BTC USD 43,043.9 Gold USD 1,817.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini Perbicaraan 1MDB & SRC - Najib Razak

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
331,711
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
331,711
Reaction score
17,591
Points
2,536
Awards
1
MAHKAMAH | Najib Mohon Dengar Rayuan Berkaitan Bukti Baharu

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memohon Mahkamah Persekutuan mendengar terlebih dahulu rayuan beliau berkaitan bukti baharu yang ingin dikemukakannya dalam kes membabitkan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Sponsored Post

AdiWalter

Fun Poster
Messages
910
Joined
Jul 15, 2021
Messages
910
Reaction score
138
Points
23
masih ada hati nak jadi wakil rakyat?

ape masalah nye

anwar pun peliwat pun ada hati nak jadi pm

mahathir penipu rakyat manifesto pun nak jadi wakil rakyat lagi

ape masalah lah dgn walaun .. pantang dengar nama najib

malaysia kebelakang disebabkan Ph.. tgk data2 ekonomi selepas ph memerintah.. indonesia dan negara asean lain dah kedepan..
 
Last edited:

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,080
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,080
Reaction score
3,186
Points
261
Awards
1
Pelik, PH tak gesa dedah individu disogok dalam penyelesaian RM16 bilion Goldman, kata Najib

a group of people in a room: Najib Razak berkata, Pakatan Harapan dan Dr Mahathir Mohamad tidak menggesa tindakan diambil atau menuntut pendedahan identiti pegawai kerajaan dan 1MDB yang diakui disogok oleh Goldman Sachs. (Gambar Reuters) ©

Provided by Free Malaysia Today Najib Razak berkata, Pakatan Harapan dan Dr Mahathir Mohamad tidak menggesa tindakan diambil atau menuntut pendedahan identiti pegawai kerajaan dan 1MDB yang diakui disogok oleh Goldman Sachs. (Gambar Reuters)
PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Najib Razak membangkitkan persoalan berhubung penyelesaian sebanyak RM16.6 bilion antara Goldman Sachs Group Inc (Goldman) dengan Putrajaya berhubung skandal 1MDB.

Dalam catatan Facebook beliau berkata, Goldman bersetuju dengan penyelesaian itu selepas mengakui pegawainya menyogok beberapa pegawai kerajaan Malaysia dan 1MDB yang tidak dinamakan.

Tetapi katanya, tiada sesiapa daripada Pakatan Harapan (PH) atau kem Dr Mahathir Mohamad yang tampil menggesa tindakan atau menuntut untuk mengetahui identiti pegawai kerajaan dan 1MDB yang diakui disogok oleh Goldman.

Katanya, mereka turut membisu berhubung pendedahan sekurang-kurangnya RM65 juta dana berkaitan 1MDB yang diperolehi semula daripada Singapura di tangan sebuah syarikat milik keluarga bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Zeti Akhtar Aziz.

“Kes bekas menteri Kabinet terlibat dalam SRC menerima RM85 juta dana berkait 1MDB untuk disorok di akaun bank proksi luar negara, mereka membisu lagi.

“Kes beberapa pegawai kerajaan dan 1MDB disogok sehingga Goldman Sachs perlu membayar RM16.6 bilion, mereka juga buat bodoh, tak mahu ambil tahu dan tak tuntut kerajaan untuk telus dan dedahkan nama individu-individu yang disogok.

“Pelik kan? Bagaimana dengan saudara-saudari, kamu ingin tahu tak?” soalnya kepada pengikut di Facebook.

Najib berkata, pasukan pembelaan Goldman di Amerika Syarikat sebelum ini berkata, mereka mempunyai bukti “exculpatory” yang boleh membersihkan namanya di mahkamah, walaupun usaha untuk mendapatkan maklumat itu dihalang kerajaan AS.

“Kerajaan Malaysia pula tidak mahu mendedahkan maklumat tersebut sebab mereka rahsiakan perjanjian penyelesaian Goldman Sachs dan klasifikasikannya sebagai OSA.”
 
GamezStar

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,855
Joined
Jul 1, 2008
Messages
35,855
Reaction score
2,715
Points
261
Awards
1
Saya Yang Mencuri Tapi Kamu Dan Keluarga Berbilion-Bilion Aset Pula?

07.01.2022 - Kuala Lumpur, Najib Razak, yang masih bergelut dengan kes mahkamah berkaitan 1MDB, berkata dia tidak pernah mencuri dan tidak pernah didakwa kerana mencuri dan merompak.

“Saya tidak pernah didakwa mencuri atau merompak. Tak sama dengan kes (Lim) Guan Eng yang didakwa bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 iaitu meminta atau menerima suapan dan juga bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan - criminal misappropriation of property,” katanya.

Berkaitan pendakwaan bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001, dia sekali lagi berkata ia bukan untuk kegunaan peribadi.

“Bukan curi dan rompak sebab wang bukannya untuk kegunaan peribadi saya atau keluarga. Semasa menjatuhkan hukuman, hakim juga kata bahawa dana RM42 juta bukan hak Najib untuk sedekah. Jika saya curi dan rompak, apa yang saya beli dengan hasil curian ini untuk diri sendiri atau keluarga?” soalnya.

