BTC USD 43,111.8 Gold USD 1,750.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini Perbicaraan 1MDB & SRC - Najib Razak

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,820
Reaction score
4,168
Points
236
Jho Low Di Dakwa Melobi AS Supaya Usir Penentang China

Staf BenarNews
Washington
2021-06-11


9c392526-7e11-4d54-871f-1fe4dea3a5de.jpeg

Penunjuk perasaan di Kuala Lumpur menggesa penangkapan Jho Low, yang dipaparkan sebagai lanun pada satu sepanduk, kerana didakwa terlibat dalam penyelewengan berbilion-bilion daripada 1Malaysia Development Berhad, 14 April 2018.

Amerika Syarikat (AS) mengemukakan pertuduhan baru terhadap seorang pembiaya kewangan Malaysia dan seorang penyanyp rap negara itu kerana melobi pentadbiran Donald Trump supaya menghentikan siasatan skandal rasuah 1MDB serta mengusir seorang penentang China, kata Jabatan Kehakiman AS pada Jumaat. Lobi "tidak berdaftar, pintu belakang" itu telah diarahkan oleh pembiaya kewangan buruan Malaysia Low Taek Jho dan naib menteri keselamatan awam China, kata DOJ.

"Low Taek Jho, 39, yang juga dikenali sebagai Jho Low, dan Prakazrel" Pras "Michel, 48, didakwa telah bersubahat ... supaya siasatan penyelewengan 1MDB dan prosiding lucut hak yang melibatkan Low dan yang lain-lain digugurkan, serta berusaha supaya seorang penentang China dihantar pulang ke China,” kata kenyataan itu.

“Pertuduhan terhadap kedua-duanya dikemukakan melalui pendakwaan ganti oleh juri agung persekutuan di Daerah Columbia pada Khamis, pertuduhan terhadap kedua-duanya dikemukakan melalui pendakwaan oleh juri agung persekutuan di Daerah Columbia pada Khamis,” kata jabatan itu.

Kedua-duanya dituduh bersubahat dengan pengumpul dana Republikan, Elliott Broidy, dan ahli perniagaan wanita Hawaii, Nickie Lum Davis, untuk terlibat dalam kempen melobi yang tidak didedahkan "masing-masing atas arahan Low dan Naib Menteri Keselamatan Awam Republik Rakyat China." Kenyataan DOJ tidak menyebut nama naib menteri keselamatan awam China itu.

Ia juga tidak menyebut nama penentang China yang dilobi oleh Low dan Michel dalam pentadbiran Trump dan pegawai keadilan AS supaya dihantar pulang ke China. Namun, laporan berita pada tahun lalu termasuk The New York Times, menyatakan bahawa penentang China itu merupakan jutawan Guo Wengui, yang mahu mendapatkan suaka, dan beliau telah didakwa dengan pertuduhan rasuah di Beijing.

Low dan Michel telah melobi supaya siasatan penyelewengan wang 1MDB dan prosiding melucut hak digugurkan serta meminta supaya pengkritik Parti Komunis China itu dihantar pulang. Low menghadapi pertuduhan jenayah di Malaysia dan AS kerana didakwa terlibat dalam penyelewengan berbilion dolar dari 1MDB iaitu dana pelaburan negara Malaysia melalui hubungannya dengan bekas Perdana Menteri Najib Razak, yang disabitkan kesalahan pada Julai lalu dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun bagi pertuduhan berkaitan rasuah.

Penyanyi rap Michel, yang merupakan anggota kumpulan hip-hop Fugees, mahu membebaskan dirinya daripada pertuduhan itu, kata peguamnya Benjamin Brafman dalam satu kenyataan, menurut Bloomberg News. Menurut Bloomberg, Low dan Michel gagal dalam usaha ‘pintu belakang’ itu. Low dan Michel didakwa pada Mei 2019 kerana bersubahat untuk menyalurkan wang Low sebagai sumbangan kempen presiden AS menjelang pilihan raya 2012.

