Kemaskini Semua Kes Hina Raja - Raja, Islam & Agama Lain

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,520
Reaction score
3,678
Points
236
19.02.2019 - Kuantan, Polis menahan seorang lelaki berusia 68 tahun bagi membantu siasatan kes menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Saidatina Aishah menerusi laman media sosial Facebook.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, lelaki berkenaan ditahan di rumahnya di Mentakab, Temerloh dekat sini kira-kira pukul 11.30 pagi ini.

"Bertindak atas maklumat, anggota ke rumahnya dan melakukan pemeriksaan.

"Pemeriksaan fizikal tiada barang salah dan lelaki berkenaan ditangkap untuk siasatan lanjut bersabit laporan di Batu Pahat, Johor," katanya di sini hari ini.







Berita asal http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/hina-nabi-lelaki-ditahan-bantu-siasatan-1.844225
 
2 lelaki mengaku salah hina Agong



Penganggur, Ooi Wei Siong dan peniaga dalam talian, Nurhaizad Azhar, masing-masing berusia 38 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan terhadap mereka oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim M M Edwin Paramjothy.

Mengikut kertas pertuduhan, Ooi didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya itu menggunakan laman profil Facebook, SAM OOI, dengan niat untuk menganiayai orang lain, pada 7.39 pagi, 1 Mac lalu.

Kenyataan itu dibaca di laman profil Facebook, Hanya di Kelate, di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman tingkat 27 Menara KPJ, Wangsa Maju di Kuala Lumpur, pada 8.20 pagi, 2 Mac lalu.

Nurhaizad pula didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya itu dengan menggunakan laman profil Facebook, Haizad Azhar, dengan niat untuk menganiayai orang lain.

Kenyataan itu dibaca di laman profil Facebook, Din Radhi, di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Wangsa Maju, pada 11.20 pagi, 1 Mac lalu.

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Edwin membenarkan kedua-dua Orang Kena Saman (OKS) itu dijamin RM6,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Mac serta 20 Mac ini untuk menjatuhkan hukuman ke atas mereka, selain tidak membenarkan kedua-dua individu itu memuat naik mengenai kes berkenaan di laman sosial.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Annur Atiqah Abd Hadi yang mengendalikan kedua-dua kes berkenaan mencadangkan supaya mahkamah menjatuhkan hukuman penjara ke atas OKS kerana perbuatan mereka mencetuskan kemarahan rakyat dan hukuman itu adalah sebagai pengajaran kepada mereka.

Peguam, Ahmad Ridza Mohd Noh yang mewakili Ooi pula berkata, anak guamnya memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas perbuatannya dan memohon supaya mahkamah tidak mengenakan hukuman penjara.

Nurhaizad yang tidak diwakili peguam pula memohon maaf kepada Seri Paduka dan rakyat Malaysia, selain memohon mahkamah mengenakan hukuman yang ringan ke atasnya.

Di mahkamah sama, seorang suri rumah mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membuat dan menghantar komunikasi jelik berhubung Nabi Muhammad SAW menerusi akaun Facebooknya pada Februari lalu.

Fadilah Hamid, 43, didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya itu menggunakan laman profil Facebook, Fadhilah Abdulhamid, dengan niat untuk menganiayai orang lain dan kenyataan itu dibaca di laman profil Facebook, Fadhilah Abdulhamid, di Apartment Seri Ceria 1, Jalan Jalil Indah Pinggiran Bukit Jalil, Cheras di Kuala Lumpur, 9.14 pagi pada 19 Februari tahun lalu.

Mahkamah membenarkan wanita itu yang diwakili peguam Nur Sabrina Nasruddin diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 April depan untuk sebutan, selain mengenakan syarat bahawa dia tidak boleh memuat naik mengenai kes berkenaan di laman sosial.


Pengguna Facebook Di Berkas Kerana Hina Islam & Kristian

10.03.2020 - Kuching, Seorang penduduk Tabuan Dusun, Kuching di Sarawak ditahan polis kerana memuat naik kenyataan yang menghina agama Islam dan Kristian semalam.

Pemilik akaun Facebook dengan nama pengguna 'Alexander Yeshua' telah ditangkap di sebuah rumah kira-kira jam 9.30 malam.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Dev Kumar berkata suspek telah ditahan pada petang ini di kediamannya.

“Tangkapan terhadap suspek dilakukan selepas laporan polis dibuat terhadapnya.

“Siasatan lanjut akan dijalankan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya



Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/514097

Wanita Di Tahan Selepas Buat Ugutan Mahu Bunuh PM Baru

07.03.2020 - Kuala Lumpur, Seorang pengguna Facebook dengan nama pengguna Penny Tai telah ditahan setelah meninggalkan komen berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, SAC Datuk Fadzil Bin Ahmat, wanita berusia 28 tahun itu telah ditangkap di Ampang Jaya semalam.

“Pada 2 Mac 2020 jam lebih kurang 2 petang, seorang perempuan Cina telah ditahan di Ampang Jaya dan pihak kita telah merampas sebuah telefon bimbit miliknya untuk siasatan,” katanya.

Suspek merupakan pembantu pengurus klinik di Singapura dan dikatakan tiada mempunyai sebarang latar belakang politik.

Malah, siasatan awal mendapati dia juga dikatakan tidak pernah mengundi.

“Saya ingin menasihati pengguna-pengguna media sosial di luar sana supaya lebih berhati-hati dalam memberikan komen dan pastinya anda akan bertanggungjawab atas apa yang anda lakukan,” tambahnya.

Ketika siaran langsung upacara angkat sumpah Perdana Menteri ke-8 di Istana Negara tempoh hari, wanita berkenaan meninggalkan komen berbunyi,

“Boleh upah pembunuh untuk bunuh Perdana Menteri baru?”

Berita penahanan wanita berkenaan dimuat naik oleh PDRM di akaun rasmi facebook pasukan keselamatam itu semalam.






Berkaitan? https://carigold.com/forum/threads/...malangan-tragik-mendapat-pengiktirfan.265738/

Free Malaysia Today
1 min ·
Abdul Hamid Bador berkata suspek mempunyai rekod perubatan berkaitan masalah kesihatan mental.



Suspek hina Agong sakit mental, kata KPN
Minderjeet Kaur
-
March 2, 2020 1:08 PM



Suspek memuat naik status menghina Agong menerusi akaun Facebook Aaron Yee. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Polis hari ini berkata lelaki yang ditahan kerana didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong didapati mempunyai masalah mental.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata suspek mempunyai rekod perubatan berkaitan masalah kesihatan mental.

“Suspek sakit mental,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman.
BERITA LANJUT MENYUSUL




https://www.facebook.com/ZainulRijal/posts/10218093119743154#


Astro AWANI
3 min ·
Satu tangkapan telah dibuat dan individu tersebut akan direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah. #AWANInews #AWANI745


Hina Agong: Polis tahan pemilik akaun 'Aaron Yee'
Astro Awani |
Diterbitkan pada
Mac 01, 2020 17:10 MYT

Facebook Twitter Email

Hina Agong: Polis tahan pemilik akaun 'Aaron Yee'

Satu tangkapan telah dibuat dan individu tersebut akan direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.


KUALA LUMPUR: Seorang pemilik akaun Facebook dengan nama 'Aaron Yee' telah ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan berhubung status berunsur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menerusi satu kenyataan media, lelaki berusia 35 tahun itu akan direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

PDRM juga sedang menjalankan siasatan terhadap beberapa lagi akaun media sosial yang melakukan perkara yang sama.

Antara akaun yang dikenalpasti ialah akaun Twitter Fadiah Nadwa Fikri, serta akaun Facebook dengan nama 'Haizad Azhar'.
Siasatan diklasifikasikan di bawah seksyen 4(1) (a) Akta Hasutan iaitu kecenderungan menghasut serta seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

PDRM menasihatkan orang ramai mendukung prinsip Rukun Negara iaitu kesetiaan kepada Raja dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengganggu kententeraman awam atau mendatangkan kebencian



Polis Buru Pemilik Akaun Facebook "Kelvin Cao"

13.02.2020 - Kuala Lumpur, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memburu pemilik akaun Facebook dikenali sebagai 'Kelvin Cao' kerana dipercayai menghina agama Islam dan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (Risikan dan Operasi), Datuk Mohd Roze Shaari, berkata Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman telah memulakan siasatan terhadap pemilik akaun berkenaan.

Beliau berkata siasatan dibuat sejak Isnin lepas, di bawah Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

"Usaha memburu suspek sedang dipergiatkan untuk membantu siasatan," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Baru-baru ini, satu akaun Facebook menggunakan nama 'Kelvin Cao' dengan kenyataan menghina Islam dan berbaur perkauman tular di media sosial.

Kenyataan itu turut diselitkan dengan ayat berbaur lucah sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, sebelum ini, mengingatkan bahawa tiada lagi amaran dikeluarkan terhadap pihak yang cuba membangkitkan sensitiviti perkauman, bangsa dan agama, sebaliknya mereka yang terbabit akan disiasat dan ditangkap serta merta.



Berita asal https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/218871
Berta tambahan https://www.sinarharian.com.my/arti...ari-pemilik-akaun-Facebook-Kelvin-Cao-1.69944

Lionel Proctor Di Berhentikan Kerja Serta - Merta

31.12.2019 - Seorang individu bernama, Lionel Proctor Prajiv yang didakwa menghina raja-raja Melayu dan agama Islam dalam ruangan komen di Facebook telah diberhentikan kerja serta-merta semalam.

Menurut majikannya, syarikat Hatten Group tindakan telah diambil tanpa sebarang toleransi terhadap Lionel Practor selepas siasatan dalaman dijalankan terhadap beliau.

“Kami ingin tegaskan komen yang dilakukan beliau adalah atas kapasiti peribadi dan tidak langsung mencerminkan nilai dan kepercayaan Hatten Group.

“Syarikat berpendiran teguh dengan nilai untuk menghormati semua orang, kaum dan agama, serta sistem beraja dan tidak langsung membenarkan perlakuan seperti itu,” kata Hatten Group dalam satu kenyataan.





Penganggur didenda RM5,000 muat naik hantaran hina Nabi Muhammad SAW


KUALA LUMPUR: Seorang penganggur didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah menghantar komunikasi jelik dengan menghina Nabi Muhammad melalui akaun Facebook miliknya, Julai lalu.

Hakim M Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Zahrein Zakariah, 37, dan memerintahkan tertuduh menjalani tambahan hukuman penjara tiga bulan, sekiranya gagal membayar denda.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Mohd Zahrein didakwa menggunakan Facebok guna akaun “Zahrein Zakariah” dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat menyakitkan hati orang lain yang dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Tingkat 27, Menara KPJ di sini, pada 8 Julai 2019, jam 9.30 malam.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu pada 4 Julai 2019, jam 7.26 petang dan didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh dalam rayuannya menerusi peguam LA Gomes memohon dikenakan hukuman rendah berbentuk denda dengan alasan anak guamnya sudah insaf selain berjanji tidak akan memuat naik hantaran bersifat jelik di masa akan datang.

“Anak guam saya memuat naik hantaran itu kerana ingin memulakan perbincangan di media sosial dan sekarang sudah dipadam,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Annur Atiqah Abdul Hadi, membantah rayuan itu dan memohon tertuduh dikenakan hukuman berbentuk pengajaran kerana menimbulkan kemarahan dan menyakitkan hati orang ramai.

“Hantaran yang dimuat naik dibaca oleh ribuan orang dan mendatangkan kemarahan kepada umat Islam di negara ini,” katanya.



Lelaki hina Nabi dapat kurang hukuman



MAHKAMAH Tinggi di Kuching, hari ini mengurangkan hukuman penjara daripada 10 tahun kepada enam tahun terhadap Alister Cogia berhubung kes menghina Nabi Muhammad, awal tahun ini.

Hakim Azhahari Kamal Ramli membuat keputusan itu selepas mengambil kira faktor perbezaan masa dan tarikh bagi kesalahan dilakukan tertuduh yang berusia 22 tahun.

“Tertuduh melakukan dua kesalahan pada hari yang sama, cuma masa sahaja berbeza. Manakala dua kesalahan lagi dilakukan pada tiga hari berlainan. Oleh itu, faktor masa memainkan peranan penting dalam hal ini.

“Hukuman penjara bagi kesalahan yang dilakukan tertuduh pada hari berbeza sepatutnya dijalankan secara berturutan, manakala hukuman penjara bagi kesalahan yang dilakukan pada hari yang sama harus dijalankan serentak,” katanya.

Azhahari juga menegaskan bahawa sungguh pun semakan hukuman tersebut diterima, harus diingat bahawa kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh adalah kesalahan serius yang boleh menggugat keharmonian kaum di Sarawak.

Mengenai tahap kesihatan mental Alister pula, mahkamah mendapati dia sihat dari segi mental dan layak dibicarakan di mahkamah.

Justeru, faktor kesihatan mental tidak diambil kira oleh mahkamah ketika membuat pengurangan terhadap hukuman penjara terbabit.


Polis Tahan 4 Individu Sebar Posting Isu Agama, Kaum

12.09.2019 - Kuala Lumpur, Tiga lelaki dan seorang wanita tempatan ditahan polis pada Rabu, kerana disyaki terlibat dalam penyebaran hantaran berkaitan isu agama dan perkauman di media sosial baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed berkata tangkapan pertama melibatkan seorang pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Zahrein Zakariah.

Lelaki itu ditahan pada kira-kira 2.45 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan peralatan digital yang digunakan untuk memuat naik hantaran yang menghina Nabi Muhammad SAW pada 9 Julai lepas, juga telah dirampas.

Selain itu, tangkapan kedua juga melibatkan seorang lelaki yang ditahan di Pelabuhan Klang, juga pada hari yang sama, kerana disyaki memuatnaik hantaran menghina orang Melayu pada 16 Ogos lepas.

Huzir berkata suspek ditahan pada kira-kira pukul 5 petang dan polis merampas beberapa peralatan digital yang digunakan suspek memuatnaik posting ke Facebook.

Huzir berkata tangkapan ketiga adalah seorang wanita tempatan yang ditahan di Seremban 3, Negeri Sembilan kerana dipercayai menghina Nabi Muhammad SAW menggunakan nama Ain Zafirah atau Nia Fira di laman Facebook miliknya pada 8 September lepas.

"Suspek ditahan pada kira-kira pukul 4.30 petang Rabu dan beberapa peralatan digital yang digunakan memuat naik posting ke laman sosial juga dirampas," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata suspek keempat yang ditahan adalah seorang lelaki tempatan disyaki memuat naik sebuah video mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan di laman Youtube.

Huzir berkata lelaki itu menggunakan nama akaun Youtube Arunaikiri ditahan di Kelana Jaya dan polis turut merampas beberapa peralatan digital yang digunakan merakam serta memuat naik video itu di laman berkenana juga telah dirampas.

"Kesemua tangkapan ini adalah hasil kerjasama Polis Diraja Malaysia bersama pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) yang telah membantu mengesan pemilik-pemilik akaun laman sosial berkenaan.

"Kesemua suspek direman selama tiga hari mulai hari ini sehingga Sabtu, manakala bagi kes Arunakiri pula suspek direman selama dua hari mulai hari ini sehingga esok, di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi," katanya.

Oleh yang demikian, PDRM menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang posting atau berkongsi perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti agama, perkauman dan institusi Diraja di mana-mana laman sosial.



Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/491740

Penjaja hina nabi dijel 30 bulan


KUALA LUMPUR - Kebiadaban seorang penjaja menghina kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dan junjungan tinggi Nabi Muhammad SAW melalui ciapan di Twitter akhirnya mendapat balasan selepas Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara selama 30 bulan kepadanya, hari ini.

Hakim M.M. Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu terhadap Chow Mun Fai, 43, yang sebelum ini telah mengaku bersalah terhadap lapan pertuduhan menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam menerusi hantaran-hantaran di media sosial.

Ketika membuat keputusan itu, Edwin berkata, mahkamah tidak boleh menerima perbuatan tertuduh memberi pelbagai komen negatif terhadap agama orang lain.

"Tindakan tertuduh menghina kematian Muhammad Adib ketika seluruh negara meratapi dan berkabung dengan kematiannya adalah melampaui hak kebebasan bersuara yang dijamin perlembagaan.

"Tindakan menghina agama orang lain pula dilakukan secara berulang kali dan seperti telah dirancang," katanya.

Sehubungan itu, Edwin menjatuhkan hukuman penjara antara tujuh hingga 30 bulan bagi kelapan-lapan pertuduhan dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 6 Mac lalu.

Mengikut pertuduhan pertama, Mun Fai didakwa membuat kenyataan yang mungkin mengapi-apikan kaum Melayu dengan bukan Melayu berhubung kematian Muhammad Adib menggunakan aplikasi Twitter dengan akaun profil '[email protected]' pada 8.07 pagi, 13 Februari 2019.

Dakwaan bagi kesalahan itu dikemukakan mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dia turut didakwa atas tiga pertuduhan memuat naik hantaran yang menghina Nabi Muhammad yang mungkin menyebabkan suasana tidak harmoni di antara penganut Islam dan bukan Islam di laman media sosial yang sama pada jam 2.29 petang dan 7.06 petang, 2 Mac dan 13 Mac lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.

Dia juga menghadapi empat lagi pertuduhan iaitu membuat penghantaran komunikasi bersifat jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain menggunakan profil Twitter sama.

Bagi pertuduhan-pertuduhan tersebut, dia didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Dia juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan, jika sabit kesalahan.