Sementara itu, Najib juga berakata orang yang berniat mencuri tidak akan memasukkan wang ke dalam akaunnya sendiri. Mahkamah Rayuan pada 8 Disember mengekalkan keputusan bersalah dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib dalam kes penyelewengan RM42 juta dana bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn bhd. Sabitan dan hukuman bagaimanapun ditangguhkan sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Persekutuan, mahkamah paling tinggi dalam negara.

Serang Mahathir

Dalam tulisan di Facebook hari ini, Najib turut mengambil peluang membidas musuh politiknya Dr Mahathir Mohamad.

“Adakah saya memiliki ladang kuda, projek resort tepi pantai, sebahagian kepentingan dalam hotel mewah lima bintang ataupun syarikat perkhidmatan jet peribadi seperti kamu?

“Ataupun adakah anak-anak saya pernah memiliki kepentingan besar dalam lebih 12 syarikat disenarai seperti keluarga Tun? Saya yang mencuri tapi kamu dan keluarga berbilion-bilion aset pula?” sindirnya terhadap Mahathir yang pernah terpalit dengan skandal pemerdagangan wang asing (Forex) oleh Bank Negara.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/605963

Punya la syok baca kt fb rupe nye.. igtkan ckp kt mahkamah hahahah
 
akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,080
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,080
Reaction score
3,186
Points
261
Awards
1
Pointnya ialah. Najib buatlah pembelaan sekuat apapun bersama fakta-fakta jelas, namun jika dipihak mereka (musuh) telah menguasai semua benda, fakta fakta ini tidak mempu beri kemenangan pada Najib. Kalau tidak kenapa bukti baru tidak diterima oleh pihak mahkamah?

Hukuman bersalah pada Najib sebenarnya telah dibuat sebelum Najib turun naik mahkamah lagi. Sesungguhnya inilah kezaliman Mahathir yang tak mampu dimaafkan oleh siapa saja yang menjadi mangsanya.

Setelah pelbagai usaha telah dilakukan, doa tidak putus dipanjatkan. Sekarang ini Najib hanya perlu serahkan segala ketentuan dan urusannya kepada penguasa dari segala penguasa ialah Allah SWT.
-----

Sedikit keratan dari posting Najib 👇

Jika saya curi dan rompak, apa yang saya beli dengan hasil curian ini untuk diri sendiri atau keluarga?

Adakah saya memiliki ladang kuda, projek resort tepi pantai, sebahagian kepentingan dalam hotel mewah 5 bintang ataupun syarikat perkhidmatan private jet seperti kamu?

Ataupun adakah anak-anak saya pernah memiliki kepentingan besar dalam lebih 12 syarikat disenarai seperti keluarga Tun?

Saya yang mencuri tapi kamu dan keluarga berbilion-bilion aset pula?

Malah, perbicaraan mahkamah juga telah membuktikan bahawa sekurang-kurangnya RM642 juta adalah kemasukan dana daripada Kementerian Kewangan Arab Saudi yang juga saya telah gunakan untuk kerja CSR dan sedekah.

Kenapa pula saya nak curi RM42 juta sekiranya yang RM642 juta pula yang saya boleh guna bagi peribadi sendiri, saya juga belanja untuk CSR dan sedekah?

Tapi point yang paling penting Tun kali ini ialah: wang didapati masuk ke akaun saya tapi satu sen skandal FOREX pun tidak didapati masuk ke akaun Tun.

Orang yang berniat nak curi tidak akan masukkan dana tersebut ke dalam akaun atas nama sendiri di Malaysia.

Lebih-lebih lagi ialah perbicaraan mahkamah juga membuktikan ianya seorang bekas gabenor BNM yang nasihat saya untuk buka akaun bawah nama sendiri dana.

Ketika akaun dibuka, saya juga arahkan bekas gabenor untuk memantau akaun saya pada tahun 2010 untuk pastikan tiada masalah dengan dana yang masuk ke akaun saya.

Malangnya, bekas gabenor tidak lakukan itu.

Lagi malang ialah SPRM telah mengesahkan keluarga bekas gabenor tersebut telah lama berususan dan menerima dana sebanyak RM700 juta dari Jho Low sejak tahun 2017 hingga ke tahun 2013 termasuk sumber dana dari 1MDB.

Sebanyak RM65 juta baki dari dana tersebut yang disembunyi oleh keluarganya di Singapura turut dikembalikan ke Malaysia - seperti didedah kenyataan SPRM baru-baru ini pada bulan September 2021.

Namun, hakim sekali lagi tidak mahu terima bukti baharu ini walaupun ianya membabitkan saksi pendakwaan.

Tun juga senyap dengan pendedahan ini walaupun Tun yang pernah lantik bekas gabenor sebagai seorang ahli Majlis Penasihat Kerajaan (atau lebih dikenali sebagai Majlis orang tua-tua) dan juga pengerusi PNB yang memegang aset bernilai lebih RM340 bilion.

Yang Tun pernah komen cuma:

"Saya tak tahu, saya tak tahu'
 
Turun naik mahkamah je la jawabnya
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register