

Diharap orang ramai sedia mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak kerajaan dalam memastikan kes COVID-19 dalam negara dapat diturunkan semula.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,430
Reaction score
3,672
Points
236
PKPP Di Lanjutkan Sehingga 31 Disember 2020

28.08.2020 - Kuala Lumpur, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) dilanjutkan sehingga 31 Disember. Muhyiddin berkata, walaupun keadaan wabak Covid-19 dalam negara adalah terkawal, kerajaan masih memerlukan mekanisme undang-undang untuk meneruskan usaha-usaha mencegah dan mengawal penularannya.

"Justeru, demi kepentingan saudara-saudari sekalian, kerajaan telah memutuskan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) dilanjutkan sehingga 31 Disember ini," katanya menerusi satu perutusan khas yang disiar secara langsung sebentar tadi.

Dengan lanjutan itu, Muhyiddin berkata tidakan penguatkuasaan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) masih boleh diambil.

"Ini untuk memastikan semua pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan protokol kesihatan yang ditetapkan," katanya menerusi satu perutusan khas yang disiar secara langsung sebentar tadi.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/540510
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,430
Reaction score
3,672
Points
236
PM Sokong Naik Kompaun Langgar SOP Cegah Covid-19

28.08.2020 - Kuala Lumpur, Dalam perutusan khas hari ini, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menyuarakan sokongan terhadap cadangan Kementerian Kesihatan (KKM) agar kadar kompaun bagi kesalahan berkaitan peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 dinaikkan. Bagaimanapun Muhyiddin berkata ia perlu diperhalusi dan dan pindaan undang-undang dibuat terlebih dahulu.

"Tiada siapa dikecualikan daripada peraturan ini dan mana-mana individu yang melanggarnya akan dikenakan hukuman setimpal. Sehubungan itu, saya juga menyokong cadangan KKM untuk menaikkan kadar kompaun bagi kesalahan-kesalahan yang berkaitan sekurang-kurangnya dua atau tiga kali ganda dari kadar sekarang," katanya dalam ucapan yang disiarkan secara langsung malam ini.

Pada masa ini, individu yang melanggar SOP Covid-19 - yang tertakluk di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) - dikenakan hukuman kompaun maksimum RM1,000.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/540513
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,430
Reaction score
3,672
Points
236
Pusat Hiburan Kanak - Kanak Di Benarkan Buka & Operasi Penerbangan Seperti Biasa Bermula 1 September

28.08.2020 - Kuching, Semua operasi sektor penerbangan keluar dan masuk ke Sarawak akan beroperasi seperti biasa berkuatkuasa 1 September nanti. Perkara itu dijelaskan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang memberitahu, keputusan itu hasil mesyuarat yang diadakan hari ini dan dipersetujui kabinet negeri. Jelasnya, bermula 1 hingga 31 Ogos 2020, jumlah penerbangan dikurangkan bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di negeri ini.

"Semua sektor penerbangan keluar dan masuk ke Sarawak akan beroperasi seperti biasa berkuatkuasa 1 September 2020 dan ini akan menyaksikan pertambahan jumlah penerbangan di negeri ini," katanya pada sidang media perkembangan terkini COVID-19 di DUN lama di sini, hari ini.

Selain itu, Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan telah membentangkan Garis Panduan (SOP) bagi Pusat Hiburan Kanak-Kanak yang bertempat di pusat beli belah atau konsep tertutup dibenarkan untuk beroperasi mulai 1 September 2020. Tambahnya, Kementerian Belia dan Sukan juga akan mengumumkan SOP berkaitan aktiviti sukan yang telah diluluskan.

Selain itu, beliau memberitahu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak telah mengeluarkan 12 notis kompaun kerana tidak mematuhi SOP iaitu Kuching (6), Padawan (2), Sarikei (2), Kota Samarahan (1) dan Betong (1). PDRM akan terus memperketatkan SOP termasuk pemakaian pelitup topeng muka di tempat awam.

