Kemaskini Semua Kes Hina Raja - Raja, Islam & Agama Lain

CG Sponsors

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,520
Reaction score
3,678
Points
236
Polis Siasat Individu Hina Institusi Raja, Kerajaan

18.10.2020 - Kuala Lumpur, Polis telah membuka kertas siasatan berhubung satu kenyataan menghasut membabitkan seorang lelaki dalam sebuah rakaman video yang tular di media sosial baru-baru ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata video berdurasi 1 minit 33 saat itu mempunyai kecenderungan menghasut terhadap raja dan kerajaan.

"Lelaki dikenali sebagai Ganesparan a/l Nadaraja, 38, beralamat terakhir di P-1-5 RH Pangsa Flat MPS Jalan Tan Sri Manickavasagam, Seremban, Negeri Sembilan. Siasatan yang dilakukan mendapati lelaki itu berada di luar negara sejak November 2017, malah suspek turut dikehendaki untuk tiga kes lain berkaitan ugutan dan hasutan," katanya dalam satu kenyataan

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mendatangkan kebencian atau penghinaan terhadap mana-mana raja atau kerajaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

"Polis akan mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang cuba menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara," katanya.

Screenshot-3003.jpg
Screenshot-3004.jpg

Screenshot-3005.jpg

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1891054
 
Last edited:
Sponsored Post

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
20,802
Reaction score
2,071
Points
201

tahniah...dah daapt cari....tgk video tu pun dah sakit hati gila.....
 
Megat Al Fateh

Fun Poster
Joined
May 6, 2019
Messages
777
Reaction score
314
Points
41
Byk org sendiri plak yg hina ni :unsure:
org lain lagi banyak hina sebenarnya

cuma dia guna bahasa dan tulisan sendiri yg kita pun tak faham dan tak ramai yg report

dan sekurangnya tak extreme sampai nak published dkt public mcm ni

dah lari dkt luar bolehlah sembang kencang..

still tak boleh move on dan berdendam lagi kot? ;)
 
akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,920
Reaction score
1,691
Points
151

rakyat awam mcm kita yg tak bole hina agama
Org politik aje yg bole hina nabi
Bebas lagi plak tu :p
Suka depa buli islam
 
akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,920
Reaction score
1,691
Points
151
aktivist acah liberal byk je hina nabi terang2 dlm fb etc..

jenis tafsir ikut nafsu serakah dgn minda celaru dia tu

bila diajak jumpa dgn org agama utk bincang elok2 tak berani

dah lah.. ni thread topic org lain bro..
tu laaa
Ada ke depa kata nabi pelarian

terang2 dlm parlimen plak tu

tak buat laporan polis lg ke?
 
Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,520
Reaction score
3,678
Points
236
Bukit Aman Terima 21 Laporan Polis Ke Atas Video Mnghasut Kebencian Terhadap Raja

18.10.2020 - Kuala Lumpur, Bukit Aman telah menerima sebanyak 21 laporan polis mengenai rakaman video berdurasi seminit 33 saat yang mempunyai kecenderungan menghasut untuk menanam kebencian terhadap raja dan kerajaan. Kenyataan menghasut dalam rakaman video itu dilakukan oleh seorang lelaki warga tempatan berusia 38 tahun yang dikenali Ganesparan Nadaraja.

Timbalan Pengarah Siasatan dan Undang-Undang Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, laporan polis itu dibuat di beberapa negeri sejak semalam.

“Ya saya boleh sahkan bahawa setakat ini kita menerima 21 laporan polis termasuk laporan asal berhubung siasatan video menghasut itu,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Semalam Pengarah JSJ Bukit Aman Komisioner, Datuk Huzir Mohamed berkata, kertas siasatan telah dibuka oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5) JSJ Bukit Aman. Suspek yang disiasat beralamat di RH Pangsa Flat MPS Jalan Tan Sri Manickavasagam, Seremban, Negeri Sembilan, katanya.

Siasatan kes ini diklasifikasikan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan kerana mendatangkan kebencian atau penghinaan terhadap mana-mana raja atau kerajaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Suspek juga dikehendaki di bawah 4(1) Akta Hasutan dan dua laporan dilakukan di Balai Polis Jalan Tun Razak bersangkut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 AKMM 1998 dan serta Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan 233 AKMM. Berdasarkan semakan keluar masuk Imigresen, suspek berada di luar negara sejak November 2017.

Berita asal https://malaysiagazette.com/2020/10...atas-video-menghasut-kebencian-terhadap-raja/
 
hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,042
Reaction score
153
Points
33
Hina Agong: Polis siasat pemilik Facebook Ho Ruey Terng

863950.jpg

KUALA LUMPUR - Polis menyiasat pemilik akaun Facebook, Ho Ruey Terng selepas didapati memuat naik hantaran serta gambar menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung kes terbabit.

"Kertas siasatan terhadap pemilik akaun itu telah dibuka kerana memuat naik hantaran menghina Agong.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, tular satu 'posting' di laman sosial Facebook yang dimuat naik Ho Ruey Terng berhubung satu kenyataan yang berbaur hasutan dan menghina Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hingga menimbulkan pelbagai reaksi negatif dalam kalangan netizen.

Dalam hantaran itu, pemilik akaun terbabit mengeluarkan kata-kata kesat apabila dikaitkan dengan alasan gagal mencari penyelesaian pandemik koronavirus (Covid-19).

Bagaimanapun, hasil carian mendapati individu berkenaan telah nyahaktifkan akaun Facebooknya.

== sinar harian
 
akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,920
Reaction score
1,691
Points
151
Polis siasat hantaran FB Ronnie Liu bawah Akta Hasutan
1603798818006.jpeg

Polis sedang menjalankan siasatan ke atas kenyataan media sosial Adun Sungai Pelek dari DAP, Ronnie Liu yang dikatakan berunsur hasutan terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Ia berhubung hantaran Liu di akaun Faceboknya "Ronnie Liu Tian Khiew" yang mengandungi gambar protes besar-besaran yang dipercayai berlaku di Thailand.

"Now in Bangkok. They are saying no to the King (Sekarang di Bangkok. Mereka katakan tidak kepada raja)," tulis Liu.

Dalam kenyataan hari ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed berkata Liu disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan kerana mendatangkan kebencian atau penghinaan terhadap mana-mana raja atau kerajaan.

Selain itu, Adun berkenaan turut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Pihak polis juga katanya telah memulakan siasatan pada 21 Oktober dan akan mengesan suspek.

“Siasatan lanjut diteruskan untuk mengesan suspek dan merakam keterangan saksi-saksi yang kompeten serta mendapatkan keterangan dokumen,” katanya lagi.

Tidak dapat dipastikan bilakah hantaran kontroversi itu dimuat naik di media sosial namun semakan mendapati ia telah dipadamkan dari akaun Facebook berkenaan.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register