BTC USD 23,174.5 Gold USD 1,927.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini Perbicaraan 1MDB & SRC

Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
40,615
Top Poster #10
Joined
Nov 23, 2012
Messages
40,615
Reaction score
5,055
Points
516
Awards
1
Jho Low Mahu Surat Di Rahsiakan, Kata Saksi

07.11.2022 - Kuala Lumpur, Lelaki buruan polis, Jho Low, memang mahu surat didakwa ditulis putera mahkota Arab Saudi kepada Najib Razak dirahsiakan daripada pengetahuan orang ramai, kata seorang saksi hari ini. Bekas pegawai bank, Joanna Yu, semasa memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberitahu, dia dimaklumkan mengenai hal tersebut melalui mesej Blackberry Messenger (BBM) pada 23 Jun 2014. Memberikan keterangan sebagai saksi pendakwaan kes rasuah Najib bernilai RM2.28 bilion, Yu ditunjukkan transkrip yang didakwa perbualan mereka itu. Melalui perbualan tersebut Jho Low - atau nama sebenarnya Low Taek Jho - memberitatu Yu bahawa dia diarahkan Najib supaya tidak mendedahkan surat menyatakan janji putera mahkota terbabit mahu memberikan derma.

Apabila timbalan pendakwa raya Gopal Sri Ram bertanya apa yang dia faham daripada mesej itu, Yu menjawab surat berkenaan adalah untuk mengesahkan bahawa dana yang masuk ke akaun Najib adalah hasil derma yang didakwa diberikan bangsawan Arab terbabit. Kata Yu, mesej yang diterimanya itu adalah untuk memastikan surat-surat yang berkaitan dianggap sulit. Dia menjelaskan apa yang dia faham daripada perbualan itu juga ialah surat-surat itu juga hanya boleh dikemukakan kepada pengarah urusan AmBank ketika itu, Cheah Tek Kuang, untuk ditunjukkan kepada gabenor Bank Negara ketika itu Zeti Akhtar Aziz dan diambil semula selepas itu. Apabila Gopal bertanya sama ada mesej BBM itu disampaikan kepada Cheah, Yu mengakuinya.

“Ya. Saya katakan jika ada apa-apa, gabenor (Zeti) boleh merujuk semula kepada pemegang akaun (Najib),” kata bekas pengurus perhubungan AmBank itu.

Pasukan pembelaan Najib sebelum ini telah menunjukkan kepada mahkamah salinan surat-surat Arab yang didakwa menjanjikan derma kerana tertuduh untuk "kerja baik untuk mempromosikan Islam di seluruh dunia". Menjawab soalan Sri Ram, Yu menambah dia tidak pernah menerima sebarang wang daripada Najib, Jho Low atau bekas ketua pegawai eksekutif SRC International Sdn Bhd Nik Faisal Ariff Kamil yang memiliki kuasa mengendalikan akaun tertuduh. Perbicaraan di hadapan hakim Collin Lawrence Sequerah akan disambung petang ini. Najib dibicarakan atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM2.28 bilion daripada 1MDB.

Berhubung empat pertuduhan salah guna kuasa, dia didakwa melakukan kesalahan itu di AmIslamic Bank Bhd cawangan Jalan Raja Chulan di Bukit Ceylon, Kuala Lumpur, antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014. Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, dia yang juga bekas menteri kewangan itu dikatakan melakukan kesalahan itu di bank yang sama antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013. Pihak pendakwaan berhujah bahawa kesalahan di 1MDB telah dilakukan oleh Low dan beberapa yang lain dengan restu Najib.
1667824097072.png
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
40,615
Top Poster #10
Joined
Nov 23, 2012
Messages
40,615
Reaction score
5,055
Points
516
Awards
1
Shafee Tak Hadir Bagi Soal Balas, Perbicaraan Kes 1MDB Najib Di Tangguh

17.11.2022 - Kuala Lumpur, Perbicaraan kes dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan Najib Razak hari ini dilapangkan selepas Mahkamah Tinggi dimaklumkan bahawa tiada saksi pendakwaan hadir untuk memberi keterangan. Timbalan pendakwa raya Ahmad Akram Gharib berkata pihak pendakwaan telah cuba memanggil beberapa saksi untuk hadir ke mahkamah hari ini tetapi tidak berjaya kerana notis yang singkat.