Semua hantaran itu dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Menara KPJ, di sini, pada jam 8.30 malam, 3 Mac lepas.

Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Asyraf Md Kamal mengendalikan pendakwaan manakala peguam Mohan Raj mewakili tertuduh.

https://www.sinarharian.com.my/article/41729/BERITA/Mahkamah/Penjaja-hina-nabi-dijel-30-bulan

Sudah bergelar menteri pun masih memfitnah

29 Julai 2019


Asyraf Wajdi Dusuki


KUALA LUMPUR – Datuk Khalid Samad ditempelak kerana masih lagi menggunakan pendekatan memfitnah meskipun sudah bergelar menteri Kabinet.

Ketua Pemuda UMNO berkata, tindakan Menteri Wilayah Persekutuan yang memfitnah UMNO dan Pas telah mendahului siasatan pihak berkuasa.

Kenyataan yang dibuat oleh Datuk Dr Asyraf Wajdi berhubung kenyataan Khalid dalam isu penghinaan ke atas Nabi Muhammad oleh pemilik akaun Facebook bernama Wendy Loong.

Menerusi Twitter, Khalid mendakwa kerja tersebut (penghinaan) dilakukan oleh golongan tertentu untuk menjatuhkan Pakatan Harapan dengan menyamar sebagai Cina bagi mencetuskan ketegangan kaum dan agama.



Menurut Khalid lagi, yang bodoh dalam UMNO dan Pas pasti terpengaruh.

“Ulama turut mengapi-apikan semangat perkauman atas nama Islam, takde modal selain perkauman.

“Wendy Loong sebenarnya Muhsin Lateef,” tulisnya pada 11.53 pagi semalam

Bagaimanapun, posting itu ditarik balik.

“Oleh kerana soal samada Muhsin Latheef adalah Wendy Loong atau sebaliknya satu perkara yang belum lagi pasti maka saya balik post saya yang menyebut Muhsin Latheef sebagai Wendy Wong”, kata Khalid dalam Twitter pada jam 7.27 malam.

Tegas Asyraf, Khalid sebagai menteri beragama Islam sepatutnya dengan tegas mendesak siasatan dan tindakan segera diambil kepada pihak yang menghina agama dan Nabi Muhammad.



“Sebaliknya kamu pula memfitnah UMNO dan PAS yang mengapi-apikan dan mendahului pihak berkuasa menuduh individu tertentu menyamar sebagai Cina,” ujarnya. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/blog/2019/07/29/sudah-bergelar-menteri-pun-masih-memfitnah/

Adun Slim, akaun Facebook diadukan ke polis

Diterbitkan Hari ini 4:01 petang | Dikemaskini Hari ini 4:01 petang



Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini membuat laporan polis terhadap Adun Slim, Mohd Khusairi Abdul Talib, serta laman Facebook menggunakan nama MyNewsHub kerana didakwa memfitnah Dr Mujahid Yusof.

Laporan polis itu dibuat oleh setiausaha akhbar Mujahid, Zulaikha Zulkifli, di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya kira-kira jam 11 pagi tadi.

"Laporan polis itu dibuat ekoran penyalahgunaan gambar dan nama menteri," katanya kepada Malaysiakini.

Menurut Zulaikha poster yang dimuat naik wakil rakyat Umno itu memaparkan imej Mujahid dan diiringi kata-kata: “Wendy Loong hina nabi adalah kes terpencil. Orang Islam jangan terasa hati - Mujahid”.

Selain itu, katanya, Mohd Khusairi turut memuat naik poster sama dengan menulis status di Facebook beliau dengan tulisan berbaur perkauman dan hasutan iaitu: “Selepas ini sesiapa saja individu boleh hina apa saja agama, kerana perbuatan itu sudah diklasifikasikan oleh menteri agama sebagai kes terpencil dan tidak perlu diambil sebarang tindakan. Jangan ada mana-mana pihak terasa hati."

Menurut Zulaikha, Mujahid tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sedemikian.

Katanya anggota parlimen Parit Buntar itu mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bekerjasama dengan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi mengesan mana-mana individu yang mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW atau Islam.

"Mujahid juga sudah merujuk perkara ini kepada peguamnya untuk tindakan lanjut di mahkamah," katanya.

Zulaikha menambah orang ramai dinasihatkan tidak sewenang-wenangnya menulis sesuatu perkara yang tidak disahkan kebenarannya, sebaliknya menjadi rakyat lebih bertanggungjawab.

https://www.malaysiakini.com/news/4...uzf5RFiFSZHQ3DZM2ER9acVbzKE0aBV1aqnE8pt3mWPr8

Siapa sebenarnya 'Wendy Loong'?

29 Julai 2019 9:51 AM


Keratan layar hantaran Wendy Loong di Facebook yang membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia.

KUALA LUMPUR 29 Julai - Nama 'Wendy Loong' begitu popular disebut di media sosial dalam tempoh seminggu ini.

Nama itu disebut-sebut berikutan hantaran biadap yang dilakukan oleh sebuah akaun Facebook yang menggunakan nama 'Wendy Loong' di laman Facebook Kiub Batu Itu Berhala.

Hantaran tersebut menimbulkan kemarahan orang ramai apabila mempersendakan Nabi Muhammad SAW.


Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad sebelum ini dilaporkan berkata, lebih 483 laporan polis telah dibuat terhadap 'Wendy Loong'.

Nama 'Wendy Loong' kembali hangat diperkatakan apabila beberapa akaun Facebook dan Twiter menuduh seorang individu bernama 'Muhsin Latheef' telah membuka akaun 'Wendy Loong' dan membuat hantaran tersebut dengan tujuan untuk mencetuskan ketegangan.

Turut berkongsi maklumat tersebut adalah Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad di Twitter beliau.

"Kerja golongan nak jatuhkan PH. Menyamar sebagai C*** untuk mencetuskan ketegangan kaum/agama. Yang bodoh dalam UMNO dan Pas pasti terpengaruh.

"Ulama turut mengapi-apikan semangat perkauman atas nama 'Islam'. Tak ada modal selain perkauman. Wendy Loong sebenarnya Muhsin Lateef," tulis Khalid.

Khalid berkata, akaun bernama bukan Islam mungkin dimiliki oleh orang Islam dan digunakan untuk melagakan antara orang Islam dan bukan Islam.

Khalid bagaimanapun kemudiannya menarik balik tuduhan bahawa Muhsin Lateef adalah Wendy Loong.

"Oleh kerana soalan sama ada Muhsin Latheef adalah Wendy Loong atau sebaliknya satu perkara yang belum lagi pasti. Maka saya tarik balik post saya yang menyebut Muhsin Latheef sebagai Wendy Loong," tulis Khalid.

Sementara itu, Muhsin Lateef menafikan bahawa beliau adalah 'Wendy Loong'. Dalam satu hantaran di Facebook Muhsin berkata, beliau telah membuat laporan polis terhadap tuduhan tersebut.

Malah beliau turut meminta peguamnya untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang menuduhnya sebagai Wendy Loong.

"Satu laporan polis akan dibuat ke atas no telefon 013-400 **** kerana menyebarkan fitnah ke atas saya Muhsin Latheef dengan mengatakan saya adalah Wendy Loong yang menghina baginda Rasullulah.

"Saya akan meminta peguam saya Dr. Shamser Singh Thind untuk mengeluarkan satu saman terhadap individu ini dan beberapa individu lain termasuk pages-pages politik yang terlibat. Saya menafikan sekeras-kerasnya, bahawa saya bukan pelakunya!" kata Muhsin Latheef.-UTUSAN ONLINE


https://www.utusan.com.my/berita/jenayah/siapa-sebenarnya-wendy-loong-1.945866

Polis Siasat Dakwaan Hina Nabi Muhammad Di Facebook

23.07.2019 - Georgetown, Polis Daerah Timur Laut hari ini telah membuka satu kertas siasatan susulan 11 laporan polis yang diterima di George Town berhubung dakwaan menghina Nabi Muhammad dalam satu akaun facebook menggunakan nama seorang wanita.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang hari ini berkata laporan-laporan polis yang diterima sejak semalam hingga hari ini itu meminta supaya tindakan tegas diambil terhadap pemilik akaun facebook itu untuk menjaga ketenteraman awam.

“Siasatan awal mendapati pengguna facebook yang menggunakan nama Wendy Loong itu telah memuat naik satu gambar yang dikatakan menghina Agama Islam dan Nabi Muhammad,” katanya di George Town.

Menurutnya akaun itu gagal dikesan dan dipercayai telah dipadamkan namun polis akan meneruskan usaha untuk mengesan pemiliknya.

“Kes ini disiasat menurut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya.





Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/485106

Penjaja mengaku salah hina Nabi Muhammad

Diterbitkan 18 Jun 2019, 5:38 petang | Dikemaskini 18 Jun 2019, 5:38 petang



Seorang penjaja mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini atas lapan pertuduhan menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam menerusi hantaran di media sosial.

Tertuduh Chow Mun Fai, 43, menukar pengakuan kepada bersalah ke atas kesemua pertuduhan yang dihadapi semasa sebutan semula kesnya di hadapan Hakim M.M. Edwin Paramjothy.

Mahkamah menetapkan 3 Julai bagi mendengar hujahan berhubung hukuman berjalan serentak atau berasingan.

Terdahulu, peguam P. Rajsurian yang mewakili tertuduh merayu hukuman penjara berjalan serentak bermula dari tarikh anak guamnya ditangkap manakala Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Asyraf Md Kamal pula memohon hukuman berat serta hukuman penjara berasingan mengambil kira kesalahan serius yang dilakukan tertuduh.

“Tertuduh melakukan kesalahan serius dengan menggunakan ayat-ayat yang terlalu kasar serta kesat dan secara terang-terangan menghina agama dan kaum lain. Ayat-ayat yang digunakan berbentuk provokasi secara total ini telah ditujukan secara khusus dan spesifik kepada umat Islam dan kaum Melayu,” katanya.

Mengikut pertuduhan pertama, Chow didakwa menggunakan aplikasi Twitter dengan akaun profil '[email protected]', membuat kenyataan yang mungkin mengapi-apikan kaum Melayu dengan bukan Melayu, pada 8.07 pagi, 13 Feb lepas mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dia turut didakwa atas tiga pertuduhan memuat naik hantaran yang mungkin menyebabkan suasana tidak harmoni di antara penganut Islam dan bukan Islam di laman media sosial yang sama pada jam 2.29 petang dan 7.06 petang, 2 Mac dan 13 Mac lepas.


Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.

Dia juga menghadapi empat lagi pertuduhan iaitu secara sedar menggunakan profil Twitter sama telah membuat penghantaran komunikasi bersifat jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada masa dan tempat yang sama.

Bagi pertuduhan-pertuduhan tersebut, dia didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan, jika sabit kesalahan.

Semua hantaran itu dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Menara KPJ, pada jam 8.30 malam, 3 Mac lepas.

- Bernama

https://www.malaysiakini.com/news/480111

Pemerhatian Mental Terhadap Alister Di Lanjut Sebulan

Alister sebelum ini menghina Nabi Muhammad SAW menerusi akaun ‘Ayea Yea’ iaitu akaun Facebook miliknya.

23.05.2019 - Kuching, Mahkamah Tinggi di sini semalam melanjutkan tempoh pemerhatian mental terhadap Alister Cogia, 22, selama sebulan kerana laporan mental daripada psikiatri belum siap.

Hakim Azhahari Kamal Ramli kemudiannya menetapkan 17 Jun depan sebagai tarikh sebutan, juga untuk pemaparan laporan penuh daripada psikiatri.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Musli Abdul Hamid, manakala tertuduh diwakili oleh peguam Francis Teron, Desmond Kho dan Jeffery Mok.

Terdahulu, Hakim Azhahari mengeluarkan perintah untuk meletakkan Alister di bawah pemerhatian Hospital Sentosa sejak 13 Mac lepas untuk mengawasi kesihatan mentalnya.Manakala pada 16 April lepas, hakim melanjutkan lagi tempoh pemerhatian selama sebulan berikutan laporan mental tertuduh belum siap.

Alister sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM50,000 atas pertuduhan menghina Nabi Muhammad SAW menerusi akaun ‘Ayea Yea’ iaitu akaun Facebook miliknya.

Hukuman tersebut menarik perhatian pelbagai pihak sehingga ada yang memohon semakan semula kes kerana dikhuatiri Alister berdepan masalah mental.



Berita asal https://www.utusanborneo.com.my/2019/05/17/pemerhatian-mental-terhadap-alister-dilanjut-sebulan

Biadab Hina Nabi

23.05.2019 - Kuala Lumpur, Polis kini sedang mengesan pemilik akaun Facebook menggunakan nama Sueman Minmut yang memuat naik satu hantaran dan kenyataan jelik menghina Nabi Muhammad SAW.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Bukit Aman, Datuk Asmawati Ahmad berkata, polis juga menerima satu laporan yang dibuat kelmarin berhubung penghinaan dilakukan pemilik akaun Facebook berkenaan.

Katanya, susulan itu kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (AKMM) 1998.

“Menerusi Seksyen 289A KK, pemilik akaun Facebook itu dengan sengaja menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan, perasaan permusuhan, benci-membenci dengan niat jahat atau memudaratkan perpaduan serta keadaan harmoni di negara ini.

“Menerusi Seksyen 233 AKMM 1998 pula, ia disiasat kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian media sosial,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, pemilik akaun berkenaan dikesan memuat naik kenyataan penghinaan itu pada 7.37 malam, Ahad lalu.

Katanya, sehingga semalam ‘posting’ berkenaan sudah menerima kira-kira 1,200 komen dan dikongsi oleh 788 pemilik akaun Facebook yang lain.



Berita asal https://www.hmetro.com.my/utama/2019/05/458494/biadab-hina-nabi

Hina Islam dan Nabi: Remaja perempuan ditahan
KUCHING: Seorang remaja perempuan ditangkap pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) selepas dikatakan memuat naik status di Facebook yang menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W semalam.

Menurut sumber, suspek berusia 18 tahun dari Kampung Sungai Midin itu ditangkap sekitar pukul 11.10 malam selepas laporan dibuat terhadapnya.

Suspek kini masih ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 7 Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah 2001.



sumber utusan borneo online

Warga emas dituduh hina Islam dakwa diserang di penjara

April 5, 2019 1:05 PM


Wai Foo Sing meninggalkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas menghadiri sesi sebutan kesnya hari ini.

KUALA LUMPUR: Seorang warga emas yang dituduh menghina Nabi Muhammad di Facebook, hari ini mendakwa dia diserang di dalam penjara.

Wai Foo Sing mendakwa dipukul dalam Penjara Sungai Buloh, lokasi dia ditahan selepas gagal membayar ikat jamin RM20,000.

Keluarganya hanya berjaya membayar ikat jamin itu pada 13 Mac lalu.

Lelaki berusia 68 tahun itu didakwa di mahkamah pada 27 Februari lalu atas 2 pertuduhan di bawah 298A (1)(a) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia kerana menghina nabi.

Peguam, Gerald Lazarus yang mewakili Wai memberitahu Mahkamah Sesyen mengenai dakwaan itu, ketika sebutan kesnya hari ini.

Katanya, anak perempuan Wai sudah membuat laporan di Balai Polis Klang Selatan pada 15 Mac lalu.

“Dia juga diletakkan di bawah pemerhatian mental dan kami ada laporan perubatan yang mengesahkan kecederaan dialaminya.”

Hakim Mahkamah Sesyen, MM Edwin Paramjothy memaklumkan beliau mengetahui dakwaan Wai dan menetapkan 17 serta 18 Jun ini untuk sesi pendengaran, selepas timbalan pendakwa raya, Muhamad Asyraf Md Kamal berkata, pihak pendakwaan sudah menyerahkan dokumen perbicaraan kepada peguam Wai.

Lazarus turut memberitahu mahkamah, mereka akan menghantar representasi kepada pihak pendakwaan untuk memohon pertuduhan diringankan terhadap Wai.

Dalam mahkamah sama, seorang lagi lelaki yang berdepan pertuduhan sama turut mendakwa diserang dalam Penjara Sungai Buloh.

Chow Mun Fai berdepan 8 pertuduhan di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan pada 8 Mac kerana menulis, menerbit dan menyebarkan satu kenyataan, khabar angin atau laporan dengan niat menghasut atau mungkin menghasut, seseorang melakukan kesalahan terhadap orang lain.

Dia mendakwa dipukul ketika dalam tahanan sehingga cermin matanya pecah.

Edwin memberitahu Chow, dia patut membuat laporan polis berhubung insiden itu.

Lazarus berkata, beliau akan membantu Chow dan seorang lagi lelaki, Danny Anak Antoni, mendapatkan peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Danny berdepan 2 pertuduhan menghina nabi, Islam dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang melalui Facebooknya.

Mahkamah menetapkan 26 April ini untuk sebutan kes.

https://www.freemalaysiatoday.com/c...dituduh-hina-islam-dakwa-diserang-di-penjara/

Hina Islam: Mualaf dipenjara dari tujuh bulan ke sembilan bulan kerana gagal bayar denda

12 Mac 2019 3:00 AM



YAZID KONG dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen selepas dijatuhi hukuman penjara dan denda kerana menghina agama Islam dalam media sosial di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, semalam. utusan/ZULHILMI ZAINI
FARABI SAID AL JABRI

[email protected]

12 Mac 2019 3:00 AM

3
KUALA LUMPUR 11 Mac - Seorang mualaf yang me*lakukan penghinaan terhadap agama Islam dalam media sosial terpaksa meringkuk dalam penjara sembilan bulan berbanding tujuh bulan se**perti yang ditetapkan Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Ini kerana, Mohamad Yazid Kong Abdullah, 52, gagal untuk membayar denda RM10,000 yang diperintahkan Hakim Hasbullah Adam selepas dia mengekalkan pengakuan bersalah yang dibuatnya pada Jumaat lalu. Hukuman penjara itu diperintahkan berkuat kuasa dari tarikh tangkapan 5 Mac lalu.

