Kemaskini Semua Kes Hina Raja - Raja, Islam & Agama Lain

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,505
Points
236
Hina Agong, Pekerja Kilang Hanya Tersenyum Di Penjara 10 Bulan

06.07.2020 - Kuala Lumpur, Akibat tidak serik mencetuskan kontroversi dan kemarahan masyarakat di negara ini dengan menghina Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menerusi laman sosial Instagram, seorang pekerja kilang dipenjara 10 bulan oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur, hari ini.

Hakim M. M. Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu terhadap Shahril Mohd Sarif, 37, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia mengekalkan pengakuan bersalah atas dua pertuduhan yang dihadapinya.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan kedua-dua hukuman berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap pada 2 Mac lepas.

Edwin berkata OKS jelas mempunyai niat curang dalam membuat hantaran sedemikian.

“Bahasa yang digunakan OKS juga kesat dan lucah serta melampaui kebebasan bersuara,” katanya.

Shahril yang kelihatan tersenyum selepas mahkamah menjatuhkan hukuman akan menjalani hukuman itu di Penjara Kajang.

Mengikut pertuduhan, Shahril didakwa melalui perkhidmatan aplikasi Instagram dengan menggunakan laman profil “s.sharilbinmohd”, secara sedar membuat dan memulakan dua hantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, antara 10 pagi dan 1 tengah hari pada 1 Mac lepas. Kedua-dua pautan itu kemudian dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Tingkat 27, Menara KPJ, Wangsa Maju, di sini pada 4.06 petang, hari sama.

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Asyraf Md Kamal memohon hukuman setimpal mengambil kira ini bukan kesalahan kali pertama lelaki itu kerana sebelum ini dia pernah dijatuhkan hukuman penjara dua bulan atas kesalahan membabitkan isu sama pada April tahun lepas.

“Hantaran ini dibuat pada laman rasmi Instagram Istana Negara sewaktu siaran langsung istiadat angkat sumpah Perdana Menteri kelapan baru-baru ini.

“Tindakan OKS mengundang kemarahan dan ketidakpuasan hati masyarakat awam yang turut menonton siaran sama,” katanya.

Bagaimanapun, Shahril yang tidak diwakili peguam merayu hukuman berbentuk denda dengan alasan beliau tidak sihat termasuk menanggung isteri dan anak.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/533214
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,505
Points
236
Lelaki Di Penjara 26 Bulan - Hina Islam, Nabi Muhammad

17.07.2020 - Kuala Lumpur, Seorang lelaki dipenjara 26 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan menghina Nabi Muhammad, agama Islam dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerusi laman sosial Facebook tahun lepas.

Hakim M. M Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman penjara 26 bulan bagi pertuduhan pertama dan enam bulan penjara untuk pertuduhan kedua ke atas Danny Antoni, 29, serta memerintahkan hukuman itu berjalan serentak dari tarikh tangkap pada 6 Mac 2019.

Dalam penghakimannya, Edwin berkata jenayah menghina agama seseorang dilakukan bukan sahaja terhadap individu yang disasarkan tetapi juga ke atas nilai dan fungsi yang diwakili agama tersebut.

“Persoalan dalam setiap kes ialah sama ada perkataan yang digunakan adalah dalam bentuk yang boleh menimbulkan kejahatan substantif, yang mana badan perundangan telah menggubal undang-undang untuk mencegahnya.

“Walaupun kebebasan bersuara membenarkan kebebasan mengkritik, hak ini tidak membenarkan individu untuk menghina. Undang-undang melindungi kebebasan beragama menerusi penggubalan atau pengukuhan kerangka kerja nasional dan perundangan bagi mencegah cercaan terhadap agama dan melabel kumpulan-kumpulan agama dengan stereotaip negatif,” katanya.

