BTC USD 23,154.0 Gold USD 1,929.51
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini Perbicaraan 1MDB & SRC

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
40,615
Top Poster #10
Joined
Nov 23, 2012
Messages
40,615
Reaction score
5,055
Points
516
Awards
1
AGC Tidak Rayu Keputusan Mahkamah Serah Semula Barangan Najib, Rosmah

01.12.2022 - Kuala Lumpur, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan ia tidak merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi untuk memulangkan barang kemas, jam tangan mewah dan beg tangan berjenama bernilai RM80 juta yang disita dari sebuah premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd, yang didakwa milik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor. Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun ketika dihubungi Bernama, semalam berkata AGC tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin pada 14 Nov 2022.

“Ya, AGC tidak merayu terhadap keputusan hakim kerana kami bersetuju dengan keputusan Yang Arif,” kata Idrus menerusi mesej WhatsApp hari ini.

Pada 14 Nov, Hakim Muhammad Jamil memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kesemua barangan yang disita oleh polis di Pavilion Residence pada 17 Mei 2018 adalah hasil daripada penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Hakim itu turut menolak permohonan pihak pendakwaan untuk menggantung pelaksanaan keputusan tersebut sementara menunggu rayuan difailkan dan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan. Najib dan Rosmah merupakan pihak ketiga dalam permohonan itu. Mana-mana pihak ketiga yang mendakwa mempunyai kepentingan ke atas barangan yang dirampas boleh hadir di mahkamah untuk mengemukakan alasan mengapa barangan itu tidak boleh dilucut hak kepada kerajaan.

Pada 2019, pendakwaan memfailkan permohonan pelucuthakan terhadap Obyu Holdings untuk melucut hak barangan tersebut dan wang tunai berjumlah RM114,164,393.44 yang didakwa milik Umno dan Najib. Bagaimanapun kerajaan gagal melucut hak wang itu. Barangan tersebut didakwa hasil aktiviti haram yang dikaitkan dengan skandal dana 1MDB, disita di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. Barangan kemas dan beg tangan didakwa milik Rosmah manakala jam tangan milik Najib.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/646433
 
Sponsored Post

stonz

Super Active Member
gem
Messages
6,044
Paid Membership
Joined
Sep 18, 2008
Messages
6,044
Reaction score
531
Points
121
AGC Tidak Rayu Keputusan Mahkamah Serah Semula Barangan Najib, Rosmah

01.12.2022 - Kuala Lumpur, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan ia tidak merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi untuk memulangkan barang kemas, jam tangan mewah dan beg tangan berjenama bernilai RM80 juta yang disita dari sebuah premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd, yang didakwa milik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor. Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun ketika dihubungi Bernama, semalam berkata AGC tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin pada 14 Nov 2022.

“Ya, AGC tidak merayu terhadap keputusan hakim kerana kami bersetuju dengan keputusan Yang Arif,” kata Idrus menerusi mesej WhatsApp hari ini.

Pada 14 Nov, Hakim Muhammad Jamil memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kesemua barangan yang disita oleh polis di Pavilion Residence pada 17 Mei 2018 adalah hasil daripada penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Hakim itu turut menolak permohonan pihak pendakwaan untuk menggantung pelaksanaan keputusan tersebut sementara menunggu rayuan difailkan dan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan. Najib dan Rosmah merupakan pihak ketiga dalam permohonan itu. Mana-mana pihak ketiga yang mendakwa mempunyai kepentingan ke atas barangan yang dirampas boleh hadir di mahkamah untuk mengemukakan alasan mengapa barangan itu tidak boleh dilucut hak kepada kerajaan.