Keputusan hari ini menjadikan penganggur tersebut menjadi individu kedua yang dijatuhkan hukuman selepas Alister Cogia, 22, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun 10 bulan oleh Mahkamah Sesyen Ku*ching, Sarawak, Jumaat lalu.

Terdahulu, Hasbullah ketika membacakan keputusannya berkata, kesalahan yang dilakukan tertuduh amat serius kerana menghina agama Islam sebagai agama Persekutuan sekali gus mencabar undang-undang ter*tinggi dalam negara.

Berdasarkan pertuduhan, pemilik akaun Facebook atas nama `Yazid Kong’ didakwa telah memulakan komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada pukul 8.21 malam, 28 Februari lalu.

Kenyataan itu kemudiannya dibaca pengguna Facebook lain, Mohd. Syafiq di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Jalan Taman Melati, Wangsa Maju, pada pukul 12 tengah hari, 1 Mac lalu sebelum dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu pejabat Polis Bukit Aman, Menara KPJ, Kuala Lumpur, pukul 8.30 malam, 3 Mac lalu.

Pertuduhan dikemukakan oleh Pengarah Jabatan Pendakwaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Mohd. Sophian Zakaria dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Asyraf Md. Kamal dibuat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, tertuduh boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun.

Terdahulu, Muhamad Asy*raf memohon hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh ekoran kesalahan yang dilakukan amat serius kerana mencetuskan kontroversi dan kete*gangan dalam kalangan umat Islam di Malaysia.

“Perbuatan tertuduh menghina agama dan Nabi bukan perkara yang boleh dipandang remeh, lebih-lebih lagi kesalahan itu dilakukan ketika rakyat Malaysia sedang berdepan dengan sindrom penghinaan agama Islam,” katanya.

Tertuduh yang diwakili peguam bela, Muhammad Syafiq Salleh pula memohon agar hukuman ringan dikenakan atas alasan anak guamnya adalah penanggung tunggal dalam keluarga serta ini merupakan ke*salahan pertamanya.

“Tertuduh amat menyesali perbuatannya dan memohon maaf atas tindakannya itu. Pada masa sama jika tertuduh dipenjarakan, saya meminta agar dia boleh beri peluang mempelajari ilmu agama Islam,” katanya.

Dari 7 ke 9 bulan kerana gagal bayar denda



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/hina-islam-mualaf-dipenjara-1.858863#ixzz5i1f4trqf
© Utusan Melayu (M) Bhd

Hina Islam: Mahkamah arah pesalah jalani pemantauan mental

Diterbitkan Hari ini 11:38 tengahari | Dikemaskini Hari ini 11:38 tengahari



Mahkamah Tinggi Kuching mengarahkan lelaki yang dipenjara 10 tahun atas kesalahan menghina Islam dan Nabi Muhammad untuk menjalani pemerhatian mental.

Alister Cogia, 22, akan dipantau di Hospital Sentosa Kuching selama sebulan.

Menurut The Star Online hari ini, hakim Azahari Kamal Ramli mengeluarkan arahan itu selepas mendengar permohonan semakan yang difail pasukan peguam diketuai Adun Batu Lintang See Chee How pada 12 Mac lalu.

Pendengaran akan bersambung semula pada 16 April, selepas pemantauan tamat.

"Permohonan kami untuk dua perkara. Pertama untuk menghantarnya bagi pemantauan di Hospital Sentosa.

"Kedua untuk meneliti nota prosiding kerana ada beberapa isu yang perlu dilitagasi berhubung persoalan sama ada wujud sebarang kegagalan dalam keadilan.


"Kita akan kembali pada 16 April untuk perkara kedua, jika perlu, sama ada wujud sebarang kesilapan dalam sabitan dan hukuman, kecuali dia dibukti mengalami masalah mental," kata See seperti dipetik.

Alister yang menggunakan akaun Facebook ‘Ayea Yea’ mengaku bersalah untuk 10 pertuduhan terhadapnya dan dihukum 10 tahun dengan tambahan 10 bulan penjara (kerana gagal melunaskan denda RM50,000).

Mufti Pulau Pinang Dr Wan Salim Wan Mohd Noor dan bekas Mufti Terengganu Ismail Yahya menyifatkan hukuman itu terlalu berat terutama bagi pesalah kali pertama.

https://www.malaysiakini.com/news/467695

Tiada berdaulat Islam di negaraku

Subky Latif | Diterbitkan Hari ini 11:34 tengahari | Dikemaskini Hari ini 11:34 tengahari




ULASAN l Paling tercela Islam di sisi Allah dan hakikat umum di Malaysia ialah apabila seorang menghina Rasulullah SAW dan isteri baginda Aishah, bonda seluruh umat Islam melalui sebuah karikatur di Facebooknya.

Segera timbul reaksi umat Islam, mengadu kepada polis. Syabas polis dalam waku yang singkat menahan bedebah itu.

Menghina Nabi SAW bukan sekadar menghina penganut Islam seluruhya, ia menghina Allah yang mencipta alam seluruhnya termasuk manusia yang berbagai agama dan kepercayaan.

Di sisi Islam ia jenayah paling teruk dan hukumannya amat keras.

Apabila Islam murtad, Salman Rushdie, keturunan India yang jadi rakyat British menghina ayat-ayat Allah, al-Quran kira-kira 40 tahun lalu, Ayatullah Khomeini menjatuhkan hukum bunuh kepadanya dengan menawarkan jutaan pound kepada siapa yang dapat membunuhnya.

Sekalipun bedebah Rushdie masih belum dibunuh, sebalik Khomeini sudah dekat 30 tahun meninggal, tetapi itulah tepat bagi jenayah agama seperti itu.



Islam menetapkan hukumnya bunuh mandatori. Khalifah khususnya Khalifah ar-Rasyidin menguatkuasakan peraturan itu.

Polis telah menangkap dan menahannya. Tetapi polis tidak dapat menahannya lama. Beberapa hari saja dia dilepaskan.

Sekadar hiasan?

Mengapa jenayah hukum bunuh boleh dilepaskan dalam masa tiga hari? Tentu peruntukan itu menguatkuasakan hukuman Islam tidak ada atau Islam itu sendiri tidak berdaulat di negara kita. Sedang Islam dimateraikan sebagai agama Persekutuan yang umum memahaminya agama rasmi.

Agama ada tetapi bila ia tidak dikuatkuasakan, ia adalah tanda ia tidak berdaulat. Kalaupun undang-undang ada tetapi undang-undang tidak didaulatkan ia tanda digunakan, maka ia dikira tidak mendaulatkan undang-undang

Bila Islam tidak dapat berbuat banyak atas penulis Facebook yang mencerca Islam, maka ia tanda Islam tidak berdaulat dan peruntukan yang ada dalam perlembagaan hanya sebagai hiasan.



Kelemahan itu sudah ada sejak perlembagaan itu ada. Apabila perlembagaan yang ada tidak dapat berbuat apa, ia bukti negara ini tidak berdaulat sedang dalam semua mana kerajaan mendakwa Islam berdaulat di negaraku.

Jika Khalifah Umar al-Khattab di negara kita sekarang tentu kuatkuasakan peraturan Islam itu.

Orang tidak kata beliau kejam, zalim, pelampau, abaikan Islam, bah orang kira beliau adil, kiranya ada Nabi SAW selepas Rasulullah SAW, sabda Nabi, dia adalah Saidina Umar.

Dengan kebanyakan tindakannya ditohmah buruk oleh anti-Islam, Islam mengiktirafnya khalifah yang tinggi tinggi/keras tindakannya, tetapi semua tindakannya dikira paling adil untuk semua.

Rahmat masuk Islam

Jika Saidina Umar memerinah Malaysia sekarang, penulis Facebook itu nescaya dikenakannya hukum mati. Tetapi Islam iktiraf beliau pemerintah yang adil dan jika ada nabi selepas Rasulullah SAW, nescaya beliaulah.

Tiada siapa dapat sewenang-wenangnya dapat lepas dari hukum bunuh atas kesalahan menghina Nabi SAW itu. Sekalipun penjenayah itu termasuk bukan Islam akan dikenakan hukuman itu.



Jika yang murtad itu orang Islam, dia diberi peluang taubat. Bukan Islam, sememangnya kafir, mana ada peluang taubat pada kafir. Tetapi peluang syurga ada padanya. Konsep taubat hanya ada Islam. TIdak taubat pada kafir.


Tetapi kafir memeluk Islam dosanya terhapus sekalipun menghina Nabi SAW. Hukum bunuh atas penghina Nabi SAW tidak dihukum jika dia masuk Islam kerana rahmat masuk Islam itu lebih besar dari taubat.

Adapun Malaysia, atas apa alasan sekalipun, jika tidak bertindak terhadap jenayah menghina Nabi SAW, walaupun rajanya Islam, perdana menterinya Islam, perlembagaannya catit Islam agama negara, tiada maknanya di sisi Allah. Walaupun hidup seribu tahun, kalau tak sembahyang apa gunanya? Tak bergunalah Islamnya!

SUBKY LATIF ialah bekas wartawan kanan dan veteran PAS. Artikel ini asalnya diterbitkan Harakahdaily hari ini dengan tajuk yang sama.

https://www.malaysiakini.com/news/467693

JAKIM terima 10,000 aduan seminggu


FUZIAH (kiri) bersama Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun melakukan gimik perasmian majlis pelancaran Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2019M di Dewan Majlis Perbandaran Seremban. FOTO Hasriyasyah Sabudin





UNIT Pemantauan Isu Hina Islam yang baru ditubuhkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerima kira-kira 10,000 aduan dalam tempoh seminggu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata, unit itu ditubuhkan bagi memantau tindak-tanduk pihak tidak bertanggungjawab menghina dan mempersenda agama Islam di semua platform termasuk media sosial.

Menurutnya, pihaknya meneliti semua aduan itu termasuk mengenal pasti akaun pemilik media sosial yang digunakan sama ada palsu atau sebaliknya sebelum sebarang tindakan diambil.

“Setiap aduan diteliti sebab ada akaun palsu dan ada yang betul, malah ada juga aduan berulang dan itu yang akan dilihat. Apa yang merisaukan adalah jumlahnya begitu besar dan ia seolah menjadi-jadi.

“Ini perkara tidak sihat hasil daripada jurang yang besar dalam hal ehwal agama dan budaya. Inilah budaya yang kita tidak mahu teruskan kerana apa yang berlaku sekarang disebabkan oleh jurang itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pra pelancaran Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2019M di Seremban, hari ini.

Fuziah berkata, pendekatan kerajaan ketika ini adalah merapatkan jurang semua kaum supaya masyarakat hidup harmoni dan hormat-menghormati agama masing-masing.

“Aduan yang diterima itu adalah untuk melihat krisis yang betul-betul menghina bukan untuk menghukum tetapi untuk memulihkan keadaan.

“Kerajaan pada hari ini menghantar mesej jelas supaya budaya ini (penghinaan agama) tidak menular di kalangan masyarakat dan kita harus duduk sebagai masyarakat berbilang kaum dan hormat-menghormati,” katanya.

Ditanya mengenai tindakan JAKIM berhubung perhimpunan haram golongan Lesbian Gay Biseksual dan Transgender (LGBT) di ibu negara pada Sabtu lalu, Fuziah berkata, pihaknya menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan.

Beliau berkata, meskipun ia bukan di bawah bidang kuasa pihaknya namun beliau kesal dengan tindakan kumpulan itu yang mencemari perhimpunan sambutan Hari Wanita Sedunia.






sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/03/432883/10000-aduan-seminggu







.

Mufti: Hukuman perlu dengan belas, untuk mendidik

Diterbitkan Hari ini 4:45 petang | Dikemaskini Hari ini 4:45 petang



Mufti Pulau Pinang Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berpendapat pesalah kali pertama dalam kes menghina Islam dan Nabi Muhammad tidak wajar dikenakan hukuman berat.

Menurut The Star Online hari ini, beliau berkata hukuman terhadap mereka sepatutnya dengan belas ihsan dan dengan tujuan mendidik.

“Dalam Islam, jika dia adalah pesalah kali pertama, tak sepatutnya dia dikenakan hukuman maksimum," katanya seperti dipetik.

Mengakui penghinaan terhadap Nabi Muhammad adalah sensitif bagi umat Islam, beliau berkata pelbagai faktor perlu diambil kira sebelum hukuman dijatuhkan terutama keadaan mental pesalah.

“Bagaimanapun, dalam Islam, perlu ambil kira beberapa faktor sebelum jatuhkan hukuman. Saya bukan orang undang-undang, tapi kalau ada bukti penghinaan berlaku, kena lihat pula jika tertuduh itu stabil mentalnya.

"Jika mentalnya tak stabil, ia perlu diambil kira. Walaupun jenayah tetap jenayah, jika ada ruang untuk ringankan hukuman, maka ia perlu dibenarkan," katanya lagi.

Minggu lalu, Mahkamah Sesyen Kuching menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun 10 bulan kepada Alister Cogia, 22, yang mengaku bersalah atas sepuluh pertuduhan menghina Islam dan Nabi Muhammad di Facebook.

Hukuman itu berdasarkan Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menurut Utusan Malaysia 11 Mac lalu, Adun Batu Lintang See Chee How dan sekumpulan peguam meminta hukuman itu disemak semula.

'Islam tak ditegak dengan hukuman'

Menurut See, keluarga Alister memaklumkan dia menunjukkan simptom gangguan mental dan memerlukan terapi psikiatri, selain tidak pasti sama ada memahami semua tuduhan yang dibacakan terhadapnya sebelum mengaku bersalah.

Sementara itu, bekas Mufti Terengganu Ismail Yahya juga berpandangan hukuman penjara 10 tahun itu sebagai "keterlaluan".


Ismail Yahya


"Islam bukan ditegakkan melalui hukuman, tetapi dengan perbincangan ilmiah. Ia bukan agama yang dikembangkan melalui emosi, tetapi dengan pemahaman idea yang dibawa.

"Kita sepatutnya boleh mempamerkan hikmah Islam tanpa menghukum orang yang jahil," katanya seperti dipetik The Star Online.

Antara yang telah menyuarakan bantahan terhadap hukuman itu ialah peguam Latheefa Koya yang menyifatkannya 'tidak seimbang dengan kesalahan' dan boleh ditanggapi sebagai melanggar kedaulatan undang-undang.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin berkata Alister boleh membuat rayuan jika merasakan hukuman ke atasnya keterlaluan.

https://www.malaysiakini.com/news/467463

Hizbut Tahrir mahu penghina nabi dihukum mati

Hukuman mati mandatori harus dikenakan ke atas mereka yang menghina Nabi Muhammad SAW, tegas seorang anggota Hizbut Tahrir Malaysia (HTM).

Hukuman tersebut kata Abdul Hakim Othman, bukan sahaja akan dapat menghentikan segala tindakan menghina nabi malah sekali gus menjadi peringatan kepada semua pihak yang cuba menyentuh sensitiviti agama di negara ini.

“HTM menyatakan dengan jelas bahawa kita wajib berhukum dengan hukum Islam.

“Walaupun kita melihat ada beberapa tindakan telah dibuat kepada penghina nabi, namun kita sepatutnya menggunakan hukuman Islam, dan dalam undang-undang Islam jelas, dalam kes (menghina nabi) ini, yakni hukuman mati (perlu dikenakan) walaupun kita tahu tidak ada hukuman mati dalam undang-undang (menghina agama) di Malaysia.

“Tetapi, kita menyatakan (mengikut) hukuman Islam, begitu,” katanya kepada Malaysiakini di pekarangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, hari ini.

Menurut Abdul Hakim, langkah kerajaan menjunjung demokrasi dan kebebasan rakyat bersuara juga merupakan punca utama kenapa masyarakat hari ini semakin berani menghina Nabi Muhamad.

Langkah tersebut, kata jurucakap HTM itu, dimanfaatkan semua pihak di negara ini sewenang-wenangnya.

Ramai polis beragama Islam

“Kita boleh melihat bagaimana hukuman itu terlalu ringan atau pun hukuman itu tidak menakutkan penghina nabi.

"Justeru penghinaan demi penghinaan kita akan terima terhadap Rasulullah kita ekoran daripada sikap itu.

“Kerana apa? Kerana ruang demokrasi ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka untuk menghina Islam.

“Sistem itu yang membenarkan mereka melakukan sedemikian rupa,” keluhnya.

Abdul Hakim pada masa yang sama berkata HTM menuntut kerajaan menggunakan hukum Islam dalam perkara yang melibatkan agama.

Terdahulu Abdul Hakim hadir ke IPD Putrajaya untuk memberi keterangan berhubung Himpunan Bantah Hina Nabi SAW yang diadakan di pekarangan Masjid Putra, Putrajaya pada 1 Mac lalu.



Dia tiba kira-kira jam 11 pagi ditemani enam yang lain.

Abdul Hakim memberi keterangan kepada pegawai penyiasat selama kira-kira dua setengah jam.

Turut diambil keterangan seorang lagi anggota HTM, Sopian Jahir.

