BTC USD 27,152.0 Gold USD 1,948.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini Perlaksanaan Sistem Tol-Terbuka Lebuhraya

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
43,638
Joined
Nov 23, 2012
Messages
43,638
Reaction score
5,300
Points
516
Awards
1
21.03.2023 - Kuala Lumpur, Empat lebuh raya tidak lama lagi akan melaksanakan sistem pembayaran terbuka untuk tolnya selewat-lewatnya pada September 2023, umum Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi. Ini bermakna selain menggunakan Touch ‘n Go (TnG), pengguna akan dibenarkan membayar tol di lebuh raya tersebut menggunakan kad debit atau kredit mereka. Empat lebuh raya itu ialah Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya Pantai Baru, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumput dan Lebuhraya Koridor Guthrie.

"Pelaksanaan open payment system (sistem bayaran terbuka) ini adalah antara inisiatif awal sebagai peralihan ke arah sistem kutipan tol tanpa henti di lebuh raya (Multi-Lane Fast Flow - MLFF) yang sedang giat diusahakan,” kata Alexander pada satu kenyataan hari ini.

Ini selepas Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata pada 19 Mac bahawa kerajaan akan meneliti monopoli TnG ke atas kutipan tol lebuh raya kerana tidak ada perkembangan atau kemajuan yang meyakinkan dengan sistem itu. Alexander berkata usaha menangani monopoli itu telah dimulakan tahun lepas dan ia menjadi tumpuan utamanya sejak dia diberi portfolio Kementerian Kerja Raya.

"Sejak awal tahun ini, saya sudah mengarahkan perancangan serta perbincangan bersama pihak-pihak terlibat serta syarikat konsesi lebuh raya diadakan bagi mengorak langkah ke arah pelaksanaan open payment system. Saya juga telah turut serta di dalam pelbagai perbincangan yang diadakan," katanya menjelaskan ini membawa kepada pengumuman sistem pembayaran terbuka ini.

Menteri itu juga mengumumkan bahawa bukti konsep (POC) MLFF akan dilaksanakan sebelum penghujung Oktober tahun ini untuk menilai sistem itu sebelum ia dilancarkan ke semua lebuh raya di Malaysia. Buat masa ini, lokasi untuk POC masih dalam rundingan dan akan dimuktamadkan tidak lama lagi, katanya. Pelancaran penuh untuk MLFF dijangka dilakukan secara berperingkat selewat-lewatnya pada suku ketiga 2024.

"Melalui pelaksanaan MLFF, open payment system akan dilaksanakan bagi kutipan tol bagi kesemua lebuh raya di Malaysia dan akan membuka peluang kepada lebih ramai pihak pemberi kemudahan eWallet untuk tutur serta dan tiada lagi monopoli oleh pihak Touch N Go. Dengan itu persaingan sihat akan wujud di antara pemain industri yang akan membuka lebih banyak pilhan kepada pengguna lebuh raya untuk membuat pembayaran tol sekaligus memberikan kemudahan kepada mereka,” kata Alexander berharap akan mendapat kerjasama semua pihak dan memberi manfaat yang menyeluruh kepada semua terutamanya pengguna lebuh raya.​

1679413080128.png
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
43,638
Joined
Nov 23, 2012
Messages
43,638
Reaction score
5,300
Points
516
Awards
1
Berita Sebelum ..

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
43,638
Joined
Nov 23, 2012
Messages
43,638
Reaction score
5,300
Points
516
Awards
1
Tiga Kementerian Kerjasama Untuk Sistem Pembayaran Tol Terbuka Lebuh Raya

23.03.2023 - Kuala Lumpur, Tiga kementerian akan berbincang dan berganding bahu dalam rancangan mengintegrasikan sistem pembayaran terbuka di lebuh raya dalam negara. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Salahuddin Ayub berkata kementeriannya (KPDN) telah bersetuju mengadakan sesi libat urus dengan Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk meluaskan sistem pembayaran terbuka kepada Lebuhraya Utara-Selatan (Plus).

"Libat urus ini berterusan, terutamanya dengan pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) supaya semua lebuh raya menggunakan sistem terbuka, dengan itu cara pembayaran biasa seperti kad debit dan kredit boleh juga digunakan," katanya dalam sidang media selepas melancarkan kempen Jualan Rahmah Hari Raya 99 Speed Mart di Kuala Lumpur hari ini.

