BTC USD 43,109.8 Gold USD 1,817.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini Perbicaraan 1MDB & SRC - Najib Razak

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
331,711
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
331,711
Reaction score
17,591
Points
2,536
Awards
1
KES SRC | Najib Gagal Tangguh Keputusan Rayuan Pada 8 Disember

Mahkamah Rayuan menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak menangguhkan tarikh keputusan rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kerana menyalahgunakan dana SRC International Sdn Bhd.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan, Mohd Khairi Haron, kepada bekas Perdana Menteri, peguam utamanya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan pihak pendakwaan.

 
Sponsored Post

Jedi

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,981
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Feb 15, 2009
Messages
46,981
Reaction score
2,748
Points
261
Awards
1

............
 

Jedi

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,981
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Feb 15, 2009
Messages
46,981
Reaction score
2,748
Points
261
Awards
1
Rayuan dibenarkn.. najib dibebaskan.. 🤭

Hakim:

"Jasa dia terlampau banyak.

Kerajaan di arah untuk menghadiahkan 200 juta buat DS Najib.

Dan saman beliau juga akan ditanggung SEPENUHNYA oleh rakyat.

Solat sunat Kesyukuran di masjid2 seluruh negara lepas solat Jumaat.

Hidup kleptokrasi kelentong. Horray!!!"

:ROFLMAO:
.............................
 
Last edited:

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
331,711
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
331,711
Reaction score
17,591
Points
2,536
Awards
1
LAPORAN POLIS | Najib Dakwa Ada Pihak Sembunyi Bukti Kes 1MDB

Datuk Seri Najib Tun Razak membuat laporan polis terhadap beberapa pihak yang didakwa sengaja menyembunyikan bukti material berkaitan transaksi wang berkaitan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International ketika pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan.

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,929
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,929
Reaction score
4,386
Points
296
Awards
1
Mahkamah Arah Deepak, Syarikat Bayar Kos RM40,000

29.11.2021 - Kuala Lumpur, Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memerintahkan ahli perniagaan Deepak Jaikishan, adiknya dan syarikat mereka membayar kos keseluruhan RM40,000 berikutan peguam mereka menarik diri daripada mewakili mereka dalam rayuan berhubung saman yang difailkan terhadap Najib Razak dan isteri serta tiga yang lain. Panel tiga hakim diketuai Mohamad Zabidin Mohd Diah menganugerahkan kos RM10,000 kepada setiap responden memandangkan pertukaran peguam dibuat di saat-saat akhir dan ini adalah kali kedua mereka menukar peguam.

Mohamad Zabidin berkata memandangkan peguam Deepak telah menarik diri dan rayuan itu perlu ditangguhkan, kos RM10,000 kepada setiap responden adalah wajar, iaitu kepada bekas Perdana Menteri (Najib) dan Rosmah Mansor, bekas Pengerusi Tabung Haji Abdul Azeez Abdul Rahim, adik Najib iaitu Ahmad Johari Abdul Razak dan bekas Ketua Setiausaha Sulit Najib, Shukry Mohd Salleh. Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Abu Bakar Jais dan Che Mohd Ruzima Ghazali.

Terdahulu, Mohamad Zabidin membenarkan permohonan peguam Magita Hari Mogan untuk menarik diri daripada mewakili Deepak, adiknya J Rajesh dan syarikat mereka Radiant Splendour Sdn Bhd dalam empat kes rayuan tersebut. Dia memberitahu mahkamah perintah pelepasan itu difailkan pada hari Jumaat (26 Nov) selepas gagal mendapat arahan daripada anak guamnya. Terdahulu, peguam yang mewakili Najib dan Rosmah, David Matthews serta peguam Dhinesh Bhaskaran yang mewakili Ahmad Johari, peguam Porres Royan mewakili Abdul Azeez dan peguam Farah Shuhadah Razali bagi pihak Shukry meminta kos RM10,000 selepas Magita memaklumkan kepada mahkamah mengenai pemfailan perintah pelepasan itu.

Mohamad Zabidin kemudian mengarahkan kes itu dihantar untuk pengurusan kes di hadapan timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan hari ini, yang kemudiannya menetapkan 14 Dis untuk pengurusan kes lain. Perayu -- Deepak, Rajesh dan Radiant Splendour -- merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 14 Jan tahun lepas yang membatalkan tuntutan mereka terhadap responden.

Dalam saman itu, perayu menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan teladan, mendakwa akibat konspirasi, telah menyebabkan dua beradik itu dan syarikat mereka mengalami kerugian. Mereka juga mendakwa semua responden telah melakukan konspirasi, penipuan, penyelewengan dan penyalahgunaan proses.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/601123
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,929
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,929
Reaction score
4,386
Points
296
Awards
1
Najib Jawab Bersatu - Kamu Gagal Segagalnya Tapi Mahu Salahkan 1MDB ?

