BTC USD 17,112.8 Gold USD 1,798.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini Semua Kes Hina Raja - Raja, Islam & Agama Lain

qubs

Legendary Member
gem
Messages
10,202
Joined
Oct 4, 2010
Messages
10,202
Reaction score
347
Points
141
IMG_20220105_131227_274.jpg

Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) membuat laporan polis terhadap individu yang bertanggungjawab melancarkan petisyen Hilang Kepercayaan Terhadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah secara dalam talian.
Presiden PBPM Mokhtar Omar berkata tindakan individu itu adalah satu penderhakaan dan menghasut rakyat membenci institusi raja-raja.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #KitaReset
ni mesti kes balak la tu
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
387,886
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
387,886
Reaction score
25,527
Points
2,836
Awards
1
INDIVIDU HINA AGONG | Persatuan Bekas Polis Malaysia Buat Laporan

Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), membuat laporan polis terhadap individu yang bertanggungjawab melancarkan petisyen hilang kepercayaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, secara dalam talian.

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,082
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
39,082
Reaction score
4,923
Points
296
Awards
1
Kes Lelaki Hina Nabi 'Gatal' Dalam Siasatan Polis

21.11.2022 - Kuala Lumpur, Polis Sarawak menyiasat seorang lelaki di Sarawak selepas bertindak memuat naik kenyataan yang menghina agama Islam di akaun Facebook miliknya pada Ahad. Pemilik akaun Facebook dengan nama pengguna 'Samuel Janting' itu terdahulu memuat naik status berbaur provokasi menghina Nabi Muhammad dengan mengatakan baginda adalah seorang yang 'gatal' apabila mengahwini tujuh wanita. Malah, lelaki tersebut juga seolah-olah mempersoalkan ajaran agama Islam dan turut melabel Nabi Muhammad mengikut ajaran syaitan. Status status berbaur provokasi menghina Nabi Muhammad yang dimuat naik individu berkenaan.

Walaupun status biadap tersebut dimuat naik dalam Bahasa Iban, namun kenyataan individu berkenaan akhirnya tular di laman media sosial dengan rata-rata warga maya marah dengan kenyataan tersebut. Menjengah ke ruangan komen, Preska Lunie berasakan tindakan lelaki berkenaan dianggap memalukan orang Sarawak yang hidup dalam suasana harmoni. Seorang lagi pengguna, Glou Alatas Kamat meminta mereka yang beragama Islam untuk mengabaikan saja status lelaki berkenaan dan turut meminta maaf bagi pihak Samuel.

"B***h Janting ini. Jangan terikut sangat perangai orang. Saya sebagai seorang beragama Kristian menyeru umat Islam agar mengabaikan lelaki tersebut. Jangan memalukan kami yang Kristian kerana yang jahatnya individu bukan agama," katanya.

"Abaikan saja posting ini. Mungkin dia ada masalah. Saya mewakili Samuel Janting (walau tidak saya kenal) memohon maaf buat atas kata-katanya. Saya memang malu dengan sikap dia. Tapi kerana kasih, mari saling mengampuni, saling mengasihi," tulisnya.

Sementara itu, Fikri Kamil turut berkongsi satu tangkap layar perbualan aplikasi WhatsApp yang mendakwa sudah menghubungi lelaki berkenaan. Samuel mengaku dia memuat naik status berkenaan dalam keadaan mabuk. Dalam tangkap layar itu menunjukkan Samuel mengaku memuat naik status berkenaan dalam keadaan mabuk. Lelaki berkenaan turut memohon maaf kerana menyinggung perasaan umat Islam melalui kata-katanya.

Tinjauan Majoriti, mendapati lelaki tersebut memadam akaun Facebook miliknya. Rentetan itu, jurucakap Balai Polis Bintulu ketika dihubungi Majoriti mengesahkan sudah menerima laporan terhadap individu berkenaan dan kes masih dalam siasatan polis setakat ini.​

1669023313126.png
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,082
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
39,082
Reaction score
4,923
Points
296
Awards
1
Ancam Bunuh Agong Di InstaStory, Suspek Sudah Kena Cekup

24.11.2022 - Kuala Lumpur, Polis Selangor menahan seorang lelaki tempatan pada Selasa, dipercayai memuat naik rakaman video di akaun Instagramnya yang memaparkan ketidakpuasan hati terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkaitan proses pemilihan Perdana Menteri ke-10. Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, suspek ditahan selepas pihaknya bertindak atas satu laporan polis dibuat seorang individu warga tempatan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada pukul 10.52 malam Isnin lepas berkaitan rakaman video berdurasi 15 saat, yang dipercayai dimuat naik oleh suspek.

"Hasil penelitian mendapati, video tersebut menyatakan ketidakpuasan hati pemilik akaun Instagram terbabit terhadap Yang di-Pertuan Agong dalam proses pemilihan Perdana Menteri. Video itu turut melabelkan salah satu kaum di negara ini sebagai korupsi serta menghasut orang ramai untuk membuat demonstrasi bagi membantah kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam pemilihan calon Perdana Menteri,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Arjunaidi berkata, berdasarkan hasil risikan dan maklumat yang diterima, sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor telah menyerbu sebuah rumah di sekitar Kajang pada pukul 10.30 malam Selasa.

"Menerusi serbuan tersebut, pihak polis telah berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun yang dipercayai merupakan pemilik akaun Instagram dan kita telah mendapat perintah tahanan reman selama tiga hari mulai hari ini (Rabu) hingga 25 November (Jumaat) terhadap suspek daripada Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Arjunaidi turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi undang-undang dan menghayati serta menghormati prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara demi mengekalkan keharmonian dan perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

"Kita turut menegaskan bahawa tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati cuba mengganggu gugat ketenteraman dan keselamatan negara. Mereka yang didapati berbuat demikian akan diambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan,” katanya.

Pada Selasa, tular menerusi media sosial tangkap layar Instagram Story (InstaStory) dipercayai milik seorang lelaki berusia lingkungan 30-an yang mempersoalkan kewibawaan dan mengancam keselamatan Seri Paduka Baginda. Tindakan lelaki berkenaan mengundang kemarahan orang awam dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan ke atasnya.​

1669305495562.png
 
Sponsored Post

Top
Log in Register