Salahuddin berkata dia menerima maklumat bahawa sudah ada pemain industri sedia menawarkan sistem berkenaan, yang akan membolehkan pengguna lebuh raya memilih sistem pembayaran semasa di lebuh raya nanti. Sebelum ini, Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi dilaporkan berkata lebuh raya yang akan melaksanakan sistem pembayaran terbuka selewat-lewatnya September ini ialah Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya Baru Pantai, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, Lebuhraya Koridor Guthrie dan Jambatan Pulau Pinang. Sementara itu, menyentuh isu monopoli Touch N Go dalam pengangkutan dan jalan raya, Salahuddin berkata usaha mengintegrasi sistem pembayaran terbuka itu bukan bermakna kerajaan mengambil tindakan terhadap syarikat berkenaan.

"Perkara ini perlu jelas, bahawa kita tidak ambil tindakan terhadap Touch N Go, mereka boleh terus beroperasi. Kerajaan tidak zalim menghentikan terus operasi mereka," katanya.

Terdahulu Saifuddin melancarkan kempen Jualan Rahmah Hari Raya 99 Speed Mart di bawah inisiatif Payung Rahmah yang berlangsung selama sebulan bermula hari ini hingga 22 April depan di 2,300 cawangan 99 Speed Mart seluruh negara. Dia berkata jualan itu melibatkan 150 produk pelbagai barangan keperluan asas, pada harga yang lebih rendah sehingga 40 peratus berbanding harga jualan murah sedia ada.

"KPDN berharap usaha seumpama ini mampu menarik perhatian rakyat khususnya pengguna untuk mendapatkan barangan dengan harga yang murah dan berpatutan tetapi berkualiti, seiring dengan jenama produk yang ditawarkan sempena bulan berpuasa ini," katanya.​

1679622920824.png
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
43,638
Joined
Nov 23, 2012
Messages
43,638
Reaction score
5,300
Points
516
Awards
1
LLM, Syarikat Konsesi Lebuh Raya Kerjasama Laksana Sistem Bayaran Tol Terbuka

29.03.2023 - Kuala Lumpur, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) akan bekerjasama dengan syarikat-syarikat konsesi lebuh raya untuk melancarkan pelaksanaan sistem pembayaran tol secara terbuka. LLM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelaksanaan itu akan mengambil kira keseluruhan persekitaran sistem tol sedia ada.

“Pelaksanaan sistem pembayaran tol secara terbuka ini juga adalah inisiatif awal bagi peralihan ke arah sistem Multi Lane Fast Flow (MLFF) yang giat diusahakan ketika ini. Ini merupakan langkah yang tepat dalam usaha kerajaan memberi pilihan serta kemudahan kepada pengguna bagi tujuan pembayaran tol di lebuh raya,” menurut kenyataan itu.

LLM turut berharap pengguna lebuh raya memberikan komitmen dan sokongan berterusan untuk penambahbaikan pengoperasian lebuh raya bertol dan sentiasa mengalu-alukan pandangan daripada mereka.​

1680056854072.png
 
Last edited:

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
43,638
Joined
Nov 23, 2012
Messages
43,638
Reaction score
5,300
Points
516
Awards
1
Boleh Bayar Tol Guna Kad Debit, Kredit Di Lima Lagi Lebuh Raya - Nanta

29.03.2023 - Kuala Lumpur, Lima lagi lebuh raya bersetuju untuk mengambil bahagian dalam pelaksanaan sistem pembayaran terbuka tol yang akan dimulakan pada pertengahan September ini.Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata persetujuan baharu itu melibatkan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Skim Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Terowong Smart dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX).

“Seperti yang pernah saya maklumkan sebelum ini, sistem pembayaran terbuka ini akan dilaksanakan secara berfasa melibatkan pelbagai syarikat konsesi lebuh raya. Rundingan seumpama ini merupakan usaha berterusan kementerian dan perlu diadakan bagi memastikan pelaksanaan sistem Multi Lane Fast Flow (MLFF) dapat dijayakan,” katanya menerusi Facebook rasminya hari ini.

Pada 24 Mac lepas, Nanta mengumumkan enam lebuh raya termasuk Lebuhraya Butterworth-Kulim seperti yang diumumkan oleh pihak PLUS akan melaksanakan ‘open payment system’ atau sistem pembayaran terbuka tol di lebuh raya masing-masing bagi memberikan pilihan cara pembayaran tol kepada pengguna. Beliau berkata ini menjadikan keseluruhan jumlah lebuh raya yang bakal terlibat dalam pelaksanaan sistem pembayaran terbuka itu adalah 11. Selain itu, beliau turut mengumumkan keputusan lokasi pelaksanaan pembuktian konsep (POC) MLFF telah pun diputuskan dengan Lebuhraya Sungai Besi dipilih sebagai lokasi POC yang pertama.

