Kemaskini Semua Kes Hina Raja - Raja, Islam & Agama Lain

CG Sponsors

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
9,138
Reaction score
950
Points
121
Polis siasat hantaran FB Ronnie Liu bawah Akta Hasutan
View attachment 302785

Polis sedang menjalankan siasatan ke atas kenyataan media sosial Adun Sungai Pelek dari DAP, Ronnie Liu yang dikatakan berunsur hasutan terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Ia berhubung hantaran Liu di akaun Faceboknya "Ronnie Liu Tian Khiew" yang mengandungi gambar protes besar-besaran yang dipercayai berlaku di Thailand.

"Now in Bangkok. They are saying no to the King (Sekarang di Bangkok. Mereka katakan tidak kepada raja)," tulis Liu.

Dalam kenyataan hari ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed berkata Liu disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan kerana mendatangkan kebencian atau penghinaan terhadap mana-mana raja atau kerajaan.

Selain itu, Adun berkenaan turut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Pihak polis juga katanya telah memulakan siasatan pada 21 Oktober dan akan mengesan suspek.

“Siasatan lanjut diteruskan untuk mengesan suspek dan merakam keterangan saksi-saksi yang kompeten serta mendapatkan keterangan dokumen,” katanya lagi.

Tidak dapat dipastikan bilakah hantaran kontroversi itu dimuat naik di media sosial namun semakan mendapati ia telah dipadamkan dari akaun Facebook berkenaan.
Pegi la hantar dia kt Thailand
 
Sponsored Post

Mata_Pena

Active+ Member
Joined
Oct 22, 2008
Messages
4,855
Reaction score
1,617
Points
101

Polis wayang je ni
 
akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,918
Reaction score
1,691
Points
151
Ronnie Liu ditahan atas hantaran FB 'menghasut'
Adun Sungai Pelek Ronnie Liu ditahan polis ekoran hantaran Facebook berkenaan protes terhadap Raja Maha Vajiralongkorn di Thailand, yang dianggap bersifat menghasut terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Peguamnya Jadavish Chandra memaklumkan Liu yang merupakan adun DAP ditahan oleh polis dari Bukit Aman ketika dia hadir untuk memberi keterangan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Petaling Jaya.

Tindakan itu untuk membantu siasatanlanjut ke atasnya yang dibuat mengikut Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Bukit Aman mengesahkan penahanan itu ketika dihubungi Malaysiakini.

Hantaran yang dibuat Ronnie antara lain memaparkan beberapa gambar protes di Bangkok diiringi kata-kata "Now in Bangkok. They are saying no to the King (Sekarang di Bangkok. Mereka katakan tidak kepada raja)."

Ia juga memaparkan tulisan dalam bahasa Cina yang bermaksud: "Keadaan semasa di Bangkok".

47037a648a46345ff847666565e21302.jpg
Javadish Chandra
Menurut Javadish, berdasarkan hantaran itu, Liu tidak melakukan sebarang kesalahan.

Dia juga yakin anak guamnya akan dibebaskan hari ini juga dan berkata polis pasti akan meremannya jika mereka perlu menahannya lebih daripada 24 jam.

Menurut Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid, Liu akan dibebaskan dengan ikat jamin selepas proses soal siasat selesai.

Siasatan terhadap Liu dimaklumkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed semalam.

Huzir berkata polis juga menyiasat tiga lagi pengguna media sosial kerana membuat kenyataan serupa terhadap Agong.
 
View attachment 303071Javadish Chandra

i doubt it.

nanti lepas balik mcm tu je
 
hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,042
Reaction score
153
Points
33
Hina Agong: Polis tahan Ronnie Liu

865838.jpg

PETALING JAYA - Polis menahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu Tian Khiew bagi membantu siasatan berhubung hantaran status di media sosialnya yang mempunyai kecenderungan menghasut terhadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, Ronnie Liu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya hari ini.

“Tangkapan dibuat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kita akan rakam keterangan dan jika semuanya selesai beliau akan dibebaskan, namun ia bergantung pada keterangan tersebut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Terdahulu, Ronnie Liu tiba di IPD Petaling Jaya pada jam 10.40 pagi untuk membantu siasatan polis.

Semalam media melaporkan Ronnie Liu antara empat individu disiasat berhubung isu menghina Yang di-Pertuan Agong.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, siasatan tersebut kini sedang dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) JSJ Bukit Aman.

“Satu siasatan telah dijalankan pada 21 Oktober lalu ke atas akaun Facebook Ronnie Liu.

“Akaun kedua yang sedang disiasat adalah melibatkan ciapan di Twitter Uncle Ireeve pada 25 Oktober lalu yang mempunyai unsur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong," katanya.