“Yang Arif, seperti yang dijanjikan, saya telah cuba memanggil saksi-saksi kami. Dua daripada mereka berada di luar negara, manakala tiga lagi tidak dapat hadir ke mahkamah atas pelbagai alasan. Bagaimanapun, saksi pendakwaan ke-43 iaitu Pengerusi Kumpulan Media The Edge Tong Kooi Ong hadir hari ini. Beliau sepatutnya disoal balas oleh peguam bela utama Muhammad Shafee Abdullah, tetapi Shafee sedang cuti sakit,” katanya.

Sementara itu, peguam Rahmat Hazlan yang juga mewakili Najib berkata, bosnya (Shafee) akan menjalankan pemeriksaan balas terhadap Tong pada Isnin kerana beliau sedang bercuti sakit tiga hari selepas berjumpa doktor gigi.

“Yang Arif, hanya Shafee boleh menyoal Tong. Gusinya masih sakit akibat prosedur, dan beliau masih MC (cuti sakit),” kata peguam itu.

Hakim Collin Lawrence Sequerah kemudian melapangkan perbicaraan kes hari ini dan akan bersambung pada Isnin. Najib, 69, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Berita asal https://www.malaysianow.com/my/news...al-balas-perbicaraan-kes-1mdb-najib-ditangguh
 

GamezStar

CG Top Poster Club
gem
Messages
42,076
Top Poster #8
Joined
Jul 1, 2008
Messages
42,076
Reaction score
4,464
Points
261
Awards
1
Shafee Tak Hadir Bagi Soal Balas, Perbicaraan Kes 1MDB Najib Di Tangguh

17.11.2022 - Kuala Lumpur, Perbicaraan kes dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan Najib Razak hari ini dilapangkan selepas Mahkamah Tinggi dimaklumkan bahawa tiada saksi pendakwaan hadir untuk memberi keterangan. Timbalan pendakwa raya Ahmad Akram Gharib berkata pihak pendakwaan telah cuba memanggil beberapa saksi untuk hadir ke mahkamah hari ini tetapi tidak berjaya kerana notis yang singkat.

“Yang Arif, seperti yang dijanjikan, saya telah cuba memanggil saksi-saksi kami. Dua daripada mereka berada di luar negara, manakala tiga lagi tidak dapat hadir ke mahkamah atas pelbagai alasan. Bagaimanapun, saksi pendakwaan ke-43 iaitu Pengerusi Kumpulan Media The Edge Tong Kooi Ong hadir hari ini. Beliau sepatutnya disoal balas oleh peguam bela utama Muhammad Shafee Abdullah, tetapi Shafee sedang cuti sakit,” katanya.

Sementara itu, peguam Rahmat Hazlan yang juga mewakili Najib berkata, bosnya (Shafee) akan menjalankan pemeriksaan balas terhadap Tong pada Isnin kerana beliau sedang bercuti sakit tiga hari selepas berjumpa doktor gigi.

“Yang Arif, hanya Shafee boleh menyoal Tong. Gusinya masih sakit akibat prosedur, dan beliau masih MC (cuti sakit),” kata peguam itu.

Hakim Collin Lawrence Sequerah kemudian melapangkan perbicaraan kes hari ini dan akan bersambung pada Isnin. Najib, 69, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Berita asal https://www.malaysianow.com/my/news...al-balas-perbicaraan-kes-1mdb-najib-ditangguh

time2 jadual kes. leh pi jumpe doctor gigi.. hahaha sembang kari kemain... duk ngelat je
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
40,615
Top Poster #10
Joined
Nov 23, 2012
Messages
40,615
Reaction score
5,055
Points
516
Awards
1
Najib Mahu Tutup 1MDB - Saksi

21.11.2022 - Kuala Lumpur, Pengerusi Kumpulan Media The Edge memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin bahawa, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan hasrat untuk menutup syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berikutan beban hutang yang serius. Saksi pendakwaan ke-43, Tan Sri Tong Kooi Ong berkata demikian semasa perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB membabitkan bekas Perdana Menteri itu. Kooi Ong, 65, berkata, Najib menyatakan perkara berkenaan dalam satu pertemuan di kediaman bekas Ahli Parlimen Pekan itu, di Langgak Duta pada 6 Mac 2015. Menjawab soalan daripada peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Kooi Ong berkata, seseorang mesti bertanggungjawab atas perkara tersebut dan individu itu ialah ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.

“Di dalam nota taklimat, saya menunjukkan dengan jelas bahawa wang AS$700 juta dilencongkan kepada Syarikat Good Star Ltd milik Jho Low,” katanya.

