BTC USD 43,133.2 Gold USD 1,750.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini Perbicaraan 1MDB & SRC - Najib Razak

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,820
Reaction score
4,168
Points
236
263 Beg Tangan Di Rampas Adalah Hadiah Buat Rosmah, Anak

07.05.2021 - Kuala Lumpur, Sejumlah 263 beg tangan berjenama yang dirampas ketika siasatan kes 1MDB adalah "hadiah" kepada Rosmah Mansor dan anak perempuannya, menurut peguam kedua-duanya Iskandar Shah Ibrahim. Dia berkata demikian ketika pendengaran saman yang difailkan kerajaan untuk melucut hak wang tunai dan aset - termasuk beg tangan tersebut - yang dikaitkan dengan 1MDB, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Selain Rosmah dan anaknya Nooryana Najwa Najib, saman turut difailkan kepada suaminya, iaitu bekas perdana menteri Najib Razak dan 15 responden lain. Rosmah dan Nooryana Memohon mahkamah mengetepikan saman yang dibuat kerajaan itu. Menurut Iskandar, kedua-duanya dalam afidavit telah menegaskan bahawa beg tangan tersebut adalah hadiah kepada mereka, atas kapasiti sebagai isteri dan anak kepada perdana menteri Malaysia ketika itu.

Dia berkata pendakwaan gagal menunjukkan kaitan antara barangan tersebut dengan dana 1MDB memandangkan pegawai penyiasat dalam kes 1MDB pun mengakui sebahagian barangan yang dirampas adalah hadiah. Dia merujuk afidavit pegawai penyiasat PDRM Superintenden Foo Wei Min yang mana pendakwaan menggunakan dapatan dan testimoninya dalam sejumlah kes mahkamah berkaitan 1MDB. Pendakwaan gagal mengaitkan sebarang dakwaan penyelewengan dana daripada 1MDB dengan pembelian beg tangan tersebut, katanya lagi.

"Terutama beg-beg jenama Hermse yang tidak dapat dikesan dibeli (dengan dana 1MDB). Ini beg yang tidak dapat dibeli di kedai biasa. Pada keseimbangan kemungkinan (balance of probabilities), ketika Foo berkata siasatan mendapati beg tangan yang dirampas diterima sebagai hadiah, dan responden kedua (Rosmah) juga berkata perkara sama, maka dia telah memberi jawapan kepada pemohon (pendakwaan)," kata Iskandar.

Dia juga berkata, munasabah jika Nooryana mampu membeli sebahagian beg tersebut memandangkan dia ada punca pendapatan ketika bekerja di United Kingdom dan Hong Kong sebelum ini. Katanya lagi, sebahagian beg yang dirampas juga adalah hadiah perkahwinan daripada mentuanya dari Kazakhstan.

"Keterangan (antaranya daripada afidavit Nooryana) adalah asas untuk menunjukkan responden kelima (Nooryana) mampu membeli beg-beg tangan tersebut. (Beg tangan) Hermes adalah bahagian utama dalam hadiah pertunangan dan perkahwinan, bukan saja daripada ibu mentuanya," kata Iskandar.

Sementara itu, berkaitan penghujahan untuk seorang lagi responden, anak lelaki Najib iaitu Nor Ashman, peguamnya Azamuddin Aziz berkata jam tangan yang dirampas adalah hadiah kepada anak guamnya. Azamuddin juga berkata pendakwaan gagal menunjukkan kaitan jam-jam itu dengan 1MDB, kerana Nor Ashman dalam afidavitnya telah mengatakan jam tersebut adalah hadiah daripada Najib dan seorang kawan.

Pendengaran di depan hakim Mohd Zaini Mazlan bersambung pada 18 Jun ini, dengan pihak pendakwaan dijangka memberi hujahan balasnya.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/573750
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,905
Reaction score
15,103
Points
2,376
TUNTUTAN SIVIL | 1MDB, SRC Buat Tuntutan Pemulangan Aset