Kedua-duanya didakwa cuba "membeli akses kepada, dan berpotensi mempengaruhi, seorang calon, kempen calon itu, dan pentadbiran calon itu," menurut salinan pendakwaan pada 2019, tanpa menyatakan kempen calon mana yang disasarkan mereka. "Low mengarahkan pemindahan kira-kira $21,600,000 dari entiti dan akaun asing kepada Michel bagi tujuan menyalurkan sejumlah besar wang ke dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat sebagai sumbangan yang kononnya sah, sambil menyembunyikan sumber sebenar wang itu," kenyataan DOJ pada 2019 dalam pendakwaan itu.

"Untuk memudahkan penyaluran sumbangan besar itu dan menyembunyikan sumber sebenarnya, Michel membayar kira-kira $865,000 dari wang yang diterima daripada Low kepada kira-kira 20 penyumbang kecil, atau saluran, supaya penyumbang kecil itu dapat membuat sumbangan atas nama mereka kepada sebuah jawatankuasa pengumpul dana bersama presiden."

Pengumpul dana Republikan, Broidy, yang didakwa melakukan kerjanya di bawah arahan Low, telah diberi pengampunan oleh Trump pada Januari setelah beliau mengaku bersalah pada Oktober lalu kerana bersubahat untuk melanggar undang-undang melobi asing. Ahli perniagaan wanita, Lum Davis, yang didakwa melakukan tugasnya di bawah arahan naib menteri keselamatan awam China, pula mengaku bersalah pada Ogos lalu kerana melanggar undang-undang melobi asing.​

Artikel asal BenarNews.MY
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,820
Reaction score
4,168
Points
236
Bicara Saman Pelucutan Terhadap Najib, 17 Yang Lain Di Tangguh

18.06.2021 - Kuala Lumpur, Perbicaraan saman pelucutan berkaitan 1MDB oleh kerajaan terhadap Najib Razak dan 17 yang lain hari ini ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) yang sedang berlangsung. Peguam bekas perdana menteri itu, Nur Syahirah Hanapiah berkata, perbicaraan yang dijadualkan pada awalnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini telah dikosongkan.

"Perbicaraan mahkamah telah diubah menjadi pengurusan kes melalui zoom pada pukul 9 pagi ini," kata peguam ketika dihubungi.

Dia berkata pengurusan kes hari ini yang melibatkan semua pihak dalam tindakan undang-undang tersebut, akan menetapkan tarikh perbicaraan baru. Perbicaraan sebelum ini dijalankan pada 7 Mei lalu di hadapan hakim Mohamed Zaini Mazlan. Perbicaraan yang dijadualkan hari ini adalah untuk pihak pendakwa mengemukakan hujah balas terhadap hujah responden agar saman tersebut dibatalkan.

Pada 8 Mei 2019, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengemukakan saman pelucutan berkaitan 1MDB terhadap Najib dan 17 yang lain yang terdiri daripada individu dan syarikat. Tindakan undang-undang itu berhubung penyitaan ratusan barang, termasuk beg tangan mewah dan 27 kenderaan daripada 18 responden. Dalam saman pelucutan berkaitan 1MDB, Najib disebut sebagai responden pertama, diikuti oleh isterinya Rosmah Mansor, anak tiri Riza Shahriz Abdul Aziz (lebih dikenali sebagai Riza Aziz), anak lelakinya Nor Ashman Razak, dan anak perempuannya Nooryana Najwa sebagai responden kedua, ketiga, keempat dan kelima.

Yang lain ialah Mohd Kyizzad Mesran, Senijauhar Sdn Bhd, Aiman Ruslan, Yayasan Rakyat 1Malaysia, Yayasan Semesta, Yayasan Mustika Kasih, Rembulan Kembara Sdn Bhd, Goh Gaik Ewe (ibu kepada ahli perniagaan berkaitan 1MDB, Low Taek Jho atau Jho Low), bekas pegawai bank Goldman Sachs Roger Ng, peguam Lim Hwee Bin, Kee Kok Thiam, Tan Vern Tact dan Geh Choh Hun.