"Hari ini sebanyak 1,627 premis telah dipantau iaitu pasaraya (176), restoran (307), kilang (16), bank (109), pejabat kerajaan (54), penjaja (67), pasar tani/awam (74), tempat ibadah (68), tempat riadah (44), tapak pembinaan (24) dan lain-lain (688). Seramai 718 anggota pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang terdiri daripada PDRM (327), ATM (63), RELA (145), APM (144) dan PBT (39)," ujarnya.

Tambah Uggah, pada hari ini terdapat enam sekatan jalan raya di lima daerah bersempena dengan Op Benteng iaitu di Lundu (2), Bau (1), Serian (1), Sri Aman (1) dan Lubok Antu (1).

"Daripada enam sekatan jalan raya tersebut, sebanyak 1,164 jumlah kenderaan telah diperiksa," katanya lagi.

Berita asal https://www.utusanborneo.com.my/202...n-operasi-penerbangan-seperti-biasa-bermula-1
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,430
Reaction score
3,672
Points
236
84 Di Tahan Ingkar PKPP Termasuk 45 Di Kelab Malam

31.08.2020 - Kuala Lumpur, Seramai 84 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam dengan 45 daripada mereka ialah kerana aktiviti dalam pub atau kelab malam.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah tangkapan itu, 55 individu dikompaun, 27 direman dan dua dijamin.

Kesalahan lain dilakukan ialah gagal menyediakan peralatan atau catitan keluar masuk melibatkan 17 individu, tidak memakai pelitup muka (10 individu), premis beroperasi lebih masa (2), seorang kerana premis beroperasi tanpa lesen, aktiviti melibatkan kehadiran orang ramai menyukarkan penjarakan fizikal (7) serta dua tangkapan pendatang tanpa izin, katanya dalam kenyataan berhubung PKPP hari ini.

Beliau berkata 61,303 pemeriksaan juga dilakukan bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPP melibatkan 4,798 pasukan pematuhan dengan 18,308 anggota pemantau yang memeriksa pasar raya, restoran, penjaja serta terminal pengangkutan darat, air dan udara.

Katanya sebanyak 62 sekatan jalan raya Operasi Benteng dijalankan di seluruh negara semalam, dan 28,309 kenderaan diperiksa bagi mengekang pendatang tanpa izin terutamanya di lorong tikus, bagaimanapun tiada sebarang tangkapan dilakukan.

"Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” katanya.

Sementara itu, sejak 24 Julai hingga semalam, seramai 20,190 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan kesemua mereka ditempatkan di 74 hotel serta empat institut latihan awam (ILA).

Beliau berkata daripada jumlah itu, 8,854 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 56 individu dihantar ke hospital untuk rawatan, dan 11,280 individu lagi telah didiscaj dan dibenarkan pulang.

Kesemua mereka pulang dari Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja, Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, Emiriah Arab Bersatu, Jepun, Turki, Korea Selatan, Iran, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Timor Leste, Taiwan, China, United Kingdom, Belanda, Papua New Guinea, Mesir, Sepanyol, Perancis, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat.

Ismail Sabri berkata sebanyak 418 pemeriksaan turut dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap individu yang sedang menjalankan kuarantin wajib 14 hari di kediaman masing-masing semalam dan pemeriksaan mendapati kesemua individu yang dikuarantin mematuhi SOP ditetapkan.

Menurutnya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pula melakukan 1,264 pemeriksaan khas pematuhan SOP PKPP dan mendapati 1,196 premis mematuhi SOP manakala 43 premis diberi nasihat dan 25 premis diberi amaran kerana tidak patuh SOP.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1875029
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,430
Reaction score
3,672
Points
236
Berhibur Ketika PKPP, 26 Individu Di Tahan Tidak Patuh SOP

31.08.2020 - Shah Alam, Polis menahan 26 individu termasuk dua wanita tempatan dan seorang wanita warga Indonesia dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Bayu 1/2, Taman Nusabayu, Gelang Patah, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata serbuan dibuat pada pukul 12.30 tengah malam hasil maklumat dari orang awam.