01.12.2021 - Kuala Lumpur, Seorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatumengaku bahawa saya betul bahawa prestasi ekonomi Malaysia dan prestasi mengawal Covid-19 adalah paling teruk berbanding negara-negara jiran biarpun Malaysia adalah antara negara yang melaksanakan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) separuh masak paling lama di dunia. Tetapi dia kata ini bukan kegagalan Muhyiddin Yassin, sebab boss dia dibeban dan dikekang oleh hutang 1MDB berjumlah RM32 bilion.

Sebab 1MDB, ekonomi dan Covid-19 teruk di negara kita. Okay. Saya beri fakta;

Hutang 1MDB adalah RM32 bilion pada akhir tahun 2019 sebelum Muhyiddin jadi perdana menteri.

Namun seperti diulas Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz semasa membahas bajet 2022 pada bulan Oktober 2021 lalu, hutang 1MDB juga RM32 bilion selepas Muhyiddin henti sebagai perdana menteri. Bermakna satu sen prinsipal hutang 1MDB tidak pernah dibayar. Malah sepanjang tempoh Muhyiddin jadi perdana menteri, Malaysia dapat semula RM15.4 bilion tunai yang dibayar sebagai penyelesaian-penyelesaian kes 1MDB oleh pihak-pihak seperti Goldman Sachs, KPMG dan Deloittes. Ini bermakna satu sen prinsipal hutang 1MDB tidak pernah dibayar tetapi dana sebanyak RM15.4 bilion diterima oleh kerajaan sebab 1MDB.

Dan dia tidak pernah sebut pun aset-aset 1MDB bernilai lebih RM100 bilion atau peranan 1MDB untuk menyelesaikan masalah perjanjian IPP (penjana tenaga bebas) berat sebelah yang menjimatkan negara sebanyak RM15 bilion setahun sehingga rizab tunai Petronas naik ke RM176 bilion sebelum PRU14.

Entah sudah beberapa kali saya jawab perkara ini termasuk kepada Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang sebelum PRN Melaka tetapi mereka tak pernah sekali pun menyangkal atau berbunyi:

Jadi, dari sudut mana Muhyiddin dibeban atau dikekang oleh hutang 1MDB sehingga prestasinya mengawal ekonomi dan Covid-19 amat buruk sedangkan mereka tidak pernah langsaikan satu sen prinsipal hutang 1MDB dan sebaliknya menerima tunai RM15.4b sebab 1MDB?

Dan tahukah kamu bahawa PN dahulu turut menaikkan hutang kerajaan sebanyak RM173.3 bilion dalam tempoh mereka menjadi kerajaan dari RM792 bilion ke RM965.3 bilion pada bulan Ogos semasa Muhyiddin turun sebagai perdana menteri? Sedangkan hutang kerajaan pada akhir tahun 2017 sebelum PRU14 adalah RM686.8 bilion. Ya.. hutang naik RM173.3 bilion masa kerajaan PN. Lagi nak guna alasan hutang 1MDB sebanyak RM32 bilion yang tidak pernah dilangsaikan satu sen oleh mereka.

(Hutang kerajaan naik hampir 50 peratus atau hampir RM300 bilion dari RM686 bilion ke RM965.3 bilion setelah saya berhenti jadi perdana menteri tetapi satu sen prinsipal hutang 1MDB RM32 bilion tidak pernah dibayar balik setakat ini.) Bukan setakat hutang naik. Petronas turut dijarah dengan bayaran RM59 bilion (2020: RM34bilion. 2021: RM25 bilion) kepada kerajaan. Manakala aset Khazanah Nasional turun hampir RM10 bilion dari RM 91 bilion pada akhir tahun 2019 ke RM81 bilion pada akhir tahun 2020.

Dan kerajaan PN juga korek RM5 bilion dari tabung KWAN (Kumpulan Wang Amanah Negara) yang dibina masa saya menjadi perdana menteri dari RM4 bilion sehingga nilainya mencecah RM17 bilion ketika PRU14.

Jadi;
- RM15.4 bilion (dana diterima sebagai penyelesaian 1MDB)
- RM173.3 bilion (kenaikan hutang kerajaan)
- RM59 bilion (bayaran dari rizab Petronas)
- RM10 bilion (Khazanah Nasional)
- RM5 bilion (korek dari Tabung KWAN)
= RM262.7 bilion dihabiskan mereka dalam tempoh singkat 17 bulan itu.

Jadi dari sudut mana hutang 1MDB sebanyak RM32 bilion yang mereka tidak pernah membayar balik satu sen prinsipal boleh dijadikan alasan kenapa korang gagal segagalnya?

Kamu gagal segagalnya sehingga digelar #KerajaanGagal tapi mahu salahkan 1MDB?
1638330669255.png
 

stonz

Active+ Member
Messages
4,935
Paid Membership
Joined
Sep 18, 2008
Messages
4,935
Reaction score
231
Points
43
aduh.makin pening aku ngan kenyataan Najib ni... pusing sana pusing sini....

Jadi, Najib bersalah atau hanya diperalatkan?
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register