Edwin menambah agama merupakan sesuatu yang peribadi serta mempunyai tempat yang istimewa bagi penganutnya, dan tidak dapat dinafikan dalam kes itu bahawa hantaran tidak sesuai, tidak bertanggungjawab serta bersifat provokatif berdasarkan kaum dan agama yang dibuat tertuduh telah melanggar parameter kebebasan bersuara yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Apatah lagi hantaran itu boleh membakar sentimen terhadap agama Islam, katanya.

“Apabila dilihat secara objektif, seseorang itu dapat merumuskan kata-kata atau hantaran sedemikian bukanlah sebahagian daripada penjelasan mana-mana idea dan mempunyai nilai sosial yang sangat rendah. Apa juga manfaat daripada paparan itu tidak sebesar kepentingan, ketenteraman dan keamanan masyarakat. Kata-kata yang dikeluarkan itu menyebabkan kerosakan dan boleh menggugat keamanan,” katanya.

Danny dituduh menggunakan akaun Facebook atas nama Danny A’antonio Jr untuk memuat naik hantaran menghina Nabi Muhammad dan Islam yang boleh menggugat keharmonian di antara umat Islam dan bukan Islam pada 1.21 pagi, 9 Jan 2019 mengikut Seksyen 298A (1) (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun.

Dia juga dituduh melakukan kesalahan sama terhadap Abdul Hadi di tempat, tarikh dan masa yang sama menurut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) yang memperuntukkan denda maksimum sehingga RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.

Kedua-dua hantaran tersebut dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Menara KPJ di sini pada 10 pagi 4 Mac 2019.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Julaila Jamaludin sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Screenshot-2239.jpg


Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1861573
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,505
Points
236
Suri Rumah Mengaku Salah Komen Jelik Di FB Terhadap Kerabat Selangor

21.07.2020 - Kuala Lumpur, Seorang suri rumah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat penghantaran komunikasi jelik terhadap kerabat diraja Selangor di laman Facebook pada Jun lepas.

Tertuduh, Siti Nurul Ain Mat Nayan, 32, yang juga peniaga dalam talian secara sambilan itu membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Rihaida Rafie.

Mengikut pertuduhan, Siti Nurul Ain didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi internet menerusi telefon bimbit jenis Samsung A30 secara sedar untuk membuat dan memulakan penghantaran komen jelik berkaitan kerabat diraja Selangor di laman Facebooknya dengan niat menyakitkan hati orang lain.

Pautan itu kemudian dibaca di Istana Mestika, Seksyen 7 di sini kira-kira 10.26 pagi pada 26 Jun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Baizura Mohd Saubian dan tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah memerintahkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 dan menetapkan Jumaat ini untuk dijatuhkan hukuman.

Screenshot-2368.jpg


Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1862725
 

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
7,005
Reaction score
1,371
Points
151
Putrajaya looking to clamp down on anti-Islam posts on social media
Wednesday, 12 Aug 2020 06:46 PM MYT
Zulkifli_Mohamad_Al-Bakri_putrajaya_sz_1706_(3).jpg
Datuk Seri Zulkifli Mohamad speaks during a press conference at Masjid Mahmoodiah in Putrajaya June 17, 2020. — Picture by Shafwan Zaidon

IPOH, Aug 12 — The government is ready to refine the proposal to tighten the rules related to social media sharing which leads to views that are contrary to the teachings of Islam, especially by liberals and apostates.

Minister in the Prime Minister’s Department (Religious Affairs) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad said for that purpose, the department was ready to work with the Ministry of National Unity and the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC).

“We have discussed but for that matter, we need to be more precise and hold more meetings to refine various issues and other angles,” he told reporters after the conversion to Islam of 60 Orang Asli from Kinta here today.

Commenting further, Zulkifli said the department was also ready to hold dialogue sessions with the liberals and apostates.

Meanwhile, Perak Islamic Religious and Information Committee chairman Mohd Akmal Kamarudin said the state government would continue to guide the converts through the dakwah carried out by the Perak Islamic Religious Council (MAIPk) and the Department of Islamic Development Malaysia (Jakim).