Pada 2019, pendakwaan memfailkan permohonan pelucuthakan terhadap Obyu Holdings untuk melucut hak barangan tersebut dan wang tunai berjumlah RM114,164,393.44 yang didakwa milik Umno dan Najib. Bagaimanapun kerajaan gagal melucut hak wang itu. Barangan tersebut didakwa hasil aktiviti haram yang dikaitkan dengan skandal dana 1MDB, disita di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. Barangan kemas dan beg tangan didakwa milik Rosmah manakala jam tangan milik Najib.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/646433
fuh,level lain dah najib ni..gila2 harta dia..macam mana dia kumpul banyak tu eh? derma?
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
40,615
Top Poster #10
Joined
Nov 23, 2012
Messages
40,615
Reaction score
5,055
Points
516
Awards
1
'Jho Low 2' Akan Di Hantar Ke China Bulan Ini

04.12.2022 - Kuala Lumpur, Ahli perniagaan Malaysia dalam buruan Teow Wooi Huat dijangka dihantar ke China sebelum akhir bulan ini, kata penolong ketua polis Thailand Lt Jen Surachate Hakparn. Walaupun polis Malaysia juga meminta Wooi Huat dihantar pulang, Surachate berkata "tiada waran tangkap dikeluarkan terhadap Wooi Huat di Malaysia”. Beliau berkata polis Thailand menerima permintaan ekstradisi daripada kerajaan China.

Usahawan kelahiran Pulau Pinang berusia 55 tahun itu digelar Jho Low 2, merujuk kepada seorang lagi ahli perniagaan yang diburu Malaysia Low Taek Jho yang dikaitkan dengan skandal 1MDB, berada dalam senarai Notis Merah Interpol untuk disoal siasat. Pada 22 Julai, Wooi Huat pengasas Kumpulan MBI ditahan Polis Imigresen Thailand selepas visanya dibatalkan dan sejak itu dia menunggu pengusiran pihak berkuasa Thailand. Malaysia dan China memburu Wooi Huat. China difahamkan merupakan negara pertama yang meminta Teow diekstradisi.

Polis Beijing juga dilaporkan mahu dia disoal siasat berikutan saman yang difailkan kira-kira 400 pelabur dari China untuk mendapatkan semula pelaburan bernilai hampir RM100 juta. Pada 25 Julai lepas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan pasukan itu dalam proses memohon Wooi Huat dihantar pulang ke Malaysia bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. Wooi Huat menjadi tajuk utama di Thailand. Pada 2011, dia dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM160,000 atas dua pertuduhan menipu lebih RM1 juta dalam skim pelaburan - Island Red Café.

Pada 2017, pihak berkuasa Malaysia membekukan sejumlah 91 akaun bank dengan RM177 juta yang dikaitkan dengan MBI International. Pada 2019, ratusan warga China mengadakan bantahan secara aman di luar Kedutaan China di Kuala Lumpur mendakwa mereka ditipu skim piramid dalam talian yang dikendalikan MBI. Tahun lepas, polis berkata, Wooi Huat dan dua anak lelakinya terlibat dalam skim penipuan Macau Scam melibatkan RM336 juta. Bagaimanapun, polis percaya Teow telah melarikan diri ke negara itu dan bersembunyi di Dannok, Sadao, selatan Thailand.

Berita asal https://www.sinarharian.com.my/article/234605/global/jho-low-2-akan-dihantar-ke-china-bulan-ini
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
40,615
Top Poster #10
Joined
Nov 23, 2012
Messages
40,615
Reaction score
5,055
Points
516
Awards
1
Mahkamah Dengar Hujah Bagi Penerimaan Rakaman Audio Sebagai Bukti

05.12.2022 - Kuala Lumpur, Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi hari ini mendengar hujah pihak pendakwaan berhubung permohonan mengemukakan rakaman audio sebagai bukti, sebelum ditangguhkan kerana peguam tidak sihat. Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah menangguhkan perbicaraan itu setelah membenarkan permohonan pihak pembelaan yang memaklumkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, peguam utama bekas perdana menteri itu tidak sihat. Peguam Tania Scivetti memberitahu mahkamah bahawa Muhammad Shafee tidak dapat menghadiri perbicaraan hari ini dan sijil sakit beliau akan dikemukakan kemudian.Prosiding hari ini bermula dengan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Seri Gopal Sri Ram mengemukakan hujahnya mengapa pihak pendakwaan perlu dibenarkan memainkan rakaman audio antara Najib dan kerabat diraja Arab Saudi sebagai bukti dalam perbicaraan.