Mengulas kesediaannya untuk diambil tindakan ini jawab Abdul Hakim: “Ini masalah kita nak membela nabi kita, jadi kita wajib bela Rasulullah dengan darah dan nyawa. Dan dalam kes sebegini kalau kita dipanggil atau mungkin didakwa, Insya-Allah kami bersedia."

Padamasa sama Abdul Hakim juga berkata dia kesal jika dikenakan tindakan kerana isu berkenaan dianggap sangat besar.
Malah katanya sebahagian besar anggota polis adalah orang Islam.

Pada 1 Mac lalu, sebaik sahaja selesai Solat Jumaat sekumpulan pengikut HTM mengadakan Himpunan Bantah Hina Nabi SAW di hadapan Masjid Putra, Putrajaya.

Himpunan aman yang berlangsung selama 20 minit itu dihadiri kira-kira 30 orang.

Himpunan tersebut dibuat HTM bagi mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap penghina Nabi Muhammad sekali gus menunjukkan rasa cinta mereka kepada nabi.

https://www.malaysiakini.com/news/467451

Penganggur Dipenjara Tujuh Bulan, Denda RM10,000

11.03.2019 - Kuala Lumpur, Seorang penganggur dihukum penjara tujuh bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW dengan memuat naik kenyataan hinaan itu di laman Facebooknya, Februari lalu.

Hakim Hasbullah Adam menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohamad Yazid Kong Abdullah, 52, seorang mualaf, setelah tertuduh mengekalkan pengakuan bersalahnya hari ini yang ditetapkan untuk fakta kes dan jatuh hukum.

Dalam penghakimannya, Hasbullah berkata perbuatan tertuduh yang membuat penghinaan menyentuh agama khususnya agama Islam adalah serius dan mencabar Perlembagaan Persekutuan.

“Perlembagaan Persekutuan mengatakan agama Islam adalah agama persekutuan, perbuatan kamu benar-benar mencabar Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi di negara kita. Kamu bertuah kerana dituduh di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang hanya memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun,” kata hakim itu.

Mohamad Yazid Kong yang memakai baju-T kelabu dan seluar jeans kelihatan tenang dan mengangguk perlahan.

Terdahulu sebelum prosiding bermula, isteri Mohamad Yazid Kong serta anak lelakinya berusia dua tahun hadir ke mahkamah dan wanita itu menangis dengan kuat sambil berkata, “Kau fikirlah anak kau, macam mana mahu makan sehari-hari,” katanya kepada tertuduh sebelum ditenangkan peguam.

Mahkamah turut memerintahkan Mohamad Yazid Kong dipenjara dua bulan lagi jika gagal membayar denda.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Muhamad Asyraf Md Kamal memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dan denda yang berat ke atas tertuduh yang telah memuat naik kenyataan yang mengundang kemarahan umat Islam seluruh negara.

“Tidak akan ada seorang pun daripada kalangan masyarakat berbilang bangsa di negara kita yang boleh terima sebarang perbuatan penghinaan ke atas agama.

“Sekiranya dibiarkan berterusan ia boleh menggugat keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini seterusnya mengancam keselamatan negara,” katanya.

Ketika rayuan, peguam Muhammad Syafiq Salleh yang mewakili Mohamad Yazid Kong memberitahu anak guamnya memohon maaf kepada mahkamah dan seluruh umat Islam di negara ini atas perbuatannya dan merayu hanya dikenakan hukuman penjara paling minimum mengambil kira tertuduh adalah pesalah kali pertama dan telah mengaku bersalah ketika kali pertama dituduh.

“Anak guam saya memeluk Islam semasa ingin berkahwin dengan isteri pertama sebelum ini dan mereka telah bercerai. Setelah memeluk Islam, dia tidak mempunyai apa-apa panduan atau sokongan berkenaan ajaran Islam.

“Dia mempunyai lima anak, empat dengan isteri pertama seorang wanita Melayu dan seorang dengan isteri baharu iaitu wanita warga Indonesia,” katanya.

Jumaat lepas, Mohamad Yazid Kong mengaku bersalah di mahkamah sama atas pertuduhan menghantar komunikasi jelik dengan niat menyakitkan hati melalui aplikasi Facebook dengan profil nama ‘Yazid Kong’, pada 8.21 malam, 24 Feb 2019.

Hantaran itu kemudian dibaca oleh seorang pengguna Facebook lain, laman profil ‘Mohamad Syafiq’ di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Jalan Taman Melati, Wangsa Maju, di sini, pada 12 tengah hari, 1 Mac lalu.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Mengikut fakta kes tertuduh telah memuat naik kenyataan menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW di laman Facebooknya yang diakses melalui telefon bimbit.

Keterangan menunjukkan bahawa tertuduh sememangnya sedar dan tahu bahawa hantaran (kenyataan hinaan) yang dibuat tersebut adalah jelik dan menghina agama Islam serta Nabi Muhammad SAW.



Berita asal http://www.frontdesk.com.my/bm/inde...nganggur-dipenjara-tujuh-bulan-denda-rm10000/

10 tahun penjara hina Islam hukuman minimum, kata pakar

March 11, 2019 2:23 PM


Jika hukuman maksimum penjara 5 tahun untuk 1 pertuduhan dikenakan terhadap tertuduh yang menghina Islam, maka jumlah keseluruhan akan menjadi 25 tahun.


PETALING JAYA: Pakar Perlembagaan tidak melihat keperluan mana-mana pihak mempertikaikan keputusan mahkamah menjatuhi hukuman 10 tahun 10 bulan terhadap individu yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad.

Pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa, Prof Madya Shamrahayu Abd Aziz berkata, berdasarkan pertuduhan dikenakan terhadap individu terbabit iaitu di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998, ia merupakan hukuman yang paling minimum diberikan terhadapnya.

“Hukuman bagi Seksyen 298A Kanun Keseksaan secara umumnya menyatakan, 1 kesalahan tidak boleh kurang dari 2 tahun atau tidak lebih dari 5 tahun. Sekarang ini individu berkenaan dapat 10 tahun 10 bulan.

“Kita sebagai masyarakat perlu memahami undang-undang, kalau hendak kata banyak sangat hukuman, kena tengok juga berapakah kesalahan tertuduh dan ia turut dipersetujui oleh tertuduh. Jumlah keseluruhan adalah 10 kesalahan.

“Saya tidak nampak kewajaran mempersoalkan hukuman dikenakan, cumanya persoalan mungkin dibangkitkan sesetengah peguam adalah, kenapa hukuman tersebut dilakukan secara berasingan, mungkin perkara ini yang akan dibawa untuk rayuan,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan veteran DAP Lim Kit Siang yang mempertikaikan keputusan Mahkamah Sesyen Kuching, Sarawak yang menjatuhi hukuman penjara terhadap Alister Cogia, 22, kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad.

“Semua rakyat Malaysia harus mendukung Perlembagaan dan menghormati semua agama di Malaysia, namun tidak perlu ada hukuman yang terlalu berat seperti hukuman 10 tahun penjara,” kata Lim.

Jumaat lalu, Alister yang juga pemilik akaun Facebook “Ayea Yea” dijatuhi hukuman penjara 10 tahun 10 bulan atas 10 pertuduhan memuat naik komen berbentuk penghinaan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad.

Mahkamah Sesyen yang membuat keputusan itu mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM)1998, turut mengarahkan hukuman penjara itu dijalankan secara berasingan.

Shamrahayu juga mengingatkan semua pihak untuk membuat laporan polis sekiranya melihat mana-mana individu menghina Islam, Nabi Muhammad dan mana-mana agama lain yang boleh menguguat keharmonian dalam negara.

“Kalau ada yang menghina agama, ia soal polis untuk bertindak, soal peguam negara untuk melaksanakan penyiasatan dan pendakwaan. Tidak perlu bandingkan kes ini dengan kes lain-lain kerana ia akan mendatangkan ketidakpercayaan masyarakat terhadap mahkamah.

“Tidak ada mana-mana pihak yang lebih tinggi dari undang-undang negara, ia dilakukan atas prinsip kedaulatan undang-undang yang memang sama rata kepada semua pihak,” katanya.

Hukuman setimpal

Sementara itu, peguam Haniff Khatri Abdulla turut berpandangan hukuman penjara selama 2 tahun bagi setiap 1 daripada 5 pertuduhan itu merupakan hukuman setimpal, memandangkan tuduhan terhadapnya merupakan perkara serius dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Dia sudah mengaku salah atas 10 pertuduhan dikenakan terhadapnya, apabila sudah mengaku salah maka mahkamah tidak ada pilihan lain, mahkamah harus jatuhkan hukuman ke atas 10 pertuduhan.

“Mahkamah tidak jatuhkan hukuman maksimum penjara 5 tahun untuk 1 pertuduhan, cuba bayangkan kalau 1 pertuduhan dikenakan penjara selama 5 tahun, jika 5 pertuduhan dikenakan maka jumlah keseluruhan akan menjadi 25 tahun.

“Isunya sekarang, masyarakat ingat hina nabi kena penjara 10 tahun, bukan itu yang berlaku. Mahkamah jatuhkan hukuman penjara selama 2 tahun untuk 1 pertuduhan. Individu ini mempunyai 5 pertuduhan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan,” katanya.

Jelas Haniff, keputusan Mahkamah Sesyen merupakan bukti ketegasan bahawa agama merupakan elemen tertinggi dalam Perlembagaan Persekutuan, kerana jika ia digugat maka boleh menimbulkan ketidakharmonian dalam masyarakat, serta mampu menggugat kestabilan ekonomi negara.

“Agama sudah diiktiraf dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, ia berada di kedudukan tertinggi. Gangguan terhadap Islam atau mana-mana agama lain boleh menyemarakkan kemarahan dan menggugat keselamatan, maka mahkamah mestilah menjatuhkan hukuman secara berasingan.

“Dalam Perlembagaan Persekutuan, jelas menyatakan Islam merupakan agama Persekutuan dan agama lain boleh diamalkan dalam negara. Sekiranya agama lain dihina, seperti memberi gelaran tidak elok kepada Nabi Isa atau Jesus, maka ia juga akan menimbulkan kemarahan penganut Kristian,” katanya.

https://www.freemalaysiatoday.com/c...enjara-hina-islam-hukuman-minimum-kata-pakar/

MCA sokong semak semula hukuman penjara 10 tahun individu hina Islam

Diterbitkan Hari ini 1:57 tengahari | Dikemaskini Hari ini 1:57 tengahari



MCA mengenepikan perbezaan parti politik bagi menyokong usaha Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Lintang, See Chee How dari PKR bersama sepasukan peguam agar hukuman penjara sepuluh tahun dan denda RM50,000 ke atas Alister Cogia disemak semula.

Menurut Anggota Jawatankuasa Pusat merangkap jurucakap MCA, Chan Quin Er, berdasarkan laporan media, terdapat khilaf dalam penghakiman kes Alister yang mengaku bersalah memuat naik bahan bersifat menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW di Facebook.

“Contohnya, keluarganya dinafikan peluang untuk berjumpa Alister semasa dia dalam tahanan reman.

"Dia juga tak dimaklumkan bahawa dia akan dihadapkan ke mahkamah pada Jumaat, menyebabkan dia tidak diwakili (peguam),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

See sebelum ini dilapor media sebagai berkata bahawa keluarga Alister meminta bantuannya berhubung kes berkenaan dengan mendakwa Alister menunjukkan simptom gangguan mental dan memerlukan terapi psikiatri.

See juga berkata mendakwa terdapat keraguan sama ada Alister memahami semua tuduhan yang dibicarakan kepadanya sebelum mengaku bersalah.

Sementara itu, Chan pula berkata hukuman penjara sepuluh tahun terhadap Alister yang keupayaan mentalnya dipersoalkan adalah menyalahgunakan undang-undang untuk menghukum orang yang tidak sepatutnya.

Sedangkan, menurut Chan, pesalah lain bagi kesalahan yang lebih serius seperti pengganas, penyamun bersenjata dan pencabul dikenakan hukuman lebih ringan.

“Alister hanya berumur 22 tahun, dan dia berhenti sekolah sejak tingkatan satu. Mengurungnya di penjara bersama penjenayah lain hanya akan memburukkan lagi keadaan dirinya.

“Dia perlukan kaunseling dan pemeriksaan untuk menentukan sama ada dia mempunyai masalah pembelajaran yang memberi kesan terhadap kemahiran bersosial dan pemahaman tentang (akibat) tindakannya," katanya lagi.

Tidak bermaksud terima

Bagaimanapun, tambah Chan, pendirian MCA menyokong agar hukuman itu disemak semula tidak bermaksud menerima perbuatan menghina dan mempersenda Islam.

Malah, katanya, MCA mengecam dan akan bersuara menentang perbuatan sedemikian, bukan sahaja terhadap Islam, malah terhadap semua agama lain di negara ini.

“Kami akui kecekapan polis menahan mereka yang menyalah guna Facebook untuk menghina Islam, tetapi kami juga menggesa kecekapan yang sama ditonjolkan bagi melindungi agama lain (daripada penghinaan).

“Dalam kes ini, kami menggesa pihak berkuasa berkaitan seperti badan kehakiman, pihak polis, dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tidak mengamalkan sikap berpihak dalam melaksanakan undang-undang terhadap kes yang melibatkan individu yang memuat naik komen menghina mana-mana agama,” katanya lagi.

Kelmarin, Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun mendedahkan pertuduhan dilakukan terhadap empat pemilik akaun media sosial kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad, sehari sebelum itu.

Alister mengaku bersalah terhadap 10 pertuduhan terhadapnya dan dijatuhi hukuman 10 tahun dengan tambahan 10 bulan penjara (kerana gagal melunaskan denda RM50,000), yang berjalan secara berasingan oleh Mahkamah Sesyen Kuching, Sarawak.
Alister dituduh di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

https://www.malaysiakini.com/news/467420

Lelaki dipenjara 7 bulan kerana hina Islam, nabi

March 11, 2019 12:51 PM


Mohamad Yazid Kong Abdullah (2 dari kiri) dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, minggu lalu. (Gambar Bernama)


KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara 7 bulan dan denda RM10,000 terhadap seorang lelaki yang mengaku bersalah menghina Nabi Muhammad dan Islam di media sosial.

Hakim, Hasbullah Adam menjatuhkan hukuman itu kepada Mohamad Yazid Kong Abdullah yang mengaku bersalah Jumaat lalu, di bawah Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Perlembagaan menyatakan agama Islam ialah agama persekutuan dan perbuatan kamu betul-betul mencabar Perlembagaan.”

Jika gagal membayar denda itu, katanya, Yazid perlu menjalani hukuman penjara tambahan 2 bulan.


Yazid didakwa memuat naik 3 catatan Facebook menghina Islam dan Nabi Muhammad pada 24 Februari lalu. Catatan itu dibaca Mohd Saifuddin Mustaffa pada 1 Mac yang kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju.

Yazid ditahan di rumahnya pada 4 Mac lalu. Polis turut merampas telefon bimbit dan modem WiFi.

Peguam, Syafiq Salleh yang mewakili Yazid merayu hukuman diringankan kerana ini kesalahan pertama anak guamnya yang perlu menanggung seorang isteri dan anak masih kecil.

“Beliau memeluk Islam apabila berkahwin, tetapi tidak mendapat bimbingan daripada pihak berkaitan mengenai agama itu.”

Katanya, Yazid akan memohon maaf kepada orang ramai atas tindakannya itu.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Asyraf Md Kamal menggesa mahkamah mengenakan hukuman pencegahan kerana tindakan menghina agama ialah kesalahan serius.

“Status Facebooknya menimbulkan kemarahan di kalangan masyarakat Islam di sini,” katanya sambil menambah pihak pendakwaan memohon hukuman penjara 8 bulan dan denda RM40,000 ke atas Yazid.

Minggu lalu, seorang lelaki di Sarawak dijatuhkan penjara 10 tahun 10 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuching atas kesalahan sama.

Alister Cogia mengaku bersalah terhadap 10 pertuduhan memuat naik komen menghina Islam dan nabi.

Seorang lagi lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, bulan lalu, kerana menghina nabi dan Islam melalui imej kartun di Facebooknya.

https://www.freemalaysiatoday.com/c...aki-dipenjara-7-bulan-kerana-hina-islam-nabi/

Kit Siang: Malaysians must respect all religions, but 10-year sentence over FB insult excessive

Sunday, 10 Mar 2019 3:04 PM MYT



PETALING JAYA: All Malaysians must uphold the Constitution and respect all religions, but there must be no excessive punishments like the 10-year jail sentence meted against a Facebook user for insulting Islam, says Lim Kit Siang.

The DAP adviser was referring to a Facebook user who was sentenced to 10 years and 10 months jail by the Kuching Sessions Court, after admitting that he had insulted Islam and the Prophet Muhammad.

Lim said as advised by Deputy Minister in the Prime Minister's Department (Law) Mohamed Hanipa Maidin, the social media holder should appeal against the decision.

He added that social media has brought Malaysians to a new age, where what they say on social media was no longer private and can be immediately broadcast to the public


"Malaysians must be conscious of the uses and abuses of social media, where its effects are magnified in an explosive manner.

"Malaysians, whether Malays, Chinese, Indians, Kadazans, Ibans or Orang Asli, must develop a skeptical and cynical attitude to the messages they receive on social media, whether Facebook, Twitter, Instagram or WhatsApp, to ask the important question with regard to every message, 'Is this true', and to check on the veracity of the message before sharing it with the others," he said in a statement on Sunday (March 10).

The Iskandar Puteri MP said he was giving his advice as someone who was a victim of social media lies.