“A total of 45 Muslim missionaries have been appointed by MAIPk and 57 Orang Asli appointed by Jakim, will continue to help guide these converts,” he said. — Bernama

———

vvip kita abg sabu menghina nabi sbg pelarian. Wajar di ambil tindakan ke atas vvip skali
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,505
Points
236
Pemandu e-Panggilan Di Denda RM16,000 Hina Agong

27.08.2020 - Kuala Lumpur, Seorang pemandu perkhidmatan e-panggilan didenda RM16,000 atau penjara lapan bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini atas empat pertuduhan membuat dan menghantar komunikasi jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di laman sosial Twitter, Mac lepas.

Hakim M M Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu ke atas Sufazrin Amin Ismail, 26, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia mengekalkan pengakuan bersalah.

Bagi setiap pertuduhan, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM4,000 atau penjara dua bulan, jika dia gagal membayar denda itu. OKS membayar denda.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat, Sufazrin Amin didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya dengan niat untuk menganiayai orang lain, melalui aplikasi Twitter menggunakan nama profil “Fazrin Ismail” atau “@Fazr_Ismail”.

Dia dituduh membuat empat hantaran dengan penyataan yang berbeza terhadap Yang di-Pertuan Agong antara pukul 1.56 tengah hari dan 10.29 malam, pada 23 Mac dan 25 Mac lepas.

Kesemua pautan itu kemudian dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Wangsa Maju, di sini, pada 7 malam, 28 Mac lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Pada 6 Ogos lepas, OKS mengaku bersalah atas semua pertuduhan itu dan hari ini ditetapkan untuk mahkamah menjatuhkan hukuman.

Pada tarikh itu, Timbalan Pendakwa Raya Julaila Jamaludin memohon hukuman berbentuk pengajaran mengambil kira hantaran OKS itu berkaitan dengan Yang di-Pertuan Agong.

Sufazrin Amin yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia berasal dari keluarga susah.

Katanya, ibunya bekerja sebagai penoreh getah dan dia juga telah dia insaf serta memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana hantarannya itu telah menimbulkan kemarahan ramai pihak.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/08/pemandu-e-panggilan-didenda-rm16000-hina-agong/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,505
Points
236
Hantar Komunikasi Jelik hina Nabi, Surirumah Kena Denda RM2,000

15.09.2020 - Cheras, Seorang suri rumah didenda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan membuat dan menghantar komunikasi jelik berhubung Nabi Muhammad SAW menerusi akaun Facebooknya Februari lalu. Hakim M M Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu ke atas Fadilah Hamid, 43, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah pada hari pertama perbicaraan hari ini. Mahkamah turut memerintahkan ibu kepada dua anak itu menjalani hukuman penjara tiga bulan, sekiranya dia gagal membayar denda tersebut.

Wanita itu didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya itu menggunakan laman profil Facebook "Fadhilah Abdulhamid" dengan niat untuk menganiayai orang lain dan kenyataan tersebut telah dibaca di laman profil Facebook "Fadhilah Abdulhamid" di Apartment Seri Ceria, Jalan Jalil Indah Pinggiran Bukit Jalil, Cheras di Kuala Lumpur, kira-kira 9.14 pagi pada 19 Feb tahun lepas. Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya.

Peguam Nurul Fitriza Abd Latif yang mewakili Fadilah memohon hukuman bon berkelakuan baik atau hukuman denda minimum dengan alasan anak guamnya menghidap penyakit kemurungan dan autism spectrum disorder.

"Menurut laporan perubatan forensik Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Perak, OKS didapati mempunyai gejala penyakit autism spectrum disorder sejak kecil, iaitu terdapat permasalahan berterusan dalam fungsi komunikasi sosial dan interaksi sosial serta mempunyai corak tingkah laku dan minat yang terhad dan berulang-ulang. Anak guam saya juga mengalami gejala kemurungan dan mendapatkan rawatan di Hospital Kajang yang mana OKS mempunyai perasaan sedih, sukar untuk tidur dan gemar mengasingkan diri. OKS juga ada menerima rawatan susulan di Klinik Psikiatri di Hospital Kajang sebagai pesakit luar hingga kini," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Syahieza Md Hadzaid bagaimanapun memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran terhadap OKS dan masyarakat supaya lebih berhati-hati serta sensitif dengan status di media sosial.