Sri Ram berhujah bahawa adalah sukar bagi pihak pendakwaan untuk membawa individu yang terlibat dengan rasuah ke muka pengadilan jika mereka perlu mematuhi peraturan yang mengawal Akta Keterangan 1950 (Akta 1950).Beliau berkata keperluan pihak pendakwaan untuk membuktikan setiap dokumen mengikut kehendak Akta 1950 boleh menyebabkan ramai penjenayah rasuah bebas.Disebabkan itulah kerajaan memperkenalkan Seksyen 41(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Akta SPRM) 2009 dengan cara pindaan bagi mengelak perkara ini, katanya.Seksyen 41(A) Akta SPRM menyatakan bahawa sebarang dokumen atau salinan mana-mana dokumen yang diperoleh SPRM di bawah akta ini boleh diterima sebagai keterangan dalam prosiding di bawah akta ini, walaupun yang bertentangan dalam sebarang undang-undang bertulis lain.

“Rakaman dan transkrip itu boleh diterima di bawah Seksyen 41A Akta SPRM kerana seksyen itu tidak termasuk kaedah atau cara pembuktian yang ditetapkan oleh peruntukan di bawah Bab 5 Akta 1950,” kata Sri Ram.

Beliau seterusnya berhujah bahawa definisi dalam Akta 1950 tidak tersedia untuk tujuan semasa kerana definisi undang-undang biasa bagi sesuatu dokumen adalah cukup luas untuk menempatkan rakaman dan transkrip di dalamnya.

“Pada masa kini, urus niaga berjuta-juta boleh dilakukan secara elektronik dalam sekelip mata. Bab 5 Akta 1950 ialah undang-undang am yang mengawal penerimaan bukti dokumentari manakala Seksyen 41(A) Akta SPRM ialah undang-undang khas.Rakaman dan transkrip itu boleh diterima mengikut Seksyen 41(A) Akta SPRM tanpa mengira sebarang persoalan berkaitan,” katanya.

Najib, 69, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram.Perbicaraan bersambung esok.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/646984
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
40,615
Top Poster #10
Joined
Nov 23, 2012
Messages
40,615
Reaction score
5,055
Points
516
Awards
1
Najib Gagal Dalam Rayuan Ketepi Injunksi Kes Saman SRC International

07.12.2022 - Kuala Lumpur, Najib Razak gagal mengenepikan injunksi Mareva yang diperoleh SRC International Sdn Bhd dan anak syarikatnya untuk menghalang beliau daripada memindahkan atau melupuskan mana-mana asetnya berjumlah RM42 juta. Keputusan itu dibuat panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Yaacob Md Sam, P Ravinthran dan Mariana Yahya yang menolak rayuan Najib hari ini serta memerintahkan bekas perdana menteri itu membayar kos RM15,000. Yaacob, yang menyampaikan keputusan itu berkata Mahkamah Rayuan tidak perlu campur tangan kerana pesuruhjaya kehakiman Mahkamah Tinggi tidak silap dalam memberikan injunksi Mareva tersebut. Beliau berkata pesuruhjaya kehakiman Mohd Arief Emran Arifin telah mempertimbangkan undang-undang dan menganalisis bukti yang terdapat dalam afidavit syarikat sebelum membenarkan injunksi Mareva itu.

Hakim itu kemudiannya mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memberikan injunksi Mareva kepada SRC International dan Gandingan Mentari Sdn Bhd untuk menghalang Najib daripada memindahkan atau melupuskan mana-mana asetnya berjumlah RM42 juta. Injunksi Mareva merupakan perintah sementara yang menghalang defendan daripada melupuskan aset sehingga keputusan dicapai dalam kes antara plaintif dan defendan. Pada 24 Mac lepas, mahkamah memberikan injunksi Mareva kepada syarikat-syarikat itu dan mengarahkan Najib supaya tidak memindahkan, melupuskan, berurusan atau mengurangkan nilai mana-mana aset mereka di dalam dan di luar Malaysia bernilai sehingga RM42 juta, sementara menunggu penyelesaian tuntutan mahkamah mereka yang telah mereka failkan terhadapnya.