He pointed out that among the lies shared on social media about him included demonising him as an anti-Malay, anti-Islam, and a communist, as well as being a relative of Chin Peng.

"Before the 14th General Election, such toxic politics alleged that I will be the Prime Minister of Malaysia if Pakatan Harapan wins the polls.

"When such lies and falsehoods were proved wrong after May 9, 2018, new lies and falsehoods were manufactured to allege that I am the real power in the Pakatan government in Putrajaya, and that Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail and Mohamad Sabu were merely my stooges and puppets," he said.

Hence, Lim said if Malaysians can develop a healthy skepticism of what they receive on social media and by checking their veracity before sharing with others, it will then be a big step to check the abuses on all social media platforms.




https://www.thestar.com.my/news/nat...ut-10-year-sentence-over-fb-insult-excessive/

Pesalah hina Islam boleh rayu hukuman 10 tahun penjara - Timb menteri

Diterbitkan 9 Mac 2019, 10:06 malam | Dikemaskini 9 Mac 2019, 10:06 malam



Seorang lelaki yang dijatuhkan hukuman sepuluh tahun penjara kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW boleh merayu sabitan kesalahannya itu, maklum Timbalan Menteri Undang-undang Hanipa Maidin.

"Pesalah yang disabitkan hukuman itu boleh merayu pemenjaraannya jika dia merasakan keputusan tersebut sebagai keterlaluan," kata Hanipa kepada Malaysiakini.

Beliau berkata memandangkan kes itu diputuskan di Mahkamah Sesyen Kuching, Sarawak, pesalah boleh merayu sabitannya di mahkamah tinggi dan permohonan akhirnya di Mahkamah Rayuan.

Terdahulu hari ini Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun memaklumkan mengenai sabitan hukuman berkenaan.

Fuzi berkata pertuduhan terhadap empat individu terbabit yang dibuat semalam kerana memuat naik komen-komen berbentuk penghinaan itu adalah di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 505(c) KK dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.

Sebab suasana tak harmoni

"Pemilik akaun Facebook AYEA YEA dituduh di Mahkamah Sesyen Kuching, Sarawak di bawah Seksyen 298A KK dan Seksyen 233 AKMM.

"Tertuduh mengaku salah terhadap 10 pertuduhan dan telah dijatuhi hukuman 10 tahun 10 bulan penjara, yang berjalan secara berasingan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.



Menurut Fuzi (gambar) turut difailkan pertuduhan ialah pemilik akaun Twitter @ ALVINCHOW333 yang dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah, Kompleks Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur di bawah Seksyen 298A KK, Seksyen 505(c) KK dah Seksyen 233 AKMM.

“Tertuduh tidak mengaku salah bagi lapan pertuduhan yang dibaca. Tiada jaminan ditawarkan dan sebutan semula kes ditetapkan pada 5 April 2019,” katanya.

Beliau berkata pemilik akaun Facebook ‘Danny A’antonio Jr’ pula dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah, Kompleks Mahkamah Jalan Duta di bawah Seksyen 298A KK dan Seksyen 233 AKMM serta mengaku tidak bersalah bagi dua pertuduhan dengan sebutan semula kes ditetapkan pada 5 April.

Dalam pada itu, katanya pemilik akaun Facebook ‘YAZID KONG’ yang dituduh di mahkamah sama mengaku salah dan pendengaran fakta kes serta hukuman akan ditentukan pada 11 Mac ini.

Seksyen 298A KK merupakan kesalahan yang menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan, atas alasan agama.

Seksyen 505(c) KK pula berkaitan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum melakukan kesalahan terhadap golongan atau kaum lain manakala Seksyen 233 AKMM melibatkan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dan lain-lain.

Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Latheefa Koya berkata hukuman tersebut tidak seimbang dan menggesa semakan semula dilakukan.

Bagaimanapun, Hanipa menegaskan keputusan mahkamah perlu dihormati.

"Tapi semua orang berhak mengeluarkan pendapat mengkritik keputusan itu selagi ia tidak menghina mahkamah," katanya lagi.

https://www.malaysiakini.com/news/467265

Latheefa Koya buat grand appearance dah, dia pun keluarkan statement dia


Penjara 10 tahun pesalah hina Nabi perlu semakan semula - Latheefa

Diterbitkan Hari ini 5:46 petang | Dikemaskini Hari ini 5:46 petang




Peguam Latheefa Koya menggesa dilakukan semakan semula terhadap hukuman penjara 10 tahun yang disabitkan terhadap pemilik akaun media sosial hari ini kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Beliau berkata hukuman itu yang diputuskan Mahkamah Sesyen Kuching, Sarawak hari ini 'tidak seimbang dengan kesalahan' dan boleh ditanggapi sebagai melanggar kedaulatan undang-undang.

"Terkejut dan tidak pernah terjadi mahkamah menjatuhkan hukuman sepuluh tahun penjara terhadap kesalahan sebegini.

"Dia (yang disabitkan pertuduhan itu) telah mengaku bersalah, (suatu hal) yang perlu diambil kita. Sepuluh tahun berturut-turut tidak seimbang dan perlu disemak semula.

"Ini melanggar kedaulatan undang-undang," kata pengarah eksekutif Lawyers for Liberty itu pada ciapan di Twitter hari ini.

Latheefa mengulas kenyataan yang dikeluarkan Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun hari ini yang memaklumkan mengenai sabitan hukuman berkenaan.

Fuzi berkata pertuduhan terhadap empat individu terbabit yang dibuat semalam kerana memuat naik komen-komen berbentuk penghinaan itu adalah di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 505(c) KK dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.

"Pemilik akaun Facebook AYEA YEA dituduh di Mahkamah Sesyen Kuching, Sarawak di bawah Seksyen 298A KK dan Seksyen 233 AKMM.

"Tertuduh mengaku salah terhadap 10 pertuduhan dan telah dijatuhi hukuman 10 tahun 10 bulan penjara, yang berjalan secara berasingan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebab suasana tak harmoni

Menurutnya turut difailkan pertuduhan ialah pemilik akaun Twitter @ ALVINCHOW333 yang dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah, Kompleks Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur di bawah Seksyen 298A KK, Seksyen 505(c) KK dah Seksyen 233 AKMM.

“Tertuduh tidak mengaku salah bagi lapan pertuduhan yang dibaca. Tiada jaminan ditawarkan dan sebutan semula kes ditetapkan pada 5 April 2019,” katanya.

Beliau berkata pemilik akaun Facebook ‘Danny A’antonio Jr’ pula dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah, Kompleks Mahkamah Jalan Duta di bawah Seksyen 298A KK dan Seksyen 233 AKMM serta mengaku tidak bersalah bagi dua pertuduhan dengan sebutan semula kes ditetapkan pada 5 April.

Dalam pada itu, katanya pemilik akaun Facebook ‘YAZID KONG’ yang dituduh di mahkamah sama mengaku salah dan pendengaran fakta kes serta hukuman akan ditentukan pada 11 Mac ini.

Seksyen 298A KK merupakan kesalahan yang menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan, atas alasan agama.

Seksyen 505(c) KK pula berkaitan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum melakukan kesalahan terhadap golongan atau kaum lain manakala Seksyen 233 AKMM melibatkan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dan lain-lain.

Unit pemantau Jakim

Terdahulu, pada 7 Mac lalu, Menteri Hal Ehwal Agama Mujahid Yusof Rawa mengumumkan pembentukan unit khas untuk memantau kes-kes penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW dan Islam.

Katanya penubuhan unit itu diselia Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang mengawasi semua media termasuk media sosial.


“Saya juga sudah meminta unit pemantau ini menerima sebarang aduan berkaitan penghinaan Nabi Muhammad SAW dan agama Islam, seterusnya dengan segera membuat laporan polis serta kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau aduan, sila WhatsApp segera ke talian hotline 010-3005260 atau e-mel kepada [email protected],” katanya.

Penubuhan unit khas itu selepas penangkapan suspek menghina Islam di dalam talian dengan polis membuka kertas siasatan terhadap 16 kes daripada 929 laporan polis yang dibuat di seluruh negara.


https://www.malaysiakini.com/news/467244

Bg link che mek
ni dia tn lau_kau

"Pemilik akaun Facebook AYEA YEA dituduh di Mahkamah Sesyen Kuching, Sarawak di bawah Seksyen 298A KK dan Seksyen 233 AKMM.

"Tertuduh mengaku salah terhadap 10 pertuduhan dan telah dijatuhi hukuman 10 tahun 10 bulan penjara, yang berjalan secara berasingan," katanya dalam satu kenyataan hari ini
Hina Islam, Nabi: Individu dihukum penjara 10 tahun 10 bulan

Diterbitkan Hari ini 10:22 pagi | Dikemaskini Hari ini 10:22 pagi



Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menfailkan pertuduhan terhadap empat pemilik akaun media sosial kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad, dengan seorang daripada mereka telah dijatuhi hukuman penjara.

Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun berkata pertuduhan terhadap empat individu terbabit yang dibuat semalam kerana memuat naik komen-komen berbentuk penghinaan itu adalah di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 505(c) KK dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.

"Pemilik akaun Facebook AYEA YEA dituduh di Mahkamah Sesyen Kuching, Sarawak di bawah Seksyen 298A KK dan Seksyen 233 AKMM.

"Tertuduh mengaku salah terhadap 10 pertuduhan dan telah dijatuhi hukuman 10 tahun 10 bulan penjara, yang berjalan secara berasingan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya turut difailkan pertuduhan ialah pemilik akaun Twitter @ ALVINCHOW333 yang dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah, Kompleks Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur di bawah Seksyen 298A KK, Seksyen 505(c) KK dah Seksyen 233 AKMM.

“Tertuduh tidak mengaku salah bagi lapan pertuduhan yang dibaca. Tiada jaminan ditawarkan dan sebutan semula kes ditetapkan pada 5 April 2019,” katanya.

Beliau berkata pemilik akaun Facebook ‘Danny A’antonio Jr’ pula dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah, Kompleks Mahkamah Jalan Duta di bawah Seksyen 298A KK dan Seksyen 233 AKMM serta mengaku tidak bersalah bagi dua pertuduhan dengan sebutan semula kes ditetapkan pada 5 April.

Dalam pada itu, katanya pemilik akaun Facebook ‘YAZID KONG’ yang dituduh di mahkamah sama mengaku salah dan pendengaran fakta kes serta hukuman akan ditentukan pada 11 Mac ini.

Seksyen 298A KK merupakan kesalahan yang menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan, atas alasan agama.


Seksyen 505(c) KK pula berkaitan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum melakukan kesalahan terhadap golongan atau kaum lain manakala Seksyen 233 AKMM melibatkan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dan lain-lain.

Fuzi berkata orang ramai dinasihat agar tidak menyalahgunakan media sosial atau rangkaian komunikasi dengan memuat naik atau berkongsi sebarang bentuk provokasi yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan perkauman.

-Bernama

https://www.malaysiakini.com/news/467201

Ayea Yea dipenjara 10 tahun

KUALA LUMPUR – Pemilik akaun Facebook ‘Ayea Yea’ dijatuhi hukuman 10 tahun dan 10 bulan penjara selepas mengaku bersalah terhadap 10 pertuduhan yang dikenakan terhadap beliau.


Hukuman ke atasnya diperintah dilaksanakan secara berasingan.

Ayea Yea didakwa di Mahkamah Sesyen Kuching, Sarawak di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Sekyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM).

Manakala pemilik akaun [email protected] pula mengaku tidak bersalah terhadap lapan pertuduhan yang dibacakan ke atasnya.

Beliau juga didakwa di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan, 505(C) dan Seksyen 233 AKMM.

Tertuduh tidak ditawarkan jaminan dan kes disebut semula pada 5 April ini.

Dua tertuduh itu merupakan empat pemilik akaun media sosial yang didakwa di mahkamah kerana menghina agama Islam dan Nabi Muhammad.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pertuduhan terhadap mereka dibuat mengikut beberapa peruntukan iaitu di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan atas alasan agama, menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.

Selain itu, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan kenyatan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat hendak mengapikan atau mungkin mengapikan mana-mana golongan atau kaum melakukan sesuatu kesalahan terhadap mana-mana golongan atau kaum lain.

Sekyen 233 AKMM1988, penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain.

Seorang lagi, Danny A’antonio Jr. juga telah didakwa di bawah Seksyen 298A dan Seksyen AKMM dan tertuduh tidak mengaku bersalah.

Dia tidak ditawarkan jaminan dan sebutan kes ditetapkan pada 5 April ini.

Yazid Kong pula mengaku bersalah apabila didakwa di bawah pertuduhan yang sama dan hukuman ke atasnya akan ditentukan pada 11 Mac ini. – MalaysiaGazette


3 lelaki hina agama didakwa



KUALA LUMPUR 8 Mac. - Tiga lelaki yang mencetuskan kontroversi dan kemarahan umat Islam di negara ini dengan melakukan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW dan agama di media sosial didakwa atas 11 petuduhan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.


Chow Mun Fan, 43, dan Danny Antoni, 28, masing-masing mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Hasbullah Adam.

Sementara Mohamad Yazid Kong Abdullah, 52, pula mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikemukakan.

Bagaimanapun, Hasbullah menetapkan Isnin ini bagi pendengaran fakta kes serta jatuh hukum terhadap penganggur itu.

Bagi kesemua kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan serta 505 (c) Kanun Keseksaan yang membawa penjara yang boleh sampai dua tahun.

Selain itu, mereka turut didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama.

Pendakwaan yang dikemukan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Asyraf Md. Kamal dan Mohd. Sophian Zakaria manakala Mun Fan serta Mohamad Yazid Kong diwakili peguam bela Mohd. Shafiq Salleh.

Pasukan pendakwaan membantah sebarang bentuk jaminan memandangkan tertuduh
didapati menghina agama, nabi dan anggota keselamatan yang meninggal dunia semasa bertugas.

Hakim kemudiannnya menetapkan 5 April bagi sebutan dua kes membabitkan Mun Fan dan Antoni.


http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/3-lelaki-hina-agama-didakwa-1.856318

Alvin Chow direman 4 hari

KUALA LUMPUR: Lelaki yang menggunakan nama ‘Alvin Chow’ dalam akaun laman sosialnya kerana menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW direman empat hari sehingga Ahad ini.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim ketika dihubungi BH, hari ini mengesahkan tempoh tahanan berkenaan.

Bagaimananapun, katanya, maklumat lanjut berhubung siasatan ke atas suspek akan dikeluarkan pihak Bukit Aman susulan siasatan ke atas lelaki berusia 43 tahun itu dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Perintah reman ke atas suspek diuruskan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, pagi tadi.

Terdahulu, suspek ditahan dalam serbuan oleh JSJ, Selangor di pusat beli-belah Plaza Pudu, di sini, jam 5 petang semalam.

Suspek dikesan tinggal di Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur dan dikehendaki polis berikutan laporan yang dibuat kerana melakukan penghinaan ke atas agama Islam, Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda.

Susulan tangkapan ke atas suspek, pihak polis turut merampas telefon bimbit milik suspek untuk siasatan lanjut.

Berdasarkan maklumat, suspek turut dikesan mempunyai empat rekod jenayah lampau serta rekod dikehendaki polis.


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/03/538292/alvin-chow-direman-empat-hari

Jakim tubuh unit pemantau, lapor terus 010-3005260



KUALA LUMPUR 7 Mac - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menubuhkan unit pemantau bagi mengawasi penulisan atau provokasi yang bersifat menghina Nabi Muhammad serta agama Islam di semua platform media termasuk media sosial.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, unit tersebut ditubuhkan berikutan berlakunya kes-kes menghina Nabi Muhammad dan perbuatan mempersendakan agama Islam.

Serentak itu orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau aduan boleh terus membuat aduan ke WhatsApp talian hotline 010-3005260 atau emelkan kepada [email protected].

"Saya juga telah meminta unit pemantau ini menerima sebarang aduan berkaitan penghinaan Nabi Muhammad SAW dan agama Islam, seterusnya dengan segera membuat laporan polis dan SKMM.

"Saya berharap kita semua dapat berganding bahu bagi menjaga dan mengekalkan keharmonian negara kita. Saya percaya, pihak berkuasa telah melakukan tindakan sewajarnya untuk menangani isu ini," kata Mujahid dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mujahid, sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam hal-ehwal agama sekali tidak akan berkompromi dengan perbuatan menghina Nabi Muhammad serta agama Islam.

Jelas beliau Malaysia mempunyai undang-undang dan pihak yang bersalah perlu dijatuhkan hukuman yang setimpal.


http://www.utusan.com.my/berita/nas...it-pemantau-adu-terus-di-010-3005260-1.855408

Polis tahan 'Danny A'antonio Jr'


MOHAMAD Fuzi Harun. - Foto BERNAMA





KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lagi individu, semalam kerana memuat naik komen jelik terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW melalui satu akaun Facebook mengguna nama ‘Danny A’antonio Jr’.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, dalam kenyataan hari ini memaklumkan suspek berusia 28 tahun yang juga pemilik akaun Facebook berkenaan akan direman hari ini.

“Suspek disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu atas alasan agama, menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan dan permusuhan, benci-membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni dan perpaduan.

“Siasatan ke atasnya juga akan dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988, iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain,” katanya.

Mohamad Fuzi berkata, orang ramai tidak sepatutnya menyalahgunakan media sosial atau sebarang rangkaian komunikasi untuk membuat provokasi berbaur perkauman.

“Jangan memuat naik atau berkongsi sebarang bentuk provokasi yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan perkauman sehingga membangkitkan ketegangan kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini,” tegas beliau.