Kee, Tan dan Geh didakwa merupakan rakan sekutu Jho Low, yang merupakan individu penting dalam 1MDB.

Antara barang berharga yang dirampas pada 17 Mei 2018, dan pada 11 Jun 2018 adalah 52 beg tangan berjenama, 10 jam tangan dan wang tunai dalam nota berbeza - RM187,750 dalam nota lama, RM21,150 dalam nota baru, £ 320,500 dalam nota lama, £ 2,700 dalam nota baru, US $ 100, € 20, S $ 40, 2,870,000 rupee Sri Lanka, 13,177,00 rupiah, 376 hryvnias (mata wang Ukraine), 50 franc, 10 rands, 531 riyal, dan 740 peso Filipina.

Turut dirampas pada hari yang sama ialah empat jam tangan berjenama, 171 beg tangan mewah dan 27 pasang kasut, manakala 40 beg tangan mewah dirampas pada 11 Jun 2018. Pada 2 Ogos 2018, sebanyak 27 kenderaan jenis Nissan Urvan turut disita oleh pihak berkuasa.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/579462
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
33,928
Reaction score
2,147
Points
201

Rkayat malaysia waktu tu dlm 25juta.. melayu around 55% bersamaan 13juta.. klu sorg najib kasi 1juta.. rasa2? Kukuh tak ekonomi melayu?
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,905
Reaction score
15,103
Points
2,376
MAHKAMAH | Bicara Kes 1MDB Najib Bersambung Selasa Depan

Perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghadapi pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM2.3 bilion milik 1MDB akan bersambung 29 Jun depan.

Kes itu sepatutnya ditetapkan untuk sambung bicara Isnin lalu namun ditangguh susulan pelaksanaan PKP 3.0.

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,820
Reaction score
4,168
Points
236
1MDB Tarik Balik Saman AS$1 Bilion Terhadap Firma Guaman, Peguam

26.07.2021 - Kuala Lumpur, 1MDB telah menarik balik saman berjumlah AS$1 bilion terhadap bekas firma guamannya, Wong & Partners dan peguam Brian Chia Hock Gee. Menurut salinan satu arahan bertarikh 19 Julai oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, writ saman yang difailkan telah ditarik balik tanpa kebebasan untuk pemfailan baru. Tiada juga arahan berkenaan kos dinyatakan.

Ketika dihubungi Malaysiakini, peguam 1MDB Lim Chee Wee enggan mengulas perkara itu. Terdahulu, 1MDB dan bekas subsidiarinya SRC International Sdn Bhd memfailkan 22 tindakan sivil terhadap pelbagai individu dan entiti kerana didakwa menipunya, sama ada secara dalam pengetahuan atau tidak. Saman terhadap Wong & Partners adalah sebahagian daripada tindakan itu.

Antara individu yang dinamakan sebagai defendan dalam tindakan sivil itu adalah bekas perdana menteri Najib Razak, bekas pengerusi 1MDB Che Lodin Wok Kamaruddin dan tiga bekas CEO 1MDB iaitu Shahrol Azral Ibrahim Halmi, Mohd Hazem Abdul Rahman dan Arul Kanda Kandasamy. Beberapa ahli keluarga ahli perniagaan Low Taek Jho turut dinamakan, termasuk bapanya Larry Low Hock Peng dan kakanya Low May Lin.

Sekutu Jho Low yang dinamakan pula adalah Eric Tan Kim Loong dan Tarek Obaid, yang merupakan pengasas Petrosaudi International Ltd. Antara entiti yang dinamakan adalah Deutsche Bank (Malaysia) Ltd, Coutts & Co Ltd dan JP Morgan (Switzerland) Ltd. Menurut laporan The Edge Markets sebelum ini, sumber yang arif berkenaan tindakan itu berkata perbicaraan jenayah berkaitan skandal 1MDB berjalan terlalu perlahan dan saman sivil itu akan menunjukkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin serius terhadap isu itu.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/584650
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,820
Reaction score
4,168
Points
236
Mahkamah Tangguh Pemeriksaan Barang Kemas Oleh Najib & Rosmah