Bekas ahli Parlimen Pekan itu hanya layak mengeluarkan RM100,000 sebulan untuk perbelanjaan sara hidup dan bayaran yuran guaman. Ini mendorong Najib memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan. SRC International dan Gandingan Mentari memfailkan saman terhadap Najib tahun lepas, mendakwa beliau telah melakukan pecah amanah, menyalahgunakan kuasanya, mendapat manfaat secara peribadi daripada dana SRC International dan menyalahgunakan dana tersebut. Saman itu masih belum selesai di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Najib, 69, kini menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan pada Ogos lepas mengekalkan sabitan dan hukuman penjara serta denda RM210 juta kerana menyalahgunakan dana SRC International berjumlah RM42 juta. Dalam prosiding yang dijalankan secara dalam talian hari ini, Najib diwakili peguam Harvinderjit Singh, Muhammad Farhan Muhammad Shafee dan Mohammad Arfan Wan Othman manakala peguam Nagarajah Muttiah dan Clament Tay mewakili syarikat-syarikat tersebut.

Berita asal https://www.malaysianow.com/my/news...n-ketepi-injunksi-kes-saman-src-international
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
40,615
Top Poster #10
Joined
Nov 23, 2012
Messages
40,615
Reaction score
5,055
Points
516
Awards
1
Peguam Perlu Seminggu Soal Balas Bekas Jurubank Najib

07.12.2022 - Kuala Lumpur, Ketua peguam bela Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tengah hari ini mengenai anggaran bilangan hari yang diperlukan untuk menyoal saksi pendakwaan ke-41 dalam perbicaraan kes rasuah 1MDB Najib berjumlah RM2.28 bilion.

"Ia akan mengambil masa kira-kira seminggu (untuk menyoal balas Yu)," kata peguam itu kepada Hakim Collin Lawrence Sequerah sambil Najib melihat dari kandang tertuduh.

Joanna Yu, yang pernah menjadi pengurus perhubungan AmBank di mana akaun bank Najib dikaitkan dengan kes rasuah ini, bersedia untuk mengambil alih kandang saksi untuk disoal balas petang esok. Jurubank itu salah seorang saksi utama pendakwaan semasa perbicaraan kes rasuah SRC International RM42 juta terhadap Najib sebelum ini. Semasa perbicaraan SRC, peguam Najib menyoal balasnya selama beberapa minggu dan pada satu ketika, Yu dilaporkan menangis ketika berada di kandang saksi.

Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun berhubung kes SRC, dengan dia dibawa ke mahkamah oleh pihak berkuasa Penjara Kajang untuk menghadiri pelbagai perbicaraan jenayahnya yang sedang berlangsung, termasuk kes 1MDB. Berhubung perbicaraan 1MDB yang sedang dijalankan terhadap Najib, Yu memberi keterangan antara lain bahawa dia telah diperkenalkan dengan ahli perniagaan dalam buruan yang berkaitan dengan 1MDB Low Taek Jho (Jho Low) dua tahun sebelum syarikat (Terengganu Investment Authority atau TIA) ditubuhkan pada 2009.

Yu juga memberi keterangan bahawa dia tidak pernah bertemu tertuduh secara langsung berhubung urusan akaun banknya, dan Low mahu beberapa surat yang dikatakan daripada Arab dirahsiakan. Surat-surat Arab yang didakwa itu merujuk kepada beberapa dokumen yang kononnya menjadi sandaran Najib untuk membuktikan pertikaian bahawa bangsawan kerajaan Timur Tengah menjanjikan derma kepadanya. Pendakwaan diketuai oleh timbalan pendakwa raya Gopal Sri Ram.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/647160
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
40,615
Top Poster #10
Joined
Nov 23, 2012
Messages
40,615
Reaction score
5,055
Points
516
Awards
1
Sri Ram Kekal Ketuai Pasukan Pendakwaan Kes Pinda Laporan Audit 1MDB Najib