Semalam, polis turut menahan seorang lelaki kerana memuat naik komen jelik terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW di akaun Twitter ‘Alvin Chow’ miliknya.

Lelaki berusia 43 tahun itu ditahan dalam serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Selangor di pusat beli-belah Plaza Pudu, di sini, jam 5 petang semalam.

Kedua-dua mereka akan direman hari ini.







sumber: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/03/538196/polis-tahan-danny-aantonio-jr







.

Alvin Chow ditahan



KUALA LUMPUR: Polis Selangor menahan lelaki yang menggunakan nama ‘Alvin Chow’ dalam akaun laman sosialnya kerana menghina agama Islam, Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Saidatina Aisyah.


Lelaki berusia 43 tahun itu ditahan dalam serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Selangor di pusat beli-belah Plaza Pudu, di sini, jam 5 petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata suspek ditahan berdasarkan maklumat dan risikan yang dijalankan sejak beberapa hari lalu.

“Suspek yang dikesan tinggal di Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur ini dikehendaki polis berikutan laporan yang dibuat kerana melakukan penghinaan ke atas agama Islam, Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda.

“Dalam tangkapan berkenaan, pihak polis turut merampas telefon bimbit milik suspek untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi BH sebentar tadi.

Berdasarkan maklumat, suspek turut dikesan mempunyai empat rekod jenayah lampau serta rekod dikehendaki polis.

Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), JSJ Bukit Aman.

Pada Ahad dan Isnin lalu, polis menahan tiga lelaki atas kesalahan sama selepas dikesan membuat komen jelik terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW menerusi akaun Facebook serta Twitter masing-masing.

Suspek pertama, lelaki berusia 29 tahun yang menggunakan nama ‘Bakakuk’ dalam akaun media sosial miliknya, ditahan di Labuan, Sabah, manakala suspek kedua, seorang lelaki berusia 22 tahun yang menggunakan nama ‘Ayea Yea’ dalam akaun Facebook miliknya, ditahan di Bau, Sarawak.

Suspek ketiga lelaki berusia 52 tahun yang menggunakan nama ‘Yazid Kong’ dalam akaun Facebook miliknya, ditahan dalam serbuan ke atas satu lokasi di Petaling Jaya, Isnin lalu.

Semua siasatan kes berkenaan dilakukan mengikut Kanun Keseksaan serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sehingga semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah menerima 929 laporan berhubung kes penghinaan terhadap agama Islam, Nabi Muhammad SAW serta isteri baginda, Saidatina Aisyah, di seluruh negara dan 16 kertas siasatan sudah dibuka.


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/03/538048/hina-nabi-polis-selangor-tahan-alvin-chow

Kes hina Nabi, Islam: Polis tahan tiga individu, buru seorang lagi

Diterbitkan Hari ini 1:44 tengahari | Dikemaskini Hari ini 1:44 tengahari



Tiga individu ditahan dan seorang lagi suspek diburu polis kerana disyaki menghina agama Islam termasuk kes menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri Baginda, Saidatina Aisyah.

Tiga suspek yang ditahan itu dikenali sebagai Mohd Sharulnizam Stanley, Alister anak Cogia, Mohd Yazid Kong Abdullah serta seorang masih diburu iaitu Alvin Chow Mun Fai.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, suspek pertama Mohd Sharulnizam yang berusia 29 tahun ditahan di Labuan, pada Ahad lepas.

Beliau berkata, Mohd Sharulnizam direman selama empat hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan.

“Mohd Sharulnizam membuat komen jelik menggunakan akaun Facebook bernama ‘Bakakuk’ dan polis menerima 15 laporan sehingga hari ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Fuzi berkata, suspek kedua Alister berusia 22 tahun ditahan semalam di Bau, Sarawak direman selama empat hari sehingga Khamis ini.

“Alister menggunakan akaun Facebook ‘Ayea Yea’ membuat komen jelik dan 10 laporan polis diterima berhubung kes ini setakat hari ini,” katanya.

Beliau berkata, suspek ketiga yang menggunakan akaun Facebook ‘Yazid Kong’ iaitu Mohd Yazid berumur 52 tahun ditahan di Petaling Jaya, semalam manakala permohonan remannya akan dibuat pada hari ini.

Mohamad Fuzi berkata, suspek keempat yang menggunakan akaun Twitter @ALVINCHOW333 atau Alvin Chow berusia 43 tahun dipercayai berada di Kuala Lumpur dan usaha mengesannya sedang dibuat untuk menahan suspek.

Beliau berkata, sehingga hari ini polis telah menerima 929 laporan polis di seluruh negara berhubung kes ini dan membuka sebanyak 16 kertas siasatan bersabit kes penghinaan agama Islam.

Mohamad Fuzi berkata, kesemua kes disiasat di bawah Kanun Keseksaan serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Polis menasihatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan media sosial atau sebarang rangkaian komunikasi dengan memuat naik atau berkongsi sebarang bentuk provokasi yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan perkauman.

“Tindakan mencabar, menghina kepercayaan atau agama mana-mana kaum, boleh membangkitkan ketegangan kaum dalam kalangan masyarakat majmuk negara ini dan perlu dihentikan serta merta,” katanya.


Beliau berkata, tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana pihak yang tidak mengendahkan perkara berkenaan.

Pada 27 Feb lepas, seorang lelaki menggunakan nama Facebook Foo Sin Wai ditahan kerana menghina Nabi Muhammad SAW, namun dibebaskan dengan jaminan polis, dan terdahulu, tindakan lelaki itu memuat naik karikatur menghina perkahwinan Rasulullah dan isteri Baginda, Saidatina Aisyah, mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh negara.

- Bernama

https://www.malaysiakini.com/news/466643

500 himpun bantah Alvin Chow


Pengerusi Pembela Ummah Melaka yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad (dua dari kiri) berucap pada Perhimpunan Ummah Melaka Bantah Penghina Nabi Muhammad SAW di perkarangan Balai Polis Batang Tiga, Klebang. - Foto Rasul Azli Samad



MELAKA: Kira-kira 500 individu berhimpun di depan Balai Polis Batang Tiga, Klebang, di sini, malam tadi, bagi mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas seorang pemuda didakwa menghina Nabi Muhammad SAW.

Perhimpunan aman selama kira-kira dua jam bermula 8.30 malam itu turut membabitkan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) termasuk UMNO dan PAS negeri yang membuat laporan polis ke atas individu menggunakan akaun Twitter ‘Alvin Chow’ selepas didakwa memuat naik kata-kata berunsur penghinaan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohamad Ali Mohammad, berkata belum reda kemarahan umat Islam terhadap beberapa individu sebelum ini yang bersikap biadap ke atas Nabi Muhammad SAW, kini muncul seorang lagi seakan mencabar kesabaran orang Islam.

Beliau berkata, sebanyak 13 laporan polis sudah dibuat ke atas kebiadapan individu itu, selain turut meminta pihak berkuasa dapat menangani hal itu dengan segera.

“Apabila berlaku perkara seperti ini, pasti suasana negara kita tidak tenteram dan mencetuskan kemarahan masyarakat Islam.

“Diharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera ke atas individu berkenaan,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis, di sini, malam tadi.

NSTP sebelum ini melaporkan, seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri dengan memuat naik karikatur berunsur penghinaan di laman sosial Facebook miliknya.

Perbuatan itu mencetuskan kemarahan masyarakat Islam di negara ini dan susulan itu pelbagai pelbagai bantahan dan perhimpunan diadakan.


https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/03/537418/500-himpun-bantah-alvin-chow

Sultan Selangor kecewa perbuatan hina Nabi SAW


KUALA LUMPUR, 11 Apr -- (GAMBAR FAIL) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berangkat sempena Istiadat Pertabalan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14 di Balairong Seri, Istana Negara, Jalan Duta di sini, hari ini. --fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA





SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kecewa dengan perbuatan segelintir masyarakat bukan Islam yang menghina keperibadian junjungan besar Rasulullah SAW sejak kebelakangan ini.

Ia dizahirkan baginda selepas berbincang dengan Ahli-Ahli Dewan Diraja Selangor hari ini.

Setiausaha Dewan Diraja Selangor, Hanafisah Jais berkata, penghinaan terhadap Rasulullah SAW dan isu yang mencemar kesucian Islam sudah kerap berlaku sehingga ke tahap mencabar kesabaran umat Islam.

“Agama Islam adalah agama Persekutuan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang perlu sentiasa dihormati oleh setiap rakyat negara ini.

“Walaupun perbuatan penghinaan terhadap Rasulullah SAW dan kesucian Islam ini satu kesalahan di bawah undang-undang dan tindakan serta hukuman sudah dikenakan terhadap mereka yang melakukannya, ia masih tetap berlaku dan seolah-olah tiada kesan terhadap tindakan yang diambil terhadap golongan itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagi membendung gejala penghinaan itu, Sultan Sharafuddin mengingatkan kepada rakyat terutama yang bukan beragama Islam supaya menghentikan perbuatan itu.

“Perbuatan itu bukan saja boleh menggugat keharmonian dan perpaduan rakyat, malah menyebabkan rusuhan antara kaum dan agama yang akan mengakibatkan permusuhan berpanjangan antara kaum di negara ini.

“Sejarah sudah menunjukkan sesebuah negara boleh porak peranda sekiranya rakyat bermusuhan kerana tidak menghormati agama yang dianuti oleh pelbagai kaum.

“Sebagai Raja yang juga Ketua Agama Islam negeri Selangor, baginda menegaskan bahawa memelihara maruah agama Islam serta maruah junjungan Rasulullah SAW adalah tuntutan utama dalam maqasid syariah dan menjadi tanggungjawab umat Islam untuk sentiasa mempertahankannya,” katanya.

Kata Hanafisah, peringatan Sultan Sharafuddin itu perlu diambil serius oleh rakyat terutama golongan bukan Islam sekiranya mahu keharmonian dan perpaduan kaum dan agama terus kekal.

“Ia bukan sekadar untuk golongan bukan Islam tetapi kepada umat Islam. Umat Islam juga perlu sentiasa berwaspada dalam melontarkan sebarang pandangan berkaitan dengan agama lain.

“Malah, Allah SWT melarang keras umatnya mencerca sembahan agama lain kerana ia antara penyebab berlakunya ketidakharmonian hidup dalam masyarakat. Islam adalah agama yang amat mementingkan keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat,” katanya.

Beliau berkata, Ahli-Ahli Dewan Diraja Selangor menjunjung segala titah Sultan Sharafuddin dan turut terkesan dengan kekecewaan yang dizahirkan baginda mengenai isu berkenaan.

“Pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara digesa mengambil berat atas peringatan baginda dengan mengambil langkah berkesan dan efektif bagi menangani masalah ini.

“Siasatan terperinci terhadap individu yang disyaki melakukan kesalahan perlu segera dilaksanakan dan tindakan pendakwaan diambil terhadap mereka jika terdapat keterangan yang mencukupi,” katanya.








sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/03/429675/sultan-selangor-kecewa-perbuatan-hina-nabi-saw







.

Hina Islam sudah dijadikan trend



KANGAR 4 Mac - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menyifatkan tindakan menghina Islam bukan lagi kes terpencil sebaliknya telah menjadi trend yang cuba membakar kemarahan umat Islam di negara ini.


Katanya, hal demikian kerana masih terdapat hantaran-hantaran di media sosial yang menghina Islam dilakukan oleh segelintir masyarakat bukan Islam.

Sehubungan itu, Mohd. Asri meminta masyarakat bukan Islam agar saling berpesan kepada rakan-rakan untuk beradab dan mengawal tingkah laku mereka.

“Kepada saudara-saudara non-Muslim (bukan Islam), sekali pun masyarakat Muslim di negara ini ada kelemahannya namun tahap toleransi dan kesudian berkongsi amat baik jika dibandingkan dengan nasib umat Islam minoriti di India, China dan negara lain.

“Janganlah saudara-saudara cemari nikmat dan kelebihan hidup harmoni dalam negara ini yang kita kecapi selama ini.,” katanya dalam status Facebooknya di sini, hari ini.

Kata Mohd. Asri lagi, orang bukan Islam dinasihatkan supaya berpesanlah kepada sahabat handai sekalian agar beradab dan tahu mengawal tingkah laku hidup di Malaysia ini.

“Jangan kerana sikap biadab dan dendam kesumat maka saudara-saudari membakar negara aman yang telah lama kita bina. Jangan sampai yang dikejar tidak dapat dan yang dikendong berciciran.

“Orang Muslim ini masih sabar jika dihina dirinya dan keluarganya tetapi mereka tidak akan bersabar lagi jika dihina Islam dan Rasul. Sayangi dan hargailah nikmat keamanan yang kita miliki. Pohon memahami keadaan,” katanya.


http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/perlis/tindakan-hina-islam-sudah-dijadikan-trend-1.853285

500 sertai himpunan bantah hina Islam, Nabi Muhammad

Diterbitkan Hari ini 5:13 petang | Dikemaskini Hari ini 5:13 petang






Sejumlah 500 memenuhi perkarangan Masjid Negara di Kuala Lumpur hari ini bagi menyertai himpunan membantah hina Islam dan Nabi Muhammad.

Himpunan itu anjuran NGO Gerakan Pembela Ummah (Ummah) dan dihadiri beberapa pemimpin utama Umno dan PAS, antaranya Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Naib Presiden PAS Idris Ahmad.

Ia berlangsung sepanjang dua jam dengan pemimpin parti dan NGO bergilir-gilir menyampaikan ucapan yang menyentuh soal kepentingan orang Melayu dan Islam di Malaysia.

Ia diadakan susulan dakwaan kurangnya ketegasan kerajaan dalam menangani pihak yang menghina agama Islam.

Antara isu terbaru mengenai perkara itu adalah seorang warga emas berusia 68 tahun yang didakwa menghina menerusi akaun Facebooknya.

Minggu lalu, dia didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) kerana menyiarkan kandungan jelik dengan niat menyakitkan hati orang lain.

https://www.malaysiakini.com/news/466184

Hina agama patut dihukum lebih berat - Guan Eng


MENTERI Kewangan, Lim Guan Eng. FOTO arkib NSTP





MENTERI Kewangan, Lim Guan Eng menyokong tindakan memasukkan kesalahan menyuntik kebencian dan penghinaan terhadap mana-mana agama dalam Kanun Keseksaan (Akta 574).

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, pindaan akta berkenaan yang bakal menyaksikan hukuman lebih berat menanti pesalah, selain mengetatkan beberapa proses pendakwaan, termasuk operasi prosedur standard (SOP) pembuktian di mahkamah adalah langkah tepat.

“Ia memang harus disokong supaya kita dapat pastikan kedudukan harmoni dan toleransi dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

“Penghinaan terhadap agama tidak boleh dianggap sebagai kebebasan bersuara. Kebebasan bersuara bukan sampai hina orang, cerca orang dan fitnah orang.

“Kebebasan bersuara adalah berdasarkan fakta, bukan fitnah,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian cek bernilai RM5 juta kepada Pengerusi Yayasan Restu, Datuk Abdul Latiff Mirasa bagi pengoperasian Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya, hari ini.

Pada 26 Februari lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, kesalahan menyuntik kebencian dan penghinaan terhadap mana-mana agama akan dimasukkan dalam Akta 574.

Mujahid berkata, pindaan terhadap Akta 574 itu secara dasarnya mendapat persetujuan dan akan dibentangkan ke Kabinet, sebelum usul pindaannya dibawa pada sidang Dewan Rakyat, bulan depan.

Katanya, pindaan akta berkenaan bakal menyaksikan hukuman lebih berat menanti pesalah, selain mengetatkan beberapa proses pendakwaan termasuk operasi prosedur standard (SOP) pembuktian di mahkamah.







sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/02/428221/hina-agama-patut-dihukum-lebih-berat-guan-eng






.

Polis minta pihak dakwa AG anti-Islam serah diri

Diterbitkan Hari ini 4:23 petang | Dikemaskini Hari ini 4:23 petang




Polis meminta pihak yang bertanggungjawab membuat dakwaan kononnya Peguam Negara Tommy Thomas bersikap anti-Islam seperti yang tular di media sosial supaya menyerah diri bagi membantu siasatan.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim turut meminta pihak lain yang berkongsi pautan dan menularkan isu tersebut di akaun media sosial masing-masing untuk melakukan perkara yang sama.

“Kes ini masih dalam siasatan dan kita akan tengok siapa yang bertanggungjawab membuat tuduhan ini dan akan ambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada.

“Sebab itu kita galak mereka serah diri memandangkan polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan (bagi kesalahan fitnah),” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai perkembangan kes itu di Alor Setar, hari ini.

Semalam, Tommy melalui dua pegawai khasnya, Amir Nasarudin dan Siti Rahayu Mumazaini dilaporkan membuat laporan polis berhubung dakwaan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya pada kira-kira 3.15 petang.


Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun juga dilaporkan mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima laporan itu dan polis telah memulakan siasatan.

Terdahulu, Noor Rashid menyampaikan pingat Jasa Pahlawan Negara Siri 2/2019 kepada 300 penerima di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini yang turut dihadiri Ketua Polis Kedah Datuk Abd Rahim Jaafar.

- Bernama

https://www.malaysiakini.com/news/466029

'Orang Islam tak perlu takut, Tommy Thomas orang baik'

Diterbitkan Hari ini 3:59 petang | Dikemaskini Hari ini 3:59 petang



Bekas presiden Badan Peguam Malaysia Sulaiman Abdullah mempertahankan Peguam Negara Tommy Thomas yang sedang berdepan serangan media sosial yang mendakwanya anti-Islam.