"Mengambil kira laporan perubatan dari Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Perak. OKS didapati sihat untuk menjalani perbicaraan dan secara sedar semasa melakukan posting itu. Oleh itu, hukuman bon berkelakuan baik adalah tidak mencukupi," katanya.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/542680
 

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,486
Reaction score
1,595
Points
596
astaghfirullah pesepa la jadi lagunie

baik buat biz ka tengok sale camna lagi best dari bende merapu haramjaddah lagunie
 

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
7,005
Reaction score
1,371
Points
151
PH punca anti-Islam cabar Islam
September 13, 2020
721f8129-e481-4485-a296-46d8d19f2b08-696x464.jpg
Foto RIZAL TAHIR
KOTA BHARU: Semua pihak telah menyaksikan kelemahan peranan Islam dalam kerajaan PH sehingga kumpulan pelampau anti-Islam berani bersuara untuk mencabar Islam dan umatnya serta menghanyutkan orang Islam yang leka dan *****.

Demikian tegas Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika berucap dalam Ucapan Dasar Muktamar PAS ke-66 yang berlangsung di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK), di sini, hari ini.

Menurut beliau, kesedaran dan kebangkitan telah menyatukan mereka yang peka dalam semua parti, NGO Islam dan kalangan bukan Islam yang tidak ekstrem kerana konsep masyarakat majmuk tidak dapat ditangani dengan pendekatan liberal dan pragmatik sekular.

Katanya, PAS berpijak di atas landasan akidah Islam sebagai ad-deen dan mentafsirkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dalam perlembagaan dan diberikan hak kepada agama lain mengikut perlembagaan.

Mengulas lanjut, perlembagaan berkenaan termasuk jaminan hak istimewa orang Melayu yang sinonim bersama Islam.

Dalam pada itu katanya, mereka yang peka dengan pendekatan yang sangat negatif itu, tetap mencintai perpaduan dan keharmonian bermasyarakat majmuk supaya kembali semula kepada landasan yang betul dan beristiqamah.

“Marilah kita bersatu padu dalam gabungan parti politik yang dibentuk sekarang bagi menghadapi PRU-15 dengan bersedia untuk menang dan mengisi kemenangan dengan membentuk kerajaan yang lebih kukuh.

“Begitu juga kerajaan yang mendapat sokongan majoriti rakyat secara langsung dengan dikembalikan kepada mereka melalui pilihan raya umum, persediaan mengisi kemenangan dengan menyediakan pasukan calon yang berwibawa bagi memandu masa depan negara yang akan menghadapi cabaran yang lebih besar dan lebih mencabar dari segi politik, ekonomi dan budaya,” katanya.

Bagaimanapun katanya, disebabkan kesan daripada kegagalan ideologi Timur dan Barat serta wabak pandemik Covid-19 yang melumpuhkan segala kegiatan dan pergerakan, perlu untuk memanfaatkan sumber tenaga dan kepakaran manusia serta hasil perut bumi di tanah air sendiri.

Katanya, persediaan sumber manusia amat perlu melalui sistem pendidikan holistik yang merangkumi unsur jasadi, rohani dan aqli, termasuk mengatur konsep media yang bermoral dan kemajuan teknologi terkini.

Begitu juga perancangan ekonomi yang menghasilkan peluang pekerjaan dan menjana hasil keperluan negara yang mencukupi, serta memperkasakan kehebatan undang-undang dengan memperkenalkan syariat Islam yang sempurna.

Tambahan lagi, menyediakan jentera kerajaan dan pasukan yang mewujudkan keselamatan dan keamanan negara yang hebat, katanya. – HARAKAHDAILY 13/9/2020
 
Sponsored Post
Top
Log in Register