Kementerian Kewangan mengesahkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd telah memfailkan sejumlah 22 tuntutan sivil untuk pemulangan aset melebihi RM96.6 bilion.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

macellsprvive

Active Member
Joined
Mar 25, 2013
Messages
1,837
Reaction score
414
Points
51
Ada kawan aku sorg, budak umno belah selatan, berpegang teguh pada kenyataan yg DSN x salah. Dah 4-5 tahun dia berkecimpung dalam dunia politik secara aktif, ikut orang kesana ke mari. Bila sembang, dia petik lepak dgn dato ini dato itu ketua bahagian ini itu, naik kereta ada sirens biru segala, pergi PAU dpt tag VIP, bukan tag pelawat.
Umo dah lebih 30an. Kerja freelance.
Bila aku tanya 4-5 tahun spend masa dekat politik ni, dia dpt apa? Dia kata dpt peruntukan 'sekian2' (one-time off) utk settlekan projek sekian2.
Aku ckp yg 'sekian2' yg dia dpt dgn tempoh masa 4-5 tahun spend kat politik, amatlah x berbaloi.
Umo kita dah makin meningkat, kalau invest masa sebanyak itu utk dptkan pulangan sekian2 semata, budak foodpanda/grabfood pun boleh dapat dalam sebulan dua.
Aku bagi pandangan lagi, orang yg backup2 segala ni, kau ingat dia dapat habuk ke mcm kau? Terdiam kejap dia.
Kesian tengok kawan2 umo mcm ni tapi pemilikan peribadi pun xde.
Bukan nak kata rumah/kereta/motor ni lambang kehidupan, tapi xkan lah xnak bagi kesenangan kat famili.
Last aku ckp, kalau kau rasa kau invest masa sebanyak tu kat politik dan kau rasa bahagia, teruskanlah.
Umo kita makin singkat, dan benda makin sikit ni patutnya makin mahal.
 

jaws_am

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
May 29, 2008
Messages
16,380
Reaction score
6,088
Points
321
Ada kawan aku sorg, budak umno belah selatan, berpegang teguh pada kenyataan yg DSN x salah. Dah 4-5 tahun dia berkecimpung dalam dunia politik secara aktif, ikut orang kesana ke mari. Bila sembang, dia petik lepak dgn dato ini dato itu ketua bahagian ini itu, naik kereta ada sirens biru segala, pergi PAU dpt tag VIP, bukan tag pelawat.
Umo dah lebih 30an. Kerja freelance.
Bila aku tanya 4-5 tahun spend masa dekat politik ni, dia dpt apa? Dia kata dpt peruntukan 'sekian2' (one-time off) utk settlekan projek sekian2.
Aku ckp yg 'sekian2' yg dia dpt dgn tempoh masa 4-5 tahun spend kat politik, amatlah x berbaloi.
Umo kita dah makin meningkat, kalau invest masa sebanyak itu utk dptkan pulangan sekian2 semata, budak foodpanda/grabfood pun boleh dapat dalam sebulan dua.
Aku bagi pandangan lagi, orang yg backup2 segala ni, kau ingat dia dapat habuk ke mcm kau? Terdiam kejap dia.
Kesian tengok kawan2 umo mcm ni tapi pemilikan peribadi pun xde.
Bukan nak kata rumah/kereta/motor ni lambang kehidupan, tapi xkan lah xnak bagi kesenangan kat famili.
Last aku ckp, kalau kau rasa kau invest masa sebanyak tu kat politik dan kau rasa bahagia, teruskanlah.
Umo kita makin singkat, dan benda makin sikit ni patutnya makin mahal.

aku rse keje tu je, yang dia boleh buat, skill lain out..

dari keje merompak, main mesin dan sebagainya..

gi tolong orang politik merupakan sumber yang dia rse lebih baik berbanding yg lain2..

logik tak pendapat aku ?
 

logammaut

Legendary Member
Joined
Dec 12, 2009
Messages
10,886
Reaction score
1,137
Points
201
Pok Jib kena bersyukur ada pandemik COVID-19 sbb bicara kes asyik tangguh je. Lambatlah lg nak masuk penjara,
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,820
Reaction score
4,168
Points
236
Malaysia Saman JP Morgan, Deutsche Bank Serta Coutts & Co

Hadi Azmi
Kuala Lumpur
2021-05-10

d2dc13e6-b0b2-4ebc-b6e0-29ef6b552bd4.jpeg

Dua individu menaiki motosikal melewati papan iklan 1MDB di kawasan pembangunan Tun Razak Exchange di Kuala Lumpur, 3 Feb 2016.

Malaysia memfailkan tuntutan sivil terhadap beberapa unit bank pelaburan global JP Morgan, Deutsche Bank dan Coutts & Co sebagai sebahagian daripada usahanya untuk mendapatkan kembali berbilion dolar kerugian yang dialami dana negara 1MDB dalam skandal rasuah, menurut dokumen mahkamah.