27.07.2021 - Kuala Lumpur, Bekas perdana menteri Najib Razak, isterinya Rosmah Mansor serta pemilik syarikat barang kemas, Global Royalty Trading SAL dari Lubnan, Samer Halimeh masih belum dapat memeriksa 11,991 unit barang kemas yang kini disimpan dalam lebih 90 buah kotak di bilik kebal Bank Negara Malaysia (BNM). Barang kemas itu antara pelbagai barang yang disita polis dari premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd di Pavilion Residences pada Mei 2018. Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Khairuddin berkata mahkamah sebelum ini menetapkan 12 hingga 15 Julai bagi pemeriksaan barang kemas itu oleh pihak ketiga, namun tidak dapat dilaksanakan berikutan pelaksanaan Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

"Pemeriksaan barang kemas itu yang turut ditetapkan pada 2 hingga 5 Ogos ini masih tidak dapat dijalankan kerana Fasa Satu PPN dan Samer yang kini berada di United Kingdom, masih belum dapat diuruskan untuk masuk ke Malaysia. Pihak pendakwaan juga mencadangkan pemeriksaan fizikal hanya dijalankan apabila Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberi kebenaran untuk melakukan aktiviti berkumpulan di tempat tertutup, setelah mengambil kira perkembangan semasa seperti risiko penyebaran wabak Covid-19," katanya kepada pemberita menerusi aplikasi WhatsApp selepas pengurusan kes secara dalam talian di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin, hari ini.

Najib, Rosmah dan Global Royalty merupakan pihak ketiga ingin menuntut barang kemas, dalam permohonan lucut hak difailkan pendakwaan terhadap Obyu Holdings yang dimiliki Bustari Yusof. Faten Hadni bagaimanapun berkata risiko penyebaran wabak itu adalah tinggi kerana keadaan bilik kebal BNM yang tertutup dan pemeriksaan barang kemas akan membabitkan ramai orang, bukan sahaja pihak ketiga tetapi pihak polis yang perlu mengawal keselamatan ketika pemeriksaan dijalankan. Dia berkata perkara itu tidak dibantah peguam-peguam yang mewakili pasangan suami isteri itu dan Samer serta mahkamah menetapkan 9 Sept ini untuk pengurusan kes.

Sebelum ini, pemeriksaan barang kemas itu tidak dapat dilakukan setelah Samer tidak dibenarkan memasuki Malaysia kerana sempadan negara ditutup susulan wabak Covid-19. Bagaimanapun pada 25 Julai tahun lepas, Najib dan Rosmah telah memeriksa sebanyak 306 beg tangan, 401 jam tangan, 16 aksesori jam tangan dan 234 cermin mata yang turut disita dari premis sama. Pada 2019, pihak pendakwaan memfailkan permohonan pelucuthakan terhadap Obyu Holdings bagi menyita pelbagai barangan termasuk 11,991 unit barang kemas, 401 utas jam tangan dan 16 unit aksesori jam tangan, 234 cermin mata, 306 beg tangan serta wang tunai dalam pelbagai denominasi berjumlah RM114,164,393.44.

Wang dan barang kemas itu dirampas pihak berkuasa kerana didakwa terbabit skandal dana 1MDB.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/584775
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,820
Reaction score
4,168
Points
236
Pendakwaan, Pembelaan Mohon Tangguh Perbicaraan Najib Berkait Dana SRC RM27 Juta

28.07.2021 - Kuala Lumpur, Pihak pendakwaan dan pembelaan dalam kes rasuah Najib Razak membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) berjumlah RM27 juta memohon supaya perbicaraan kes tersebut ditangguhkan sementara menunggu keputusan rayuan bekas perdana menteri itu berhubung kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC di Mahkamah Rayuan. Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul memaklumkan perkara itu kepada pemberita selepas prosiding pengurusan kes di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan hari ini.