Sulaiman berkata beliau mengenali Thomas selama 30 tahun dan terperanjat dengan serangan sebegitu.

Katanya, Thomas ialah individu yang taat beragama, sering ke gereja dan takutkan tuhan.

“Beliau akan bangun menentang perkauman. Thomas ialah orang yang betul untuk tugas itu dan negara ini perlukannya sekarang.

“Kita perlukan semua penjawat awam yang baik sekarang,” kata Sulaiman kepada Malaysiakini.


Tommy Thomas

Peguam veteran itu juga berkata mengenali ibu Thomas yang menurutnya sentiasa menerapkan nilai-nilai baik terhadap anaknya.

Justeru, katanya, menyifatkan Thomas sebagai anti-Islam adalah karut.


“Orang Islam tak perlu takut padanya,” kata Sulaiman.

Pegawai khas Thomas semalam membuat laporan polis susulan serangan siber yang menuduh Thomas sebagai “rasis dan anti-Islam”.

Serangan itu dibuat selepas beberapa pemimpin Umno dan PAS mendakwa beliau tidak tegas menangani pihak yang didakwa menghina Islam.

https://www.malaysiakini.com/news/466025

DAP kutuk penghina agama

28 Februari 2019



Seorang warga emas, Wai Foo Sing, 68 hadir untuk mendengar dua pertuduhan berikutan tindakannya yang biadab serta kurang ajar dengan menghina Nabi Muhammad S.A.W pada 17 Februari lalu di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 27 FEBRUARI 2019

PUTRAJAYA – DAP menolak sebarang anasir yang berbentuk penghinaan terhadap agama di negara ini, termasuk Islam.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, parti itu sentiasa memberi kerjasama kepada kerajaan dan pihak berkuasa jika ada dalam kalangan ahli atau penyokongnya didapati bersalah menghina agama lain.

“Kita tidak pernah mendokong perbuatan seperti ini.

“Malah, kita turut mengecam jika ada individu tidak bertanggungjawab mencetuskan isu perkauman dengan menghina mana-mana agama yang dianuti oleh rakyat Malaysia,” katanya ketika ditanya wartawan selepas majlis penyerahan cek kepada Yayasan Restu di Kompleks Nasyrul Quran di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan seorang individu bernama Foo Sing Wai yang kini didakwa di mahkamah atas pertuduhan menghina Nabi Muhammad dan isteri Baginda, Saidatina Aisyah dalam akaun Facebooknya.

Sementara itu, dalam ucapannya, Guan Eng memberitahu, kerajaan Pakatan Harapan (PH) sentiasa menyokong program menyebar dan menegakkan syiar Islam.

Sebagai bukti, katanya, kementeriannya meluluskan peruntukan sebanyak RM5 juta kepada Yayasan Restu untuk pengurusan mencetak dan menyebar nashkah al-Quran untuk keperluan tempatan dan dunia.

“Saya harap Kompleks Nasyrul Quran ini dapat mencetak jumlah nashkah al-Quran mengikut yang ditetapkan,” katanya. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/blog/2019/02/28/dap-kutuk-penghina-agama/

Mujahid persoal demo bantah hina Nabi selepas kerajaan ambil tindakan

February 28, 2019 3:36 PM



BANGI: Mujahid Yusof Rawa mempersoalkan keperluan menganjurkan himpunan bantah penghinaan terhadap Nabi Muhammad selepas kerajaan bertindak terhadap pihak-pihak yang didakwa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri bimbang PAS menggunakan isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad untuk tujuan politik.

“Tindakan pantas telah kita buat dan sepatutnya mereka sokonglah, kenapa nak berhimpun?” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Pondok Kebangsaan 2019.

“Saja nak gembar-gemburkan (mereka) lebih mempertahankan Nabi daripada (orang) lain. Ini kita kata mereka tunggang agama untuk kepentingan politik.”

PAS dalam kenyataan berkata himpunan membantah penghinaan terhadap Nabi Muhammad akan diadakan di selurhu negara esok bagi mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap seorang pengguna Facebook, Foo Sing Wai.

Foo didakwa di Mahkamah Sesyen semalam atas 2 tuduhan menghina Nabi Muhammad dan isterinya, Aisha Abu Bakar dengan karikatur berunsur penghinaan di Facebook minggu lalu.

Pendakwaan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mujahid menepis dakwaan mengatakan kerajaan tidak bertindak terhadap individu-individu yang didakwa menghina Nabi Muhammad, menggesa semua pihak menghormati proses undang-undang.

“Sebagai orang Islam mana ada yang mahu memberi ruang kepada mana-mana pihak untuk menghina nabi.

“Kita syaki ada pihak nak kekalkan kebencian konon kita tak ambil tindakan bagi membuka ruang untuk buat himpunan besar-besaran membantah hina nabi,” katanya.

https://www.freemalaysiatoday.com/c...ah-hina-nabi-selepas-kerajaan-ambil-tindakan/

Lelaki mohon maaf, tarik balik tuduhan AG 'anti-Islam’

Diterbitkan Hari ini 12:03 tengahari | Dikemaskini Hari ini 12:03 tengahari



Seorang pengguna Facebook memohan maaf kepada Tommy Thomas kerana membuat hantaran berunsur fitnah di media sosial yang memaparkan peguam negara itu sebagai anti-Islam.

Lelaki, yang menggunakan nama Mohd Shahrizan, itu berkata hantaranya hanya dimuatnaikkan selama enam minit.

Permohonan maaf itu dibuat hanya beberapa jam selepas peguam negara, semalam mengarahkan laporan polis dibuat berhubung pelbagai tuduhan mengaitkannya dengan sikap anti-Islam beredar di media sosial.

Shahrizan semalam berkata beliau mahu memohon maaf kepada Thomas selepas mengetahui bahawa mesej yang dikongsi di akaun media sosialnya adalah tidak benar.

“Saya, adalah pemilik akaun ‘Mohd Shahrizan’ dan melalui satu kenyataan yang dimuat naik oleh saya pada 27 Februari lalu dengan ini memohon maaf secara terbuka dan menyesali kenyataan yang didakwa dibuat oleh peguam negara dan berbunyi sebagaimana berikut, ‘Penghina Nabi dan Islam bukan penjenayah, mereka berhak lontarkan pandangan’.

“Saya telah difahamkan bahawa kenyataan yang telah tular tersebut adalah tidak benar sama sekali dan kenyataan tersebut juga merupakan satu kenyataan berunsur fitnah kepada peguam negara yang boleh menjejaskan reputasi dan nama baik pihak peguam negara sendiri.

“Saya sedar bahawa saya sepatutnya mengambil langkah berhati-hati dalam memastikan segala maklumat adalah adalah tepat dan benar sebelum memuat naik kenyataan tersebut bagi mengelakkan sebarang fitnah atau sebarang isu berbangkit yang lain,” katanya.

Mohd Shahrizan mendakwa bahawa dia tidak dapat mengawal kemarahannya dan sangat beremosi semasa memuat naik kenyataannya itu susulan hantaran di Facebook oleh seorang warga emas yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW dan Sayyidatina Aisyah RA.

“Saya berharap agar pihak tuan berlapang dada untuk memaafkan kesalahan saya. Saya juga telah insaf dan berjanji untuk tidak akan mengulangi kesalahan ini lagi.

“Saya juga telah memadam kenyataan tersebut setelah enam minit ia dimuat naik dengan segera setelah menyedari kesahihannya. Saya memohon supaya tiada sebarang tindakan lanjut akan dikenakan ke atas saya selepas permohonan maaf ini dikeluarkan,” katanya.


Malaysiakini difahamkan oleh sumber di Jabatan Peguam Negara (AGC) bahawa laporan polis Thomas tidak berkaitan dengan hantaran Shahrizan.

Dilaporkan bahawa pegawai khas Thomas membuat laporan polis di ibu pejabat polis Putrajaya kira-kira jam 3.15 petang semalam.

Laporan itu dibuat berikutan tuduhan dari pemimpin Umno dan PAS bahawa AGC tidak tegas dengan mereka yang dituduh menghina Islam.

https://www.malaysiakini.com/news/465986

Apek bermalam di penjara


Wai Foo Sing, 68, diiringi anggota polis selepas didakwa melakukan kesalahan menghina Nabi Muhammad di laman sosial Facebook, bertempat di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE/AMIN FARIJ HASAN

KUALA LUMPUR 27 Feb. - Lelaki warga emas yang didakwa atas pertuduhan mengina Rasulullah, Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Saiditina Aishah terpaksa bermalam di Penjara Sungai Buloh malam ini.

Ia berikutan kegagalan penjamin lelaki itu, Wai Foo Sing, 68, membayar jamin sebanyak RM20,000 sebagaimana yang ditetapkan oleh Mahkamah Sesyen di sini pagi tadi.

Foo Sing perlu bermalam di penjara sehingga sehingga jumlah ikat jamin tersebut diselesaikan.

Terdahulu, warga emas itu tidak mengaku bersalah atas pertuduhan didakwa memuat naik karikatur yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda di Facebook miliknya atas nama Foo Sing Wai, pada 5 petang, 17 Februari lalu.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 298 A(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun.

Dia juga didakwa atas pertuduhan, memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada masa dan tarikh yang sama.

Bagi pertuduhan ini, Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Asyraf Md. Kamal mengemukakan dakwaan mengikut mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda RM50,000 atau penjara setahun.

Hakim M. M. Edwin Paramjothy menetapkan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan.

Mahkamah juga menetapkan 5 April ini untuk sebutan semula.


http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/warga-emas-hina-nabi-bermalam-di-penjara-1.850026

Thomas adukan mesej palsu anti-Islam pada polis

Diterbitkan Hari ini 3:58 petang | Dikemaskini Hari ini 3:58 petang



Peguam Negara Tommy Thomas hari ini membuat laporan polis selepas pelbagai tuduhan mengaitkannya dengan sikap anti-Islam beredar di media sosial.

Difahamkan seorang pegawai Jabatan Peguam Negara tiba di balai polis di Putrajaya untuk membuat aduan berkenaan bagi pihak Thomas kira-kira jam 3.15 petang tadi.

Dihubungi kemudian, Thomas mengesahkan beliau membuat laporan berhubung tuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Katanya, ada pelbagai mesej beredar di media sosial yang menuduhnya tidak senang kepada Islam.

"Ini sama sekali tidak benar. Justeru saya membuat laporan kepada polis agar hal ini boleh disiasat," katanya kepada Malaysiakini.

Untuk rekod selain mesej yang tidak diketahui asal-usulnya diedar melalui media sosial, beberapa pihak juga memainkan sentimen mengenai latar belakang Thomas sebagai peguam negara.

Misalnya beberapa pemimpin Umno dan PAS mendakwa Jabatan Peguam Negara tidak tegas terhadap pihak yang menghina Islam.

Ia berlaku ketika beberapa individu didapati membuat kenyataan yang menyentuh sensitiviti Islam, termasuk menghina Nabi Muhammad.

Pagi tadi seorang lelaki, Wai Foo Sin, 68, dihadapkan ke mahkamah sesyen Kuala Lumpur atas dua tuduhan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 298A(1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyiarkan kandungan jelik pada 17 Feb lalu di akaun Facebooknya.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjarakan sehingga lima tahun bagi setiap kesalahan dan didenda RM50,000 mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia.


Wai mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Semalam seorang lagi lelaki, A Taneson, 22, didakwa di mahkamah Shah Alam atas tuduhan sama.

https://www.malaysiakini.com/news/465859

Himpunan Bantah Hina Nabi di seluruh negara



KUALA TERENGGANU 27 Feb. - Himpunan Bantah Hina Nabi SAW akan diadakan di seluruh negara pada Jumaat ini bagi mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun Facebook bernama Foo Sing Wai.


Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas, Hishamuddin Abdul Karim berkata, pihaknya kesal isu yang meragut ketenangan dan mencetuskan kemarahan umat Islam itu tidak ditangani sewajarnya apabila suspek dibebaskan dengan jaminan polis.

Beliau sekali gus mempersoalkan adakah individu berkenaan dilepaskan oleh arahan atau pengaruh desakan politik tertentu berikutan tiada sebarang penjelasan konkrit oleh pihak berkuasa hingga kini.

"Persepsi awam sedang merebak dengan perasaan sangsi ekoran individu yang menghina Rasulullah SAW telah dibebaskan dengan jaminan polis pada hari ketiga dia direman walhal isu ini sangat sensitif.

"Atas kekesalan yang berlaku dan menuntut kedurjanaan ini ditangani sewajarnya, umat Islam akan menunjukkan solidariti menerusi bantahan aman selepas Solat Jumaat (lusa) seluruh negara dengan dipimpin sayap Pemuda," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hishamuddin khuatir sekiranya berlaku tindak balas luar kawalan dalam isu tersebut tentunya akan menggugat ketenteraman awam justeru, pihak berkuasa digesa bertindak secara profesional serta bebas daripada campur tangan politik.

Dalam pada itu, beliau menarik perhatian sikap celupar, kurang ajar dan biadab segelintir individu yang menghina institusi Islam dan Nabi Muhammad SAW dilihat semakin berleluasa bahkan, dengan berani dilakukan di era Malaysia Baharu yang diterajui kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Katanya, keangkuhan dan kerakusan yang dibayangi DAP mengusik banyak terma asas tonggak negara termasuk peruntukan Perlembagaan Persekutuan terhadap kedudukan dan hak berkaitan Islam, Melayu dan Bumiputera yang turut cuba dirombak.

"Pelakuan mencerca atau menghina agama, negara, bangsa hatta individu sekali pun adalah tindakan melampau serta ekstrem kerana ia umpama menembak langsung ke jantung hati.

"Ia bukan sekadar boleh mengakibatkan pergaduhan atau rusuhan malah, api peperangan bersenjata. Demikian bahaya sewenangnya dicetuskan itu, maka pelaku dalam isu ini mesti ditangani secara serius," katanya.


http://www.utusan.com.my/berita/pol...-seluruh-negara-selepas-solat-jumaat-1.849789

A.Mahkamah Majistret Shah Alam
Coram:
Majistret Rini Triany Muhamad Ali
Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fairuz Johari
Peguam K Vasudevan Appu yang mewakili tertuduh-A Taneson, 22

Pertuduhan:
-tertuduh didakwa memuat naik ayat menghina Nabi Muhammad melalui akaun Facebook miliknya iaitu 'Sarkat Tanesan'.
-Tindakan itu boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan, perasaan permusuhan, benci membenci atau niat jahat atas alasan agama antara kumpulan beragama Islam dengan kumpulan bukan beragama Islam di seluruh negara.
-di Jalan Cekak Musang 10/2, Seksyen 10, Shah Alam, Selangor.

Kes didakwa mengikut Seksyen 298A (1)(a) Kanun Keseksaan

Tertuduh mengaku tak bersalah, mohon bicara


Mahkamah
- jaminan RM8,000 serta seorang penjamin, selain perlu melaporkan diri dua minggu sekali di balai polis berdekatan sehingga kes selesai.
-Sebutan akan datang: 5/4/2019



B.Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur
Coram:
Hakim M Edwin Paramjothy
Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Asyraf Md Kamal
Tertuduh-Wai Foo Sing, 68

Pertuduhan
1.didakwa menggunakan laman Facebook “Foo Sing Wai” memuat naik karikatur berunsur penghinaan, di mana tindakan itu berkemungkinan menyebabkan suasana tidak harmoni di antara kumpulan beragama Islam dan bukan Islam di seluruh negara,
-di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bukit Aman, Tingkat 27, Menara KPJ, di sini, jam 5 petang, pada 17 Februari lalu.
-didakwa mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan

2.didakwa menggunakan laman Facebook yang sama, membuat dan memulakan komunikasi jelik dengan niat menyakitkan hati orang lain, di tempat, masa dan tarikh sama.
-mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998(Akta 588)

Mahkamah
-tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan
-menetapkan 5 April ini untuk sebutan semula kes

Apek tak mengaku hina Nabi



KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dua tuduhan menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri Baginda, Saidatina Aishah dengan memuat naik karikatur berunsur penghinaan di laman akaun Facebook miliknya, minggu lalu.


Wai Foo Sing, 68, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa dalam bahasa Inggeris di hadapan Hakim M Edwin Paramjothy.

Tertuduh yang hadir ke mahkamah seorang diri memakai kemeja-T kuning dan seluar hitam, dilihat tenang dan hanya mendiamkan diri sepanjang prosiding yang bermula kira-kira jam 10.35 pagi.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Foo Sing didakwa menggunakan laman Facebook “Foo Sing Wai” memuat naik karikatur berunsur penghinaan, di mana tindakan itu berkemungkinan menyebabkan suasana tidak harmoni di antara kumpulan beragama Islam dan bukan Islam di seluruh negara, yang dibaca jam 12 tengah hari pada 18 Februari lalu.

Dia dituduh melakukan kesalahan kesalahan itu Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bukit Aman, Tingkat 27, Menara KPJ, di sini, jam 5 petang, pada 17 Februari lalu.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Foo Sing didakwa menggunakan laman Facebook yang sama, membuat dan memulakan komunikasi jelik dengan niat menyakitkan hati orang lain, di tempat, masa dan tarikh sama.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998(Akta 588), yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Asyraf Md Kamal tidak menawarkan sebarang jaminan namun sekiranya mahkamah membenarkan ikat jamin pihaknya mencadangkan jumlah RM30,000 dengan seorang penjamin dengan alasan pertuduhan itu membabitkan kesalahan serius.