Tuntutan sivil itu, kesemuanya berjumlah 22, difailkan pada Jumaat oleh 1MDB dan bekas anak syarikatnya, yang kini tidak lagi berfungsi, bagi mendapatkan kembali [imath]23 bilion dan tindakan itu diambil selepas kerajaan berjaya memperoleh sekurang-kurangnya[/imath]5 bilion hasil penyelesaian 1MDB daripada Goldman Sachs dan lain-lain, kata Kementerian Kewangan Malaysia pada Isnin.

“Dalam usaha berterusan Kerajaan untuk menangani kerugian yang dialami oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd (SRC), Kementerian Kewangan dengan ini mengesahkan bahawa pada 7 Mei 2021, wakil guaman kedua-dua entiti ini telah memfailkan sejumlah 22 tuntutan sivil,” menurut kenyataan kementerian itu.

“Enam daripada writ saman ini difailkan oleh 1MDB sementara 16 lagi oleh SRC untuk pemulangan aset dengan jumlah keseluruhan melebihi RM96.6 bilion (AS$23 bilion), termasuk kira-kira RM300 juta tuntutan terhadap pelbagai pihak tempatan,” kata Kementerian Kewangan pada Isnin.

Pendakwa raya Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) telah mendakwa bahawa sekurang-kurangnya $4.5 bilion (RM18.8 bilion) diselewengkan daripada 1MDB di antara 2009 dan 2014 dalam satu skandal rasuah yang melibatkan institusi kewangan asing dan tempatan serta para pegawai berpangkat tinggi.

Dalam satu daripada writ itu, yang dapat dilihat oleh BenarNews, 1MDB mengemukakan tuntutan berdasarkan pelbagai kesalahan termasuk "kecuaian, pelanggaran kewajipan kontrak, konspirasi melakukan frod, pecah kewajipan dan amanah secara frod serta bantuan tidak jujur dalam penyelewengan dana” oleh ketiga-tiga bank antarabangsa itu, dua unit Petrosaudi dan dua ahli lembaga pengarahnya.

Writ itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam sesi secara dalam talian pada Isnin.

Sebuah laman sesawang kewangan Malaysia The Edge Markets melaporkan bahawa bekas Perdana Menteri Najib Razak dan pembiaya kewangan dalam buruan Jho Low adalah antara yang disaman oleh SRC, anak syarikat 1MDB, pada Jumaat tetapi BenarNews tidak dapat mengesahkan maklumat itu.

Najib telah disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun bagi pertuduhan berkaitan rasuah dalam kes jenayah membabitkan 1MDB dan beliau kini dalam jaminan.

Peguam Najib, Farhan Shafee memberitahu BenarNews bahawa anak guamnya belum menerima writ saman itu. M. Puravale, peguam yang mewakili ibu Jho dalam satu lagi kes berkaitan 1MDB, pula memaklumkan BenarNews bahawa beliau tidak dihubungi untuk mewakili keluarga Low bagi kes terbaru itu, sekiranya ia telah difailkan.


'Memburu Pesalah Laku Lain'

1MDB memfailkan tuntutan sebanyak [imath]1.11 bilion terhadap Deutsche Bank (Malaysia), Coutts & Co yang berdaftar di Switzerland sebanyak[/imath]1.03 bilion serta JP Morgan (Switzerland) sebanyak $800 juta selain bayaran faedah daripada ketiga-tiganya, menurut writ yang dilihat oleh BenarNews.

Sejak Oktober lalu, Malaysia telah memperoleh semula sebanyak [imath]2.5 bilion daripada Goldman Sachs dan anak syarikatnya di Malaysia dengan[/imath]1.4 bilion lagi sebagai jaminan pemerolehan aset. Bank itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan di mahkamah persekutuan AS berkaitan rasuah yang dibayarnya kepada pegawai di Malaysia dan Abu Dhabi.

Malaysia juga akan menerima [imath]700 juta sebagai penyelesaian tuntutan dan denda berkaitan 1MDB daripada Kumpulan AmBank. Selain itu, Malaysia akan menerima[/imath]80 juta daripada Deloitte untuk menyelesaikan semua tuntutan yang berkaitan dengan auditnya bagi dana negara itu.

Pemerolehan semula itu telah pendorong kerajaan Malaysia meningkatkan tekanan terhadap institusi kewangan dan individu lain yang didakwa terlibat dalam skandal 1MDB.

"Berikutan kejayaan penyelesaian yang signifikan terhadap Goldman Sachs, Kumpulan AmBank dan Deloitte PLT, usaha Kerajaan kini difokuskan untuk membawa ke muka pengadilan pesalah laku lain yang telah menyebabkan kerugian kepada 1MDB dan/atau SRC semasa pelaksanaan tugas mereka, sebagai pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pelbagai operasi dan urus niaga 1MDB dan/atau SRC,” kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam kenyataan kementerian itu.

“Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, Kerajaan akan meneruskan usaha sehingga semua pihak yang terlibat dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas kesalahan kepada negara melalui penglibatan mereka dalam 1MDB dan/atau SRC,” kata beliau.

Pada Julai lepas, Najib didapati bersalah atas satu pertuduhan salah guna kuasa, tiga pertuduhan pecah amanah dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram berhubung dakwaan bahawa beliau menerima RM42 juta (AS$9.67 juta) secara tidak sah daripada SRC.

Sumber asal BenarNews.MY
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,820
Reaction score
4,168
Points
236
Ibrahim Ali Mengaku Terima Cek Najib

11.05.2021 - Kuala Lumpur, Ahli politik veteran Ibrahim Ali mengaku menerima cek daripada Najib Razak namun menjelaskan dia tidak sedar ia mempunyai kaitan dengan wang 1MDB atau SRC International Sdn Bhd (SRC).

“Saya mengaku telah menerima sekeping cek personal Datuk Seri Najib yang tertera nama beliau pada cek tersebut, yang tidak saya sedar sama sekali ia berkait dengan wang SRC mahupun 1MDB sebab tiada nama SRC mahupun 1MDB di cek tersebut. Saya tidak ingat bila terimanya tetapi yang pasti sebelum isu 1MDB terbongkar selepas PRU ke-13. Jika sudah terbongkar, pastinya saya tidak akan mahu menerimanya dan Datuk Seri Najib sendiri tidak akan menggunakan lagi akaun tersebut lagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jumaat lalu, 1MDB dan bekas anak syarikatnya SRC memfailkan saman sivil terhadap beberapa personaliti yang dididakwa menipu firma milik negara itu. Mereka juga menyaman entiti yang mungkin tidak melakukan penipuan tetapi terlibat dalam proses itu - secara sedar atau tidak. Antara yang dinamakan termasuk bekas perdana menteri Najib Razak, bekas pengerusi 1MDB, Che Lodin Wok Kamaruddin dan bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, Mohd Hazem Abdul Rahman dan Arul Kanda Kandasamy.

Beberapa anggota keluarga Jho Low juga dinamakan, termasuk ayahnya Larry Low Hock Peng dan kakaknya Low May Lin.


Sebagai MP Mesra BN

Ibrahim dinamakan dalam saman anak syarikat SRC - GMSB and JPSB - yang mendakwa terdapat 14 pihak menerima wang SRC, termasuk Najib dan Umno Selangor. Mengulas lanjut Ibrahim berkata, cek itu diterima selepas dia meminta Najib - masih menjadi perdana menteri ketika itu - untuk membantu menyelesaikan masalah kewangan dihadapinya. Jelas bekas ahli parlimen Pasir Mas itu lagi, sepanjang tempoh lima tahun dia menjadi ahli parlimen bebas yang mesra BN sehingga PRU ke-13 dia tidak mendapat sebarang peruntukan khas.

"Selesai PRU ke-13, saya berjumpa Najib untuk minta bantu selesaikan masalah kewangan yang telah banyak dibelanjakan sepanjang lima tahun tersebut termasuk ketika bertanding PRU. Apa lagi saya adalah calon friendly BN yang mana calon BN (Umno) menarik diri secara tidak langsung mengizinkan saya bertanding satu lawan satu dengan calon PAS. Beliau setuju membantu pada fikiran saya kerana saya ahli parlimen bebas yang mesra sebelum itu. Saya tidak ambil tahu dana mana dia ambil bantu saya. Mungkin dari tabung Umno atau BN. Atau wang peribadinya," kata Ibrahim.

Dia juga berkata tidak ada sebab untuknya menolak bantuan yang dihulurkan Najib dan sudah tentu dia tidak menyoal siasat dari mana dana berkenaan diambil. Jelas Ibrahim lagi, sumbangan Najib dibelanjakan untuk membiayai program-program rakyat di Pasir Mas, bukannya untuk perbelanjaan peribadi. Selaku Presiden Perkasa katanya dia adalah antara pihak terawal mendesak agar kerajaan mewujudkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) untuk menyiasat skandal 1MDB. Pada masa sama Ibrahim berkata dia sedia berdepan dengan saman berkenaan dan menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan.

Selepas ini kata bekas timbala menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, kenyataan mengenai isu berkenaan hanya akan dijawab oleh peguamnya.