08.12.2022 - Kuala Lumpur, Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram akan kekal mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes meminda laporan audit 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Najib Razak. Ini selepas bekas perdana menteri berusia 69 tahun itu gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan semalam bagi melucutkan kelayakan Sri Ram daripada terus bertindak sebagai timbalan pendakwa raya kanan dan mewakili pihak pendakwa raya bagi kes itu. Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan terdiri daripada Vernon Ong Lam Kiat, Zabariah Mohd Yusof dan Hasnah Mohammed Hashim menolak rayuan Najib hari ini serta memutuskan bahawa tiada bukti berat sebelah di pihak Sri Ram berikutan pelantikannya sebagai timbalan pendakwa raya kanan. Dalam keputusan sebulat suara, Ong yang mengetuai panel itu berkata mahkamah bersetuju dengan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan bahawa tiada bukti yang menunjukkan Sri Ram telah mengambil bahagian dalam proses siasatan dan menjalankan siasatan dalam kes 1MDB yang dihadapi Najib.

“Kami tidak fikir Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan telah melakukan kesilapan undang-undang yang membenarkan campur tangan rayuan,” kata hakim itu yang mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Bagaimanapun, Ong berkata mahkamah-mahkamah itu mempunyai bidang kuasa sedia ada untuk melucutkan kelayakan seorang peguam daripada bertindak sebagai timbalan pendakwa raya dalam mana-mana kes jenayah. Najib telah memohon untuk melucutkan kelayakan Sri Ram dalam perbicaraan kes meminda laporan audit yang dihadapinya, memohon pengisytiharan bahawa terdapat konflik kepentingan antara pelantikan Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya kanan dan amalan guamannya. Beliau juga memohon pengisytiharan bahawa Sri Ram telah bertindak bercanggah dengan kepentingan pelantikannya sebagai timbalan pendakwa raya kanan, berat sebelah dan mempunyai tanggapan awal dan tentuan awal tentang kesalahan Najib walaupun sebelum didakwa secara rasmi di mana-mana mahkamah. Dalam permohonannya, beliau juga mahu satu perintah supaya Sri Ram juga dilucutkan kelayakan daripada terus bertindak sebagai timbalan pendakwa raya kanan atau mewakili pihak pendakwa raya dalam kes jenayahnya yang lain, berkaitan 1MDB. Perbicaraan lain berkaitan 1MDB terhadap Najib yang masih belum selesai di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ialah kes 1MDB, pecah amanah melibatkan pembayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) serta pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa melibatkan RM2.6 bilion yang dikaitkan kepada kes 1MDB.

Pada 15 Februari lepas, Mahkamah Tinggi menolak rayuan Najib dan beliau juga gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada 8 September. Mahkamah Tinggi menetapkan 30 Januari tahun depan untuk memberikan keputusannya sama ada Najib dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy dibebaskan atau diperintah membela diri berhubung kes meminda laporan audit itu. Najib didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dibuat terhadap laporan audit akhir 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara bagi mengelak sebarang tindakan diambil terhadapnya. Arul, 45, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan terhadap laporan tersebut untuk melindungi bekas perdana menteri itu daripada dikenakan tindakan. Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya antara 22 dan 26 Feb 2016. Najib kini menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan pada Ogos lepas mengekalkan sabitan dan hukuman penjara serta denda RM210 juta kerana menyalahgunakan RM42 juta dana SRC International. Peguam Muhammad Shafee Abdullah mewakili Najib manakala pasukan pendakwaan diketuai Sri Ram.​

1670472784729.png
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
40,615
Top Poster #10
Joined
Nov 23, 2012
Messages
40,615
Reaction score
5,055
Points
516
Awards
1
Menjelang Mesyuarat MKT, Pemimpin Umno Gesa Kerajaan Dakwa Hakim Nazlan & 'Perbicaraan Adil' Untuk Najib

08.12.2022 - Kuala Lumpur, Seorang pemimpin Umno memberi amaran kepada Perikatan Nasional (PN) supaya tidak menentang sebarang tindakan mendesak kerajaan menyiasat bekas peguam negara Tommy Thomas, serta memulakan pertuduhan terhadap bekas gabenor bank pusat Zeti Akhtar Aziz dan hakim yang mensabitkan Najib Razak dalam kes SRC International. Puad Zarkashi turut berkata Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno perlu mendesak supaya kerajaan menyegerakan "perbicaraan adil" untuk bekas perdana menteri Najib Razak yang kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun. Beliau membayangkan gesaan Umno ini akan dibincangkan oleh pemimpin parti dalam mesyuarat MKT pertama parti itu malam ini selepas bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan.