Muhammad Shafee: Ini bukan kali pertama kamu ke Langgak Duta.
Kooi Ong: Ya.
Muhammad Shafee: Tiap kali kamu nak balik, Najib akan hantar hingga pintu?
Kooi Ong: Saya cuba nak ingat perkara itu, sebab biasanya ada orang lain yang turut berada dalam rumah berkenaan.
Muhammad Shafee: Saya cadangkan, mungkin kamu tersilap tafsir dengan tindakan Najib, hantar kamu hingga ke pintu.
Kooi Ong: Saya terkejut sebab Najib hanya berdiri, berjalan ke pintu dan membukanya, hanya selepas saya mengatakan isu yang berlaku dalam 1MDB.
Muhammad Shafee: Adakah Najib arah kamu untuk keluar (dari rumah)?
Kooi Ong: Tidak.


Peguam itu kemudiannya mencadangkan bahawa, Najib selaku Perdana Menteri, telah memberi kuasa kepada Jabatan Audit Negara untuk menyiasat 1MDB. Mendengar perkara itu, Kooi Ong berkata, tidak mengetahui bahawa Najib telah mengeluarkan arahan berkenaan. Pada 16 November lalu, saksi tersebut berkata, Najib memintanya untuk beredar daripada kediamannya selepas mencadangkan Jho Low perlu didakwa kerana mencuri AS$700 juta milik 1MDB. Beliau turut berkata, daripada AS$1 bilion yang disuntik bagi perjanjian usaha sama antara 1MDB PSI, AS$700 dilencongkan ke Good Star. Najib, 69, menghadapi empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung petang ini.​

1669016112533.png
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
40,615
Top Poster #10
Joined
Nov 23, 2012
Messages
40,615
Reaction score
5,055
Points
516
Awards
1
Nazir Bimbang Najib Di Tipu Jho Low Dan Pengurusan 1MDB - Saksi

21.11.2022 - Kuala Lumpur, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur diberitahu Tan Sri Mohamed Nazir Razak pernah menyuarakan kebimbangan bahawa abang sulungnya, Datuk Seri Najib Razak, telah ditipu oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low, berkaitan hal ehwal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Pengerusi Kumpulan The Edge Media Tan Sri Tong Kooi Ong, 63, berkata Nazir pernah berjumpa beliau pada 2009 dan 2010 serta melahirkan kebimbangan bahawa Najib telah ditipu dalam urus niaga membabitkan dana kekayaan negara itu. Tong juga bersetuju dengan cadangan peguam utama Najib iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bahawa berdasarkan siasatan beliau sendiri dan pasukan pakarnya terhadap dokumen yang mereka peroleh, saksi tersebut membuat kesimpulan Jho Low serta pengurusan 1MDB telah menipu bekas Perdana Menteri itu.

“Sebenarnya, saya terlibat dalam perkara ini atas permintaan Nazir kerana kami beranggapan bahawa Perdana Menteri Malaysia ketika itu telah ditipu. Tanggapan pertama kami ialah Najib dan Lembaga Pengarah 1MDB telah ditipu oleh Jho Low serta beberapa anggota pengurusan 1MDB yang bersekongkol dengan ahli perniagaan itu,” kata saksi pendakwaan ke-43 itu pada perbicaraan kes Najib membabitkan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB.

69649059c596244422d64b7012f475ff.jpeg


Terdahulu, Tong (gambar, atas) berkata beliau tidak tahu sama ada data yang diperoleh daripada bekas Eksekutif PetroSaudi International Ltd (PSI) Xavier Andre Justo dicuri oleh warga Switzerland itu daripada bekas pekerjanya kerana tiada sesiapa mendakwa data mereka telah dicuri. Saksi itu turut menafikan beliau telah membayar Justo untuk mendapatkan data tersebut.

Muhammad Shafee: Adakah anda tahu Justo telah meringkuk selama 18 bulan di penjara Thailand atas pertuduhan melakukan peras ugut?

Tong: Saya tidak tahu mengenai fakta kes itu.

"Saya hanya ingat Justo kalah dalam saman yang difailkannya di Singapura terhadap Ketua Pegawai Eksekutif The Edge Ho Kay Tat, Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown dan saya sendiri untuk mendapatkan semula bayaran bagi data itu," katanya.