“Kes SRC RM27 juta telah ditetapkan untuk bicara bermula 2 hingga 9 Ogos ini tetapi memandangkan Mahkamah Rayuan masih belum memberi keputusan berhubung rayuan kes SRC RM42 juta, kami perlu memohon penangguhan perbicaraan kes di mahkamah ini sementara menunggu keputusan rayuan itu yang berkemungkinan akan sehingga peringkat Mahkamah Persekutuan. Oleh itu, penangguhan kes SRC RM27 juta ini perlu kerana bukti di dalam kes ini saling berkaitan dengan kes SRC RM42 juta dan ia turut membabitkan jejak wang yang sama,” katanya.

Beliau berkata, Mohamed Zaini telah mengarahkan kedua-dua pihak menulis surat kepada mahkamah hari ini bagi memohon penangguhan perbicaraan kes itu yang sepatutnya bermula pada Isnin depan (2 Ogos) dan pendakwaan juga akan meminta agar tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan pada Ogos tahun ini serta Mac dan April 2022 dilapangkan. Peguam Rahmat Hazlan, yang mewakili Najib, ketika dihubungi turut mengesahkan permohonan penangguhan perbicaraan kes SRC RM27 juta itu.

Pada 3 Feb 2019, Najib mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan pengubahan wang haram yang mendakwa beliau menerima wang berjumlah RM27 juta hasil kegiatan haram menerusi tiga akaun bank AmPrivate Banking miliknya. Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, No 55, Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014 mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bekas perdana menteri itu sebelum ini didakwa di Mahkamah Sesyen namun kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi pada 13 Mac 2019 atas permohonan pihak pendakwaan. Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib selepas mendapati beliau bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah jenayah, pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan membabitkan RM42 juta dana SRC International.
Najib mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Rayuan yang kemudian mendengar kes tersebut pada 5 April hingga 18 Mei lepas dan menangguhkan keputusan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Berita asal https://www.freemalaysiatoday.com/c...perbicaraan-najib-berkait-dana-src-rm27-juta/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,820
Reaction score
4,168
Points
236
Saksi Pendakwaan Nafi Berunding Untuk Tarik Balik Saman 1MDB Ke Atasnya

17.08.2021 - Kuala Lumpur, Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB Mohd Hazem Abdul Rahman menafikan tuduhan bahawa dia mencapai perjanjian dengan pihak pendakwaan untuk menarik balik tindakan sivil tabung itu ke atasnya. Saksi ke-10 pendakwaan itu membuat penafian berkenaan setelah tuduhan itu diutarakan pasukan pembelaan Najib Razak semasa perbicaraan rasuah 1MDB RM2.28 bilion membabitkan bekas perdana menteri itu hari ini. Ketua pembelaan Muhammad Shafee Abdullah hari ini menyoal balas Hazem tentang sama ada dia ada membuat rundingan yang didakwa itu, sebagai balasan untuk dia terus memberikan keterangan ke atas Najib dalam perbicaraan jenayaah berkenaan, atau tidak.

Pada Mei, 1MDB dan pelbagai anak syarikatnya memfailkan 22 tindakan sivil ke atas Hazem, Najib dan beberapa individu dan entiti lain. 1MDB dan anak-anak syarikatnya mendakwa individu dan entiti tersebut terlibat dalam menipu mereka, sama ada secara sedar atau tidak sedar. Semalam, portal berita dalam talian The Edge Markets melaporkan bahawa untuk salah satu tuntutan AS$8 bilion, 1MDB telah menggugurkan tindakan sivil ke atas Hazem dan enam defendan yang lain. Enam defendan lain itu ialah: bekas pengarah 1MDB Che Lodin Wok Kamaruddin, Ismee Ismail, Ong Gim Huat dan Ashvin Jethanand Valiram; bekas CEO Shahrol Azral Ibrahim Halmi; dan bekas ketua pegawai kewangan Azmi Tahir.