Beliau berkata semasa diserbu kesemua mereka yang berumur antara 16 dan 34 tahun didapati sedang minum arak dan berhibur, dan apabila diperiksa 11 daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.

“Bagaimanapun ujian saringan air kencing yang dijalankan menunjukkan kesemua mereka negatif dadah. Selain itu, pihak premis didapati gagal mengemukakan lesen hiburan dan tidak melaksanakan tatacara operasi piawai (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Dzulkhairi berkata 25 warga tempatan yang ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 6(2) Enakmen Negeri Johor dan Seksyen 25(1) Akta Pendaftaran Negara dan Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 manakala tangkapan wanita Indonesia disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Polis juga mengeluarkan kompaun ke atas semua mereka kerana kesalahan pelanggaran SOP PKPP.
Berita asal https://selangorkini.my/2020/08/berhibur-ketika-pkpp-26-individu-ditahan-tidak-patuh-sop/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,430
Reaction score
3,672
Points
236
Menteri Arah PBT Tarik Lesen Kelab Malam Beroperasi Ketika PKPP

11.10.2020 - Kuala Lumpur, Menteri Pertahanan Ismail Sabri menggesa majlis tempatan lebih tegas terhadap pub dan kelab malam yang berdegil meneruskan operasi ketika di bawah perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) yang bertujuan untuk mengurangkan penyebaran Covid-19. Ismail berkata walaupun telah banyak kelonggaran selama fasa pemulihan yang bermula pada 10 Jun, bar dan kelab malam masih tidak dibenarkan beroperasi.

"Suka saya ingatkan walauapun PKPP kita berikan banyak kelonggaran tapi pusat hiburan seperti bar, kelab malam dan seumpamanya masih tidak dibenarkan beroperasi. Ramai lagi nampaknya masih melakukan kesalahan berkaitan pusat hiburan. Kita telah minta pihak PBT (pihak berkuasa tempatan), yang mana tempat masih anjur aktiviti hiburan ini sepatutnya lesen mereka ditarik balik dan perniagaan mereka ditutup.

"Kita harap tindakan lebih tegas daripada pihak PBT," katanya pada sidang media di rumahnya yang disiarkan secara langsung. smail kini menjalani kuaranti selepas terlibat dalam mesyuarat yang sama dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang kemudiannya positif untuk Covid-19.

Kenyataan Ismail itu dikeluarkan setelah sebahagian besar tindakan polis semalam melibatkan pelanggaran yang berkaitan dengan tempat hiburan. Katanya, polis semalam mengambil tindakan terhadap 674 individu kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 dengan mengeluarkan 563 kompaun, sementara 91 orang direman. Dia mengatakan hampir separuh daripada kesalahan itu, atau 325, berkaitan dengan tempat hiburan.

Dia menambah bahawa 170 orang pesalah melakukan kesalahan tidak memakai pelitup muka, 80 tidak mencatat maklumat mereka ketika mengunjungi premis perniagaan dan 53 orang gagal mengamalkan penjarakan sosial.

"Jadi SOP asas ini masih tidak dipatuhi individu tertentu. Saya amat harapkan kita semua patuhi SOP," katanya.

Kerajaan memperkenalkan perintah kawalan pergerakan (PKP) pada 18 Mac yang menyaksikan hampir semua kegiatan ekonomi dan sosial dihentikan. Bagaimanapun, susulan penurunan kes, peraturan dilonggarkan di bawah PKP Bersyarat pada 4 Mei dan kini dalam PKP Pemulihan yang akan berlangsung hingga akhir tahun. Di bawah PKPP, hampir semua aktiviti dibenarkan untuk beroperasi tetapi dengan SOP tertentu.