Najib, 69, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan amaun sama. Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/645193
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
40,615
Top Poster #10
Joined
Nov 23, 2012
Messages
40,615
Reaction score
5,055
Points
516
Awards
1
Jho Low Ugut Saya, Kata Pengerusi The Edge

22.11.2022 - Kuala Lumpur, Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho didakwa mengugut Pengerusi The Edge Tong Kooi Ong berhubung laporan akhbar itu terhadap skandal 1MDB. Tong, saksi pendakwaan ke-43, memberi keterangan demikian semasa perbicaraan rasuah 1MDB bernilai RM2.28 bilion terhadap bekas perdana menteri dan menteri kewangan Najib Abdul Razak di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur, petang tadi. Semasa pemeriksaan balas oleh timbalan pendakwa raya utama Gopal Sri Ram, Tong berkata Low (dikenali sebagai Jho Low) menyampaikan ugutan itu semasa pertemuan pada 2014.

Sri Ram telah bertanya kepada Tong sama ada dia kemudiannya mengenali atau mengesyaki Najib mempunyai hubungan dengan Low.Low berkata dia dan The Edge sudah tahu ketika itu, semasa penerbitan pelbagai artikel penyiasatan berhubung skandal berkenaan.

“Saya sudah tahu tentang Jho Low ketika itu, kerana Low sebenarnya telah tampil menemui saya sebelum ini (pertemuan yang didakwa Tong dengan Najib pada 2015). Pada 2014, selepas The Edge mula menulis (artikel), Jho Low menghubungi saya untuk berjumpa saya dan dia berjumpa saya dua kali. Bapa Jho Low, Larry Low adalah orang yang saya kenali sejak tahun 1990-an. Jho Low memberitahu saya dalam pertemuan pertama di mana The Edge salah dan dia (Low) tiada kaitan dengan 1MDB. Dan dalam pertemuan kedua, dia kata dia kenal Najib dan kami (The Edge) harus berhati-hati dengan apa yang kami tulis,” kata Tong.
efb05d23132e85e4d89fc1cf4ce6ee05.jpg
Pengerusi The Edge Tong Kooi Ong

Saksi menjelaskan bahawa kata-kata Low memberi gambaran dia mengancam The Edge agar berhenti menulis artikel siasatan mengenai 1MDB.

Sri Ram: Apa jawapan anda?
Tong: Pada asasnya, saya mengabaikan ancaman itu.

Sebelum ini, Tong memberi keterangan bahawa Najib mengabaikan amarannya berhubung masalah 1MDB ketika menemui bekas perdana menteri itu di kediamannya di Langgak Duta pada 2015. Tong juga sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa selepas pertemuannya dengan Najib pada 2015, dia dan The Edge menghadapi banyak masalah kerana mereka terus menerbitkan laporan mengenai 1MDB, termasuk ancaman daripada penasihat media perdana menteri ketika itu Paul Stadlen bahawa "PMO" (Pejabat Perdana Menteri) sangat berkuasa. Perbicaraan di hadapan hakim Collin Lawrence Sequerah akan disambung esok. Najib berdepan empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM2.28 bilion daripada 1MDB.

Berkenaan dengan empat pertuduhan salah guna kuasa, bekas ahli parlimen Pekan itu didakwa melakukan kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad cawangan Jalan Raja Chulan di Bukit Ceylon, Kuala Lumpur, antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014. Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, dia didakwa melakukan kesalahan itu di bank yang sama antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013. Pihak pendakwaan berhujah bahawa kesalahan dalam 1MDB telah dilakukan oleh Low dan beberapa yang lain, dengan restu Najib. Bagaimanapun, pasukan pembelaan tertuduh mendakwa Najib tidak mengetahui jenayah yang dilakukan di 1MDB dan penyelewengan itu hanya didalangi oleh Low dan ahli pengurusan 1MDB yang lain.

Najib kini menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos menolak rayuannya terhadap sabitan kes rasuah SRC International berjumlah RM42 juta. SRC, pada mulanya merupakan anak syarikat 1MDB sebelum menjadi milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan. Najib juga pernah menjadi penasihat emeritus SRC.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/645308
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
40,615
Top Poster #10
Joined
Nov 23, 2012
Messages
40,615
Reaction score
5,055
Points
516
Awards
1
Tommy Thomas Di Benarkan Batal Saman Najib

25.11.2022 - Kuala Lumpur, Bekas Peguam Negara (AG) Tan Sri Tommy Thomas berjaya dalam permohonannya untuk membatalkan saman yang difailkan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan menyalahgunakan kuasa untuk mendakwanya atas pertuduhan melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Bache ketika membenarkan permohonan Thomas berkata, tuntutan yang dikemukakan oleh Najib selaku plaintif tidak boleh dipertahankan dan tidak ada sebab tindakan yang munasabah.