Bagaimanapun, Najib; empat yang dikatakan rakan kongsi kepada ahli perniagaan yang dikaitkan dengan 1MDB Low Taek Jho atau Jho Low; bekas ketua pegawai kewangan Radhi Mohamad; bekas pengarah pelaburan Kelvin Tan Kay Jin, dan bekas CEO SRC International Nik Faisal Ariff Kamil, masih kekal sebagai defendan untuk tindakan sivil itu. SRC sebelum ini merupakan anak syarikat 1MDB, sebelum menjadi milikan penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD). Selain merupakan bekas perdana menteri, Najib juga pernah menjadi menteri kewangan dan pengerusi ahli lembaga penasihat 1MDB.

Shahrol sebelum ini memberikan keterangan untuk pihak pendakwaan dalam perbicaraan jenayah 1MDB ke atas Najib. Semasa pendengaran perbicaraan jenayah ke atas Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Shafee pada mulanya bertanya Hazem sama ada dia ada diberikan sesalinan tindakan sivil 1MDB. Hazem menjawab dia tidak pernah diberikan sebarang salinan sedemikian secara rasmi. Shafee kemudian mengasak berkenaan tindakan sivil tersebut dalam pemeriksaan balasnya. Hazem menjawab dia hanya sedar mengenai tindakan sivil itu menerusi artikel berita.

Saksi itu turut memberikan keterangan bahawa dia tidak tahu mengapa namanya dikeluarkan daripada tindakan sivil berkenaan. Shafee: Saya cadangkan bahawa kamu sangat bimbang (dengan tindakan sivil itu), dan kamu mendekati pihak pendakwaan dan berkata ‘Ini tak boleh berterusan begini’ (berhubung tindakan tindakan sivil itu) memandangkan kamu sedang memberikan keterangan untuk pihak pendakwaan (dalam perbicaraan jenayah 1MDB Najib) tetapi kamu disaman dalam litigasi sivil.

Hazem: Saya tak setuju.
Shafee: Kamu diberi jaminan bahawa nama kamu akan dibuang (daripada tindakan sivil 1MDB).
Hazem: Saya tak setuju.
Shafee: Kamu ada bercakap dengan Shahrol tentang ini?
Hazem: Tidak ada.

Bekas CEO 1MDB itu turut memberikan keterangan bahawa dia tidak pernah dikenakan penyiasatan jenayah atau didakwa di mahkamah untuk kesalahan jenayah berkaitan 1MDB. Perbicaraan rasuah 1MDB di hadapan hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok. Najib dibicarakan untuk empat tuduhan salah guna kuasa dan 21 tuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM2.28 bilion dana 1MDB.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/587553
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,820
Reaction score
4,168
Points
236
Walau Sangsi Dengan Jho Low, Bekas CEO 1MDB Tetap Ambil Bonus - Peguam

17.08.2021 - Kuala Lumpur, Pasukan peguam Najib Razak berkata, dakwaan rasa sangsi Mohd Hazem Abdul Rahman terhadap peranan Low Taek Jho, atau Jho Low, dalam 1MDB tidak menghalang bekas CEO syarikat itu daripada tetap menerima bonus sebanyak RM2 juta. Perkara itu dibangkitkan dalam perbicaraan kes rasuah berjumlah RM2.28 bilion terhadap Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tengah hari tadi. Dalam pemeriksaan balas terhadap Hazem yang merupakan saksi pendakwaan ke-10, peguam Muhammad Shafee Abdullah bertanya mengapa dia masih menerima wang itu walaupun didakwa sedar akan peranan Jho Low yang mengawal 1MDB.

Pada perbicaraan 8 Februari lalu, Hazem dalam keterangannya berkata, Jho Low mengawal syarikat itu, terutama dalam aspek pelaburan. Pada 15 Februari pula, Hazem mendakwa dia akur dengan jenayah yang didakwa berlaku di 1MDB kerana takut menyinggung Najib, yang ketika itu perdana menteri dan menteri kewangan. Ketika itu, dia mengakui pendapat Shafee bahawa, walaupun takut untuk menyinggung Najib ketika itu, dia masih menerima bonus sebanyak RM2.725 juta semasa meletakkan jawatan sebagai CEO 1MDB. Dalam perbicaraan hari ini, Shafee bertanya kepada Hazem mengapa dia masih menerima bonus tersebut tanpa rasa malu.