“Kes ini juga mendapat perhatian masyarakat awam, kadar jaminan yang rendah dibimbangi boleh menjejaskan pandangan masyarakat terhadap badan kehakiman dan menjamin kehadiran tertuduh pada setiap perbicaraan.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili pegum dalam rayuannya memohon dikenakan ikat jamin rendah dengan alasan sudah berusia dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

“Anak lelaki saya akan datang untuk membayar jamin, namun saya tidak tahu berapa jumlah wang yang dibawa,” katanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 April ini untuk sebutan semula kes.

Minggu lalu media melaporkan, seorang lelaki yang menggunakan nama Facebook Foo Sin Wai ditahan kerana menghina Nabi Muhammad SAW menerusi Facebook dibebaskan dengan jaminan polis selepas tiga hari ditahan.

Lelaki itu sebelum ini mencetuskan kemarahan umat Islam selepas memuat naik karikatur menghina perkahwinan Nabi Muhammad SAW dan isteri Baginda, Saidatina Aishah.


https://www.bharian.com.my/berita/k...uduhan-muat-naik-karikatur-hina-nabi-muhammad

Desak Sally Yen disiasat


Muhammad Saifullah Ali (empat kiri) bersama penyokongnya tampil membuat aduan polis di IPD Pasir Puteh, Kelantan, hari ini.-UTUSAN ONLINE

PASIR PUTEH 26 Feb. - Enam laporan polis berhubung penghinaan ke atas Nabi Muhammad SAW dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh, dekat sini, hari ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Puteh, Muhammad Saifullah Ali berkata, pihaknya mendesak agar seorang wanita yang dikenali sebagai Sally Yen disiasat secepat mungkin kerana mencetuskan provokasi serta menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

Menurutnya, penulis akaun facebook itu wajib dibawa ke muka pengadilan kerana menghina kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

"Hari ini, saya sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Putih terpanggil untuk membangkitkan solidariti sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W supaya baginda tidak sewenang-wenangnya dihina dengan perkataan yang jelik.

" Adalah tanggunjawab kami sebagai umat Islam yang sanggup bergadai nyawa demi kesucian Islam perlu bangkit dan mempertahankan maruah agama," katanya ketika ditemui pada perhimpunan aman seramai 50 anggota pemuda yang mewakili pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) di luar IPD Pasir Puteh, hari ini.

Muhammad Saifullah berkata, umat Islam di negara ini perlu bangkit
menentang sebarang provokasi yang menyentuh agama kerana ia sering dilakukan sejak kebelakangan ini.

"Jangan cetuskan kemarahan umat Islam yang boleh meretakkan keharmonian sedia ada. Kami desak agar pihak polis membuka kertas siasatan dibawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara mandatori sehingga lima tahun,” katanya.

Malah, tambahnya, Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia turut boleh diguna pakai untuk siasatan kes ini.


http://www.utusan.com.my/berita/terkini/desak-sally-yen-disiasat-hina-nabi-muhammad-saw-1.849594

Apek hina Nabi didakwa esok



KUALA LUMPUR 26 Feb. - Seorang warga emas yang disyaki menghina Nabi Muhammad SAW menerusi laman sosial Facebook akan didakwa di mahkamah di sini esok.


Sumber yang boleh dipercayai dari Jabatan Peguam Negara memaklumkan lelaki berusia 68 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Sebelum ini, media melaporkan suspek ditahan pada 19 Februari lalu di rumahnya di Mentakab, Pahang, sebelum direman tiga hari bagi membantu siasatan kes menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Saidatina Aisyah, melalui Facebook.


http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/lelaki-hina-nabi-didakwa-esok-1.849172

Cadang pinda akta Kanun Keseksaan untuk hukum penghina agama

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof akan mencadangkan pindaan pada akta Kanun Keseksaan bagi memastikan hukuman setimpal dikenakan ke atas penghina agama.


Katanya, beliau akan mencadangkan perkara itu pada sesi persidangan Parlimen Mac ini untuk mendapatkan kelulusan daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat (Speaker) untuk dimasukkan dalam kertas cadangan.

“Ya, Mac ini di sesi Parlimen, saya akan kemukakan cadangan ini dan kita akan tunggu giliranlah bila ianya dapat dibentangkan.

“Tujuannya adalah kita mahu memastikan penghina agama ini mendapat hukuman yang sama berat dengan kes jenayah,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Standard Penarafan Masjid di Wilayah Persekutuan dan Penyampaian Watikah Jawatankuasa Kariah Masjid dan Surai Jumaat Sesi 2018-2020 di Dewan Serbaguna Majis Wilayah di sini, hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr. Mujahid berkata, beliau dan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak boleh menerima penghina Nabi Muhammad dan agama Islam dan akan pertahankan junjungan besar itu.

“Jangan main dengan isu Nabi. Jangan main dengan api. Sesiapa yang hina Nabi ibarat menghina umat Islam,” tegas beliau.

Mengenai penghina agama yang baharu tular dan melibatkan perempuan bukan Cina, beliau berkata, apa yang ditular itu adalah kes tahun 2013 yang telah selesai dan penghinanya telah dijatuhkan hukuman.

Katanya, pihak tertentu sengaja membangkitkan semula di laman sosial seolah ia kes baharu dan akhirnya beliau serta kerajaan PH mendapat kecaman masyarakat kerana kononnya tidak bertindak tegas.

Berhubung ugutan pihak tertentu untuk mengadakan perhimpunan bagi membantah tindakan polis membebaskan penghina Nabi Muhammad yang bernama Foo Sing Wai, beliau menjelaskan, kumpulan itu mempunyai tujuan politik.

“Saya sudah jelaskan dengan tegas, saya tidak boleh menerima penghinaan Islam, Kalau ada kes seumpama itu, saya mahu penghina terbabit cepat-cepat ditangkap, didakwa dan dijatuhkan hukuman.

“Jangan sembang hanya kamu sahaja yang pertahankan Islam, saya dan kerajaan PH juga mempertahankannya,” katanya.

Dr. Mujahid berkata, segala tohmahan terhadap dirinya termasuk tuduhan mengatakan beliau tidak bertindak dan bertanyakan dirinya di mana, akan dijawab dengan tenang menerusi akaun rasmi Facebooknya. – MalaysiaGazette


Demo besar-besaran jika Tommy gagal dakwa penghina Nabi

SEMENYIH – UMNO dan Pas memberikan tempoh dua minggu kepada Peguam Negara, Tommy Thomas supaya mengheret individu yang dipercayai menghina Nabi Muhammad secara terbuka ke mahkamah.


Menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyaf Wajdi Dusuki, gabungan parti itu merancang untuk mengadakan demonstrasi aman secara besar-besaran sekiranya pendakwaan ke atas individu itu tidak dibuat oleh Tommy.

“Pemuda UMNO dan Pas bertegas sekiranya perkara ini dilambat-lambatkan, kita tidak ada pilihan, melainkan menzahirkan kebimbangan dan kemarahan kita kerana penghinaan terhadap Nabi kita amat besar.

“Ini bukan sentimen peribadi tapi lebih kepada sentimen agama secara keseluruhan, jadi kita kena zahirkan sesuatu yang melibatkan kepentingan bersama.

“Kita beri tempoh seminggu dua lagi, sekiranya masih tidak ada apa-apa, kita akan bertindak,” katanya kepada media selepas berucap dalam program Ceramah Umum di Pusat Daerah Mengundi Semenyih Selatan.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Fuzi Harun yang berkata beberapa individu telah ditahan bagi membantu siasatan kes penghinaan ke atas agama Islam.

Semalam, seorang lagi individu direman tiga hari yang menggunakan nama Sarkar Tanesan di Facebook atas dakwaan tersebut.

Sehingga 491 laporan polis telah dibuat oleh individu-individu di seluruh negara berhubung kes penghinaan terhadap Nabi Muhammad dan Saidatina Aisyah ang tular di Internet baru-baru ini.

Sehubungan, Asyraf berkata, sekiranya pihak Peguam Negara tidak diheret ke mahkamah, gabungan itu tidak akan teragak-agak membuat demonstrasi di hadapan pejabat Tommy Thomas.

“Bila individu itu akan dituduh di mahkamah? Kita tidak mahu perkara ini dibiarkan sahaja.

“Kita akan turun ke Putrajaya pergi ke pejabat Peguam Negara kerana ini melihatkan sentimen umat Islam, jadi jangan diperkotak-katikkan.

“Sebaik sahaja tiada respons daripada Peguam Negara, maka kita akan kumpulkan orang-orang kita,” katanya lagi.

UMNO dan Pas sebelum ini bekerjasama mengadakan demonstrasi aman di Dataran Merdeka bagi menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), Disember tahun lalu. -MalaysiaGazette


Pemilik akaun Sarkat Tanesan didakwa


A Taneson dihadapkan di mahkamah diatas kesalahan menghina Nabi Muhammad melalui akaun Facebook miliknya di Mahkamah Majistiret, Shah Alam. - Foto Intan Nur Elliana Zakaria

SHAH ALAM: Seorang operator kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan menghina Nabi Muhammad melalui akaun Facebook miliknya Selasa lalu

Tertuduh, A Taneson, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Rini Triany Muhamad Ali.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memuat naik ayat menghina Nabi Muhammad melalui akaun Facebook miliknya iaitu 'Sarkat Tanesan'.

Tindakan itu boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan, perasaan permusuhan, benci membenci atau niat jahat atas alasan agama antara kumpulan beragama Islam dengan kumpulan bukan beragama Islam di seluruh negara.

Tertuduh melakukan kesalahan itu di Jalan Cekak Musang 10/2, Seksyen 10, Shah Alam, Selangor.

Kes didakwa mengikut Seksyen 298A (1)(a) Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 298A (1) kanun yang sama dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih lima tahun.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fairuz Johari, memohon mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana kesalahan mengikut seksyen itu tidak boleh diikat jamin.

Peguam K Vasudevan Appu yang mewakili tertuduh, memohon mahkamah menggunakan budi bicara dengan alasan anak guamnya pernah menjalani rawatan pesakit mental di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

"Selain itu, anak guam saya juga hanya bekerja sebagai operator kilang dengan pendapatan RM1,500 sebulan," katanya.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM8,000 serta seorang penjamin, selain perlu melaporkan diri dua minggu sekali di balai polis berdekatan sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 5 April ini.


https://www.bharian.com.my/berita/k...rator-kilang-hina-nabi-dihadapkan-ke-mahkamah

Hina Islam, mana agamawan, mufti?


[Umat Islam di Ipoh, Perak semalam berhimpun menyatakan ketidakpuasan hati mereka apabila penghina Nabi Muhammad dibebaskan dengan jaminan polis]

KUALA LUMPUR – Orang ramai tertanya-tanya ke mana menghilangnya para agamawan dan mufti ketika agama dipijak oleh bukan Islam yang semakin galak mempersenda dan menghina junjungan besar Nabi Muhammad.

Ketika ini hanya badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang bangkit membantah perbuatan biadab segelintir masyarakat bukan Islam terhadap Islam.

Seorang netizen, Aaron Saiful menyatakan rasa kecewa terhadap agamawan dan mufti termasuk pendokong parti politik yang mendakwa memperjuangkan Islam, tetapi pada masa sama menyepi daripada menyuarakan bantahan.

Katanya, golongan itu sepatutnya berada di depan dan bersama umat Islam bangkit menyatakan rasa marah dan kesal dengan perbuatan penghina agama.

“Malangnya, sehingga kini tidak kedengaran suara-suara mereka. Adakah menghina Islam, Allah dan para Nabi tidak salah?” soal beliai menerusi ciapan Twitternya hari ini.

Sekurang-kurangnya tiga pemilik akaun laman sosial Facebook telah secara terang-terangan memuatnaik kenyataan berunsur penghinaan terhadap umat Islam.

Bagaimanapun, tidak ada tindakan tegas diambil pihak berkuasa untuk mendakwa mereka ke muka pengadilan, melainkan menahannya bagi tempoh singkat dan dibebaskan dengan jaminan polis.

Namun, tidak ada pendakwaan dilakukan ke atas penghina agama ini, termasuk yang terbaharu pemilik akaun Facebook bernama Foo Sing Wai.

Antara yang lantang membantah tindakan polis itu ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO, Pas dan individu yang cintakan Islam.

Sedangkan, mufti serta pendokong parti lain termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih berdiam diri.

Ini mungkin disebabkan penghina Nabi Muhammad itu adalah aktivitis BERSIH yang terlibat bersama Pakatan Harapan (PH) untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN). – MalaysiaGazette

Polis buka 3 kertas siasatan hina Nabi Muhammad S.A.W



KUALA LUMPUR – Polis telah membuka 3 kertas siasatan berhubung kes penghinaan ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan isteri baginda, Siti Aisyah menerusi kata-kata dan infografik.

1.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, sebanyak 478 laporan polis telah diterima berhubung kes penghinaan agama Islam itu oleh pemilik akaun Facebook Foo Sing Wai setakat pukul 9 pagi hari ini.

“Suspek berusia 68 tahun telah ditangkap pada 19 Februari 2019 dan direman selama 3 hari mulai 20 Februari hingga 22 Februari 2019.

“Atas faktor umur dan komplikasi kesihatan, suspek telah dibebaskan pada 22 Februari 2019 dengan diberi jamin polis,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Mohamad Fuzi, kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.

2.
Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 11 laporan polis dibuat berhubung kata-kata hinaan yang dibuat pemilik akaun Sarkar Tanesan terhadap Nabi Muhammad S.A.W dan umat Islam.

Menurutnya, suspek yang berusia 21 tahun telah ditahan pada 21 Februari lalu dan tahanan reman beliau dilanjutkan sehingga esok untuk siasatan lanjut.

3.
Dalam pada itu, Mohamad Fuzi berkata, sebanyak 16 laporan polis diterima berikutan komen jelek pemilik akaun Facebook, Sally Yen terhadap Nabi Muhammad S.A.W dan agama Islam yang dibuat dalam posting pada 2013.

“Kes diklasifikasikan sebagai NFA (tiada tindakan lanjut) oleh pihak pendakwa raya kerana pemilik akaun tidak dapat dikenalpasti setelah dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk pengesahan,” ujar beliau.

Tambah Ketua Polis Negara, siasatan sedang dijalankan untuk mengenalpasti Sally dan pihak yang menularkan semula hantaran berkenaan.

Beliau berkata, sebanyak 2 laporan polis juga diibuat berhubung kes itu setakat 9 pagi ini.

Mohamad Fuzi berkata, ketiga-tiga kes disiasat di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/blog/2019/02/24/polis-buka-3-kertas-siasatan-hina-nabi-muhammad-s-a-w/

Dibebaskan Dengan Jaminan Polis, Hina Nabi

23.02.2019 -Kuala Lumpur, Lelaki yang ditahan kerana menghina Nabi Muhammad SAW menerusi Facebook, Rabu lalu, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Difahamkan lelaki berusia 68 tahun itu dibebaskan sebaik tempoh reman tiga hari dikenakan terhadapnya tamat hari ini.

Perkara itu disahkan Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Urusetia Ketua Polis Negara (KPN) Datuk Asmawati Ahmad ketika dihubungi, hari ini.

“Lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis pada jam 11 pagi tadi,” katanya.

Terdahulu, suspek terbabit ditahan di rumahnya di Mentakab, Temerloh, Pahang, Selasa lalu.

Suspek direman selama tiga hari bermula 20 Februari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.

Pada 18 Februari lalu, dia memuat naik gambar karikatur berunsur penghinaan ke atas Nabi Muhammad SAW dan isteri, Saidatina Aisyah sebelum tular di media sosial.

Gambar itu ditulis dengan perkataan Muhammad pada lelaki dewasa dan kanak-kanak berusia enam tahun sebagai Aisyah.

Penularan status berkenaan mengundang kemarahan dan rasa tidak senang umat Islam.



Berita asal https://www.hmetro.com.my/utama/2019/02/425996/lelaki-hina-nabi-dibebaskan-dengan-jaminan-polis

Last edited:
Sponsored Post

are_mer

Active Member
Joined
Oct 1, 2010
Messages
1,258
Reaction score
6
Points
25
erm...tak lama bebas la...malaysia skrg nie
 

syamsoulcc

Super Active Member
Joined
Apr 30, 2014
Messages
9,668
Reaction score
2,218
Points
151
bab2 sensitiviti agama, patut kena tindakan...

tak kira apa agama...

Malaysia adalah tempat yg berbilang kaum dan agama, so "org2 yg tak hormat agama orang lain" tak sesuai tinggal di Malaysia..
 
Last edited:

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,520
Reaction score
3,678
Points
236
^^perkara remeh je ni, ada Lord Ganesha pada kain dalam, kalimah Allah atas selipar, salib di bangunan .. perkara ni mmg xboleh berhenti, jadi jangan salahkan pemerintah, ubah mentaliti sendiri daripada tuding jari pada orang lain :D
 

akecema

CG Top Poster Club
Joined
Jan 26, 2007
Messages
20,963
Reaction score
1,922
Points
206
harap polis ada translator
atau pinjam dap punya alat penterjemah
 

tokputih

CG Top Poster Club
Joined
Apr 24, 2008
Messages
27,196
Reaction score
823
Points
176
patut hukuman yang dibverikan mesti maksimum termasuk penjara
 

En Fahmie Redone

Fun Poster
Joined
Jan 20, 2014
Messages
770
Reaction score
58
Points
20
member bangsa cina pon rasa malu dgn apek tua ni. risau dia ramai melayu dah kurang senang hati dengan bangsa dia..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register