“Kerajaan perlu didesak menyegerakan RCI Tommy Thomas, RCI Tabung Haji, dakwa Hakim Nazlan, dakwa Zeti Aziz, perbicaraan adil untuk bossku dan saman isu Pulau Batu Puteh,” kata Puad merujuk kepada Najib dengan gelaran "bossku". PN tidak boleh bantah. Itu sesuai dengan tagline PN 'Prihatin, Bersih dan Stabil'," katanya.

Dakwaan terhadap Nazlan ditolak oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, yang berkata tiada isu berhubung peranannya sebelum ini dengan Maybank.

“Sekalipun Maybank terlibat, persoalannya adalah bagaimana bank itu, dan seterusnya penglibatan Nazlan, dalam sebarang cara penting (material) kepada persoalan salah guna kuasa,” katanya semasa mempengerusikan rayuan terakhir Najib di Mahkamah Persekutuan.

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi adalah antara pemimpin Umno yang menggesa suruhanjaya siasatan diraja (RCI) untuk menyiasat bekas peguam negara Thomas. Siasatan yang sama dibuat awal tahun ini untuk menyiasat dakwaan kelemahan dalam pentadbiran di Tabung Haji. Sepanjang 22 bulan pentadbiran PH, ia menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) melakukan salah tadbir dalam pengurusan Tabung Haji, manakala pemimpin Umno pula menyerang PH kerana dikatakan menjual aset badan itu dengan alasan untuk menjelaskan hutang. Sementara itu, Umno juga mengecam keputusan kerajaan PH sebelum ini untuk tidak memohon semakan terhadap keputusan Mahkamah Antarabangsa yang menganugerahkan Batu Puteh kepada Singapura.

"Ini bukan soal balas dendam atau salah guna kuasa. Ini penggiliran mencari kebenaran," kata Puad.

Berita asal https://www.malaysianow.com/my/news...hakim-nazlan-dan-perbicaraan-adil-untuk-najib
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
40,615
Top Poster #10
Joined
Nov 23, 2012
Messages
40,615
Reaction score
5,055
Points
516
Awards
1
Mahkamah Tolak Rayuan Najib Dapatkan Maklumat Bank Keluarga Zeti

08.12.2022 - Kuala Lumpur, Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Najib Razak untuk mendapatkan maklumat perbankan berkaitan keluarga bekas gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Zeti Akhtar Aziz.Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Kamaludin Md Said sebulat suara menolak rayuan Najib yang bertujuan untuk memperkukuhkan pembelaan bekas menteri kewangan itu terhadap perbicaraan rasuah membabitkan penyelewengan dana RM2.28 bilion 1MDB yang sedang berlangsung. Najib sebelum ini merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12 Julai tahun lalu yang menolak permintaanya untuk mendapatkan dokumen itu.

66d1c59f6dc590015bdf2eda862fce72.jpg


Semasa perbicaraan 1MDB, pasukan pembelaan Najib membangkitkan kemungkinan pengawasan Bank Negara - berhubung aliran dana ke dalam akaun bank perayu - mungkin telah dikompromi oleh keluarga Zeti yang kononnya menerima bayaran daripada tokoh utama 1MDB dan ahli peniaga dalam buruan Low Taek Jho (Jho Low). Timbalan pendakwa raya Ahmad Akram Gharib pagi ini mengesahkan keputusan rayuan Najib yang diputusakan oleh panel hakim yang juga terdiri daripada hakim Ahmad Nasfy Yasin dan Nordin Hassan. Antara dokumen yang dimohon oleh Najib ialah dokumen yang didakwa menunjukkan keluarga Zeti menerima wang daripada Low, yang masih cuba dijejaki oleh pihak berkuasa Malaysia. Najib juga antara lain memohon untuk meneliti dokumen mahkamah Amerika Syarikat berhubung pendedahan bekas pengarah urusan Goldman Sachs Tim Leissner bahawa dia merasuah beberapa pegawai 1MDB.
ad9a140af670a2b98cab7007d2dbb4c9.jpg
Tawfiq Ayman

Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan suami Zeti, Tawfiq Ayman menafikan bahawa dia telah menerima rasuah. Pihak pendakwaan juga dijangka memanggil Zeti untuk memberi keterangan dalam perbicaraan 1MDB terhadap Najib.


25 tuduhan

Pada perbicaraan 1MDB yang sedang berlangsung di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah, Najib berdepan empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM2.28 bilion daripada firma pelaburan negara itu. 1MDB dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc). Sebelum ini semasa perbicaraan 1MDB, peguam pembelaan Najib berhujah bahawa bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan beberapa yang lain bersekongkol dengan Low dalam penyelewengan itu, dengan bekas perdana menteri itu mendakwa dia tidak mengetahui mengenainya.
77e8c6c6212e2a724f43dec8c869a6c1.jpg
Tim Leissner

Leissner telah mengaku bersalah terhadap kes berkaitan 1MDB di mahkamah AS, dan membuat pengakuan bahawa dia telah merasuah beberapa pegawai 1MDB dan orang lain. Dia juga memberi keterangan di Mahkamah New York semasa perbicaraan jenayah berkaitan 1MDB terhadap seorang lagi bekas kakitangan bank Goldman Sachs, warga Malaysia Roger Ng. Najib diwakili oleh peguam bela utama Muhammad Shafee Abdullah.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/647388
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
40,615
Top Poster #10
Joined
Nov 23, 2012
Messages
40,615
Reaction score
5,055
Points
516
Awards
1
"Perbicaraan Adil Untuk Najib, RCI Ke Atas Thomas'

08.12.2022 - Kuala Lumpur, Umno mesti kekal bertindak sebagai pendorong, semak dan imbang kepada kerajaan semasa tanpa kompromi, kata ahli Majlis Kerja Tertingginya Mohd Puad Zarkashi. Menjelang mesyuarat malam ini, dia yang juga adalah Adun Rengit menyenaraikan beberapa isu untuk Umno mendesak kerajaan supaya ia segera dilaksanakan. Ini termasuk memastikan "perbicaraan adil" untuk bekas perdana menteri Najib Razak, membentuk Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ke atas bekas peguam negara Tommy Thomas (berhubung memoirnya) dan Tabung Haji, mendakwa Hakim Nazlan Mohd Ghazali dan bekas gabenor Bank Negara Zeti Akthar Aziz serta menangani isu Pulau Batu Puteh.

575452f8c24e9be47637671d010d5698.jpg


Nazlan adalah bekas hakim mahkamah tinggi yang mendapati Najib bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun ke atasnya berhubung kes SRC International. Dia kemudiannya dilantiik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan. Najib, yang menyokong kerajaan gabungan BN-Pakatan Harapan (PH) selepas pilihan raya umum lalu yang menyaksikan Parlimen digantung, sedang menjalani hukuman penjara sejak 23 Ogos lalu selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitannya.

“Malam ini mesyuarat MKT Umno. Ini MKT pertama selepas (presiden Umno) Ahmad Zahid Hamidi, (timbalan presiden) Mohamad Hassan, Zambry Abdul Kadir, Azalina Othamn Said, Khaled Nordin dan Tengku Zafrul Aziz menyertai kabinet (Perdana Menteri) Anwar Ibrahim. MKT Umno mesti kekal sebagai pendorong, check and balance kepada kerajaan. Tiada kompromi,” kata Puad dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

1e335a53a7ad08aa13b1baa45b5baf83.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/647419
 
Last edited:
Sponsored Post

Top
Log in Register