Walau bagaimanapun, premis hiburan tertentu seperti kelab malam masih tidak dibenarkan dibuka.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/546105
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,430
Reaction score
3,672
Points
236
Dua (2) Lagi Lokasi Sekatan Jalanraya Di Mukim Klang

11.10.2020 - Klang, Polis menambah dua lagi lokasi sekatan jalan raya di mukim Klang susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kawasan itu. Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli dalam kenyataan berkata dua lokasi tambahan itu adalah di Taman Sentosa (jalan masuk ke Perdana Villa) dan Jalan Sungai Udang, Kampung Delek bermula pukul 4 petang ini.

Beliau berkata tindakan kompaun akan dikenakan sekiranya terdapat ketidakpatuhan kepada tatacara operasi piawai (SOP) PKPB. Sejak penguatkuasaan PKPB di mukim Klang pada Jumaat, Polis Klang Selatan mengadakan sekatan jalan raya di Bukit Tinggi (Bayu Perdana), Taman Sri Andalas, Bandar Puteri dan Taman Suria Pendamar.

PKPB di mukim Klang yang melibatkan 36 kawasan perumahan dilaksanakan sehingga 23 Oktober susulan peningkatan kes Covid-19 di lokasi itu.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/10/pkpb-dua-lagi-lokasi-sekatan-jalan-raya-di-mukim-klang/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,430
Reaction score
3,672
Points
236
Kerajaan Sabah Salur Bantuan 5,134 Bakul Makanan - PKPB

11.10.2020 - Sandakan, Kerajaan Negeri Sabah telah mengagihkan bantuan 5,134 bakul makanan kepada penduduk terkesan di empat daerah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sejak Jumaat lepas. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata daripada jumlah itu, 2,431 bakul makanan diagihkan kepada penduduk terjejas di Semporna, Lahad Datu (1,150), Tawau (1,000) dan Kunak (553).

"Manakala bagi Daerah Kota Kinabalu, Putatan, Penampang, Sandakan, Tuaran dan Papar, peruntukan telah disalurkan semalam. Pengagihan bakul makanan dijangka dimulakan esok (12 Okt). Kerajaan negeri juga menerima bantuan bakul makanan pada 10 Okt daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah 6,300 untuk Daerah Kunak (1,000), Semporna (1,000), Lahad Datu (1,500), Sandakan (1,500), Tawau (1,000) dan Kota Kinabalu (300)," katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

Masidi, yang juga Menteri Kewangan II Sabah berkata keutamaan agihan bantuan itu adalah untuk dua kategori iaitu penduduk terjejas di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Diperketatkan (PKPBD) dan keluarga yang tidak boleh keluar rumah atas arahan perintah kuarantin rumah. Beliau berkata bagi memastikan kelancaran perkhidmatan perlu di daerah dikenakan PKPB kerajaan negeri memberi kebenaran beroperasi kepada 21 bengkel kenderaan, 17 bengkel motosikal, 25 kedai perkakasan logam dan 23 kedai peralatan elektrik.

Katanya kerajaan negeri juga telah memberi kelulusan kepada 22 firma guaman beroperasi dari 8 pagi hingga 5 petang dengan kapasiti 50 peratus tenaga kerja bagi membantu kelancaran perkhidmatan perlu bidang perbankan dan kewangan.

“Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah (COVID-19) bersetuju membenarkan firma guaman yang mempunyai kakitangan 10 orang ke atas beroperasi bermula 8 pagi hingga 5 petang dengan kapasiti 50 peratus tanpa perlu mengemukakan permohonan kepada kerajaan negeri. Manakala bagi firma guaman yang mempunyai kakitangan tidak melebihi lima orang, dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 100 peratus," katanya.

Masidi turut mengingatkan semua penduduk negeri itu sentiasa mematuhi arahan dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dan memainkan peranan masing-masing dalam memerangi pandemik COVID-19. Dalam pada itu, Masidi ketika dihubungi Bernama berkata beliau dilantik sebagai jurucakap sementara kerajaan negeri untuk COVID-19 oleh Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor.

Beliau akan menjalankan tugas itu sehingga Hajiji yang kini mendapat rawatan bagi COVID-19 di Hospital Queen Elizabeth kembali sihat.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1888742
 
Sponsored Post
Top
Log in Register