== sinar harian
 
Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,520
Reaction score
3,678
Points
236
Polis Tahan ADUN DAP Di Bawah Akta Hasutan, Akta Komunikasi & Multimedia

Nisha David
Kuala Lumpur, Malaysia
2020-10-28

Pihak berkuasa Malaysia pada Rabu menahan seorang pemimpin pembangkang berhubung hantaran di laman media sosial Facebook yang berkongsi gambar bantahan pro-demokrasi di Thailand dengan petikan "Now in Bangkok. They are saying no to the king." yang mempunyai kecenderungan menghasut terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Ronnie Liu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Selangor daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) dibebaskan dengan jamin Polis selepas lebih enam jam berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk diambil keterangan.

"Ronnie Liu ditahan pada jam 10.40 pagi ketika tampil untuk siasatan berhubung satu kenyataannya yang didakwa menyentuh Yang di-Pertuan Agong.

“Tangkapan dilakukan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Bagaimanapun, selepas keterangannya dirakam, beliau dibebaskan dengan jaminan polis," kata Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Bukit Aman, Mior Faridalathrash Wahid semasa dihubungi BeritaBenar pada Rabu.

Pada Selasa, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed dalam satu kenyataan 11 mukasurat menyenaraikan nama empat pemilik akaun media sosial termasuk Ronnie dengan memberitahu, kesemua mereka sedang disiasat pihak berkuasan kerana mempunyai kecenderungan menghasut terhadap Yang di-Pertuan Agong.

“Siasatan telah dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman keatas beberapa kenyataan yang mempunyai kecenderungan menghasut terhadap Yang di-Pertuan Agong yang dilakukan melalui laman Facebook dan Twitter.

“Kenyataan berunsur penghinaan oleh pemilik akaun Facebook Ronnie Liu Tian Khiew….. pada 21 Oktober, satu siasatan telah dimulakan keatas kenyataan yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook Ronnie Liu Tian Khiew yang tertulis “Now in Bangkok. They are saying no to the King."

“Siasatan itu diklasifikasikan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan kerana mendatangkan kebencian atau penghinaan terhadap mana-mana Raja atau kerajaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” kata Huzir.

Ronnie pada 21 Oktober telah memuat naik beberapa gambar perhimpunan penunjuk perasaan pro-demonstrasi anti-monarki di Bangkok, yang pada tarikh itu perhatian dalam negara tertumpu kepada tindakan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin didakwa sedang berusaha untuk memohon perkenaan Yang di-Pertuan Agong bagi kerajaan mengisytiharkan darurat di Malaysia.

Tiga (3) Lagi Di Tahan

Menurut Mior, selain Ronnie, tiga individu lain turut ditahan polis sejak malam Selasa kerana mengeluarkan kenyataan-kenyataan berunsur penghinaan terhadap Agong dan mempertikaikan video yang dimuat naik di laman rasmi Twitter Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkaitan tujuh wasiat Raja-Raja Melayu.

Katanya, ada yang ditahan dan menyerah diri kepada polis, dan selepas keterangan dan siasatan dijalankan, mereka semua dibebaskan dengan jaminan polis.

Mior meminta rakyat Malaysia supaya lebih bertanggungjawab dan sentiasa menghayati prinsip Rukun Negara iaitu 'Kesetiaan kepada raja dan negara' bagi mengelak perlakuan yang mempunyai kecenderungan menghasut mempengaruhi mereka sehingga boleh merosakkan keharmonian negara.

Katanya kesalahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan, hukuman yang diperuntukkan jika sabit kesalahan boleh menerima hukuman penjara tidak kurang tiga tahun, dan tidak melebihi tujuh tahun manakala Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama dengan hukuman penjara setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Che Zuhaida Saari menyatakan penggunaan Akta Hasutan adalah untuk memastikan penyampaian maklumat secara berhemah dalam era media sosial.

"Media sosial memainkan peranan penting dalam penyampaian sesuatu maklumat. Negara tidak terkecuali terkena tempias kerana kini, semua maklumat boleh diakses dan disebar sekelip mata menggunakan saluran itu.

"Di Malaysia, penggubalan akta antara cara mengawal keharmonian kehidupan penduduk dan Akta Hasutan 1948 (Akta 15) adalah yang diguna pakai pihak berkuasa dan merupakan undang-undang penting pada era media sosial, sebagai peringatan kepada pengguna media sosial supaya berhemah dalam penyampaian atau penyebaran maklumat.

"Jadi jangan sekali-kali menyebarkan perkara atau kenyataan yang tidak pasti kesahihannya, demi menjaga kesejahteraan dan keharmonian negara amnya dan masyarakat Malaysia khasnya," katanya.

Akta Hasutan telah digubal oleh kerajaan kolonial British pada tahun 1948 untuk memerangi komunis, dan telah dipinda oleh Malaysia berikutan rusuhan kaum pada tahun 1969. Menurut akta itu, ucapan yang "mempunyai kecenderungan untuk menghasut" adalah satu kesalahan jenayah.

Sumber asal BenarNews.MY
 
Sponsored Post
Top
Log in Register