Pelaksanaan POC ini akan dibuat pada penghujung Oktober 2023 bagi menilai sistem MLFF sebelum ia dilaksanakan bagi kesemua lebuh raya di Malaysia. Kementerian juga sedang mengadakan rundingan bersama syarikat konsesi yang lain bagi mendapatkan satu lagi lebuh raya bagi pelaksanaan POC MLFF. Keputusan lokasi POC kedua ini akan saya umumkan dalam masa terdekat,” katanya.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/660232
 
Last edited:

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
43,638
Joined
Nov 23, 2012
Messages
43,638
Reaction score
5,300
Points
516
Awards
1
Lebuhraya DUKE Akan Laksana Sistem Pembayaran Tol Terbuka

12.04.2023 - Kuala Lumpur, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang Expressway (Duke) menjadi syarikat konsesi lebuh raya terkini yang bakal melaksanakan sistem pembayaran terbuka di plaza tol lebuh raya kendaliannya. Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi berkata persetujuan yang dicapai hasil perbincangan di antara Kementerian Kerja Raya dan Duke menjadikan keseluruhan jumlah lebuh raya yang bakal terlibat dalam pelaksanaan sistem pembayaran terbuka kepada 12 lebuh raya yang dijangka bermula pada September 2023.

Katanya lebuh raya terlibat termasuklah Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya Baru Pantai, Lebuhraya Bertingkat Ampang–Kuala Lumpur, Lebuhraya Koridor Guthrie, Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Butterworth–Kulim, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Skim Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Terowong Smart serta Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX). Nanta memaklumkan Lebuhraya Duke juga telah dipilih sebagai lokasi kedua pelaksanaan Proof of Concept (POC) selepas Lebuhraya Sungai Besi bagi menilai sistem Multi Lane Fast Flow (MLFF) sebelum ia dilaksanakan di semua lebuhraya di dalam negara.

"Seperti yang diketahui umum, pelaksanaan sistem pembayaran tol terbuka ini merupakan persediaan awal peralihan ke arah MLFF sebelum dilaksanakan sepenuhnya secara berfasa selewat-lewatnya pada suku ketiga 2024. Usaha ini diharap dapat memberikan peluang kepada kerajaan, syarikat konsesi serta pihak terlibat untuk mengenal pasti dan menyelesaikan segala isu-isu yang dapat merencatkan kelancaran pelaksanaan MLFF ini kelak," katanya dalam kenyataan hari ini.

Nanta berkata pada ketika ini, pelaksanaan sistem pembayaran terbuka, POC dan MLFF masih mengikut jadual dan kementeriannya sedang giat berusaha memastikan kesemua perancangan dapat dijayakan dengan lancar.

"Saya memohon kerjasama semua pihak agar dapat bersabar dan memberikan sedikit masa kepada pasukan di kementerian ini yang komited dalam melaksanakan sistem pembayaran terbuka ini, sekali gus memastikan transisi MLFF ini dapat dilaksanakan," katanya.​

1681275989557.png
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
43,638
Joined
Nov 23, 2012
Messages
43,638
Reaction score
5,300
Points
516
Awards
1
PLUS Sasar Sistem Pembayaran Terbuka Di Jambatan Pulau Pinang, BKE September Ini

Selaras dengan kenyataan kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi baru-baru ini, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) kini menyasarkan pelaksanaan pembayaran tol secara terbuka menggunakan kad debit atau kad kredit di Jambatan Pulau Pinang dan Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE). Bagi merealisasikan pelaksanaan menjelang September ini, PLUS memaklumkan pihaknya akan bekerjasama dengan pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Difahamkan, PLUS kini sedang membuat persiapan untuk mengadakan ujian pembayaran tol secara terbuka menggunakan kad debit dan kad kredit di Lorong RFID selain daripada e-wallet Touch ‘n Go di Jambatan Pulau Pinang. Sementara itu, di Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), persediaan sedang dibuat untuk menguji sistem pembayaran terbuka menggunakan kad kredit atau debit di Plaza Tol Kubang Semang. Dengan pelaksanaan ini kelak, ia dijangka akan memberikan lebih pilihan kepada pengguna lebuh raya.​

1681747273048.png

Sumber asal PLUS
 
Sponsored Post

Top
Log in Register