"Tuntutan ini adalah remeh, menyusahkan dan penyalahgunaan proses mahkamah. Sehubungan itu mahkamah membenarkan permohonan Thomas untuk membatalkan tuntutan itu," katanya dan memerintahkan Najib untuk membayar kos RM12,000.

Ahmad Bache dalam penghakimannya berkata, kes Najib masih berjalan manakala Thomas bukan lagi Peguam Negara. Kes itu ialah 1MDB, International Petroleum Investment Company (IPIC), salah guna kuasa mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan pengubahan wang haram di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 ( AMLATFPUAA 2001). Hakim itu berkata, mahkamah mempertimbangkan pendapat bahawa punca tindakan salah guna kuasa dan proses yang dikatakan berniat jahat adalah tidak kukuh dan bukan pemula kerana Thomas tidak pun menjalankan pendakwaan bagi empat kes itu.

"Plaintif (Najib) boleh memfailkan saman jika beliau dibebaskan daripada semua kes tetapi kini kes masih belum selesai. Walaupun jika Thomas mempunyai agenda terhadap Najib, beliau tidak akan menjalankan pendakwaan terhadap plaintif. Oleh itu, bagaimana beliau boleh dikatakan telah melakukan salah guna (kuasa). Malah pengakuan dalam saman seperti yang disebut sebelum ini, tidak mendedahkan sebarang sebab tindakan yang munasabah," katanya.

Hakim itu berkata, sekiranya beliau membenarkan saman itu diteruskan, ia akan membuka laluan bagi empat lagi kes Najib untuk dibicarakan di mahkamah sivil berdasarkan imbangan pembuktian sivil walaupun perbicaraan jenayah bagi empat kes itu masih berjalan.

"Prosiding ini akan dilihat sebagai serangan terhadap empat kes itu. Malah, tuntutan ini tidak sepatutnya difailkan sama sekali, sebelum selesai perbicaraan empat kes itu. Ia juga telah mewujudkan kekeliruan dan pelanggaran bidang kuasa antara bidang kuasa sivil dan jenayah," katanya sambil menambah bahawa permohonan Najib juga terlalu awal.

Hakim Ahmad berkata, tiada keperluan untuk tuntutan itu dibicarakan secara penuh dan tiada sebab untuk Thomas hadir ke mahkamah memberi penjelasan. Beliau seterusnya berkata Thomas mempunyai imuniti daripada disaman berdasarkan budi bicara yang diberikan kepadanya di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.

"Ini kerana Thomas sebagai Pendakwa Raya diberi kuasa budi bicara yang luas dan dengan itu menikmati imuniti daripada sebarang prosiding terhadapnya," kata hakim.

Hakim Ahmad menegaskan bahawa duluan undang-undang masih mengesahkan hakikat bahawa kuasa perlembagaan Peguam Negara di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan untuk memulakan atau menarik balik pertuduhan jenayah, bukanlah sesuatu yang boleh dicabar di mahkamah. Hakim berkata, Thomas dilantik sebagai Peguam Negara merangkap Pendakwa Raya pada 4 Jun 2018 oleh kerajaan Pakatan Harapan di bawah Tun Dr Mahathir Mohamed, bukannya peguam negara politik. Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan Yudistra Darma Dorai mewakili Najib manakala Alan Adrian Gomez mewakili Thomas.

Thomas, melalui notis permohonan untuk membatalkan saman itu yang difailkan pada 18 Nov 2021, antara lain mendakwa jika saman Najib diterus dan dibicarakan, ia akan menyebabkan kes jenayah yang dihadapi bekas Perdana Menteri itu dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi tergendala. Pada 22 Okt 2021, Najib memfailkan saman tersebut yang mendakwa pertuduhan terhadapnya adalah sebahagian daripada langkah yang dirancang lebih awal oleh Thomas dan ia selari dengan rancangan kerajaan Pakatan Harapan ketika itu.

Najib, 69, mendakwa beliau dituduh secara salah di mahkamah dalam kes yang membabitkan 1MDB, IPIC, salah guna kuasa di bawah Akta SPRM 2009 serta pengubahan wang haram mengikut AMLATFPUAA 2001. Beliau memohon satu deklarasi bahawa Thomas telah melakukan misfeasans dalam jawatan awam dan ganti rugi RM1.9 juta termasuk fi rundingan untuk pasukan audit bagi menyemak dokumentasi dalam penyediaan fakta untuk menangani pendakwaan terhadapnya.​

1669361487393.png
 
Sponsored Post

Top
Log in Register