"Saya sedia tunggu saman tersebut dan bersedia menjawab di mahkamah. Biarkanlah Mahkamah tentukan saya wajar memulangkan semula atau tidak kerana saya telah membelanjakan semuanya ketika saya tidak mengetahui sama sekali duit itu dari sumber salah," katanya lagi.

Screenshot-192.jpg

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/574231
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,820
Reaction score
4,168
Points
236
Sri Ram Akan Jawab Sendiri Permohonan Rosmah Mahu Gugurkannya

11.05.2021 - Kuala Lumpur, Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram akan berhujah bagi pihak diri sendiri pada prosiding permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk menggugurkannya sebagai ketua pendakwaan dalam kes rasuah Rosmah membabitkan projek hibrid solar bernilai RM 1.25 bilion untuk sekolah luar bandar di Sarawak. Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Mohamad Mustafa P Kunyalam semasa pengurusan kes di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan di Kuala Lumpur.

“Yang Arif, Datuk Seri Ram sendiri akan mengetuai hujahan kerana beliau berkata kes ini melibatkannya secara peribadi, justeru beliau akan datang dan berhujah, itulah arahan kepada saya,” katanya.

Peguam Datuk Jagjit Singh yang mengetuai pasukan mewakili Rosmah, bangun dan membantah, menyatakan Sri Ram tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk berbuat demikian.

“Sri Ram tidak boleh berhujah dalam kes melibatkan beliau sendiri, kerana isu ini menyentuh dirinya. Ia menjadi satu persendaan. Ini sangat tidak wajar, apatah lagi datang daripada seorang bekas hakim, beliau seharusnya lebih maklum akan hal ini,” kata Jagjit.

Mohamad Mustafa seterusnya mengemukakan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai contoh yang mana pelantikan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai TPR turut dicabar, dan beliau sendiri tampil berhujah mempertahankan pelantikannya itu.

“Kami berpandukan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mana Muhammad Shafee diminta digugurkan, beliau berhujah sendiri, tidak ada masalah dan kes diputuskan oleh hakim Mahkamah Persekutuan,” katanya.

Seorang lagi peguam mewakili Rosmah, Datuk Akberdin Abdul Kadir membalas bahawa tidak ada masalah tentang fiat dalam pelantikan Muhammad Shafee sebagai TPR.

“Namun dalam kes ini, fiat (pelantikan Sri Ram) dicabar. Beliau tidak mempunyai locus standi dalam isu ini,” kata peguam itu.

Muhammad Shafee yang merupakan seorang peguam kanan, dilantik oleh Peguam Negara secara fiat (autoriti beliau) mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Acara Jenayah dan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan untuk mengendalikan rayuan dalam kes Anwar. Mohamed Zaini kemudian meminta kedua-dua pihak menyelesaikan isu berbangkit sebelum pendengaran permohonan tersebut.

“Saya tidak mahu sebarang isu teknikal dibangkitkan semasa pendengaran,” kata hakim yang kemudian menetapkan 30 Jun ini untuk mendengar permohonan Rosmah itu.

Khamis lepas, Rosmah, 69, memfailkan dua permohonan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bagi membatalkan keseluruhan perbicaraan beliau dalam usahanya untuk dibebaskan daripada kesemua tiga pertuduhan serta sekali lagi memohon Sri Ram digugurkan daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraannya.

Permohonan itu difailkan selepas Mahkamah Rayuan pada 8 April membenarkan rayuan Rosmah bagi mendapatkan salinan surat pelantikan Sri Ram, setelah pendakwaan bersetuju menyerahkan salinan surat itu kepada pasukan pembelaan.

Rosmah memfailkan rayuan itu selepas Mahkamah Tinggi pada 19 Ogos tahun lalu menolak permohonannya bagi mendapatkan surat pelantikan Sri Ram.

Surat pelantikan itu tidak bertarikh pada atau sebelum 15 Nov 2018, iaitu hari Rosmah didakwa di mahkamah serta tidak ditandatangani oleh Tan Sri Tommy Thomas selaku Peguam Negara pada masa itu. Sebaliknya, surat berkenaan bertarikh 8 Julai tahun lepas dan ditandatangani oleh Tan Sri Idrus Harun iaitu Peguam Negara pada masa ini.

Pada 18 Feb 2021, Mohamed Zaini memerintahkan Rosmah membela diri atas kesemua tiga pertuduhan dan menetapkan sembilan hari iaitu 9,10,15,16,17,22, 23 Jun serta 12 dan 15 Julai bagi mendengar keterangan Rosmah dan saksi-saki pembelaan yang lain.
Screenshot-193.jpg
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register