Shafee: Jawatankuasa (penilaian 1MDB) berkata anda melangkaui jangkaan. Adakah anda rasa ia betul dan rasa layak untuk menerima bonus?
Hazem: Saya tidak tahu, mereka yang memutuskannya.
Shafee: Syarikat hadapi banyak masalah, adakah anda tak rasa malu terima bonus itu?
Hazem: Saya tak setuju.
Shafee: Anda dakwa kecil hati (your pride was affected) (dengan Jho Low yang didakwa mengawal syarikat dan menjejaskan peranannya sebagai CEO). Bagaimana anda terima bonus tanpa rasa malu?
Hazem: Itu keputusan lembaga pengarah.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib kemudian membantah soalan yang dikemukakan pihak pembelaan, mengatakan ia tidak relevan dengan kes. Hakim Collin Lawrence Sequerah kemudian mengarahkan Shafee untuk mengehadkan soalan berkenaan perkara itu. Hazem kemudian berkata yang sebagai CEO pada masa itu, dia hanya menjalankan tugas dan gaji serta bonus ditentukan lembaga pengarah.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/587591
 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
15,251
Reaction score
2,437
Points
201
Walau Sangsi Dengan Jho Low, Bekas CEO 1MDB Tetap Ambil Bonus - Peguam

17.08.2021 - Kuala Lumpur, Pasukan peguam Najib Razak berkata, dakwaan rasa sangsi Mohd Hazem Abdul Rahman terhadap peranan Low Taek Jho, atau Jho Low, dalam 1MDB tidak menghalang bekas CEO syarikat itu daripada tetap menerima bonus sebanyak RM2 juta. Perkara itu dibangkitkan dalam perbicaraan kes rasuah berjumlah RM2.28 bilion terhadap Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tengah hari tadi. Dalam pemeriksaan balas terhadap Hazem yang merupakan saksi pendakwaan ke-10, peguam Muhammad Shafee Abdullah bertanya mengapa dia masih menerima wang itu walaupun didakwa sedar akan peranan Jho Low yang mengawal 1MDB.

Pada perbicaraan 8 Februari lalu, Hazem dalam keterangannya berkata, Jho Low mengawal syarikat itu, terutama dalam aspek pelaburan. Pada 15 Februari pula, Hazem mendakwa dia akur dengan jenayah yang didakwa berlaku di 1MDB kerana takut menyinggung Najib, yang ketika itu perdana menteri dan menteri kewangan. Ketika itu, dia mengakui pendapat Shafee bahawa, walaupun takut untuk menyinggung Najib ketika itu, dia masih menerima bonus sebanyak RM2.725 juta semasa meletakkan jawatan sebagai CEO 1MDB. Dalam perbicaraan hari ini, Shafee bertanya kepada Hazem mengapa dia masih menerima bonus tersebut tanpa rasa malu.

Shafee: Jawatankuasa (penilaian 1MDB) berkata anda melangkaui jangkaan. Adakah anda rasa ia betul dan rasa layak untuk menerima bonus?
Hazem: Saya tidak tahu, mereka yang memutuskannya.
Shafee: Syarikat hadapi banyak masalah, adakah anda tak rasa malu terima bonus itu?
Hazem: Saya tak setuju.
Shafee: Anda dakwa kecil hati (your pride was affected) (dengan Jho Low yang didakwa mengawal syarikat dan menjejaskan peranannya sebagai CEO). Bagaimana anda terima bonus tanpa rasa malu?
Hazem: Itu keputusan lembaga pengarah.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib kemudian membantah soalan yang dikemukakan pihak pembelaan, mengatakan ia tidak relevan dengan kes. Hakim Collin Lawrence Sequerah kemudian mengarahkan Shafee untuk mengehadkan soalan berkenaan perkara itu. Hazem kemudian berkata yang sebagai CEO pada masa itu, dia hanya menjalankan tugas dan gaji serta bonus ditentukan lembaga pengarah.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/587591
Masyuk bonus saja 2j patut la
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register