Kemaskini Semua Kes Hina Raja - Raja, Islam & Agama Lain

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,520
Reaction score
3,678
Points
236
Pembantu Ronnie Liu Lapor Polis Dakwa Kenyataan Rais Berunsur Hasutan

30.10.2020 - Kuala Lumpur, Satu laporan polis telah dibuat terhadap Yang di-Pertua Dewan Negara Rais Yatim atas ciapannya di Twitter baru-baru ini yang didakwa berunsur hasutan. Laporan polis itu dibuat oleh Rahman Mohamad Saleh, pembantu Anggota Dewan Undangan Negara (Adun) Sungai Pelek Ronnie Liu, yang mendakwa Rais mempersoalkan keputusan dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.

Rahman juga menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat kenyataan Rais terhadap peguam negara.

“Saya harap (pihak polis) akan siasat dan ambil tindakan terhadap individu yang mengeluarkan kenyataan dan pengguna akaun Twitter itu di bawah Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” kata Rahman.

Pada 26 Okt lalu, Rais menciap di akaun Twitternya untuk menzahirkan penghargaan ke atas keputusan Yang di-Pertuan Agong yang menitahkan supaya semua menolak tepi sikap perbezaan politik dan membantu kerajaan untuk menangani wabak Covid-19. Bagaimanapun, dia juga berkata keputusan Baginda telah “mencabuli” Perkara 40 (1A) yang menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong harus bertindak mengikut nasihat perdana menteri.

“Kenapa peguam negara tidak menimbulkan (isu) bahawa peruntukan mandatori Perkara 40 telah diketepikan? Ini kan tonggak Raja Berperlembagaan?” soal Rais.

Meskipun Rais tidak menyatakan secara terang-terangan, dia dipercayai merujuk kepada keputusan Yang di-Pertuan Agong untuk tidak memenuhi permintaan perdana menteri bagi mengistyiharkan darurat. Meskipun Putrajaya tidak menyatakan secara khusus keputusan mereka untuk mengisytiharkan darurat, beberapa pemimpin kerajaan berkata ia dilakukan untuk menghalang persidangan Dewan Rakyat bulan depan dan mengehadkan aktiviti politik.

Belanjawan 2021 dijadualkan dibentangkan pada 6 November dengan pengundian pada 17 November. Terdahulu, Liu juga telah disoal siasat oleh pihak polis selama empat jam susulan hantarannya di Facebook berhubung protes di Bangkok, Thailand.

f7371a1f55c7e80f1d47d308066168a1.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/548698
 
Sponsored Post

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,918
Reaction score
1,691
Points
151
How did Ronnie Liu commit sedition? — Ramkarpal Singh
Friday, 30 Oct 2020 03:58 PM MYT
whatyouthink-new-logo.jpg

OCTOBER 30 — Can a Facebook posting about the political situation of another country be subject to a sedition probe in this country?

This is the question which arises in the curious case of Ronnie Liu, the Sg Pelek State Assemblyman who was arrested briefly in connection with a probe that is currently being conducted in relation to a Facebook posting of his about the unrest in Bangkok recently.

According to reports, Ronnie’s said posting bore the caption, “Now in Bangkok. They are saying no to the king."

It is a fact that there has been social unrest in Bangkok in recent times.

But how does his posting come within the purview of the Sedition Act, 1948 which only applies to offensive remarks of various local institutions?

It is elementary that the law of sedition in this country relates, amongst others, only to certain criticisms of our domestic institutions, not of foreign ones.

As such, it is crystal clear that one cannot commit sedition in this country by commenting about the political situation of another country, like Thailand.

Which begs the question: How could Ronnie’s post possibly be seditious?

This is a question that the Inspector General of Police must answer.

Furthermore, according to Ronnie, his said posting was made nearly two weeks ago and as such, cannot be said to have anything to do with the proposal for a state of emergency by the government last Friday as no one, including Ronnie, knew that such a proposal was going to be made at the time of his said posting.

The reality of the position is that Ronnie merely commented on the political state of affairs in Bangkok in his said posting. It is absurd to suggest that by doing so, he was insinuating anything about our domestic political situation.

To put things in perspective, if there was an uprising against the Queen of England in London tomorrow, would it be seditious to share news of it on social media here in Malaysia?

Sedition is undoubtedly serious but Ronnie is certainly not guilty of it in this case.

*Ramkarpal Singh is MP of Bukit Gelugor and Chairman of DAP National Legal Bureau
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,918
Reaction score
1,691
Points
151
Shabery Cheek bidas kenyataan Rais Yatim
MUHAMMAD AMNAN HIBRAHIM | | 31 Oktober 2020
Sabtu | 31 Oktober 2020
868768.jpg

Tangkap layar di Facebook Shabery Cheek yang mengulas kenyataan Rais Yatim.
SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meminta Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim supaya lebih beradab ketika berhujah berkenaan dengan hal perundangan negara.
Dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini, beliau turut mempersoalkan kewajaran tindakan Rais yang membawa perbincangan isu tersebut ke media sosial sedangkan Pengerusi Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan itu mempunyai jawatan di Dewan Negara.
“Kalau nak berhujah siapa betul dan siapa yang salah, biarlah beradab. Tak perlu melaungnya untuk didengar semua.
“Lebih-lebih lagi dalam struktur Parlimen kita, jarak Dewan Negara dan Yang di-Pertuan Agong sangatlah dekat,” katanya.
Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata, budaya masyarakat Melayu menganggap Raja itu seperti bapanya.
“Oleh itu, perintah dan larangannya tak boleh dilihat dari perspektif undang-undang semata-mata,” jelasnya.
Terdahulu, Rais menerusi ciapan di akaun Twitternya telah mempersoalkan berkenaan dengan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong ketika mengendalikan permohonan kerajaan untuk mengisytiharkan darurat.
Menurutnya, titah Agong yang menolak permohonan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk melaksanakan darurat didapati bercanggah dengan Perkara 40 dalam Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan.
Pada Perkara 40 (1A) pula, ia menjelaskan Yang di-Pertuan Agong dikehendaki selepas mengikut nasihat atau selepas menimbangkan untuk menerima dan bertindak mengikut nasihat itu.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register